Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 27 Februari 2017

Februari 27, 2017

Bab 12 (b) : Hati Yang Kau Sakiti


“Kau dari mana? Petang baru masuk pejabat?” soal Aali. Mereka berjumpa di depan lif. Bekerja di bangunan yang sama tapi berlainan pejabat.

“UPM!” jawab Amru ringkas.

Aali pandang dengan wajah tak percaya.

“Kau pergi jumpa Ami?”

Amru geleng kepala. Mulanya dia tak rancang pun nak jumpa. Kebetulan terjumpa setelah urusannya dengan Uncle Yusufnya selesai. Itu pun melibatkan Ami juga.

“Habis tu, jumpa siapa?”

Uncle aku. Dapatkan maklumat tentang budak praktikal. Senang cerita Ami dan kawan dia akan praktikal di firma aku lagi dua bulan.”

Interesting. Cepat kau bertindak,” ujar Aali tersengih-sengih. Amru pandang sekilas sebelum melangkah masuk ke dalam lif. Aali juga turut masuk. Terdapat empat orang sahaja dalam lif ini.

“Nak betulkan apa yang tidak betul ni, aku kena cepat bertindak. Ini semua kau punya pasal.”
Aali angkat ke dua belah tangannya.

“Aku minta maaf okey. Aku tahu aku salah. Tapi aku tak menyesal. Ami tu lebih dari layak jadi isteri kau.”

Amru geleng kepala. “Kau ingat jodoh aku kau yang tentukan ke?” tempelak Amru. Geram dengan sikap sahabat baiknya itu.

“Tentu tuhan yang tentukan. Aku ni perantaraan-Nya yang mendekatkan kau dengan jodoh kau,” jawab Aali sengih.

“Huh.. dia tue keras kepala! Nampak je lembut.”

“Usaha sikit bro.. InsyaAllah berbaloi nanti.” Aali letak tangan kanannya di atas bahu Amru. Kemudian dia tepuk bagi semangat.

“Kau jumpa dia?”

“Ternampak dia ketika aku bercakap dengan uncle Yusuf.”

“She is his favourite student.”

“Haaa... lagi senang kerja kau nanti,”

Amru mendengus. Senang apa. Lagi keras kepala minah tu.

“Jadi kau adalah bercakap dengan dia tadi?”

Amru angguk.

“Aku tunggu dia sampai habis kuliah. Tapi minah tu memang hati batu. Dia tolak aku mentah-mentah tanpa fikir panjang. Sikit pun dia tak menyesal dengan apa yang terjadi. Pandang aku macam musuh!”

Aali ketawa. Dia tepuk bahu Amru berkali-kali. Memberikan semangat.

“Maafkan aku. Aku yang singkat akal buat perkara bodoh malam itu. Patutnya aku perkenalkan korang elok-elok, bukan pedajalkan korang. Tapi aku tetap yakin Ami tu sesuai untuk kau berbanding Bella. Malam tu Bella ada dalam kelab tu.”

“Aku pun perasan.”

“Yang aku tak perasan bila kau masukkan pil khayal dalam air aku,” soal Amru dengan mata tetap melihat pintu lif.

“Semasa kau pergi merokok,” jawab Aali tanpa rasa bersalah.


Amru geleng kepala. Ting.. pintu lif terbuka. Dia terus keluar tanpa menoleh lagi. Geram masih bersisa. Tapi itulah juga kawan baiknya sejak zaman sekolah. 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ahad, 26 Februari 2017

Februari 26, 2017

Tak Jadi Demam!

Cuaca sekarang tak menentukan? Bukan sekarang aje, malah sepanjang tahun cuaca di negara kita ni sering berubah-ubah. Kejap panas, kejap hujan. Hujan panas, hujan panas ni, kalau tak kuat antibodi memang mudah dapat demam. Jadi on off lah demam sepanjang tahun.

Saya paling tak suka bila terkena selesama dan batuk. Nak sembuh tu lambat. Kalau dah selesema, kulit muka jadi kering dan hidung gatal-gatal. Batuk pula, terbatuk kuat boleh terkucil tau. Tidak ada pilihan kenalah jumpa doktor dan makan ubat. Ubat demam dan batuk pula jenis mengantuk. Selalulah mamai dan mahu tidur aje. Jadi kerja pun banyak tertangguh. 

Kalau cukup pakej demam + batuk + selesema lagilah. Boleh pulak berjangkit. Seorang kena dalam rumah, semua bakal kena nanti. Sebab bakteria dan virus berlegar-legar di dalam ruang udara rumah kita. Kalau ada anak kecil lagilah, boleh tak tidur malam bila si kecil demam. Kita pun demam. letih nak jaga mereka dengan badan tak sihat kan? 

Tapi sekarang, bagi keluarga saya alhamdulillah dah jarang dapat demam. Kalau ada salah seorang batuk atau selesema pun, tak berjangkit dekat orang lain. Sebab saya amalkan petua ni. Senang aje petua dia. gunakan barang yang wajib ada dekat dapur aje. Nak tahu apa dia?

BAWANG MERAH.  

Saya pernah tulis dalam entri terdahulu mengenai kebaikan bawang merah. boleh klik di sini untuk membacanya. (Bawang merah ooo bawang merah)

Jadi saya cuba uji sendiri. Kebetulan kali pertama saya buat, hidung tersumbat, tekak pun dah gatal-gatal batuk. Anak pula hidung berair, tanda-tanda nak demam. 

Caranya : Sebiji bawang merah besar (bawang merah india) dipotong empat dan diletakkan di dalam pinggan plastik atau pun bekas tak tertutup. Letakkan dalam bilik tidur. Biarkan bawang itu semalaman atau selagi bawang itu tak buruk, biarkan sampai kering. 


Gambar atas, bawang merah setelah beberapa hari saya biarkan dalam bilik tidur. Oleh sebab kami tak ada yang demam, jadi bawang merah kat atas tu tak buruk atau berkulat. (Saya lupa nak snap gambar bawang merah tika nak terkena demam tempoh hari) Jika demam, pagi esok bawang merah tu akan jadi buruk. Macam dah lama. padahal baru semalaman. 

Kenapa jadi buruk?
Apa fungsi bawang merah ni?

Bawang merah akan jadi buruk sebab ia menarik bakteria, virus dan kuman yang berlegar dalam udara di dalam bilik tidur saya. Fungsi bawang merah ini adalah membersihkan udara di dalam bilik tidur saya. Bila udara bersih, yang nak demam tu tak jadi demam. Sebab penyebab demam tu dah tak ada. 

Kesan dia pantas. boleh dirasai bila bangun pagi esok. Jika malam tadi saya rasa nak demam. Bangun pagi esok, hidung dah tak sumbat, tekak pun dah tak gatal. Saya pun rasa segar. 

Tak percaya? Cuba sendiri. Tak rugi pun kalau cuba. Bukannya mahal dan perlukan keluar duit banyak pun. Cuma ambil bawang dekat dapur aje. Potong dua atau belah empat. letak dalam bilik. 

