Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Selasa, 14 Mac 2017

Bab 15 : Hati Yang Kau Sakiti



“Lemau je, apasal?”

“Takkan baru sekali jumpa bakal mertua dah lembik macam ni,” sindir Amru.

Ain Najwa jeling tajam.

“Ini sebab Abang Am punya pasallah.”

“Aik? abang pulak kena.” Amru geleng kepala.

“Mama macam mana ni, mak dah tanya bila boleh datang rumah. Please mama, biarlah Ain kahwin dulu,” rengek Ain Najwa sebaik sahaja Puan Sakinah melabuhkan punggung di sebelah anak perempuannya itu.

“Kak Ain tu kenapa ma? Soal Ainnur Iman yang baru pulang.

“Gatal nak kahwin...” jawab  Puan Sakinah.

“Mama...” rengek Ain Najwa lagi. Amru dan Ainnur Iman ketawa.

“Betullah. Abang Am tak kahwin lagi, kau dah sibuk nak kahwin.”

Ain Najwa mendengus. Dia jeling abang Amnya yang masih lagi boleh tenang dan ketawa.

“Ada gambar bakal besan mama tu? Manalah tahu kot-kot mama kenal dia. Puncak Alam dengan Saujana ni tak adalah jauh mana pun,” soal Puan Sakinah.

“Ada mama. Gambar bakal adik-adik ipar pun ada sekali. Ain pun boleh masuk dengan adik-adik abang Rafiq tu. Jumpa pertama kali dah macam kenal lama,” cerita Ain Najwa dengan bibir tersenyum. Dia hulur telefonnya.

Puan Sakinah ambil telefon anaknya dan melihat gambar bakal besannya. Berkerut dahinya melihat gambar tersebut. Dicuit lengan suaminya. Dari tadi hanya mengadap The Stars.

“Apa dia yang oi.. Saya nak baca suratkhabar pun tak tenang,” rungut Encik Aminuddin. Namun dilipat juga suratkhabar itu dan diletakkan di atas meja. Dalam urusan rumahtangga dan anak-anak, dia jarang bersuara. Semuanya diserahkan kepada isterinya. Menegur anak-anaknya juga melalui isterinya.

Puan Sakinah hulurkan telefon bimbit Ain Najwa kepada Encik Aminuddin.

“Eh.. bukan ke ini mak ayah Irdina ke?” soal Encik Aminuddin inginkan kepastian.

“Mama dan abah kenal?” cerah mata Ain mendengarnya. Petanda baik ni.

“Kenallah. Selalu jumpa bila ada perjumpaan ibu bapa di sekolah. Irdina ni satu kelas dengan Imran.”

“Tengok abah..” pinta Amru. Encik Aminuddin menghulurkan telefon tersebut kepada Amru.

“Eh..” bulat matanya melihat Ami tersenyum nakal. Dia pandang wajah mama dan abahnya. Seterusnya wajah Ain dan Ainnur.

“Kenapa?”

“Siapa ni?” soal Amru sambil tunjuk wajah Ami.

“Achik. Adik ke dua abang Rafiq.”

Wajah Amru berubah. Kecilnya dunia.

“Cantikkan achik tu? Dia belajar dekat UPM. Ambil akaun. Sama macam Abang Am..” cerita Ain Najwa. Dia perasan perubahan mimik muka abangnya.

“Senang cerita abang Am kahwin dengan Ami lah,” usul Ain Najwa spontan.

“Okey!”selamba sahaja Amru menjawabnya tanpa melihat wajah Ain ataupun mamanya.
Melopong Puan Sakinah, Encik Aminuddin, Ain Najwa dan Ainnur Iman mendengarnya.

“Mama tak salah dengarkan, abahnya?” soal Puan Sakinah inginkan kepastian.

“Abah rasalah. Ain? Ainnur?”

Kedua-duanya angguk.

“Eh.. tadi tanya Abang Am. Jawablah.”

“Betul ke main-main ni?” soal Puan Sakinah inginkan kepastian. Takut pulak nak berharap lebih, nanti kang anaknya tu cakap main-main.
Amru angguk.

“Betullah mama dengar tu. Am nak kahwin dengan Amina Nabila.”

“Eh.. Mana ada Ain cakap nama penuh achik tadi.” Ain teringatkan sesuatu.

“Abang Am dah kenal dia?”

Amru angguk. Sengih. Dia garu kepala. Malu pun ada. Tapi dia tidak mahu tangguhkan lagi. Hatinya tidak tenang.

“Yang Am terlepas cakap pasal calon menantu mama tu, dialah.”

“Tapi dia tak sukakan Am,”

‘Dia bencikan Am sebab rosakkan maruahnya..’ sambung Amru dalam hati.

