Bab 7 : Cinta Asma dan Ferhad

Untuk korang semua.. Terima kasih kerana like dan baca cerita ini... Untuk kawan-kawan yang menyambut DEEPAVALI. Selamat hari DEEPAVALI. 




Dua jam berkurung menerima rawatan muka dan badan, Asma terasa segar dan bersemangat positif. Hatinya gembira. Keluar dari bilik rawatan dia menuju ke tempat pakaian pengantin. Ferhad dan Nek Som sedang menunggunya di sana. 

“Dah siap pun. Wah naik dah seri pengantin,” tegur Achik Zana apabila melihat Asma menghampiri mereka. 

Asma merasakan langkahnya canggung. Bila mata helang Ferhad turut memandangnya tanpa berkelip. Dia tunduk dan berjalan mendekati Nek Som. Lengan Nek Som dipautnya. 

“Lagi 2 hari nak nikah, mestilah dah naik seri. Kau ni pun Zana macamlah tak pernah tengok bakal pengantin,” celah Nek Som. Dia bangga melihat wajah asli Asma yang mempunyai auranya tersendiri. Hatinya juga cantik. Sebab itulah dia mahu Asma jadi isteri Ferhad. Dia berharap nanti Ferhad akan nampak keistimewaan Asma sebagaimana mata hatinya nampak. 

“Asma ambil baju ni, pergi cuba di bilik persalinan sana. Kalau ada yang kena alter, kita alter hari ini juga. Achik mahu baju Asma dan Ferhad siap hari ini.”

Asma akur. Dia ambil baju tersebut dan melangkah ke bilik persalinan. 

“Jurugambar mana?” Tanya Nek Som. 

“Tadi ada, nanti kejap Zana telefon tanya.”

“Minta dia ambil gambar pra perkahwinan mereka ni. Kita bergambar di sini je. Tak perlu banyak-banyak gambar pun tak apa. Janji ada kenangan manis.”

“Tanggung beres Mak Som,” Achik Zana tunjuk isyarat OK dengan tangan kanannya. Tangan kiri pula melekap telefon bimbit di telinga kiri.

Ferhad keluar dari bilik persalinan dengan memakai baju melayu berwarna krim. Baju tersebut terletak elok di badannya. Dia mengadap cermin untuk memakai sampin songket. Jurugambar terus menjalankan tugasnya mengambil gambar pra perkahwinan Ferhad dan Asma. 

Dia menangkap saat-saat Asma keluar dari bilik persalinan dan mata helang Ferhad terus memandang di pantulan cermin di hadapannya. Ferhad kagum melihat pengantinnya cantik dan berseri. Asma tertunduk malu apabila bertentang mata dengan Ferhad menerusi cermin. 

Achik Zana membantu Asma membetulkan bajunya. Dia memakai baju kurung berpotongan moden berwarna krim sedondong dengan baju Melayu Ferhad. Dihiasi dengan manik dan labuci berwarna pink dan silver. Shawl juga berwarna krim dan dihiasi dengan batu swarovski. Aksi mereka ketika mencuba baju pengantin terus dirakamkan oleh jurugambar. 

Saat Asma tersenyum malu-malu berbalas pandang dengan Ferhad dilihat dengan penuh gembira oleh Nek Som. Dia harap dua hati ini akan berpaut sayang, berbunga cinta nanti. 

Ferhad mendekati Asma yang sedang memandang cermin. Setiap langkah Ferhad diperhati oleh Asma. Ada senyum malu menghiasi bibirnya. Langkah tegap Ferhad membuatkan hati Asma berdengup laju. Rasanya dia telah jatuh cinta dengan bakal suaminya sendiri. 

“Cantik. Asma cantik hari ini,” puji Ferhad apabila dia berdiri di belakang Asma. Rapat tetapi masih lagi ada jarak. Mereka saling berbalas senyuman di hadapan cermin. 

Jurugambar terus memetik lensa kameranya. Dia puashati dengan kerjasama dan keserasian yang bakal pengantin tonjolkan. Semuanya nampak spontan dan semulajadi. Mereka ada tarikan magnet yang kuat tanpa mereka sedari. Telatah dan gelagat mereka yang malu - malu membuatkan jurugambar tersenyum. 

“Abang pun kacak. Hensem,” balas Asma malu-malu. Gugup. Tapi dia memberanikan diri menatap mata bakal suaminya. Seakan mimpi. Dalam usia baru menjangkau 18 tahun dia bakal bergelar isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah terlintas pun akan jadi suaminya. Dalam rangka perancangan masa depannnya, dia cuma mahu menghabiskan masa membahagiakan ibunya dahulu sebelum mengejar kebahagiaan sendiri. 

Tapi di sini, hari ini, dia sedang mencuba baju yang bakal dipakai di hari besarnya. Hari yang akan mengubah segala-galanya, status dan juga keutamaan di dalam hidupnya. 