Petua ni amat sesuai diamalkan jika ada bayi dan kanak-kanak dekat rumah. Antibodi mereka tak kuat lagikan, jadi senang kena demam. Jadi ringankan tangan buat petua ni. In Shaa Allah... bayi dan anak-anak nanti susah nak terkena jangkitan demam. 

Selamat mencuba. 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Sabtu, 25 Februari 2017

Februari 25, 2017

Bab 12 (a) : Hati Yang Kau Sakiti



“Dia nak apa?”

“Nak bertanggungjawab!” balas Ami sambil lewa. Debaran tadi tak hilang lagi.

Wawa sengih. Kacak tu. Bertuah Ami!

Ami cubit lengan bulat Wawa kuat.

“Aduh... Sakit wei,” pantas dilarikan lengan itu. Digosok di tempat yang menjadi mangsa Ami.

“Kau sengih gatal lagi macam tadi, berkali ganda aku cubit kau!” marah Ami geram.

Wawa geleng kepala. Tak habis-habis dengan perangai cepat panas dia tu. Digosok lengannya berkali-kali sehingga kurang sakitnya. Tapi berbekas merah. Kuat betul minah ni cubit. Kulit aku tak berapa nak cerah ni pun boleh merah.

“Baguslah! Dia nak bertangungjawab di atas perbuatannya. Kau patut bersyukur.”

“Bala!” terlepas kata itu dari bibir Ami.

“Dia lelaki budiman sebab sanggup bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan. Aku tak faham kenapa kau tak nak terima dia.”

Ami buat-buat tak dengar. Wawa takkan faham apa yang dia rasa. Perasaannya. Sanggup ke terima orang yang rogol dia, mengambil kesempatan di atas kelemahannya. Lelaki jenis itukah yang bakal menjadi suaminya? Boleh ke mereka hidup bahagia apabila asasnya adalah bertunjangkan nafsu?

“Kau dengar tak ni?”

“Kau kata tadi mengantuk kan? Baik kau tidur. Aku nak study ni..” balas Ami.

Wawa mengeluh. Sukar ditebak apa yang ada dalam hati Ami. Ami agak tertutup soal hati. Sebab itulah dia lambat tahu tentang percintaannya dengan Hafiz dulu.

“Aku rasa tak ramai lelaki sanggup datang cari dan nak bertanggungjawab di atas kesilapan mereka. Aku rasa dia seorang lelaki yang baik, Ami. Mungkin kau patut bagi peluang dekat dia,” Wawa terus memberikan pendapatnya. Terpulanglah kepada Ami nak terima atau tidak.

“Orang macam dia tu, tak perlu nak cari, perempuan yang akan cari dia..”

“Dan aku bukan perempuan murahan yang terhegeh-hegeh dekat dia!” gumam Ami.

Wawa pandang Ami di depannya. Ami fokus membaca nota kuliahnya. Tapi dia tahu sikit pun apa yang dibaca tidak lekat dalam otaknya.

“Dia dah ambil sesuatu yang berharga daripada kau. Jadi kau rasa kau layak ke jual mahal dekat dia?” provok Wawa.

Hati Ami sentap. Dia pandang Wawa macam nak makan. Pedih bila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri. Wawa yang menyedari ketelanjuran lidahnya, ketap bibir.

“Aku minta maaf okey. Aku cuma mahu kau fikir sebaik-baiknya. Dia datang dengan baik jumpa kau. Nak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Aku rasa kau patut bagi dia peluang.”


Mood nak mengulang kaji dah tidak ada. Wawa pula membebel tak habis-habis. Lebih baik dia angkat kaki sebelum suaranya terangkat tinggi! Ami kemas barang-barangnya. Tak guna duduk di sini lagi. Melihat tingkah laku Ami, Wawa ikut kemas barang-barangnya. Mulutnya dia, tak kata apa lagi. Keras betul hati minah ni!


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 24 Februari 2017

Februari 24, 2017

Aku Sayang Kamu



Bayu pagi ini amat mendamaikan. Hatiku tenang. Melihat wajah-wajah yang telah menghiasi hidupku sejak aku mula belajar mengenal kehidupan. Wajah ceria mereka, wajah yang kini jarang sekali berada di depan mata dek tuntutan kehidupan yang memisahkan. Sesekali aku rindukan saat-saat manis dan nakal kami ketika di alam persekolahan dulu. 

Macam-macam kisah kami kongsikan bersama. Kisah cinta tak kesampaian. Secret admire, putus cinta mahupun kena denda dek kenakalan yang kami lakukan. Pahit manis di awal alam remaja semakin menghimpit rasa. Menetaskan rindu bukan sedikit. Jadi dikesempatan ini, aku tidak mahu sesekali melepaskannya untuk menghabiskan masa bercerita dan bergurau senda.
  • Sahabat, biarpun masa telah menjarakkan kita, namun hati kita tetap satu. 
  • Sahabat, biarpun masa telah mematangkan kita, namun pabila bersama kita tetap anak remaja yang baru mengenal dunia.
  • Sahabat biarpun, kita telah beranak cucu namun pabila kita bersama, kitalah bersikap seperti anak-anak. 
  • Masa tidak mampu menjadikan persahabatan kita tua. 
  • Masa juga tidak mampu melenyapkan kenangan indah bersama. 
  • Melewati batas usia, selamanya persahabatan ini akan terus kekal mewangi... 


Buat sahabat sekalian, aku rindu dan sayang kamu.. Walau di mana pun korang berada. 

*Ada sahabat...*💗💗
 Dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.

*Ada sahabat...* 💑💑
Dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.

_*Ada sahabat...* 👱👱
Dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu.

*Ada sahabat...*💞💞
Dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. *Tercraving-craving...* terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna.

*Ada sahabat...* 💛💛
Dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah 

Walau kategori mana pun anda berada. Semuanya saling melengkapi hidup ni. 

*Semuanya pentinggggg*. 

Kalau salah satu takde, tak happening harian hidup ini tau.


  *وكل عام وأنتم بخير...*
  
*اخوكم*✍

Khamis, 23 Februari 2017

Februari 23, 2017

Bab 11(b) : Hati Yang Kau Sakiti



Melihat lelaki yang mengekori Ami tadi, membuatkan hatinya ingin tahu. Siapa lelaki itu? Apa urusannya dengan Ami? Dia yakin itu bukan abang Ami walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan mereka. Nampak sangat Ami tidak suka dengan lelaki itu. Tapi tak pula menolak.

Dalam diam matanya tidak lepas mengintip pasangan itu. Dia ingin tahu apa yang mereka cakapkan. Hatinya berdenyut sakit. Cemburu. Melihat mereka melangkah menuju ke tempat letak kereta kaki Hafiz melangkah juga. Adakah Ami akan ikut lelaki itu?

Dengan aku dulu, jual mahal, rungut hati kecilnya.

