Bab 6 : Cinta Asma dan Ferhad

Assalam... Seperti yang saya janjikan dalam facebook., Dapat 100 like saya up bab 6. Jadi ni bab 6 untuk korang semua... Terima kasih daun keladi, nanti like-like laa lagi... ya...


Asma duduk diam-diam di belakang. Nek Som layan bual dengan Ferhad. Mereka sedang dalam perjalanan ke pusat bandar, cari baju pengantin. Padahal butik pengantin ada je dekat dengan rumah. Boleh sewa baju dan mekap sekali. Tapi Ferhad tak nak. Nak jugak cari yang terbaik. 

Dia apa lagi dalam cuba nak menyembunyikan senyum, melebar juga senyuman di wajahnya. Sekali seumur hidup kan, nak merasa dimanjai dan dilayan bak ratu. Jadi apa salahnya walaupun dia terpaksa tutup gerai sayur. Ibunya nak pergi berniaga pun dia tak benarkan. Lagipun ibu bukannya sihat sangat. Lebih baik duduk berehat dekat rumah. 

Dalam masa 2 hari lagi dia bakal berubah status. Teruja campur takut. Dia tidak bagitahu dekat sesiapa pun lagi. Rasanya ajak Aida sorang lah buat teman menahan debaran nanti. Tapi boleh ke Aida simpan rahsia? Pernikahan ini rahsia besar dia dan keluarga. Orang luar tak boleh tahu sehinggalah satu masa nanti, Ferhad mahu dunia tahu tentang status mereka.

Sebenarnya dia tak kisah pun. Lagipun malulah jika orang tahu tak cukup umur dah gatal nak kahwin. Walaupun ini adalah permintaan Nek Som. Mesti orang cakap, kalau kau tak gatal, tak jadinya pernikahan ini. Siapa yang tak nak bersuamikan orang hensem macam putera Arab Saudi tukan? Sudahlah hensem, kaya pulak tu. 

Bahkan dia sendiri pun masih macam rasa bermimpi. Betul ke jumaat ni aku akan jadi bini orang? Gadis lain, sebaya dia sedang sibuk buat persiapan nak sambung belajar. Dia pula sibuk dengan persiapan nak kahwin. 

Tentang belajar. Satu apa pun tak buat lagi. Surat tawaran tak print lagi. Medical check up pun tak buat lagi. Nanti dah kahwin nak ke sana sini kena minta izin. Dia teringatkan ibu. Teringat pillow talk malam tadi. 

Sambil dia peluk pinggang ibu, dia meluahkan perasaannya. 

“Kenapa ibu terima pinangan Nek Som? Asma tak bersedia lagilah nak kahwin ibu. Asma nak jaga ibu.”

“Ibu pulak nak ada orang jaga Asma bila ibu tidak ada nanti.”

“Ibuuu .. tak naklah cerita pasal mati. Asma nak ibu hidup seribu tahun lagi. Asma nak beri kesenangan kat ibu. Asma mahu bawa ibu pergi umrah, haji dan keliling dunia,” ujar Asma. Kepalanya didongakkan melihat wajah ibunya. Hatinya diserbu rasa takut. Walaupun ibu tersenyum wajah ibu pucat sangat. Macam tak ada darah mengalir di muka ibu. 

“In shaa allah ... jika diizinkan ibu pun mahu ikut Asma. Tapi jika tidak diizinkan, ibu tahu ada suami Asma akan ikut dan temankan Asma.”

“Tak sama. Ibu lain, suami tu lain. Mana boleh sama.”

“Ajal dan jodoh itu kita tak boleh aturkan bila dan di mana kita mahu ia terjadi. Seperti sekarang, ibu ingatkan anak ibu ni kecik lagi. Rupanya dan besar panjang, cukup umur dah nak kahwin. Jadi walaupun berat hati, ibu tahu dah sampai masa Asma kena bina keluarga sendiri. Begitu juga ajal. Walaupun kita belum bersedia dan sudah tentu sampai bila-bila pun kita belum bersedia, malaikat maut boleh datang tiba-tiba mengetuk pintu, ajak roh kita pergi.”

“Jadi Asma kena sentiasa bersedia. Sebab esok walaupun macam-macam kita dah rancang namun perancangan Allah taala melebihi perancangan kita.”

Asma mengamati wajah ibunya lama-lama. Terasa macam ada sesuatu yang ibu sembunyikan darinya. 

“Kenapa Asma rasa ibu ada rahsiakan sesuatu dari Asma.”

“Tak ada sayang. Ibu mana ada rahsia apa-apa pun. Tapi ibu tahu rahsia hati anak ibu ni,” Rohani alih topik. Dia tidak mahu anaknya fikir yang bukan-bukan.

“Rahsia apa? Mana ada rahsia. Asma mana pernah simpan rahsia dengan ibu.”

“Iya ke?”

Asma angguk.

“Kenapa ibu tengok wajah anak ibu merah lepas cakap dengan bakal suami dia. Senyum sorang-sorang lepas tu. Hmmm...”

“Mana ada ibu ni.”

“Adaaa...” melerek suara Rohani mengusik. Dia dapat meneka isi hati anaknya. 

Asma telah jatuh cinta dengan bakal suaminya sendiri. 

Kereta tiba-tiba berhenti. Ingatannya pada ibu pun terbang lari. 

