Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Khamis, 30 Jun 2016

8:19:00 PG

Abang Hensem, Jihan Part 9

 Alhamdulillah Hari ni dah Khamis, Esok jumaat. Lusa Sabtu. Malam Sabtu nanti saya akan memulakan perjalanan balik kampung ke utara, kampung Incik Suami. Menyimpan rindu pula kat kampung halaman di Kelantan. 

IKLAN
Shopping raya dah settle ke? Kalau belum boleh jengah ke LAZADA. 
  Macam-macam ada!


SALES RIANG RIA RAYA MASIH LAGI BERLANGSUNG SEHINGGA 11 JULAI NANTI.  






Tisya canggung. Nzakir tenang bawa kereta. Sesekali matanya melirik Tisya di sebelah.

“Senyap je. Tisya tak ada apa-apa nak tanya abang?” Soal Nzakir memecahkan suasana sepi itu.

Tisya tidak jawab. Sebaliknya dia angkat bahu. Dia pun speechless. Fakta yang tersembunyi diketahui hari ini. Gembira? Suka? Entah dia pun tidak tahu apa yang dia rasa. Yang pastinya berduaan dalam kereta kali ini terasa sangat kekoknya.

“Kenapa abang hilang tiba-tiba. Abang dah kahwin ke belum. Abang ada teringatkan Tisya tak?” Nzakir tolong usulkan soalan bagi pihak Tisya. Bibirnya tarik sengih. Tisya di sebelahnya sekarang bukan Tisya kanak-kanak ribena yang banyak cakap dulu. Dia dah berubah jadi pendiam.

“Awak tanya, awak sendirilah jawab,” balas Tisya. Dia memang tak minat nak beramah mesra dengan Nzakir sekarang. Sebab dia sedang keliru dengan hati sendiri.

Dia juga masih bengang dengan abang ngah. Janji capati sungguh! Tengahari tadi cakap lain, nak balik tadi cakap lain. Kalau tahu begini lebih baik dia berbuka sorang-sorang dalam biliknya.

“Adik balik dengan Nzakirlah. Lagipun korang tinggal satu apartment. Trust me. Abang ngah percaya Nzakir boleh jaga adik lebih baik dari abang ngah.”

 Dan apa kena mengena hantar dia balik dengan fakta Nzakir-boleh-jaga-adik-lebih-baik-dari-abang-ngah? Tisya jeling abang ngah tajam. Jika jelingan boleh mencederakan orang macam cerita naruto tu, sudah pasti abang ngah dah cedera parah.

“Kalau sayang sangat duit minyak abang ngah tu, adik sanggup bagilah.”

Abang ngah geleng kepala. Bengang  kot dengan sikap dia yang tiba-tiba juga keras kepala. Ikut perangai siapalah keras kepala sangat ni. Kepala batu.

“Apa masalah adik ni kalau balik bersama dengan Nzakir? Jimat masa dan tenaga. Lagipun adik patut ambil kesempatan ini bertanya khabar dia. Adikkan rapat dengan dia dulu. Adik jugak cakap dia abang long leg adik yang paling adik sayang.”

Tisya melipat tangan di dada. Bercakap dengan abang ngah sekarang ni macam bercakap dengan Lailatul, si kenit abang ngah tu. Susah nak faham cakap. Orang cakap lain dia cakap lain. 

“Yang abang ngah cakap tu dah lepas 10 tahun dulu. Zaman dah berubah. Manusia lagilah cepat berubah. Buat apa adik nak tanya dan ambil tahu kisah dia. Ada dia amik tahu kisah adik? Lagipun adik bukan adik kecil abang ngah lagi. Faham tak!.”

“Dulu adik sayang dia kan?”

Tisya mendengus.

“Abang ngah ni tak habis-habis dengan cerita dulu-dulu. Kita bercakap pasal sekaranglah. Adik tak selesa dengan dia. Adik tak kenal dia. Please abang ngah.. hantar adik balik,” separuh merayu dah Tisya ni.