“Perempuan yang baik memang macam tu. Jual mahal dulu. Bukan macam bekas kekasih Abang Am dulu tu. Terhegeh-hegeh, muka tak tahu malu,” kutuk Ainnur Iman. Teringatkan Bella, bekas kekasih abang Amnya dulu. Sikit pun dia tak suka, apatah lagi dengan sikap sombong dan pandai bermuka-muka itu. Nasib baiklah dah putus.

“Dah lama ke abang Am kenal dengan achik ni?”

“Baru lagi.”

“Tapi Am yakin, dia akan menjadi isteri Am suatu hari nanti.”

“Mama.. tak payah suatu hari nanti pun.. Mama jumpalah mak, bincang hal abang dan Ain, mama ek,”

“Tak malulah Kak Ain ni. Macam perempuan terdesak,” kutuk Ainnur Iman. Ain Najwa buat tak peduli.  Desakan hati mahukan hubungannya dengan Rafiq diikat kukuh amat kuat di hatinya.

“In Shaa Allah.. nanti mama jumpa mereka dan bincang. Betul ni Am nakkan achik tu sebagai isteri?”

“Betul ma.. Jika diizinkan Allah taala, Am nak Ami jadi isteri Am.”

*****

“Kenapa?”

“Sebab awak tak sesuai untuk Ami. Ami tu budak baik. Boleh rosak jika bercinta dengan awak. Ami tu gadis suci. Dia takkan tahan dengan tangan gatal awak tu. Saya ni pun walaupun easy, tapi bila tiap kali berdating, tangan awak asyik nak menjalar je, saya jadi menyampah. Saya bukan objek seks. Boleh sesuka hati awak nak sentuh,”

“Dah jadi awek beb, takkan nak tengok je tanpa sentuh. At least sebelum ikat, baik rasa dulu. Sedap ke tak sedap. Tak sedap buang dalam longkang. Sedap buat peneman tidur malam-malam.”

Hafiz tenung siling. Tangan kiri diletakkan di atas dahi. Terkenang kata-kata Lisa siang tadi dan juga kata-kata Farouk, rakan sebiliknya. Entah ke mana menghilang malam-malam  minggu begini. Kalau tak ke kelab malam, ke bilik hotel. Teringat ketika dia diketawakan oleh Farouk apabila dia bercerita tentang hubungannya dengan Ami dulu. Diejek dan disindir kerana tidak pandai ambil kesempatan.

“Kau tahu apa gunanya bercouple dan bercinta ni?”

“Mestilah nak berkasih sayang. Ada jodoh kahwin.”

“Pandai pun kau. Tapi tak pandai menikmatinya,” sindir Farouk.

Blur, tak faham apa yang Farouk maksudkan.

“Bila dah bercinta ni, tarikan magnetnya kuat. Kau rasa nak menempel dengan dia 24 jam. Nak buat apa yang tak pernah terfikir sebelum ini. Nak rasa apa itu nikmat dunia, betul tak?”

Perlahan dia angguk. Farouk ketawa.

“Itulah aku kata kau tak pandai ambil kesempatan.”

“Kau ni, haramlah.”

“Habis tu bercinta dan berkawan dengan perempuan ni tak haram ke?” tempelak Farouk. Senyum senget, menyindir.

“Ami tu cantik, kau tahu tak? Di sebalik baju gedoboh dan tudung bawal dia tu, aku tahu seksi sangat. Takkanlah kau nak tengok dan telan air liur dari jauh je. Tak nak rasa sikit-sikit?”

“Kalau akulah, aku akan gunakan kesempatan itu sepenuhnya. Jadi orang pertama rasa. Kalau tak ada jodoh pun, tak adalah rasa terkilan sangat.”

Kerana terpengaruh dengan konsep bodoh Farouk dia jadi cemburu melihat pasangan lain. Dia mahu jadi seperti mereka. Berpegang tangan dan kadang kala bermesra. Dia lupa pendirian dan janjinya dengan Ami. Mula merasakan setiap syarat yang Ami berikan itu tak patut dan membebankan. Padahal sebagai kekasih dia ada hak nak sentuh Ami.

Bila datang Lisa yang manja, dia lupa Ami. Apa yang tak dapat dibuat bersama Ami, dapat dilakukan ketika bersama dengan Lisa. Rupanya indah nafsu ini cuma ilusi sahaja. Membuatkan dia ketagih sampai lupa diri. Iman senipis kulit bawang dah rabak.

“Ya Allah, apa yang telah aku lakukan selama ini?” Terpengaruh dengan kata-kata Farouk sampaikan dia lupa asas agama yang dipegang selama ini. Membiarkan diri mendekati zina.  Melepaskan permata semata-mata mengejar berlian kaca yang nampa berkilau dari jauh.



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Featured