Bab 3 : Cinta Si Adik Manja

Cerita lama yang diberi nafas baru.. Semoga terhibur...





Nur pandang jari manisnya. Cincin yang tersarung di situ, diputar-putarkan. Cincin emas belah rotan, terukir pula huruf NH dipandang lama. dia suka melihat dan bermain dengan cincin ini apabila hatinya gelisah. Memutar, sorong tarik cincin di jari manis ini, bagaikan terapi untuk jiwanya. Cincin yang umi berikan ketika dia berusia lima belas tahun itu, jarang sangat ditanggalkan. Rasa macam jarinya kosong apabila cincin itu tidak ada di situ. Cincin yang mulanya terasa longgar, kini mula selasa melekat di jarinya.

Imbas kembali..
“Ambil ni. Dah lama umi simpan. Adik pun dah besar, boleh pakai dah cincin ni.” Umi menghulurkan sebuah bekas kecil berbaldu merah kepadanya.

Teragak-agak dia mengambilnya, lalu dibuka. “ Cincin apa ni umi?” dahi berkerut. Dia masih sekolah lagi, takkanlah nak pakai pulak. Tapi cantik. Cincin belah rotan yang ringkas. Ada huruf NH terukir disekelilingnya.

“Ada orang bagi kat abah. Abah suruh simpan dulu. Umi lupa. Pagi tadi masa tengah kemas, umi jumpa terus teringat. Sebab itulah umi bagi adik ni.”

“Tapi mana boleh pakai kat sekolah. Nanti cikgu rampas. Umi simpanlah.” Nur hulur semula kepada uminya.

Umi geleng kepala. “Adik pakailah masa kat rumah. Nak pergi sekolah simpan. Sayang tak pakai, lama-lama nanti ketat pulak.”

“Longgarlah umi. Jatuh pula kang,” balas Nur. Dia dah merebahkan kepalanya di bahu umi.

“Tapi cantiklah umi. Pandai abah belikan,” pujinya.

“Bukan abah. Ada orang bagi,” jawab umi penuh rahsia. Ada senyum dikulum dibibirnya. Perlahan ubun-ubun anak bongsunya dikucup. Nilah satu-satunya anak yang masih tinggal di rumah ini.

“Baik hati pulak orang tu bagi kat abah cincin emas ni,” bebel Nur polos.

“Tahu-tahu je nama adik Nur Hasyifa. NH..” sambungnya lagi.

‘Mestilah tahu, Nur Hisyam. NH juga sayang,’ hanya dibisikkan di dalam hatinya sahaja.

Sejak hari itu dia suka pakai cincin ini. Suka bermain putar-putar di jari manisnya. Terasa dekat dengan orang yang memberikan cincin itu kepadanya. Tapi siapa?

Pap..

“Abang Syam balik.. Abang Syam jahat Oh mak kau Abang Syam munafik! Ohh cincin!” Latahnya. Pucat muka Nur.

Intan dan Fatihah ketawa berdekah-dekah. Seronok dapat menyakat Nur. Nur ketap bibir. Wajah mula membera merah. Teringat latahnya tadi. Malu.

“Abang Syam tu siapa?” Intan dah jadi agen risikan. Dia tarik kerusi di meja belajarnya, terletak di sebelah meja Nur.

“Tak ada siapalah. Sibuk kau ni. Dahlah kejutkan aku. Semput melatah ni. Tau dak.”

Intan geleng kepala. Dia sengih. Sikit pun tak ada rasa bersalah. Sebab bukan selalu Nur melatah bila disergah. Biasanya Nur melatah apabila dia mengelamun atau berfikir tentang sesuatu.

Fatihah cemik bibir. Dijulingkan matanya. Dia menghempaskan tubuh di atas katil. Penat.

“Kalau bukan sesiapa kau takkan melatahlah. Kau tengah fikir tentang Abang Syam tu kan? Pak we kau ek?” Intan terus berkata. Meneka dan cuba mengorek rahsia.

“Dia tu abang Nisa. Nak balik selasa ni. Aku terfikir pasal dia sebab mereka sibuk bergossip pasal Abang Syam dalam group tu,” jelas Nur. Geram bila tengok muka Intan yang tersengih-sengih, seolah-olah apa yang dia cakap tu betul.

“Balik? Dia pergi mana? Hensem tak?” bertambah rasa ingin tahu Intan. Dia tengok gambar lima sekawan dia atas meja belajar Nur. Biarpun Nisa dan Misah muda setahun dari mereka, tapi mereka adalah sahabat baik Nur di kampung. Nisa cantik orangnya. Mesti abang dia pun hensem.

“Mesir. Dia belajar kat sana,” balas Nur sambil lewa. Matanya terpandang Fatihah, entah kenapa hatinya rasa tak enak. Rakan sebiliknya yang ini cantik tapi satu je sikap yang nur tak berapa berkenan, kerek dan perasan cantik sehinggakan semua lelaki sukakan dia.

“Abam ustazlah ni. Ada gambar tak, aku nak tengok,” Intan semakin teruja. Ingin tahu sangat rupa Abang Syam itu. Dia terus capai telefon pintar Nur di atas meja.

“Hey..” Nur cuba rampas.

Tapi Intan melarikan tangannya. Dia pantas membuka group whatapps geng gadis pingitan Kg Berangan. Terbuntang luas mata Intan melihat gambar Hisyam. Mulutnya terbuka. Terkaku sebelum “wow... gila kacak!” dia menjerit.

Dikesempatan itu Nur terus merampas telefon pintarnya. Gambar Hisyam segera dipadamkan.

