Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Rabu, 7 Jun 2017

Bab 3 : SE Puasa dan Raya #NurHisyam


"Sudahlah sayang… bulan-bulan puasa ni tak baik marahkan orang."
"Abang ni tak bagi sokongan langsung. Lelaki tadi tu kecewakan hati adik abang tau. Suka suki dia je buat orang macam tu. Masa nak sungguh-sungguh mengayat, bila tak nak dibuat tak retinya, dia buat macam orang ni kain buruk," Nur melepaskan geram.
"Elok juga hubungan tu terputus. Bukan jodoh mereka."
"Abang sukalah adik abang merana sampai tak boleh nak stadi. Macam tu?" Nur memasamkan muka. Ni lah lelaki, akan tetap sokong kaum dia jugak.
"Terus terang abang cakap. Abang tak suka Nisa bercinta ketika belajar. Di dalam islam tidak ada istilah bercinta sebelum kahwin. Berkawan di antara lelaki dan perempuan pun tidak ada nas hadis menggalakkannya. Sebaliknya, menghalang keras perhubungan lelaki dan wanita tanpa ikatan yang sah. Apatah lagi berkasih sayang. Jadi jika perhubungan mereka terputus, bermakna Allah s.w.t sayangkan Nisa. Kalaulah Nisa sedar tentang hakikat pastinya dia akan menyedari kesilapannya selama ini," syarah Hisyam tenang.
Nur geleng kepala. Biarpun dia tidak pernah bercinta sebelum kahwin tapi pendapat Hisyam tidak dapat diterimanya. Soal hati payah nak diduga dan diprogramkan. Ia terjadi secara spontan. Jadi bukan salah Nisa jatuh hati sebelum kahwin.
Patutlah Nisa tak nak dia memberitahu kepada Hisyam tentang perkara ini. Nisa tahu abangnya tak suka dan melarang keras hubungan kasih sayang sebelum berkahwin ini. Hmmm silap orang pulak berkongsi masalah ni.
Hisyam jeling isterinya yang sedang buang pandang ke luar tingkap. Dia tahu Nur tidak puashati dengannya.
"Apa perasaan Nur bila jatuh cinta dengan abang?" Soal Hisyam pula.
Nur segera menoleh. Apa kena mengena pulak dengan kisah Nisa ni.
"Kenapa tanya?" Soal Nur tak mengerti.
"Jawab dulu, selepas itu baru abang cakap sebabnya."
"Macam abang rasalah. Itu yang orang rasa."
"Rasa macam mana sayang? Cakaplah"
"Seganlah. Buat apa nak cerita. Abang faham-faham sendiri lah." Nur masam muka. Takkan itu pun nak cakap terus terang.
"Laaa.. Segan apa pulak Nur. Nur dengan abang tak ada apa yang nak disegankan lagi.” Sengih Hisyam.
"Kenapa abang nak tahu, cakap dulu," Nur tidak mengalah.
"Sebab ia ada kaitan kenapa abang tak suka Nisa bercinta sebelum tiba masanya."
Nur tercengang.
“Nur faham tak maksud abang?”
Geleng lagi.
Apa yang dia rasa. Bila sudah bersama dengan Hisyam. Berjauhan ketika Hisyam ke sekolah pun dia dah rindu separuh jiwa. Terasa lambat sangat jam bergerak. Bila Hisyam berada di depan mata, asyik nak menempel je kerjanya. Berat hati nak berpisah. Kalau boleh nak sentiasa bersama.
Nur menoleh memandang suaminya. Tapi apa kaitannya? Normallah tu perasaan rindu dan sayang seorang isteri.
Hisyam jungkit kening.
"Tapi apa kena mengena hal kita dengan hal Nisa dan Kamil pulak? Normallah kan Nur rindu abang?" Soal Nur pelik. Tidak dapat menangkap persoalan yang diutarakan oleh suaminya.
"Ada, siapa kata tak ada,” Jawab Hisyam terhenti di situ kerana mereka telah pun sampai di apartment  mereka.
"Cakaplah.. ada? Macam mana boleh ada?" Soal Nur lagi. Tidak berpuashati dengan persoalan yang masih lagi tergantung. Baginya langsung tiada kaitan. Kes mereka amatlah berlainan.