Asma pandang ke luar tingkap. Butik Pengantin Anggun & body SPA. Asma telah liur bila tengok baju pengantin yang dipamerkan ruangan pameran berkaca di depan butik. Menawan dan cantik. Harganya pasti berkali ganda cantik.

Dia orang yang terakhir melangkah masuk. Dinding dicat warna ungu lembut. Wallpaper bunga lavender melatari dinding di belakang meja penyambut tetamu. Ada pintu di sebelah kiri meja tersebut. Sebelah kanan pula tergantung koleksi baju-baju pengantin. Terletak sebuah sofa set untuk pelanggan duduk sambil memilih baju yang mereka berkenan. Asma ralit memerhati sekeliling tanpa menyedari semua mata mereka yang berada di situ berpusat padanya. 

Ferhad cuit lengan Asma. Pantas mata mendongak memandang wajah Ferhad. Ferhad buat isyarat supaya pandang depan. Dahi Asma berkerut tak faham tapi dia ikut juga. Serta merta wajahnya merah semua orang memandangnya. 

“Cantik bakal cucu Mak Som ni. Tak payah dah mekap tebal-tebal bila nikah nanti,” puji seorang wanita berusia lebih kurang ibunya. Wajahnya manis tersenyum memandang Asma atas bawah. Segan Asma dibuatnya. Untuk menutup rasa segannya, Asma pantas hulurkan tangan untuk bersalam. 

“Ni Achik Zana, anak saudara Nenek. Dialah pemilik butik ni. Nenek dah suruh dia siapkan baju pengantin warna putih.”

Asma pandang Ferhad, Ferhad pandang Asma. Nampaknya mereka kena pakai apa yang dipilih oleh Nek Som. Kemudian dia pandang Achik Zana yang masih lagi tersenyum kepadanya. 

“Kulit Asma dah cantik dan sihat. Tak perlu nak buat rawatan kulit dah. Tapi kena mandi bunga untuk naikkan lagi seri.”

“Ikutlah kau nak buat apa pun Zana. Janji Asma ni cantik masa nikah nanti. Biar suami dia tak boleh nak lepaskan dia lepas ni,” selamba Nek Som mengusik Asma dan Ferhad. 

Achik Zana dan pembantunya ketawa kecil. 

“Confirm Mak Som. Sekarang ni pun asyik jeling-jeling je. Nak cuit-cuit kang belum dapat lesen besar lagi.”

“Dah ada lesen besar, takkanlah nak jeling-jeling je Achik Zana, confirm kena kurung dalam bilik 7 hari 7 malam,” balas Ferhad tak mahu kalah. Mana boleh dia jadi mangsa usikan orang. Selama ini dia kaki usik. 

Achik Zana dan Nek Som ketawa besar. Asma pula sudah tidak tahu apa dah warna mukanya sekarang. Rasa mahu sorok muka di sebalik baju-baju pengantin yang tergantung itu. 

“Ieta bawa Asma buat rawatan muka dan mandi bunga,” arah Achik Zana kepada pembantunya. 

“Berapa lama baru siap Zana,” tanya Nek Som. 

“Lebih kurang 2 jam Mak Som.” Mak Som angguk. 

“Aku tinggal Asma sini dulu, 2 jam lagi aku datang balik. Nanti terus fitting baju nikah.”

“Mari Ferhad, ada 2 tempat lagi kita nak pergi ni,” ajak Nek Som. 

Asma angguk. Dalam hal ini dia tak banyak tanya sebab tak tahu nak tanya apa. Nak tolak nanti Nek Som pula kecil hati. Jadi lebih baik dia ikut semua perancangan Nek Som. Padahal satu apa pun perancangan Nek Som tidak diketahuinya. 

“Tunang adik hensem, macam pak arab,” puji Ieta setelah Asma menyelesakan diri di dalam tub berisi bunga-bungaan. 

Ieta sedia di hujung kepala Asma untuk memulakan rawatan kecantikan. Haruman Lavender menenangkannya.

Asma diam. 

“Adik dengan dia nampak sama padan. Dia pun macam sayang sangat kat adik. Pandang tak lepas tadi.”

Asma sembunyi senyum. Padahal kisah mereka nak nikah bukan sebab cinta pun. Lebih pada memenuhi permintaan orang tua. 

“Tapi adik nampak muda sangat. Umur berapa?”

“Baru 18 kak.”

“Mudanya. Kak Ieta pun kahwin muda juga tapi tak adalah muda macam adik ni.”

“Tapi kahwin muda ni kena banyak sabar. Sebab kalau tak sabar, umur rumahtangga tak panjang.”

“Paling penting jangan lawan cakap suami, ikut cakap suami selagi tak menyalahi agama dan undang-undang. Tapi jangan bergantung sepenuhnya pada dia. Kita patut ada pendapatan sendiri sebagai backup masa depan,” Ieta terus berceloteh memberi nasihat kepada Asma sambil tangannya lincah bekerja.


‘In Shaa Allah kak.’ bisik Asma dalam hati. Dia tidak dapat membalasnya bila wajahnya dilumuri masker. 




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

  1. Asmah dh mula terima ape yg d aturkan utknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asma ni hatinya bersih lagi kak.. Lom pernah jatuh cinta. Sebab itulah dia mudah menerima jodoh yang diaturkan

      Padam

Catat Ulasan