Pre Order Cherating In Love

Zine pertama saya terbitkan sendiri. Kini dalam proses akhir sebelum diprint. Sesiapa berminat boleh klik link ini  http://cheratinginlove.wasap.my

ZINE (BUKU)RM12.00
EZINE (PDF FILE)  RM10.00 



Blurb

“Subhanallah.. Cantikkan?” spontan aku menoleh ke sebelah. Melihat dia.

“Cantik..” bisikku. Mata tak beralih pandang. Macam kena gam. Melekap pada dia.

“Mataharilah.. tengok sana. Bukan saya,” dengus dia marah.

Aku sengih. Mulutnya dah muncung. Comel. Bila halal nanti, muncung tu aku patuk dengan bibir. Berani lagi nak muncung-muncung comel gitu?


Teaser 1

“Saya tak suka! Boleh tak jangan baik hati sangat ambil berat pasal saya. Kita tak kenal lama pun!” marahku. Harap dia fahamlah apa aku cakap ni. Jangan harapkan muka je kacak. Tapi tak faham bahasa.

Dia senyum senget.

“Lagi saya suka menyibuk pasal awak!” kedua keningnya terangkat-angkat. Nampak nakal sangat. Lagi buat aku sakit hati.

Aku mendengus. Ketap bibir. Rasa nak cubit-cubit dia ni.

“Awak ni bukan orang melayukan? Sebab tu tak faham sangat bahasa melayu?” gerammm...

“Mummy orang Melayu, Pahang. Nanti esok saya bawak awak jumpa dia, nak?” “Tak ada masa!”

“Menangis ada masa pulak?” baik punya perli. Sarkastik bahasanya.

Aku jeling tajam, maut. Sedih entah ke mana terbang. Yang hinggap sekarang geram. Rasa nak tonyoh je mulut tu. Biar herot.


Teaser 2

Nur Najah Ismat

“Dah siap?” tanyanya.

Aku angguk. Tunduk. Segan bila mata helangnya terus menerus memandangku.

“Ehemmm... Kita nak ke mana?” tak betah bila matanya asyik meratah wajahku.

Dia bagaikan tersedar.

“Maaf. Awak cantik sangat. Tak sabar saya nak jadikan awak halal untuk saya.”

Aku ketap bibir. Confirm wajahku merona merah lagi. Mulut dia nikan, tak ada konar-konar, cakap direct sampaikan aku tak tahu nak memberi reaksi macam mana. Spontan dia membuatkan epinefrin dalam tubuhku bekerja dua kali ganda dari biasa. Denyutan jantung semakin laju.

“Awak jangan main-main boleh tak!” bentakku, tertahan. Tak nak dia tahu kata-katanya memberi kesan luar biasa pada hatiku.

“Saya tak pernah main-main Nur Najah. Setiap apa yang keluar dari bibir saya ni, memang saya maksudkan,” tegasnya. Membuatkan aku terdiam serta merta. Hilang kata.

Psst.. nak tahu kisah Noah dan Najah ini.. Sila order sekarang..

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.