"Lepas solat terawih karang abang jawab. Sekarang ni sayang, waktu berbuka dah nak masuk. Tak baik tau melewatkan berbuka puasa,"
Nur membuat muka tidak puas hati. Huh boleh lagi nak tangguh-tangguh sedangkan dia bukan seorang yang sabar okeh?
"Haa.. eloklah buat muka macam tu? Nanti bertambah-tambah sayanglah abang," usik Hisyam.
Sengaja dia berkata begitu. Faham sangat mimik muka tidak puas hati isterinya. Nak kata apa dah, baginya elok mereka bercakap perkara yang berkaitan denga Nisa dan Kamil selepas berbuka puasa. Memandang suhu panas isterinya ini, boleh mengundang pertelingkahan pendapat. Dia tahu, Nur takkan mudah-mudah mengubah pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara. Jadi ada baiknya, kisah itu dibuat bual ketika hati tenang dan lapang selepas bersolat terawih.
Penuh satu meja dengan juadah berbuka puasa. Hisyam menggelengkan kepala apabila melihat pelbagai jenis kuih muih dan lauk pauk yang terhidang. Itulah ikut cakap isteri tersayang ketika membeli tadi, inilah hasilnya. Siapa yang nak habiskan kesemua makanan ni.
"Sayang cukup ke tak cukup ni. Kalau tak cukup esok kita beli banyak lagi ya," sindir Hisyam sambil mengambil tempat di kerusi.
Nur tersengih-sengih. Sedar akan khilafnya. Tapi hendak kata apa lagikan. Dah beli pun, takkan nak pergi jual semula kepada penjual tadi. Ingatkan tak banyak yang dibeli tapi, rupa-rupanya penuh satu meja. Apa yang tak ada, segala jenis kuih yang terliur dilihat tadi semuanya dibeli. Itu pun nasib baik encik suami ajak balik awal. Kalau tawaf lagi satu pusingan, sah-sah bertambah banyak plastik yang dijinjitnya.
"Abang, rezeki orang kata jangan ditolak, jangan merungut di hadapannya, tak baik tau," sengih Nur. Padahal salah sendiri.
"Abang tak merungut, abang puji tadi kan?" balas Hisyam selamba.
Hendak marahkan tak sampai hati. Lagipun inikan kali pertama mereka menyambut Ramadhan berdua sebagai suami isteri. Suasana ini amat membahagiakan hatinya. Tak pelah lauk pauk dan kuih muih terlebih sikit hari ini, esok-esok pandailah nak bajet. Pandai-pandailah dia nak kontrol si isteri pula.
Tidak lama menunggu, azan pun kedengaran. Hisyam menadah tangan membacakan doa berbuka puasa. Syukur ke atas nikmat yang diberikan oleh-NYA. Di saat ini Nur teringat memori berbuka puasa bersama abah umi dan adik beradiknya yang lain. Rindu pula kepada mereka semua.
"Mesti seronok kalau dapat menyambut puasa di kampung kan bang," suara Nur. Ada  kesayuan terselit di dalam hatinya.
"Dengan abang tak seronok ke?"
"Seronok, tapi bertambah seronok kalau dapat berkumpul dengan adik beradik yang lain," jawab Nur.
Hisyam tersenyum.
"Tak apa, nanti-nanti kita balik kampung, kita pakat dengan mereka semua, buka puasa sama-sama ya."
"Jom kita solat maghrib dulu, lepas tu baru sambung makan. Abang takut Nur tak larat nak solat lepas makan ni. Banyak sangat," ajak Hisyam disulami usikan. Tidak ingin si isteri terbuai perasaan syahdu di hari pertama puasa.
Nur mengherotkan mulutnya. Baru je nak makan. Potong selera betullah.. rungutnya di dalam hati. Tetapi huluran tangan si suami disambut juga dan mereka bergandingan menuju ke bilik untuk bersolat.
Berehat di hadapan televisyen sebelum menunggu mata mengantuk, berduaan dengan suami, melentukkan kepala dibahunya, romantikkan, desis hati Nur.
Haaa.. lupa. Persoalan petang tadi belum terjawab. Apa yang samanya kisah mereka dengan kisah Nisa dan Kamil.
"Tadi kan perbualan kita tak habis lagi. Apa yang sama kita dengan mereka tu," soal Nur perlahan. Tetap terlentuk di sisi suaminya.