Ferhad, bakal suaminya. Hanya dikenali lewat cerita yang disampaikan oleh Nek Som. Ferhad, anak muda yang sedang mencipta nama dalam bidang arkitek di United Kingdom. Sentuhan emasnya sentiasa dinanti-nantikan. Seorang anak muda yang tidak betah berbakti di negara sendiri. Menurut Nek Som, kata Ferhad peluang untuknya mengembangkan bakat dan kebolehannya di sini terhad. 

Kata Nek Som lagi, dia dengan Ferhad sepadan. Sama-sama bertangan seni walaupun minat berbeza.

Cuma adakah hati mereka berirama yang sama?

Ferhad pandang Asma. Ini kali pertama mereka sedekat ini. Dia mampu melihat wajah mulus Asma. Kulitnya cantik. Nampak bebayang urat-urat merah dibawah kulit. Tanpa secalit mekap, wajahnya tetap menawan. Tanpa secalit gincu, bibirnya tetap basah merah memukau. Ingin sekali dia merasai kemanisannya. Adakah rasanya seperti madu bunga mawar yang segar. Halkum Ferhad bergerak-gerak. 

Ehemmm..hemm. Dehaman jurugambar mematikan khayalan yang semakin jauh. Dia pandang sekilas jurugambar yang tersengih perli. Wajahnya merah. Telinganya juga merah. Segan apabila tertangkap basah begini. 

Asma yang polos memandang tanpa mengerti. 

“Kak Zana, rasanya dah cukup gambar untuk pra ni. Kita ambil masa majlis pulak. Lagipun saya nak berkejar ke majlis tunang pulak ni,” beritahu Zarul, jurugambar rasmi untuk butik Achik Zana. 

“Okeh. Kak Zana pun fikir macam tu jugak. Lebih-lebih lagi bila tengok bakal pengantin kita ni lapar, macam nak telan je bakal isteri dia,” Achik Zana senyum perli sambil jeling Ferhad. 

Zarul sudah melepaskan ketawa yang tertahan tadi. 

“Itulah sebabnya aku nak buat cepat-cepat,” celah Nek Som pula. 

“Dah namanya bakal isteri, kalau cicip sikit pun jadilah,” Ferhad tidak mahu kalah. Mana mungkin dia biarkan dirinya dibahan depan-depan.

“Jangan nak melalut, lepas nikah nanti, nak cicip ke nak makan ke, nenek dah tak kisah. Sekarang ni nenek kisah sangat, sebab nenek perut lapar nasi.”

Serentak mereka yang berada di situ ketawa dengan reaksi Nek Som.

Asma yang mulanya tak faham, tertunduk malu.

“Pergi tukar baju. Lepas ni kita pergi makan dan balik. Petang nanti Zana nak datang pasang pelamin di rumah nenek.”

“Haaa.... ada pelamin jugak ke nek. Kata tak ada apa-apa majlis,” Asma mula gelabah. Malulah dia nanti. 

Dipandang Ferhad minta simpati. 

“Untuk ahli keluarga kita je. Malam nanti tentu anak cucu nenek sampai. Majlis kecil-kecilan untuk ahli keluarga. Tidak ada orang luar. Jangan risau,” terang Nek Som. 

“Lagipun inikan majlis nikah kau. Takkanlah kau tak nak merasa duduk atas pelamin?”

“Buat simple-simple pun saya tak kisah nek,” balas Asma. 

“Tapi nenek teringin tengok kau berdua atas pelamin. Nenek jugak nak sarungkan cincin tunang kat jari kau.”

“Ok. Ferhad setuju nek. Lagipun inikan sekali seumur hidup.” 

Asma pandang Ferhad. Ferhad bagi isyarat mata supaya ikut sahaja apa yang nenek rancangkan. 

“Jadi bolehlah Asma berangan jadi cinderella sekejap.” Akhirnya dia mengalah. Tak salahkan mengembirakan hati nenek?

Achik Zana yang jadi pemerhati, menguis hujung matanya. Melihat kegembiraan Mak Som, hatinya sebak. Sudah lama dia tidak melihat Mak Som bersemangat begini. Walaupun bibirnya sentiasa senyum, tapi hatinya sentiasa menangis. Merindui anak cucu yang jarang-jarang mahu menziarahi dan mengambil tahu tentang kesunyian hati tuanya. 

“Gembirakan hati nenek selagi boleh Asma dan Ferhad,” titip Achik Zana ketika mereka mahu beredar. 

“In Shaa Allah.” 

Perlahan mereka menjawab, serentak.



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

  1. Ne baru pra wedding dh cantik menawan blm lg btl2 d khalayak ramai tu pun mata ferhad dh xbtl...

    BalasPadam

Catat Ulasan