“Adik balik dengan Nzakir. Abang ngah penat. Tak nak balik dengan dia, balik sendiri,” tegas abang ngah.

Dan dia terus membentak meninggalkan abang ngah.

“Tisya dah sombong dengan abang,” suara Nzakir membuatkan dia kembali ke alam nyata.

“Saya tak kenal dengan awak. Orang yang saya kenal 10 tahun dulu dah lama tinggal kenangan,” jawab Tisya.

Nzakir menjeling Tisya dengan ekor mata. Tisya pandang depan, sesekali dia pandang ke luar tingkap.

“10 tahun dah berlalu, hmmm. Tisya yang abang kenal dulu comel dan suka bertanya. Tisya hari ini beku dan kaku. Nak dengar suara pun susah.” Itu kenyataannya.

“Sebab zaman dah berubah.  Awak jangan ingat manusia ni tak berubah. “

“Tak. Abang tak berubah. Tetap ingat Tisya sesekali.”

Tisya diam. Dia tak ingin komen. Sebab dia juga sesekali ter rindukan abang kawan sebilik abang ngah yang rajin melayannya.

“Nak singgah mana-mana tak?”

“Tak. Saya nak balik. Esok kerja masuk pagi.”

“Esok abang pun kerja. Tapi abang banyak lagi nak cakap dengan Tisya ni.”

Tisya cebik. Mereka bercakap ke atau dia sorang yang bercakap dari tadi?

“Awak tinggallah saya dekat bus stand. Nanti saya balik sendiri,” putus Tisya.

Nzakir terkejut. Dingin betul suara Tisya.

“Tisya marah abang?”

Tisya geleng.

“Saya tak kenal awak. Mama pernah pesan jika tak kenal dengan orang jangan banyak cakap. Lebih-lebih lagi lelaki macam awak.”

“Tapi Tisya kan dah kenal abang lama dulu.”

“Awak faham tak dulu dan sekarang banyak beza. SANGAT BERBEZA!” Tisya tension.

Tak habis-habis pasal cerita dulu-dulu. Cerita yang dia dah campak dalam longkang!

Nzakir terdiam. Dia terus melarikan keretanya menuju ke apartment mereka.

  ------@@@----------


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat.
 Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Rabu, 29 Jun 2016

8:04:00 PG

Abang Hensem, Jihan Part 8

masih lagi berlangsung. Cepat ambik kesempatan ini untuk bershopping last minute sebelum raya. Jimat habis!

 -------@@@------



Nzakir tiba di rumah Tajul dalam kira-kira 6.30 petang.

“Tak sangka berjodoh jugak korang berdua ni,” komen Nzakir setelah berjumpa dengan Zila, isteri Tajul.

“Kau ingat aku bercinta di Universiti dulu nak buat stok geli-geli macam kau ke?” sindir Tajul. Memang tak boleh blah bila komen Nzakir ni.

Come on Man, itu pun nak sentap.”

“Zila cool je.”

Hahaha.... Zila geleng kepala. Macam-macamlah mereka berdua ni. Sikap Nzakir tidak pernah berubah asyik nak kenakan orang saja kerjanya.

“Mana orang rumah kau? Tak datang?” soal Zila.

“Orang rumah dia tinggal dekat pejabat. Tak boleh bawak balik,” selamba Tajul tolong jawabkan.

Zila pandang wajah suaminya dan Nzakir. Tak faham. Takkanlah puasa-puasa ni tak boleh nak balik awal, sediakan juadah berbuka dan berbuka bersama suami. Pentingkan kerja betul. Dia pun kerja jugak tapi keluarga tetap diutamakan.

Semakin galak Tajul dan Nzakir ketawa.

“Sayang.. Nzakir ni masih teruna lagi. Teruna tua!”

Lama jugak Zila diam barulah dia dapat tangkap.

