Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Rabu, 13 Januari 2016

Januari 13, 2016

Keindahan alam persekolahan

Assalam...
Ok mood malas nak up entri. Malas nak celoteh kat sini dan cuma mood baca blog orang dan cerita orang je. hahaha.. Aci tak.

Cerita semuanya sekerat jalan.

Apa ya nak membebel sini. Owh pasal alam persekolahan. Alam yang paling best ever. Alam kita kenal kawan-kawan. Alam kita belajar mengenal dunia ilmu pengetahuan.

Sesi persekolahan 2016 telah selamat berlalu hampir 2 minggu. Macam-macam gambar dan video member-member saya sharekan tentang kerenah anak-anak mereka. Al maklumlah anak saya kecik lagi. Dok kelek bawak ketiak lagi ni. Hihi.

Jeles pun ada. Alahai satu lagi rasa macam diri ni dah semakin tua. Orang lain anak dah nak masuk remaja dah. Rezeki masing masing kan?

Tapi satu yang saya tak faham dengan parents sekarang ni. Diorang ni tak pernah merasa alam persekolahan ke? Tak pernah rasa kena denda, Berlari keliling padang, berjemur ketika perhimpunan sampaikan anak tak boleh nak cuit sikit. Duduk atas simen je pun.. Sinki tinggi sikit pun nak omel. Pelik betul. Atau pun depa ni tak pernah jadi kanak-kanak. Lahir je terus dewasa, tak perlu belajar sampai pandai. Tak perlu pergi sekolah.

Pelik-pelik.

Padahal hal-hal sebegini lah yang mengajar anak-anak berdikari.Belajar bersahabat dan belajar menjadi kuat. Banyak lagi cabaran yang besar menanti di hadapan. Saya sebagai ibu pun risau bila lepaskan anak-anak jauh sikit. tak nampak dengan mata kasar. tapi kita kena belajar percayakan mereka. Mereka perlu berdikari dan belajar erti kehidupan. Jika selalu dipantau, selalu dikawal takut nanti mereka tidak mampu berdikari dan menguruskan hidup mereka sendiri.

Sebab kita bukan selalu muda. Sampai masa kita akan jadi tua. Sampai masa kita akan pergi menemui Tuhan kita. Anak-anak pula akan semakin membesar. Menjadi remaja dan dewasa. Akan membentuk hidup mereka sendiri. Jadi wajarlah kita pantau mereka dari jauh. Jatuh biar mereka bangun sendiri selagi mereka boleh menguruskan sendiri. Biar mereka belajar erti sakit. Belajar menjadi kuat.

Cabaran masa depan jauh lebih hebat. Jadi ajarlah mereka menghormati guru dan pendidik mereka. Biar ilmu yang mereka perolehi itu berkat dan berguna di masa hadapan.


sweet moment


Bestkan... Zaman ni persekolahan saya ni takkan berulang lagi dah. Cuma boleh ulang tayang kenangan dalam hati je. Yang lucu, yang sedih, yang perit dan yang manis semuanya telah jadi Momen Yang Paling Indah. 

Ahad, 10 Januari 2016

Januari 10, 2016

Novelog 8 : tempat baru

Passt ... silap info last entri. Pahang bukan selangor ya. Tak sempat nak edit lagi.


Aku akhirnya ditinggalkan sendirian di tempat baru. Sebilik 4 orang. Teman sebilik aku datang dari pelbagai negeri. Ilah orang Pahang, Kirah orang Segamat dan Julia orang Kuala Berang, Terengganu. Aku pulak orang Kelantan. Semangat baru dengan kawan-kawan baru. Semoga aku dapat menyesuaikan diri walaupun  dalam hati dah terasa pelbagai perasaan.

Aku lemah bab berkawan ni. Aku tak tahu nak mulakan persahabatan. Dulu, ketika di sekolah orang tegur aku dulu barulah aku jawab. Baru berkawan dengan orang. Jadi di sini aku jadi kekok. Rasa menyesal pulak datang ke sini. Kalaulah Tieya dengan Nozi ada, kan best. Diorang memang mesra alam. Pergi mana-mana pun cepat dapat kawan. Cepat menyesuaikan diri. Tapi aku  ni macam rusa masuk kampung. Terkial-kial, tak tahu nak mula kat mana. 

Minggu ni minggu orientasi. Dari apa yang aku baca  dan dengar minggu orientasi ni minggu suaikenal dan juga minggu senior mempunyai kebebasan untuk mendera junior dengan alasan melatih junior jadi cekal sepanjang belajar di sini. Entah betul entah tidak. 

"Nak panggil kau apa? Hawa tu klasik sangat nama," omel Julia. 

Aku sengih tak berapa nak ikhlas. Hawa tu dah sedap dah nama. 

"Kau panggil aku Julie. Kau aku panggil Eve, baru moden sikit. Ni nama orang kampung,"cemuh Julia. 

"Macamlah kau tu orang bandar sangat. Bukan ke kau asal Kuala Berang ke? Sampuk Kirah. 

Julia geleng kepala.

"Kampung halaman aku kat Sri Hartamas. Mummy aku kahwin dengan bapak tiri aku, orang terengganu. Ada kilang batik kat Kuala Berang tu. Sebab tu aku tinggal kat situ. Itu pun cuti sekolah je," jelas Julia dengan gaya diva kampung gedik gedik.

Ya Allah, aku rasa menyampah sangat. Tak tahulah aku boleh bertahan ke tidak sebilik dengan dia ni. Aku orang kampung je. Tak setaraf dengan anak tiri tauke batik ni. Aku ni orang kasar. Cakap pun kasar tapi tak adalah nak menyindir  orang, apatah lagi nak judge orang.

Kirah diam. Ilah pun macam tak berapa nak masuk campur. Dia buat hal sendiri. 

"Hawa tu dah sedap dah. Biar kampung pun. Itu tetap nama aku. Kau tak suka tak payah panggil aku."