Melihat dari jauh, Ami memarahi lelaki itu. Namun lelaki itu tetap tenang. Boleh lagi tersenyum dan merenung wajah Ami. Dia tahu makna pandangan itu. Hafiz ketap bibir. Cemburunya menyala.
Tanpa sedar Lisa pandang tingkah laku Hafiz. Dia senyum sinis. Huh.. ingatkan dah lupa. Rupanya terhegeh lagi intai Ami. Dia jadi geram dan cemburu. Pantas ditarik lengan Hafiz.

“Intai siapa?” soalnya geram.

“Eh”

“Mana ada intai siapa,” balas Hafiz kalut. Dia sengih. Lisa jeling tajam. Dia sempat tengok Ami bersama dengan seorang lelaki. Kacak!

Hairan aku, macam manalah Ami boleh kenal dengan lelaki kacak tu. Padahal dia bukannya cantik sangat pun. Dahlah tak reti nak berfesyen, kutuk Lisa dalam hati.

“Macamlah saya ni buta tak nampak awak intai Ami tu.. huh!”

“Tak adalah dear... I tengok notis tadi. Nampak mereka sedang berbual tu. Terpandang je,” nafi Hafiz. Hatinya dipalu kuat. Jika boleh dia tak nak Lisa tahu apa yang ada di dalam hatinya.

Lisa mencebik. Tak payah nak nafi sangat kalau mimik muka pun dah tunjukkan.

“Jomlah ke tutorial.”

“Iya.. Iya..” Dia berpusing ikut Lisa. Tapi matanya sempat lagi tengok Ami berjalan cepat menuju ke library. Lelaki itu pula senyum sorang. Senyuman yang menaikkan darjah cemburu di dalam hatinya.



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Rabu, 22 Februari 2017

Februari 22, 2017

Cara ubati STRESS!

STRESS ?

Jangan lupa dapat kan AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR. 

Jimat RM 15 sehingga 28 hari bulan ni.


Auoliya Emulsion sangat bagus merawat kulit korang yang stress di waktu siang akibat cuaca persekitaran, kadar rediasi dari komputer or phone, atau situasi yang korang hadapi setiap hari... yang buat korang kedutkan muka... stress gan kerja tak habis habis... hal masyarakat.. hal negara.. semua nak kene pikir... monyok je kan... tak ceria... sel kulit pun layu je... ☺

Kulit muka yang stress and letih menyebab kan wajah korang hilang seri, hilang kecomelan mu itu, dan lebih seram lagi.. nampak tua dari usia.

Izinkan AUOLIYA Emulsion merawat kulit waktu malam sebelum tido atau sebagai based make up sebelum korang pakai foundation , cream or bedak... So.. Auoliya emulsion akan berfungsi untuk membalut SEL KULIT untuk mempersembahkan kulit wajah dengan penuh keyakinan ibarat tubuh dibalut sutera tulen. ☺


Whatsapp saya dengan CODE " KASIH SAYANG " ke 01123786561

Saya akan berikan harga kasih sayang special untuk korang. ☺
Februari 22, 2017

Tips rambut cantik

Hilangkan kelemumur

Saya pasti ramai yang ada masalah kelemumur.Dah guna syampu anti kelemumur pon masalah kelemumur still tak hilang.Bila kita ada kelemumur, memang rasa tak selesa kat kepala kan tambah-tambah lagi. Kalau kita bertudung lagi la rasa rimas bila ada kelemumur sebab kulit kepala kita rasa gatal. Asyik-asyik nak garu je kepala sampai tudung pon dah tak macam tudung dah.

Saya nak kongsi sikit tips atau petua untuk hilangkan kelemumur yang saya sendiri amalkan atau buat. In shaa allah akan hilang masalah kelemumur tapi bukan sekali buat terus hilang la. Jangan nak berangan sekali buat terus hilang la dan kena rajinkan diri la kalau nak masalah kelemumur ni hilang. Syampu yang kita dok pakai bertahun pon tak hilang-hilang kelemumur .

Okla petua ni bahan dia ada kat dapur korang je. Kita guna bahan natural je. Korang tahu tak bahan-bahan natural nie hasil dia lambat tapi bagus tau.


Bahan-bahan

-olive oil ataupun kita panggil minyak zaitun. guna minyak zaitun yang masak tu tau
- 1 biji asam limau (potong)

Cara dia korang ambik olive oil tue sapu kat kulit kepala dan rambut biar semua kena tau. Sambil-sambil sapu tue urut la jugak kulit kepala.

Lepas dah sapu, ambik asam limau yang dah potong dan gosok-gosok kat kulit kepala. Bukan ambik sebijik yg belum potong tau. Kang ada yang ambik sebijik terus gosok kat kepala .

Dah habis semua,ambik tuala ataupun tutup kepala yang kita guna masa mandi tue untuk bungkus rambut tadi.Biarkan selama sejam ye bukan 15-20 minit tapi sejam!!!

Lepas tu cuci la rambut dengan syampu yang korang gunakan.Amalkan 3-4 kali seminggu untuk hasil yang bagus ok.

Rambut gugur

Tips rambut gugur pulak,ambik olive oil sapu kat rambut.Sambil2 sapu urut la sekali kulit kepala tue.Yang ni guna olive oil je.

Kalau korang ada minyak kelapa boleh la campur sekali tapi kalau takde guna je olive oil.Lepas tue bungkus la rambut tu dgn tuala atau apa2 jela asalkan bungkus.

Biarkan selama sejam.Selepas tu boleh la cuci rambut dengan syampu yang korang gunakan.

Selamat mencuba!!!!!!!

Selasa, 21 Februari 2017

Februari 21, 2017

Bab 11 (a) : Hati Yang Kau Sakiti


“Ami...”

Ada suara garau memanggil mereka dari belakang. Ami menelan liur. Walaupun dia tak cam tapi dia tahu siapa. Teringat lelaki yang dia nampak sebelum masuk dewan kuliah tadi. Pastinya dia. Wawa tarik lengan Ami supaya berhenti. Nak tak nak Ami pakukan langkahnya dan menunggu. Dia tarik nafas. Orang yang paling tak nak jumpa itulah yang selalu muncul. Entah-entah dia ni tak faham bahasa kot. Orang cakap tak nak jumpa, tak payahlah susah-susah datang jumpa. Ami mendengus, geram.

“Boleh tak kita bercakap sekejap? Pinta Amru apabila menghampiri Ami dan kawannya.

“Tak ada benda pun nak cakap,” balas Ami sambil lewa. Tak pandang pun wajah lelaki itu. Sakit hati dan malu ingatkan malam titik hitam itu.

Amru terdiam. Dia pandang Ami mengharap. Tapi Ami sikit pun tak pandangnya. Wawa jadi kasihan. Dia nampak keikhlasan lelaki di hadapannya ini. Walau apa pun yang telah berlaku, lelaki ini berhak di beri peluang untuk membela diri.