“Mana.. mana aku nak tengok jugak,” Fatihah menyelit. Dia rampas telefon pintar Nur agak kasar. Nur tak mampu berbuat apa. Intan pula melopong dengan tindakan kasar Fatihah itu.

“Mana?”

“Aku dah padam!” jawab Nur.

“Bodoh!” Fatihah terus lempar telefon pintar Nur atas meja.

“Weh.. kau giler ke? Rosak telefon aku tu kau ganti! Hantu punya manusia,” jerit Nur marah. Tak pasal-pasal telefonnya menjadi mangsa. Nur ambil telefon dan memeriksanya. Nasib baik berfungsi elok lagi. Wajahnya masam dan geram. Tapi disabarkan hatinya. Disambar tuala yang tersangkut di pintu almari. Peralatan mandi juga diambil dan dia terus keluar.

“Apasal kau biadap sangat!” hati Intan membara. Dia bercekak pinggang di depan Fatihah.

“Boleh tak kau minta elok-elok,” bebel Intan

Fatihah buat muka, beliakkan mata dan kerutkan hidungnya. Sikit pun tak heran.

“Eleh.. kau rampas boleh pulak. Jangan nak mengata oranglah Intan kalau perangai kau pun sama!” balas Fatihah tak mahu kalah.

*****

“Abang rasa nak cepatkan pernikahan adik.” Kata-kata yang keluar dari bibir suaminya mematikan tangan Zulaikha melipat pakaian. Dia pandang suaminya sejenak.

“Adik baru 19 tahun, bang. Muda lagi,” balasnya.

“Awak pun umur 19 tahun semasa kita kahwin dulu. Lagipun saya yakin Hisyam boleh jaga adik dengan baik,” Yusuf menghela nafas. Peristiwa diserang sakit jantung secara tiba-tiba membuatkannya berfikir panjang. Angah lelaki, tak ada dirisaukan sangat. Tapi adik ni perlukan jagaan seseorang jika apa-apa jadi padanya. Walaupun dia tahu anak-anaknya boleh saling jaga menjagai antara satu sama lain.

Zulaikha diam berfikir. Dia pandang suaminya seketika sebelum tangan lincah melipat kain. Hati tak berapa bersetuju. Tapi dia tahu perangai suaminya, apabila membuat keputusan, tidak ada siapa pun boleh mengubahnya. Namun dia tetap mahu mencuba. Sayang mahu dilepaskan adik lagi, terasa yang anak bongsunya itu masih kecil.

“Angah pun patut dah kahwin. Nanti awak carikan calon. Risik mana-mana anak dara dalam kampung ni. Kalau boleh sebelum tutup mata abang nak tengok semua anak-anak kita dah kahwin,” sambung Yusuf lagi. Dia mahu melihat anak-anaknya telah berkahwin, barulah matanya boleh tertutup rapat.

“Biarlah angah tu cari sendiri, bang. Lagipun kerjanya bukan macam orang lain. Tiga bulan di laut, sebulan di darat. Takut nanti ada yang tak boleh tahan kena tinggal selalu.” Soal jodoh anak-anak ni dia lebih suka mereka cari sendiri. Husni dan Hafizah bernikah dengan pilihan mereka sendiri.

“Abang tu kena jaga diri. Dengar nasihat kak long. Makan kena pantang. Saya masih mahu hidup lama dengan abang lagi. Selalu berdoa abang panjang umur,” sambungnya lagi.

“Hidup mati ni bukan soal jaga diri baik ke tak. Soalnya dah sampai masanya setakat itu sahaja nyawa kita dipinjamkan. Mana boleh nak ditangguhkan lagi. Bila anak-anak semua dah lepas, tenang hati saya ni,” jawab Yusuf.

“Ya, saya tahu. Tapi Allah taala menggalakkan hamba-Nya berusaha menjaga kesihatan dengan baik dan berdoa dipanjangkan umur. Kalau tak jaga kesihatan diri, walaupun berdoa memanglah sia-sia je. Nasihat yang baik dari anak-anak ni, abang patut sesekali dengar,” Zulaikha suarakan pendapatnya.

“Huh.. Abang tahulah jaga diri abang, awak tak payah risau pasal tu.. Kita ni bercakap soal anak-anak kita bukan soal abang,” balas Yusuf. Dia tidak suka isterinya bercakap pasal kesihatan. Pandai-pandailah dia jaga diri sendiri.

Zulaikha geleng kepala. Keras batu.

“Adik dan Hisyam tu bertunang dah lama. tak boleh nak tangguhkan lagi. Selepas habis matrik nanti abang nak buat majlis.”

“Lagi 3 bulan?” Zulaikha mencongak sendiri. Sempat ke nak membuat persiapan nanti?

Yusuf angguk.

“Nak ke adik? Budak tu selepas Hisyam tidak menghubunginya langsung tak bercakap pasal dia. Dengar nama Hisyam pun dah lari.”

“Lepas kahwin nanti pandailah Hisyam pujuk,” balas Yusuf ambil mudah.

“Masalahnya adik tu pun tak tahu mereka telah bertunang selama ini. tak ke mengamuk budak tu nanti. Bukannya abang tak tahu perangai dia, ikut perangai abang,” tempelak Zulaikha.

“Tunggulah dua tiga tahun lagi, biar mereka kawan balik perlahan-lahan.”

Yusuf geleng kepala.

“Abang tak suka anak-anak bebas ke sana sini tanpa ikatan. Biar kahwin dulu. Lagipun Hisyam ni ustaz, kena jaga maruah diri. Anak kita tu perempuan, lagi kena jaga.”

Terdiam Zulaikha dibuatnya.



“Ikut abanglah. Saya ikut mana baik.”

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.