"Ingatkan dah lupa. Abang pun ter..terlupa..” sengih Hisyam
"Mana boleh lupa. Cakaplah apa yang sama?"
"Cinta"
Satu patah perkataan keluar dari bibir Hisyam. Nur berkerut dahi.
"Cinta?"
"Persamaannya adalah cinta. Kita bercinta dan mereka pun bercinta. Yang membezakan antara kita dengan dia, cinta kita halal di sisi Allah dan cinta mereka dilarang di sisi Allah."
"Kenapa pula dilarang. Takkanlah mereka tak boleh bercinta sedangkan kita boleh."
"Memanglah kita boleh sayang, sebab kita bercinta setelah kita berkahwin. Abang langsung tak halang kalau mereka bercinta selepas berkahwin."
"Tapi ni tak, sekolah tak habis lagi dah sibuk bermain cinta. Tu yang abang tak suka."
"Biar habis sekolah.. kemudian ke Universiti… kemudian.."
"Baru boleh bercintakan?" Belum habis cakap sudah dipotong oleh Nur
"Tak eh.. siapa kata boleh bercinta?"
"Abang nak kata baru boleh kahwin." senyum-senyum Hisyam apabila menyambung katanya tadi.
"Tak adil," dengus Nur.
Persoalan kisah cinta Kamil dan Nisa sudah melarat ke arah lain. Jujur dari sudut hati Nur dapat menangkap apa sebab Hisyam tidak suka adiknya bercinta. Bercinta ni susah. Memang susah untuk mengawal perasaan dan hati kita. Susah untuk mengawal lenggok percakapan kita, susah untuk mengawal bahasa badan kita. Kerana apabila terbuai dengan perasaan indah itu, otak tidak mampu lagi mengawal apa yang hati inginkan. Dan oleh sebab itulah terjadi perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Contoh yang paling dekat ada Aryana. Kerana cinta dia dihambat penyesalan di atas tergelincirnya diri melakukan hubungan yang membuatkan dia mengandung.
Jadi dia pun tidak ingin sahabat merangkap adik iparnya terjebak di dalam penyesalan itu. Mujurlah percintaan mereka terputus ditengah jalan. Mujurlah juga mereka berjauhan. Mujur juga kejadian tidak diingini tidak terjadi. Biarlah Nisa kecewa sekarang dari menyesal kemudian. Biarlah Kamil dengan dunianya. Dengan si gadis cantiknya yang dijumpai petang tadi.
"Kenapa pulak tidak adil?"
"Adil je bagi abang.."
"Tidak adil bagi Nurlah. Nisa boleh pulak berkahwin selepas habis belajar. Nur ni jejak kaki ke Universiti pun tak lagi. Dah dikahwinkan," ujar Nur. Geram sangat ke? Tak jugak. Diri tengah berbahagiakan. Cuma terkilan sikitlah sebab dia masih muda dan mentah untuk mengharungi cabaran hidup berumahtangga ni. Nasib baik si suami terchenta ni dah matang dan sabar lagi melayan kerenah keanak-anakannya.
"Tu dalam keluarga sayangkan. Bukan keluarga abang. Jadi kira adillah abang dengan Nisa tu," senyum-senyum Hisyam lagi.
Betul jugakkan? Di dalam keluarganya, kak long, kak chik berkahwin semasa mereka masih belajar juga. bezanya mereka berkahwin ketika di Universiti dan dia selepas habis matrikulasi. Cuma Angah seorang je yang terlajak, tak kahwin-kahwin lagi. tapi tak apalah, dia lelaki. Abah tak kesah langsung nak kahwin bila. Yang abah kesahnya, anak-anak perempuan dia yang berjauhan, risau sangat sebab jauh darinya.
"Kenapa? Tak suka ke kahwin dengan abang?"
Ada pula tanya begitu. Kalau tak suka, tak adanya dia di sini. Tak adanya rasa cemburu apabila Fatihah membuat hal dulu. mestilah suka tambah sayang lagi tambah bahagia. Cuma ada sikit-sikit di dalam hati merasakan, rugi tidak dapat menikmati zaman remaja riang ria seperti kawan-kawan yang lain.
Nur tidak menjawab. Dibiarkan bahasa badan menjawab soalan itu. Hisyam tersenyum bahagia. Tanpa jawapan dia telah pun tahu apa yang ada di dalam hati isterinya.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.