Bab 3 : Ku pilih untuk Setia (tajuk sementara)



Ferhad memerhati langkah Asma yang semakin menghilang di sebalik pintu. Beberapa minit kemudian kedengaran enjin motor dihidupkan dan bunyinya semakin jauh sebelum terhenti lagi. 

“Asma tu baik budaknya. Belajar pandai. Masak pun pandai. Paling penting tahu hormat orang tua,” cerita Nek Som tanpa ditanya. 

“Ibu dan ayah dia orang siam. Mualaf datang merantau ke sini. Ayah dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dengan adik dia 5 tahun lepas. Mereka tu tak ada saudara mara. Nenek dah anggap mereka tu macam anak cucu nenek.”

Ferhad tekun mendengar sambil tangannya menyuap nasi. Dia sudah menambah dua kali. Ini pun masih rasa lapar lagi. Masakan nenek memang kena dengan seleranya. Sebulan tinggal di sini mahunya hilang six packs yang dibina dan dipertahankan selama ini. 

“Asma ni umur berapa? Tak sekolah ke dia?” 

“Hishh kamu ni.. Dia dah 18 tahun. Dah habis sekolah.”

“SPM dia dapat berapa nek?”

“Tak silap 8A kot. Entahlah nenek pun lupa. Tapi dengar ibunya cerita Asma ni pelajar terbaik SPM sekolah dia.”

Budak bijak. 

“Tapi tu lah.. Dengan maknya tak berapa sihat, kewangan tidak stabil nenek tak rasa dia akan sambung pelajarannya.”

“Sayanglah nek. Sekarang ni SPM je mana boleh dapat kerja.”

Nek Som pandang wajah Ferhad, dalam. Ferhad angkat kening. Dia macam tahu ada benda yang neneknya nak cakap tapi teragak-agak. 

“Apa dia nek? Ferhad tahu ada benda yang nenek nak cakap dengan Ferhad,” ujar Ferhad jujur. Melihat wajah Nek Som yang penuh harapan itu buatkan rasa tak sedap hati. Janganlah nenek minta dia terus tinggal di kampung ini. Datang bercuti seminggu dua boleh lagi dia bertahan tanpa hiburan. Kalau duduk bertahun-tahun lamanya, mahunya dia mati kutu. Hilang arah ataupun hilang akal sebab tak ada hiburan. 

“Nenek ada satu permintaan. Nenek harap sangat Ferhad tidak hampakan nenek.”

“Apa dia nek?”

Nek Som pandang wajahnya lama. Satu keluhan keluar dari bibir Nek Som. 

“Susah sangat ke permintaan nenek tu? Cuba nenek cakap, in shaa allah Ferhad cuba tunaikan.”

“Nenek mahu....” Nek Som pandang wajah Ferhad lagi sebelum terus berkata.

“Ferhad ambil Asma sebagai isteri.”

Burrrrr... uhuk. Uhuk...

Air yang diminum tak sempat masuk ke dalam tekak terus tersembur keluar. Perit tekaknya. Hampir terjegil keluar matanya mendengar permintaan tak masuk akal neneknya. Dia pandang wajah neneknya. Tak yakin dengan apa yang dia dengar. 

“Nenek nak Ferhad kahwin dengan Asma.”

“Nenek bergurau kan?” Ferhad tidak percaya dengan apa yang dia dengar. 

“Tak. Nenek tak bergurau soal nikah kahwin ni Ferhad. Nenek nak Ferhad kahwin dengan Asma.”

“Selama ni nenek tak pernah minta apa-apa daripada Ferhad. Inilah pertama kali dan satu-satunya permintaan nenek.”

“Nenek, Asma tu budak lagi baru 18 tahun. Beza usia kami sepuluh tahun. Jauh sangat bezanya. Lagipun tak mungkin Asma tu nak kahwin dengan Ferhad. Ferhad terlalu tua untuk dia,” dalih Ferhad. 

Baru dua kali dia tengok Asma. Bertegur pun dua tiga patah kata sahaja. Lagipun dia belum bersedia lagi menjadi suami orang. 

“Itu kau tak payah risau. Tahulah nenek uruskan. Yang paling penting kau setuju dengan dengan permintaan nenek ni.”