“Kau dengarlah apa yang dia nak cakap kejap. Tak rugi pun,” pujuk Wawa. Ami jeling Wawa. Cairlah tu dengan wajah kacak lelaki ni. Tapi aku sikit pun tak cair. Wajah kacak buat apa kalau perangai buruk. Lebih buruk dari perangai si Hafiz tu.

Terlintas nama Hafiz bila ternampak lelaki itu pandang mereka bertiga. Bukan dia je, malah pelajar lain yang lalu lalang di situ. Ada yang berbisik-bisik. Ni yang aku tak suka ni.

‘Mengumpat tak habis-habis.’

Akhirnya Ami pandang juga wajah lelaki di hadapannya. Itu pun setelah puas matanya tengok tempat lain. Tersentap jantungnya apabila mata mereka bertentang.

“Aku jalan dulu. Aku tunggu kat library..” ujar Wawa sebelum berlalu.

Ami dalam paksa terpaksa angguk. Tidak mahu mereka terus menjadi perhatian, Ami bergerak keluar dari Fakulti menuju ke library juga. Sampai ke hujung bangunan yang mengadap parking, Ami berhenti. Dia berpaling mengadap lelaki itu.

“Awak nak cakap apa? Cepat sikit.”

“Hari ni panas. Saya dahaga pulak. Kita bercakap dekat gerai tepi library sanalah. Boleh duduk sambil minum.”

Ami buat keras. Dia mendengus kuat. Geram.

“Cakap kat sini tak boleh ke? Saya nak cepat ni,” gesa Ami. Enggan.

Amru geleng kepala.

“Saya dahaga..” ujar Amru minta simpati.

“Kalau dahaga pergi minum sendiri. Saya pergi library!” Ami buat keras kepala. Dia mula melangkah meninggalkan Amru.

“Okey.. Okey.. Ami tunggu!”
Ami tak jadi nak melangkah. Amru tarik nafas sambil pandang gadis yang membelakanginya. Nampak je lembut tapi hati keras.

“Ami sihat?” Amru memulakan bicaranya.

Ami angguk. Dah tengok dia depan ni sihat walafiat. Mahu tanya lagi? Tak ada soalan lain ke?

“Maksud saya... Ehemmm.. Selepas kejadian malam tu?” Amru harap Ami faham maksudnya.

“Sihat.. Sihat.. Sihat!”

“Ada apa lagi?” Ami menekan suaranya. Dia jeling jam ditangan. Masa rasa lambat sangat berlalu.

“Tentang apa yang saya cakap hari tu. Saya serius. Saya nak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.”

“Dan saya juga serius TIDAK MAHU awak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Anggaplah apa yang terjadi itu adalah kependekan akal kita berdua. Tidak ada siapa pun yang bersalah. Jadi awak jangan fikir benda ini membebankan awak sehingga sanggup nak bertanggungjawab. Saya bertanggungjawab menjaga diri saya sendiri. Bukan orang lain!”

“Tidak!” Tegas Amru.

“Apa yang berlaku pada malam itu telah ubah hidup kita. Nak ke tak nak, awak tetap dah jadi tanggungjawab saya. Saya akan pastikan sikit masa lagi awak jadi isteri saya yang sah!”

Mencerlung mata Ami mendengarnya.

“Awak ni dah giler lah!” marah Ami. Tak sangka itu yang keluar dari bibir lelaki itu. Ini kali ketiga mereka berjumpa. Dah cakap pasal tanggungjawab, isteri dah. Giler.. Tak nak aku jadi bini dia!

“Awak ni tak reti bahasalah. Saya cakap awak tak perlu bertanggungjawab. Faham tak? Tak perlulah nak tunjuk baik sangat!” Ami ketap bibir. Dia genggam tangannya sendiri.

Amru urut pelipis kanannya. Dia pandang wajah merah Ami. Mungkin geram sangat kot sampai jadi merah. Tapi comel. Malah wajah Ami semakin menarik di hatinya. Marahnya pun tidak menyeramkan sangat. Makin buat dia geram adalah. Lebih-lebih lagi mulut tu. Hurmmm.. malang sekali dia lupa apa rasanya!

Sah aku ni dah giler, macam Ami cakap!

“Kenyataannya sayang, awak tak boleh nak ubah. Sekali pun awak enggan. Tak nak terima saya pun, berpuluh kali saya akan gandakan usaha awak jadi milik kekal saya.”

Makin merah muka Ami apabila dengar ungkapan sayang itu. Ami tunduk. Hatinya dah berirama tak betul. Kejap rock. Kejap balada. Tak boleh jadi ni. Berduaan dan berdekatan dengan lelaki ini pun dah buat bulu romanya berdiri. Nasib baik dia tak ingat secara terperinci apa yang berlaku malam itu. Dia hanya ingat pagi itu sahaja. Itu pun dah berpuluh kali dia sental kasi hilang ingatan yang membuatkan dirinya berpeluh, hatinya hangat.

Tak suka!

Tak suka!

Ami geleng kepala..

“Suka hati awaklah. Tapi jangan ingat saya ni awak senang nak dapat!”

“Sekali hati saya kata TAK NAK..usaha keras awak tu takkan berhasil.”

Amru jungkit kening sebelah. Dia senyum senget menampakkan lesung pipitnya. Nampak wajah Ami semakin berubah. Tidak lagi berani memandangnya.

‘Awak cakap tak nak berpuluh kali pun. Hati awak dah semakin goyang. Kita tengok nanti.’

“Saya tak tanya mulut. Tapi saya tanya pada hati awak..”

“Saya balik dulu. Nanti saya hantar surat penerimaan membuat latihan praktikal di firma saya tu,” 

Amru kenyit mata. Nak berlama di sini pun, hatinya mula tak selesa sebab mereka dah jadi perhatian orang.

Ami ketap bibir. Menonong berjalan menuju ke library tanpa angkat muka. Confirm lepas ni dia akan jumpa Prof Yusuf minta tukar tempat praktikal.

Akhirnya terlepas tawa kecil dari bibir Amru. Dia pandang Ami berjalan laju menuju ke library. Degil. Tak nak mengaku kalah.

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 20 Februari 2017

Februari 20, 2017

Jangan Sombong!




Tv9 Tanyalah ustaz

Allah berfirman bermaksud:

_Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir._ {2:34}

_“Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”._ {7:13}

_Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”._
{7:14}

Ada 7 jenis manusia sombong menurut Imam Ghazali.

  1. Sombong dengan ilmunya, Di mana ilmu itu membuat dirinya jauh dari Allah swt. Contoh : rasa dirinya bagus kerana kelulusan akedemiknya sehingga memandang rendah kpd org lain tapi sebenarnya ilmu itu tidak membuat dirinya taat dan rasa takut kepada Allah s.w.t
  2. Sombong dengan amal ibadahnya. Contoh: rasa bangga diri kerana banyak kali mengerjakan umrah, bersedekah dan sebagainya.
  3. Sombong krn keturunannya. Merasa besar diri kerana dia dari keturunan dahulunya dimuliakan manusia tapi dia sendiri memiliki akhlak yg buruk. 
  4. Sombong krn kecantikannya. Suka merendahkan orang lain dan memuji diri sendiri.
  5. Sombong krn kekayaan dan hartanya. Suka menindas, mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan dan tidak peduli hak org lain.
  6. Sombong dengan kekuasaan dan kekuatannya. Membuat kezaliman dan tidak berlaku adil.
  7. Sombong krn ramai pengikutnya. Popular itu membuat dirinya rasa  betul tapi sebenarnya dia salah dan menyesatkan.
Maka sama-samalah kita menjauhi sikap sombong ini. Sebab ada, tanpa sedar ia wujud dalam diri kita. Jadi bermuhasabahlah untuk mengkaji kelemahan diri. Jangan nanti amalan baik kita sia-sia sahaja...

Sabtu, 18 Februari 2017

Februari 18, 2017

Bab 10(b) :Hati Yang Kau Sakiti



“Lelaki tu kan?” soal Wawa berbisik.

Aku angguk.

“Kecilnya dunia. Aku rasa kau takkan dapat lari dari dia.”

Ami jeling Wawa yang sedang pandang depan tapi mulut tayang senyum. Geram dengan sikap Wawa yang sengaja nak naikkan darahnya. Lelaki itu pula, sengaja munculkan diri di sini. Padahal selama dua tahun dia belajar di sini tak pernah pula nampak.

“Kau jangan nak mengarutlah Wawa. Dia bukannya datang cari aku, tapi Prof Yusuf. Apa kaitannya dengan aku?” bisik Ami.

“Tengoklah nanti. Kau akan selalu jumpa dia,” tekan Wawa.

“Memanglah. Next semester kita akan praktikal kat firma dia. Apa nak herannya?”

“Tapi aku rasa nak minta tukar tempatlah.”

“Kau jangan cari pasal. Nak dapat tempat dekat  firma tu punya lah susah. Suka hati kau je nak tukar tempat. Situlah tempat paling ideal nak praktikal. Mana tahu lepas tu diserap terus ke firma tu.”
Ami tarik nafas. Satu tempat kerja akan membuatkan dia susah nak bernafas nanti. Dia tak nak ingat malam itu lagi. Dia mahu lupakan apa yang terjadi.

Beep beep

Along : Assalam.. hujung minggu ni balik rumah. 

Angah: Ok

Achik : Memang nak balik pun hujung minggu ni.

Acu : Balik jugak.;P

Along : Boleh kenal bakal kak long korang nanti.

Achik : Tak tahu pun!

Acu : Betul.. betul.. betul...

Angah : Baguslah.. lepas ni giliran angah pulak. Punyalah lama tunggu Along bawak balik bakal kak long.

Acu: Eleh.. Angah tu yang gatal. Baru kerja dua tiga tahun dah sibuk nak kahwin..

Angah : Dah takkan nak tunggu awek angah lari dulu baru terhegeh –hegeh ajak kahwin!

Achik : Angah memang gatal. Merenyam sejak sekolah lagi...

Acu : Hahaha....

Along : Sudahlah... Umur baya angah tu memang patut kahwin dah. Along je yang ketinggalan keretapi..

Angah : Haa.. baca tu. Along pun sokong angah!

Ami hampir ketawa apabila Angah menghantar emoji berjoget. Angah memang gatal. Ligatnya dalam hal perempuan ni kalahkan Along. Along pulak jenis lelaki jika suka perempuan, sorang tu je yang dia nampak. Dah tak hiraukan orang lain. Sebab itulah bila putus cinta dulu, agak lama masa yang diambilnya untuk pulih kembali.  

Dia sendiri ingatkan Along akan jadi bujang terlajak. Diam-diam along selama ini berisi rupanya. Rasa tak sabar pulak menanti hujung minggu ni.

Achik : Angah, Nanti ambil Achik dekat kolej.

Angah : Okey, tapi lewat sikit. Angah nak pergi dating dulu.

Achik : Jangan datang tengah malam sudahlah...

Wawa siku tangan Ami yang sibuk berwhatapps. Ami angkat kening sebelah, “apa dia?”

“Prof. Yong dah keluar. Kau nak bertapa kat sini lagi ke?”

Ami sengih. Digelengkan kepalanya.

“Ada gap sejam. Nak pergi mana ni?” soal Ami sambil tangan masukkan nota dalam fail.

“Aku mengantuklah. Nak tidur kejap kat surau.”

Ami jeling Wawa.

“Pipi tu dah kembang bila asyik tidur je.”

“Tak pe, pipi kembang tak apa. Jangan badan aku jadi bambam sudahlah.”

“Tapi aku tak mengantuklah. Lagipun aku period, tak elok masuk tempat solat.”

“Habis tu nak pergi mana? Aku mengantuk giler ni.. tapi pun rasa nak letak je kepala atas meja.”

“Pergi library lah.. tempat biasa kita. Kau boleh tidur kat situ. Aku boleh study sikit.”


“Okeylah. Mana-mana je asalkan dapat lelap mata kejap.”


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 17 Februari 2017

Februari 17, 2017

Petua Awet Muda.


NAK TAU ?



Kulit yang sering terdedah pada cahaya matahari terutama mereka yang selalu buat aktiviti outdoor akan merangsang liang pori terbuka lebih luas.

APA KESAN BURUK MASALAH INI ?
*********************************
 sunburn dan tisu kulit akan rosak. Wajah akan nampak lebih tua dari usia kerana sel kulit mati.

 Merosakkan collagen asli kulit. Ini lagi bahaya !!! lagi cepat TUA.

 Peluh yang keluar dan dibiarkan kering dengan menyerap pada kulit akan menyebabkan kotoran 
terbenam jauh di dalam kulit.

 Sinaran cahaya UBA & UBB yang merosakkan sel kulit juga menjadi punca JERAGAT.

Nak petua ??
************
❤️ PETUA 1- Sapukan Aloevera setiap hari pagi dan malam di seluruh muka.

❤️ PETUA 2 -Campurkan sedikit tepung gandum, sedikit madu , putih telur  dan air limau nipis. pakai malam. buat masker. ini membantu menenangkan kulit yang strees dek cahaya matahari tadi.

❤️ PETUA 3 - Kisar timun dab campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Buat masker gak !

❤️ PETUA 4 - Belah 2 biji tomato kemudian gosok pada kulit wajah selama 5 - 10 minit.

MALAS BUAT SEMUA TU ??
**************************


Kami ada cara yang mudah.. 
Gunakan AUOLIYA Emulsion SKIN REPAIR kami. Kaya dengan aloevera dan SPECIAL FORMULA beauty water.

Beauty water yang menjadikan structure gel aloevera mudah meresap jauh ke dalam kulit.

EXTRA... Gabungan herba terpilih seperti CANADIAN WILLOW HERB yang sangat baik untuk anti-penuaan. SYM RELIFT + SYM CLAIM yang memberi kesan sejuk dan freash selepas menggunakan.

KULIT YANG STREES KEMBALI TENANG SERTA MERTA ! 

AUOLIYA Emulsion di formulasikan berdasarkan kajian keperluan pasaran serta MASALAH UTAMA WANITA ASIA untuk tampil manis cantik berseri di setiap peringkat usia.

Dapatkan SPECIAL OFFER..
whatsapp “AUOLIYA” ke
01123786561
01123786561
01123786561

Khamis, 16 Februari 2017

Februari 16, 2017

Hantu dua beradik!

Pssst... 
Assalamualaikum dan Selamat pagi... Malam ni malam jumaatkan? Jadi jom kita layan cerita seram yang dialami sendiri oleh penulis... Eh, bukan Shima Rostam tulis (Shima Rostam ni penakut sikit) Sampai sekarang tak berani nak tulis novel seram.. hik hik... 

Ini adalah penulis baru, yang dipaksa menulis dekat sini... Hope korang bagi sokongan... Bagi dia semangat nak share cerita dia... Jommm layan....




Kita memang sedia maklum yang selain kita, ada jugak makhluk lain ciptaan Allah yang kita tak nampak macam jin,syaitan,bunian dan lain-lain lagi.

Di sini just nak share my experience dengan makhlus halus ni atau pun kita panggil hantu. Kejadiaan ni telah lama, rasanya dah lebih 10 tahun iaitu semasa umur saya 13 tahun lebih kurang.

Masa tu waktu maghrib, saya keluar dari rumah untuk ke rumah mok yoh (mak saudara) yang tinggal di sebelah rumah. Sebab mok yoh ni mengajar mengaji al-quran. Masa tu saya tak boleh solat, cuma nak pergi bagi spek mata spupu yang tertinggal. 

Selepas bagi spek mata kat spupu, saya pun balik sambil nyanyi-nyanyi, Tiba-tiba je hujan renyai-renyai (macam hindustan la plak..hehe). Nak dijadikan cerita, nak sampai dekat tangga rumah tue,tiba-tiba...

Jeng...

Jeng...

Jeng...

Kaki terpaku,mata bertentang mata (cewahh over plak kau eh)... Aku tengok kau, kau tengok aku. Kau tersengih-sengih tengok aku. Apa lagi selepas itu terus buka langkah seribu naik ke atas rumah. Tangga rumah pun rasa macam tak jejak dah. Lembik lutut dah...haha...

Sampai ke atas rumah terus menjerit panggil abah (abah tengah tengok tv masa tu) cakap ada orang di bawah pokok kandis. Abah pun terus pergi tengok tapi dah tak de. Masa abah cakap tak de terus  aku terfikir, tengok apa tadi. Aku terus menangis tak ingat dunia dah..(huhuhu).

Korang nak tahu tak apa yg aku nampak semasa tercegat dan terpaku dalam masa lebih kurang 2,3 minit tue? Sebelum lari naik atas rumah.

Ada dua orang budak yang memang gelap hitam tak nampak apa pun berdiri di bawah pokok kandis tu. Yang nampak hanyalah mata yang berwarna hijau. Paling tidak boleh dilupakan, dia punya sengihan itu. Masa tengok dua ekor tu, sebenarnya tengah berfikir ni hantu ke manusia? Sebab itu semasa naik ke atas rumah, aku tidak nangis lagi sebab ligat berfikir tentang budak-budak. Tapi bila abah cakap tak de masa dia pergi tengok tu, terus lemah semangat... wehh..

Sampai sekarang masih ingat dengan jelas kejadian ni biarpun pokok kandis tersebut dah tak de. Abang dan kakak sampai sekarang still usik aku dengan hantu dua beradik (sebab ada dua ekor masa tu). Selain dari kejadian ni, Masih ada lagi kisah hantu lain yang aku alami sendiri. Bila dah semakin dewasa semakin hantu dah makin kurang menjelmakan diri depan aku. Mungkin mereka pun tahu aku dah dewasa. Tapi usik-usik sayang tu masih ada lagi..

Sebenarnya bila alami kejadian seperti ini kita tak perlu nak takut sangat sebab mereka pun makhluk Allah jugak. Kalaulah korang ada ternampak, cuba bertenang dan buat-buat tak tahu je sambil-sambil  baca ayat-ayat  Al-quran.

Nak lagi aku bercerita kisah seram di sini? Korang kena bagi galakan dengan bagi komen. Bagi aku semangat. Ini kali pertama aku menulis kisah seram di sini. 

Rabu, 15 Februari 2017

Februari 15, 2017

Bab 10(a) : Hati Yang Kau Sakiti



“Terima kasih Ya Allah.” 

Penantian selama dua hari akhirnya melegakan hatinya. Bangun pagi tadi dia rasa tak selesa. Terus pergi tandas dan bibirnya senyum lebar. Mujurlah aku tidak mengandung, getus hati kecilnya. 

Aku mahu bertaubat. Aku mahu mencintai-MU sahaja. Aku menyesal di atas kelalaian diri sendiri.
Hatinya bertekad. Dia tidak mahu terlibat lagi dalam soal hati. Dia mahu rantai perasaaannya kemas-kemas. Dia sudah tidak layak untuk bermimpi yang indah-indah pun sekarang. Dia mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Lulus dengan cemerlang. Cari kerja dan berbakti kepada mak dan ayah. Dengan semangat baru Ami melangkah menuju ke dewan kuliah di bangunan fakulti ekonomi dan pengurusan.

“Ceria kau hari ni?”

Ami tayang sengih.

“Aku tak nak bersedih lagi. Tak guna mengenangkan apa yang telah hilang. Aku kena move on.”

Wawa angguk dan senyum.

“Bagus. Itulah yang aku nak dengar,” sokong Wawa.

“Terima kasih Wawa sebab tak pandang serong kat aku.”

Wawa angkat kening. “ Siapa cakap? Aku memang pandang serong pun kat kau. Tapi sebab kau dah sedar diri., aku tarik balik,” Wawa tayang sengih.

“Tapi kau tak nak balik bilik kau ke?”

Ami geleng kepala.

“Aku rasa cukuplah aku sebilik dengan diorang selama ini. Nanti kau tolong temankan aku, aku nak cari bilik sewa dekat SS.”

“Tak payahlah. Aku tumpang bilik aku dah lah. Lagipun roommate aku tak duduk bilik pun. Dia ulang alik dari rumah dia. Nanti aku cakap dekat dia kau nak tumpang.”

“Boleh ke?”

“Boleh.. Dia okey. Lagipun kadang-kadang je dia tidur dekat kolej.”

Dalam mereka rancak berbual, tiba-tiba satu pasangan ambil tempat di hadapan mereka, terdiam Ami melihatnya. Dia geleng kepala. Semakin meluat dengan gelagat tak tahu malu pasangan ini. Sudah-sudahlah berasmaradana di khalayak ramai. Nak sangat pergi pejabat agama, nikah. Kemudian masuk bilik. Buatlah apa pun kat dalam bilik tu orang tak kisah. Ni berbulu matanya melihat.

“Aku sakit matalah Wawa. Jomlah kita pergi,” ajak Ami.

“Aku pulak loya nak muntah. Perut masuk angin kot tak makan pagi tadi,” balas Wawa pula.

“Jangan kau muntah kat sini sudahlah Wawa. Tak kuasa aku nak tolong basuhkan,” sambut Ami sambil pandang pasangan di hadapannya.

Wawa ketawa. “ Tak apa.. Nanti orang takkan cakap aku yang muntah. Tapi orang depan ni yang muntah. Mana tahu kot-kot dah ada isi,” sengaja Wawa kuatkan suara.

“Jangan merepeklah kau...” Ami tarik tangan Wawa apabila terlihat wajah Hafiz dan pasangannya dah berubah merah. Mereka yang duduk berdekatan pun berbisik-bisik. Namun hatinya Ami puas. Biarlah nak kata mulutnya jahat sekali pun. Sesekali perlu juga di ajar agar mereka bersikap sopan di depan orang ramai.

Wawa dan Ami masih lagi ketawa menuju ke dewan kuliah. Namun ketawa Ami tiba-tiba mati. Didepannya seseorang yang tidak mahu dilihat sampai bila-bila. Sedang bercakap dan ketawa bersama Prof. Yusuf. Wawa menyedari perubahan Ami itu turut melihat ke depan. Patutlah. Betul apa yang aku rasa hari tu.

Ami berhenti melangkah. Dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun nasibnya kali ini tak berapa baik. Prof Yusuf nampak mereka berdua.

“Haa.. Amina Nabila, Najwa.” Prof. Yusuf lambai tangan kepada mereka.

“Apa orang tua ni nak pulak,” bisik Wawa. Bibirnya kuntum senyum. Manakala Ami pula senyum paksa. Seboleh mungkin dia cuba elak memandang lelaki bersama dengan Prof. Ali itu.

“Ni saya perkenalkan, Amru Hafiz. Bekas student saya. Lepas habis belajar dia sambung ambil ACCA di Australia.”

Ami dan Wawa tunduk tanda hormat. Amru senyum dan angguk. Matanya tak lepas pandang wajah Ami. Semakin cantik pulak di matanya.

“Saya baru sahaja bagi resume kamu kepada Amru. Dia ni manager di Yusuf Tan, Fong & Co. Jadi kamu tak payah risau lagi pasal tempat praktikal. Next semester, lapor diri kat sana.”
Belum bertanya Prof. Yusuf dah beritahu. Terdiam Ami dibuatnya. Ya Allah, nak lari makin dekat.

“Terima kasih Prof,” ucap Wawa bagi pihak mereka berdua. Ami pula diam seribu bahasa. Wajah ceria tadi dah hilang entah ke mana di bawa angin.

“Erk.. Kami ada kuliah costing ni Prof. Kami pergi dulu ya..” Wawa tarik tangan Ami menuju ke dewan kuliah setelah melihat Prof Yong berjalan ke dewan kuliah.     

Prof. Yusuf angguk.

Amru pula melihat dengan ekor matanya.

Uncle dah tolong kau. Pandai-pandailah kau fikirkan caranya nanti.”

“Terima kasih uncle.”

Uncle berkenan dengan si Ami tu. Nasib baik uncle tak ada anak lelaki. Kalau tak, dah lama uncle cop Ami jadi menantu uncle.”

“Jadi isteri saya pun nanti, anak saudara uncle juga.”


“Ye lah.” 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ahad, 12 Februari 2017

Februari 12, 2017

Bab 9 : Hati Yang Kau Sakiti


“Kau nak pergi mana?” soal Syida apabila sampai ke bilik, Ami tengah kemaskan barang-barangnya.

“Aku tumpang bilik Wawa seminggu dua ni,” jawab Ami tanpa melihat Syida.
Syida terdiam. Dia pandang wajah Ami. Memang dia yang bersalah. Dia yang ikut kepala giler Aali.

“Aku minta maaf, Ami..”

Terhenti tangan Ami yang lincah melipat pakaian dan disumbat ke dalam begnya.

“Maaf kau tidak dapat mengembalikan apa yang telah hilang!”

“Aku tahu...”bisik Syida perlahan. Menitis airmata penyesalan. Semalaman dia tak dapat tidur selepas meninggalkan Ami dan Amru di bilik hotel.

“Lepas tinggal kau dekat hotel tu, kami patah balik. Ketuk pintu sampaikan kena halau dengan security.” Syida cuba menjelaskan keadaan sebenar. Dia tidak mahu Ami membencinya. Dia tahu memang dia salah. Tapi masa tu dia ingat nak tolong Ami lupakan Hafiz. Lagipun Hafiz tu tak berbaloi untuk dicintai. Hafiz tu tak sesuai langsung dengan Ami.

Ami jeling geram. Berdecit mulutnya mahu memaki Syida, meluahkan segala yang berbekam di dalam dadanya. Tapi apa hasil yang dia akan dapat nanti? Sakit hati sendiri jugak.

“Kau rasa, bila kancil dah rela hati masuk ke kandang harimau, harimau rela hati lepaskan kancil keluar ke lepas tu?” soal Ami keras.

Syida mendiamkan diri. Dia hilang kata untuk membela diri. Perbuatan bodoh mereka telah merosakkan persahabatannya dengan Ami.

“Aku nak tenangkan fikiran. Buat masa ini aku tak boleh tengok muka korang,” beritahu Ami. Dia ketap bibirnya kuat.

“Jangan cari aku. Aku belum bodoh lagi nak buat tindakan bodoh kali ke dua,” pesan Ami. Nasib baik mereka berlainan fakulti, jadi takkan jumpa dalam seminggu dua ni.

Siap berkemas, Ami tanpa buang masa keluar dari biliknya selama belajar di UPM ini. Lepas ni dia mahu buat permohonan pertukaran bilik. Dapat bilik sorang pun tak apa. Tak dapat, dia akan cari bilik sewa di sekitar flat ikan dan Serdang nanti.

Syida tidak mampu menghalang. Lagi banyak dia cakap, lagi tinggi tahap kemarahan Ami kepadanya. Lebih baik biarkan Ami sendirian seketika. Dia sayangkan Ami. Dia sayangkan persahabatan mereka. Entahlah semalam dia gelap mata dengan rancangan spontan Aali. Dia lihat Amru mampu menjadi pengganti Hafiz. Amru dan Ami nampak macam pinang di belah dua semalam. Tanpa memikirkan akibat, dia bersetuju bersetongkol dengan mereka.
Sampai di bawah, Ami baca whatapps Wawa. Wawa pergi tapau makanan dulu. Jadi dia ambil keputusan tunggu sahaja di situ. Tanpa sedar sepasang mata memerhatikan tingkahnya.
Amru sejak dari tadi masih lagi tidak berganjak pulang. Aali dan Kirana telah keluar bersama entah ke mana. Syida pula ikut Ami naik ke bilik tadi. Dia tengok jam. Hampir sejam dia berada di bawah ini tanpa tujuan. Nak balik, hatinya tak mahu sebelum berjumpa dengan Ami terlebih dahulu. Dia mahu menjelaskan perkara yang sebenar. Dia juga mahu Ami tahu, dia akan bertanggungjawab ke atas kejadian semalam. Walaupun bukan salahnya seratus peratus.

“Ami..”

Ami angkat muka. Terus kejung tubuh melihat gerangan yang menegurnya. Tapi cuma seketika. Dia tak nak pun jumpa lelaki ini lagi. Dia mahu lelaki ini berambus dari hidup dia. Sikit pun dia tak nak ada kaitan lagi.

“Awak buat apa kat sini? Saya masih hidup lagi dan takkan buat benda bodoh lagi. Kalau itu yang awak risaukan. Awak boleh balik. Saya tak nak jumpa awak lagi,” senada tanpa perasaan. Dia pandang lurus ke depan tanpa memandang wajah lelaki itu. Benci. Lelaki hipokrit. Dalam kelab beriya-iya bagi nasihat. Kononnya bukan tempat dia di sini. Kononnya dia orang baik-baik, sebab itulah tawarkan diri nak hantar dia pulang. Tapi tengok apa dah jadi?

Amru tarik nafas. Pakaian Ami telah bertukar. Dia nampak polos dan sopan memakai t-shirt muslimah dan skirt labuh. Tudung bawal pula hanya dipinkan ke depan. Mungkin ini identiti sebenar Ami. Lama dia memandang Ami sehinggakan lupa apa yang mahu dikatakan. Memang tepat andaiannya semalam. Ami seorang gadis yang baik. Cuma langkahnya tempang dek kecawa kerana cinta.

“Awak tunggu apa lagi. Pergilah balik!” senoktaf tinggi suara Ami. Melihat lelaki ini mendiam diri dan memandang tak berkelip, dia jadi geram. Benci dengan mata gatal yang sedang tengoknya atas ke bawah. Seolah-olah membayangkan keadaannya semalam tanpa lapisan kain. Dia benci dan menyampah! Malu mengenangkan kisah semalam. Tadi dalam tren komuter dia dah habis fikir. Dia mahu melupakan segala. Natijah daripada perbuatannya akan dia tanggung sendirian tanpa melibatkan sesiapa pun. Sebab dia yang bodoh. Masuk perangkap secara sukarela.
Amru tarik nafas. Tak sangka nampak lembut tapi angin boleh tahan. Macam keras kepala.

“Saya nak cakap pasal semalam,” ujar Amru lembut. Dia duduk di depan Ami.
Ami mendengus. Dia melarikan wajahnya daripada memandang Amru di depannya. Tak faham bahasa ke mamat ni. Aku tak nak dengarlah apa yang kau nak kelentong aku lagi. Tak hingin pun!

“Saya tak nak!”

“Tak guna nak cakap pun. Benda dah jadi. Awak dah dapat apa yang awak nak. Tak puas hati lagi ke?” Ami ketap bibir. Mukanya dah berbahang. Matanya dah berkaca.

Aku benci dia! Nafasnya sesak.

Amru tarik nafas, menenangkan diri. Dia pandang Ami yang sengaja tidak mahu melihatnya.

“Saya minta maaf. Saya akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku,” lembut tapi tegas Amru lafazkan.

Ami ketawa sinis. Langsung tak percaya dengan cakap lelaki di hadapannya ini. Bercakap pasal tanggungjawab, lelaki ini patut bertanggungjawab sebelum benda itu berlaku. Bukan mengambil tanggungjawab selepas apa yang berlaku.

“Semalam kita, sama-sama tak sedar apa yang berlaku. Kita sama-sama dianiaya oleh kawan kita sendiri. Kita mangsa keadaan. Tapi saya tetap akan bertanggungjawab di atas perbuatan saya,” tegas Amru.

“Tak payah! Ada saya minta awak bertanggungjawab?”

Amru geleng kepala.

“Jadi, tak payahlah rela hati  nak bertanggungjawab!”

Ami bingkas berdiri apabila nampak Wawa telah sampai. Dia tidak menghiraukan lelaki itu lagi. Kalau boleh secepat mungkin dia mahu beredar dari sini.

Degil.

Tapi bukanlah dia orangnya cepat mengalah sebelum berusaha.

*****
Wawa tengok lelaki yang bercakap dengan Ami sekejap tadi. Dia macam pernah nampak wajah lelaki itu di fakulti. Ingat-ingat lupa. Tapi memang ada jumpa. Ada tanda tanya besar di dalam kepalanya. Namun melihat wajah muram Ami, dikurung niat untuk bertanya. Dia pulas minyak meninggalkan kolej ke lima. Tangan Ami memegang kejap pinggangnya. Tapi pipinya basah dengan air mata.
Sampai di kolej sebelas, tanpa banyak soal, Wawa membantu Ami membawa beg pakaiannya ke bilik. Ami macam patung mengikutnya tanpa banyak cakap. Seolah-olah dia bukan dirinya. Wawa jeling Ami. Nampak kawannya itu kesat air mata di pipi. Sejak ambil di komuter tadi, air matanya tak kering-kering. Biasanya si Ami ni susah nak menangis. Bila berpisah dengan Hafiz hari tu pun, sekejap je keluar air mata. Lepas tu nampak jugak muka frust tapi tak seperti sekarang ni.

“Kau sebenarnya, kenapa?” soal Wawa akhirnya. Dia tak boleh lagi menahan diri bertanya.

“Hidup aku dah musnah, Wawa,” dalam teresak Ami memeluk Wawa. Wawa semakin ingin tahu. berdebar hatinya. Dia rasa dapat teka tapi dia tak mahu teka membabi buta.

“Maksud kau?”

“Semalam aku ikut Kirana dan Syida keluar. Sesuatu terjadi. Dan aku terjaga di bilik hotel..” Wawa dia mendengar. Dia tepuk belakang Ami memberi sokongan.

“Dengan lelaki tadi...” sambung Ami perlahan. Spontan Wawa tertolak tubuh Ami.

“Kau giler!” spontan terkeluar kata itu dari mulutnya.

Ami tersentak.

“Memang aku gilerr. Jadi giler malam tadi. Sekejap sahaja Allah balas dekat aku. Aku dah musnah. Aku dah hilang permata aku,” mengongoi Ami menuturkannya. Tangannya pukul dadanya sendiri.
Wawa terdiam. Dia pandang Ami di depan. Dia tak tahu nak pujuk macam mana. Terkejut dan tak sangka.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Featured