Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Khamis, 9 Mac 2017

Bab14 (b) Hati Yang Kau Sakiti




“Kita tengok wayang,” ajak Hafiz. Lisa dah buat muka bosan.  Tengok muka Hafiz pun dia dah fed up. Sejak mereka bercinta, batas pergaulannya terbatas. Asyik berkepit dengan Hafiz. Tak kiralah hari kuliah ke hujung minggu. Sampaikan dia naik muak nak mengadap muka lelaki di hadapannya ini. Ini baru bercinta. Kalau kahwin, hidup serumah tak sampai seminggu dia dah angkat kaki.
Lisa pandang Hafiz yang masih memandangnya. Mahukan jawapan. Dia perlahan geleng kepala.
“Saya tak ada mood nak pergi tengok wayang. Tiap-tiap minggu, bila keluar dating asyik tengok wayang. Sampaikan semua cerita kita dah tengok. Awak tak bosan ke?” rungut Lisa.
Hafiz angkat bahu.
“Saya tak pernah bosan bila bersama dengan awak,” jawab Hafiz. Betul itulah yang dia rasa. Mengadap muka si kekasih hati 24 jam pun dia tak kisah.
“Tapi saya bosan. Tak boleh nak hadap muka awak setiap hari,” balas Lisa.
Berubah wajah Hafiz mendengarnya. Senyum kacak tadi mula hilang. Dia pandang Lisa tajam. Terguris hatinya.
Lisa tarik nafas. Dia pandang wajah Hafiz dengan berani. Dah sampai masanya dia putuskan perhubungan ini. Lagipun hati dia bukan suka pun si Hafiz ni.
“Kita putus.”
“Apa?” soal Hafiz terkejut. Tak jangka dua patah perkataan itu yang keluar dari bibir Lisa. Selama ini hubungan mereka baik. Jadi apa sebabnya nak putus. Dia tak faham dan tak boleh terima.
“Saya dah bosan dengan awak. Saya menyampah dengan tangan gatal awak yang suka nak sentuh-sentuh saya,” jelas Lisa tanpa disoal.
Hafiz terdiam. Terkelu sebenarnya. Ayat pertama itu terkena batang hidungnya kembali. Dulu itulah alasan yang diberikan ketika mahu putuskan hubungan dengan Ami. Bosan Ami yang kaku dan tak pandai nak bermesra dengannya. Sekarang Lisa pulak yang sebut. Alasan yang sama tapi penjelasan yang berbeza.
“Saya ingat awak suka. Lagipun kitakan couple. Biasalah buat semua tu,” Hafiz membela diri sendiri. Tapi kenapa dia terasa canggung dengan kata-katanya sendiri.  
Lisa senyum sinis. Bodoh dan bengaplah Hafiz ni.
“Awak ingat perempuan ni suka sangat ke kena raba walaupun kekasih sendiri. Tak tersengaja tu tak apa. Rela sama rela pun boleh lagi. Tapi bila sorang je syok sendiri, awak rasa apa,” soal Lisa dengan wajah meluat.
“Lagipun.. saya tak sukakan awak pun. Awak yang perasan lebih. Orang senyum, sengih-sengih sikit dah cair.”
“Lisa.. Awak..” Hafiz ketap bibir. Kata-kata itu seolah-olah menghinanya.
“Awak tak sukakan saya? Cintakan saya?”
Lisa angguk. “Saya dekat dengan awak pun sebab bertaruh dengan kawan saya. Jika saya boleh buat awak jatuh cinta dengan saya dalam tempoh seminggu, saya menang RM200. Saya pulak pantang dicabar. Lagipun saya yakin, awak tak susah pun nak tackle.
“Awak ingat hati dan perasaan saya terhadap awak mainan ke?”
Lisa angkat bahu. Tak guna pun jawab.
“Saya serius dengan awak. Bahkan saya dah cakap dengan ibu saya, saya dah ada calon isteri. Habis belajar saya nak pinang awak,” Hafiz berterus terang. Kecewa dengan kenyataan yang sebenarnya.
Terdiam Lisa. Hati terasa bersalah. Tapi soal hati ni bukan boleh dipaksa.
“Maafkan saya. Saya suka awak. Tapi saya menyampah dengan sikap miang awak tu. Lagipun suka saya tak sampai tahap cinta pun. Baik awak lupakan saja saya. Tak guna kita teruskan hubungan ini bila kita tahu yang hati kita tidak beriramakan melodi yang sama.”
“Barangkali awak boleh kembali kepada Ami. Saya rasa awak sesuai sangat dengan Ami tu.”
Hafiz geleng kepala. Takkan sekali dia jilat ludahnya kembali.
“Kalau awak nak tahu, Kirana dan Syidalah kawan saya tu. Kami bertaruh dalam seminggu awak akan tinggalkan Ami untuk saya.”
“Kenapa?”
“Sebab awak tak sesuai untuk Ami. Ami tu budak baik. Boleh rosak jika bercinta dengan awak. Ami tu gadis suci. Dia takkan tahan dengan tangan gatal awak tu. Saya ni pun walaupun easy, tapi bila tiap kali berdating, tangan awak asyik nak menjalar je, saya jadi menyampah. Saya bukan objek seks. Boleh sesuka hati awak nak sentuh,” jelas Lisa panjang lebar.
Lisa senyum sinis. Biar lelaki ini tahu mana-mana gadis pun tak suka dengan sikap gatal tangan dia tu.
Hafiz raup rambutnya sendiri. Kecewa dan menyesal di atas apa yang telah dilakukannya.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Featured