Kupilih Untuk Bahagia

Gatal tangan nak kongsi sikit-sikit.... Cerita baru.. Tak boleh cakap manuskrip lagi sebab masih tunggang langgang... 

Part-part romantik saya segan nak up sangat. Takut tak jadi romantiknya atau terlebih romantik. Jadi saya kongsi part yang tak berapa nak romantik sangat ni...

#kupilihuntuksetia ni cerita airmata. tapi ada juga tang romantiknya. Namun banyaknya airmata nanti... Hope percubaan saya ni menjadilah...
Saya bayangkan mamat kat bawah ni sebagai Hero dalam cerita ni.. Heroin dia tak jumpa lagi yang saya gambarkan dalam cerita ni... Tengah cari.. hiks.. hiks



Asma tolak pintu bilik Ferhad. Ooops bilik pengantinnya malam ini. Hanya lampu tidur sahaja yang terpasang. Sebaik sahaja dia masuk, suhu sejuk menggigit kulitnya.


‘Hmmm.. berapa suhu dia pasang ni. Sejuknya,’rungut Asma. 
Ferhad angkat wajahnya dari memandang I padnya. Dia ukir senyum. Asma melangkah perlahan ke arahnya sambil membawa gelas.

“Asma bawakan air masak untuk abang,” Asma hulur gelas tersebut kepada Ferhad.

Terima kasih sayang,” Ferhad menyambutnya.

Kemudian Asma bergerak ke arah beg pakaiannya di tepi almari. Dia keluarkan tuala dan pakaian tidurnya. Diletakkan di atas katil. Asma buka tudung dan melepaskan ikatan rambutnya. Pergerakannya diperhatikan oleh Ferhad.

Perbuatan Asma itu membangkitkan rasa di dalam dirinya. Dalam cahaya lampu tidur perbuatan Asma membuatkan dia rasa tergoda. Ingin dibelai rambut panjang mengurai itu. Mahu dia sendiri lepaskan satu persatu pakaian yang masih melekat di badan isterinya. Tanpa dapat menahan rasa, Ferhad mendekati Asma. Tangannya memaut pinggan ramping isterinya. Terhenti pergerakan isterinya.

Asma terkaku. Ini kali kedua mereka berpelukan selepas sesi bergambar tadi. Jika tadi mereka menjadi tumpuan ramai, kali ini hanya mereka berdua. Jantung Asma berdetak hebat. Rasa penat tadi mula menghilang diganti dengan rasa gemuruh. Dia turut merasai jantung suaminya berdengup kuat, seirama dengan dengupan jantungnya. Perlahan dia angkat tangannya dan diletakkan di dada suaminya. Asma mendongak memandang wajah Ferhad yang tunduk memandangnya. Mereka saling berbalas renungan.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah.
 Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan