Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Jumaat, 3 Mac 2017

Bab 13 (a) : Hati Yang Kau Sakiti


“Hello angah.. Lambat lagi ke?”

Ami dah bosan menunggu. Nak naik ke bilik, dia tak boleh duduk lama-lama dengan mereka berdua. Sakit hatinya masih lagi kuat mencengkam jiwanya. Biar pun tadi mereka melayannya biasa-biasanya. Tidak lagi meminta maaf daripadanya. Mereka buat hal mereka sendiri. Hatinya masih juga sakit.

“Sepuluh minit lagi sampai..”

“Huh...” terus dimatikan panggilan.

Sepuluh minit angah akan jadi tiga puluh minit. Memang tak boleh pakai pun. Ami mendongak tengok ke  bloknya. Berkira-kira mahu naik atau tak. Dia mengeluh lagi. Ah tak payahlah!

Pap!

Cepat Ami berpaling. Nur tersengih memandangnya. Masih lagi memakai telekung.

“Lama tak nampak kau? Kau tunggu siapa?”

“Aku tumpang bilik kawan di kolej sebelas. Tunggu angah aku.” Ami sengih. Rindu dengan bakal mak budak ni. Wajah berseri. Tentu dia sentiasa bahagia punyai suami macam ustaz Hisyam tu.

“Kau kenapa? Masih lagi bergaduh dengan roommate kau ke?”

 Ami diam. Dia memilih untuk tidak menjawab.

“Berdosa besar jika kita bermasam muka lebih dari tiga hari. Kau tak boleh macam ni. Jangan ikutkan hati sangat,” nasihat Nur.

Ami ketap bibir. Nak marah tapi Nur tak bersalah pun. Malah dia tak tahu cerita sebenarnya.

“Apa yang mereka telah buat dekat aku lebih besar dosanya Nur. Tak semudah itu aku dapat memaafkan mereka. Mereka yang menyebabkan aku benci diri sendiri,” bisik Ami.

Nur mengambil tempat di sisi Ami. Mungkin dia tak faham tapi dia akan cuba faham.

“Aku tak tahu apa yang terjadi. Tapi aku tahu, kalau kau simpan dalam hati kemarahan dan kebencian itu, lama kelamaan ia akan makan hati dan diri kau. Kau akan sukar capai bahagia. Nanti hati kau jadi hitam dan keras.”

“Jangan musnahkan diri sendiri. Memaafkan adalah dendam terindah. Kau kena cuba redha di atas setiap yang berlaku. Kau kena ingat dan yakin itu adalah ujian hidup kau. Apa yang berlaku tu bukan saja-saja berlaku. Pasti ada hikmah di sebaliknya,” nasihat Nur panjang lebar.

Ami tarik nafas. Cakap senang tapi nak laksanakan itulah yang payahnya. Dia mahu maafkan semua orang tapi setiap kali dia tutup mata, peristiwa pagi itu tetap bermain-main dalam mindanya. Sampaikan dia takut nak tidur di malam hari. Siang hari pula sejak kejadian malam itu dia tidak pernah lagi mampu melelapkan mata walaupun teramat letih.

“Aku dah cuba Nur. Tapi tak mampu...” balas Ami.

“Lupakan malam itu...”

“Maksud kau?”

Hmmm... Ami senyum tawar. Dalam masa yang sama dia ternampak kereta angahnya. Berhenti di depan kolej.

“Aku pergi dulu. Angah aku dah sampai.”

Nur angguk. Dia senyum dan dia yakin sekeras-keras hati Ami, pasti akan lembut juga akhirnya. Memaafkan dan dimaafkan.

“Okey. Kirim salam dekat mak ayah kau.”

Ami angguk dan angkat tangan. Dia melangkah besar-besar menuju ke kereta angah. Beberapa meter nak sampai, sebuah kereta toyota Wish berbenti di belakang kereta angah. Dia kenal sangat kereta tu. Maka langkahnya menjadi perlahan. Dia berpaling ke belakang. Ternampak Kirana berjalan menuju ke arahnya. Dia tidak mahu menegur. Pantas dibukakan pintu kereta angah dan cepat-cepat masuk ke dalam.

“Cepatlah jalan,” gesa Ami. Angah pelik. Dia lihat ke luar tingkap.

“Eh bukan ke tu roommate Achik ke?”

“Hmmm...”

“Cepatlah..” gesa Ami lagi.

Angah geleng kepala. Baran tak habis-habis Achik ni.
Kirana pandang sayu kereta angah Ami berlalu pergi. Dia yang menyebabkan Ami berubah. Dia yang menyebabkan Ami menjauhkan diri.

“Ami naik kereta siapa tadi tu?” soal Aali sebaik sahaja keretanya bergerak.

“Angah dia. Balik rumah kot.”

“Kat mana?”

“Puncak Alam.”

Aali jungkit kening.

“Rumah keluarga abang dan Amru dekat Saujana Utama Sungai Buloh. Dekat rupanya.” Aali senyum. Semakin yakin dengan kata hatinya. Ami sememangnya jodoh Amru.

“Dia tak tegur lagi?”

Kirana geleng kepala.

“Dah berminggu dia tumpang bilik kawan dia. Baru petang tadi balik ke bilik, itu pun sebab nak balik kampung.”

“Hurmmm...”

“Sabarlah.. Nanti-nanti Amru pujuk, okeylah tu.”

Bulat mata Kirana mendengarnya. Langsung tidak ada rasa kesal dalam suara itu.

“Awak nak dia lebih memusuhi saya ke? Saya hilang kawan baik sebab rancangan bodoh awak tu!” dengus Kirana geram. Bercakap dengan Aali ni macam bercakap dengan orang bebal. Padahal kelulusan Master. Tapi otak bila bab kenakan orang selalu tak boleh pakai.

“Tak. Bukan itu maksud saya. Tapi saya tak menyesal apa yang saya lakukan malam itu.”

“Saya kenal Amru. Dia bukan lelaki lepas tangan. Dia akan bertanggungjawab di atas setiap perbuatannya. Dia akan pastikan Ami menjadi isterinya jugak nanti.”

Kirana peluk diri sendiri. Dilemparkan pandangan ke luar tingkap. Tidak yakin dengan apa yang Aali cakapkan.

“Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Perempuan berzina adalah untuk lelaki berzina..” ujar Aali lagi. Bila tiada balasan dia toleh melihat Kirana. Nampak Kirana lap air matanya. Segalanya telah berubah sejak malam itu.

“Abang yakin suatu hari nanti Ami akan memaafkan Kira. Memaafkan perbuatan kita. Kita sama-sama doakan,” pujuk Aali. Dia tarik tangan Kirana dan menggenggamnya. Kirana tarik nafas. Sejak malam itu dia tidak dapat tidur lena. Kesalahannya amat besar.


“Kita pun banyak dosa besar. Buat khianat lagi kat Ami. Lagi bertambah dosa besar..” keluh Kirana perlahan.

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Featured