“Awek keliling pinggang dulu mana perginya? Takkanlah semua stok geli-geli,” aju Zila.

Tajul jungkit kening. Nzakir sengih sambil usap rambutnya.

“Hujung tahun ni baru nak kahwin,”Tajul tolong jawabkan sambil sengih-sengih.

Zila angguk.

“Orang mana?”

“Orang dekat je”

“Nanti jangan lupa jemput pulak.”

“Confirm tak lupa!”

“Eh apasal abang yang tolong jawabkan. Nzakir tak ada mulut ke,” geram Zila. Seolah-olah suaminya mempermainkannya pulak.

“Betullah. Bab nikah kahwin ni mana boleh dibuat main-main,” ucap Tajul serius.

Nzakir sengih macam kerang busuk. Memang antara dia dengan Tajul, Tajul lebih peramah dan banyak cakap. Dia selalunya jadi tukang angguk sahaja.

Zila jeling. Diangkat punggung meninggalkan mereka berdua menuju ke dapur. Mahu melihat apa yang sedang adik iparnya lakukan di dapur. Dari tadi lagi tidak tunjukkan muka. Sebelum menyambut kedatangan Nzakir tadi dia dah minta Tisya menghidang dan buatkan air. Entah dah siap ke belum.

“Adik dah buat air ke belum?”

“Dah kak ngah. Teh panas dan jus jambu.”  Zila angguk.

Dikerling Tisya. Lain macam je budak ni. Sejak sampai tengah hari tadi nampak selalu berangan. Dahi pulak berkerut-kerut macam ada banyak sangat masalah dalam kepalanya.

“Tisya ada masalah ke?”

Tisya geleng kepala.

“Tak ada. Kenapa kak ngah. Muka Tisya ni macam orang ada banyak masalah ke?”

“Tak adalah. Kak ngah tengok sejak sampai tengah hari tadi, Tisya asyik berangan je.”

“Ada masalah dengan housemate ke?”

“Tak adalah kak ngah. Semuanya okey.”

“Adik baru jumpa abang long leg dia. Tu sebabnya termenung sana termenung sini,” celah Tajul sambil senyum-senyum.

“Abang long leg?” Zila tak faham.

Tisya tengok abang ngah.  Mimik mukanya tidak puashati plus geram. Rasa nak gigit-gigit biar terputus hidung tak berapa mancung abang ngahnya. Sengaja nak malukan dia! Cerita lama. Cerita dah basi. Cerita yang dah lama luput dari memorinya.

Long short story, nanti malam sebelum tidur abang buka hikayat cerita abang long leg ni. Sekarang masa untuk berbuka. Kita makan dulu.”

“Nzakir jemput makan.”

Nzakir sengih. Dijeling Tisya yang bermuka masam.




 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Selasa, 28 Jun 2016

7:46:00 PG

Abang Hensem, Jihan Part 7

Rupanya antara Nzakir dan Tisya ada sejarah. Nak tahu.. kena baca sampai habis. Part 7 ni pendek skit. Cerita ni bukan lagi boleh dipanggil cerpen. Tapi novel pendek. Sebelum tulis saya target paling panjang pun dalam 20 pages. tapi anganku musnah.. Dah masuk pages 38 pun tak jumpa penamat lagi... Jadi, jadilah novel pendek. Target baru 50 pages. hehehe.. terlajak pun maybe dalam 60 pages. 

 Promotion Hari Raya

Jom shopping di LAZADA. 
Sekarang ni giler-giler sales. Boleh meroyan ni tengok discount price. 
Dan satu lagi memang berbaloi bershopping di LAZADA





“Nzakir ni kawan baik abang ngah semasa di UTM dulu. Lepas konvo dia hilang dari radar. Telefon dan facebook tak aktif. Ingat dah jadi arwah.” Sebaik habis cakap abang ngah ketawa. Pelik betul. Perkara mati pun boleh main ingat-ingat. Kawan baik sendiri pulak tu.

“Tapi tak sangka dapat jumpa balik selepas 10 tahun...” sambung abang ngah lagi. Gembira betul dia dapat jumpa balik kawan lama.

“Kalau adik nak tahu, dialah yang rajin layan adik bercakap dulu. Ingat tak bila adik telefon, abang ngah sibuk? Dia juga yang selalu kirim hadiah kat adik dulu.”

Kejung badan Tisya mendengar abang ngah bercerita. Hatinya berdetak laju. Tisya tahu hatinya ada simpan rindu pada seseorang tapi dia tidak tahu siapa. Sebaik sahaja abang ngah habis belajar, rindu mula bertamu di hatinya. Nak tanya abang ngah dia malu. Jadi dipendamkan saja rindu itu sebab dia tak tahu siapa dia. Nama dia pun tak tahu.

Tisya masih ingat lagi, setiap kali dia telefon abang ngah, telefon abang ngah selalu sibuk. Jadi dia akan telefon abang kawan sebilik abang ngah. Tanya abang ngah tengah buat apa. Abang kawan sebilik abang ngah akan cakap abang ngah tengah bergayut denga awek dia. Beranglah dia. Padahal abang ngah juga yang beriya-iya minta dia telefon. Jadi bila dengar suara dia yang hampir nak nangis, abang kawan sebilik abang ngah tolong pujuk. Layan dia bercakap dan tolong dia buat kerja sekolah. Sejak malam itu, dia dalam seminggu ada sekali atau dua kali dia akan bergayut dengan abang kawan sebilik abang ngah.

Masa itu dia panggil abang je. Sebab tak tahu nama dan tak terfikir pun nak tanya nama. Berkat kesabaran abang kawan sebilik abang ngahlah, dia selalu dapat nombor satu dalam kelas. Jadi setiap kali abang ngah balik pasti dibawa balik hadiah yang kawan dia kirim. Macam-macam hadiah yang dia dapat. Ada novel, jam tangan, beg barbie dan teddy bear dan macam-macam lagi. Hadiah itulah yang menjadi kesayangannya. Disimpan baik-baik. Sampai sekarang masih elok.

Ketika abang ngah konvo, dia lupa nak tanya abang ngah kawannya yang mana selalu berikan dia hadiah. Sebab sibuk sangat melayan abang ngah ambil gambar dengan bakal kak ngah. Sibuk juga ditarik oleh kak lang dan kak chik ke sana ke sini untuk bergambar. Maklumlah abang ngah merupakan orang pertama dalam keluarga mereka berjaya menggenggam ijazah. Kak long dulu masuk maktab perguruan sahaja.

Cuma selepas abang ngah kerja, dia merasa kehilangan sekejap. Ada juga kadang kala dia rindu. Nak tanya abang ngah, dia segan. Lagipun abang ngah tidak pernah bercerita tentang kawan-kawannya. Jadi dia diamkan sahaja. Bila rindu dia akan peluk teddy bear pemberian abang kawan sebilik abang ngah.

Jadi bila tanda tanya 10 tahun lepas terjawab. Dia tidak tahu nak tunjukkan reaksi macam mana. Suka? Sedih? Teruja? Gembira?

Tisya geleng kepala. Dah lama dia tak ingatkan abang kawan sebilik abang ngah tu. Dia dah lupa. Sebab ketika itu dia baru berusia 14 tahun.

“Nzakir dulu sayang betul dengan adik. Macam-macam hadiah dia bagi setiap kali abang nak balik kampung. Siap pesan lagi suruh adik makan banyak-banyak biar cepat besar,” abang ngah ketawa besar. Teringat kisah Nzakir dulu.

“Nzakir ni tak ada adik. Dia anak tunggal. Jadi sebab itulah dia layan dan sayangkan adik. Bila tahu dia suka layan adik, abang ngah lepas tanganlah. Buat-buat sibuk setiap kali adik telefon,” cerita abang ngah perkara yang sebenarnya.

 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.