“Saya cuma cuti sebulan je nenek. Tak mungkin sempat urus soal kahwin dalam masa terdekat tu. Lagipun saya selepas ini saya akan kembali ke U.K. Saya terikat dengan kontrak kerja. Tidak boleh kahwin selagi kontrak tak habis,” kelentongnya. 

‘Apa-apa je laa, asalkan nenek ubah fikiran dia. Masak aku nanti. Tak tercapai dek akal kahwin dengan budak kampung umur 18 tahun. Tapi aku akui Asma cantik. Air mukanya lembut. Tak puas nak pandang. 

“Nenek tak suruh pun kau bawa Asma. Nenek cuma mahu kau kahwin dengan Asma. Tanggung dia belajar sampai habis. Selepas itu terpulang pada kau dan Asma nak teruskan perkahwinan ini atau tidak. Cuma satu je, nenek mahu nasib Asma terbela.”

“Tapi...Nek Som pandang cucunya penuh harap.

“Nenek tetap berdoa agar perkahwinan kau ni kekal sehingga ke anak cucu.”

“Tapi nek...”

“Ibu Asma ni ada kanser paru-paru. Tapi Asma tak tahu. Dia cuma tahu ibu dia sakit asthma. Mereka sebatang kara di sini. Harapan untuk ibu dia pulih tipis sebab kanser stage 4 dah. Lagipun ibu dia tak nak menjalani kimoterapi.” 

“Selama ni neneklah tempat mereka menumpang kasih. Asma tu nenek dah anggap macam cucu nenek sendiri. Tapi mak teh kamu tu asyik kata mereka ni sengaja nakkan harta nenek. Padahal selama ini, papa kau dan adik-adiknya tak ambil kisah pun pasal nenek. Sakit demam nenek, Asma dan ibu dia yang ambil peduli. Nenek tak nak duit, nenek nakkan perhatian dan kasih sayang dari anak cucu nenek,” menitis air mata Nek Som ketika meluahkan isi hatinya. 

“Tapi...”

“Nenek mahu dia betul-betul jadi cucu nenek. Tak nak orang mencemuh dan mengata dia bukan-bukan lagi. Merekalah yang ada di kampung ni untuk nenek menumpang kasih.”

“Nenek nak Asma sambung belajar dan tak payah risaukan ibu dia dan nenek di kampung. Nenek cuma mahu kau tanggung Asma belajar sampai setakat mana dia mahu belajar. Selepas itu terpulang pada kau. Nenek takkan paksa kau teruskan pernikahan ini jika kau tak nak teruskan.”

Ferhad garu kepala. Dia hilang kata nak berhujah. Hatinya memang tak nak tunaikan permintaan nenek. Tapi akalnya menyeru agar dia fikirkan perkara ini sebaiknya. Nenek dah tua. Sudah tentu dia tak sampai hati nak tolak permintaan nenek. Tapi bagaimana dengan dirinya. Sanggup ke masuk ke dalam sangkar yang dia tak mahu. 

Ferhad garu kepalanya. Aduh pening pulak. Nasib baik perut dah kenyang. Kalau tak, tak lalu aku nak telan nasi tadi.

“Ama ni seorang anak gadis yang tak banyak kerenah. Nenek yakin dia dapat jadi isteri yang baik. Kau akan bahagia bila kahwin dengan dia nanti.”

Ferhad tarik nafas panjang. Dia pandang nenek yang sedang pandangnya dengan penuh harapan. Tak sampai hati nak tolak tapi dia tak sanggup pula jadi suami segera. 

“Mana sempat Nek nak kahwin dalam masa seminggu dua ni,” akhirnya dia mampu cari alasan untuk mengelak. 

“Itu kau jangan risau, nenek akan uruskan. Papa dan mama kau nenek akan telefon nanti suruh balik.Sempat kalau kita buat akad nikah jumaat depan.”

Ferhad pandang Nek Som tak percaya. Nampaknya dia tidak boleh mengelak lagi. 

“Keluarga Asma dah tahu ke rancangan nenek ni?”

“Nenek ada cakap dengan ibu dia. Petang ni lepas asar kita pergi rumah dia.”





Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.
 Hidup baik-baik. Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catat Ulasan