Bab dua
Aisyah
mengeliat malas. Hari ini off daynya.
Ingatkan hendak pergi jalan-jalan sambil window
shopping di Mid Valley. Nak cari kasut. Yang lama sudah haus tapaknya.
Kalau berjalan di dalam toilet di stesyen
minyak tu, selalu dia nyaris-nyaris terjatuh. Dari dia menjadi nangka busuk
yang terjatuh, baik dia cepat-cepat membeli kasut baru.
Keluar dari
bilik, keadaan rumah sunyi sepi, abah
dan mama kerja, Iwan dan Ana ke sekolah. Bagaikan tahu je perut yang berdendang
ini, kakinya terus melangkah menghala ke dapur. Di atas meja terdapat roti
gardenia dan juga sardine. Tentu mama yang siapkan ni, yang dia perlu buat
Cuma, bancuhkan milo panas, sapu sardine ke atas roti dan bakar. Cukup untuk
mengalas perut sampai ke tengah hari. Eh memang dah hampir tengah hari pun, dah
pukul sebelas lebih.
Iwan dan Ana
petang baru pulang, setelah habis kelas tambahan nanti. Rumah ini terasa ada
orangnya waktu malam dan hujung minggu je. Itu pun malam jumaat dan juga sabtu.
Malam-malam lain. Sunyi juga macam tak ada orang kat rumah. Iwan dan Ana ke
kelas tuisyen, Mama dan Abah pula kadang-kadang tu pukul sepuluh baru balik.
Yang menunggu kat rumah dialah, penanam anggur bertauliah selama seminggu.
Kemudian, dia meminta kebenaran abah untuk bekerja di stesyen minyak berdekatan
dengan tasik Metropolitan itu. Itu pun bukan main payah untuk mama benarkan.
Takut sangat anak dia ni, apabila bekerja kat Pam Minyak nanti, terbekawan
dengan mamat bangla tu, nanti takut terjatuh cinta kat mamat yang punya wajah
macam shah ruth khan ker, salman khan ke, tak ingin dia bermenantukan pendatang
dengan Izin ker tanpa Izin ke. Itu cakap mama.
Haa itulah
mama, Puan Saloma binti Mahmood, banyak sangat berfikir yang bukan-bukan.
Takkanlah anak dara dia ni, low taste
pulak. Padahal niat Aisyah ikhlas, nak mencari duit saku sambil menghabiskan
masa dengan berfaedah. Duduk kat rumah tanpa berbuat apa-apa pun, buat apakan.
Mama juga yang sakit hati. Sekurang-kurang lepaslah duit saku diakan. Lagipun dia
dah berumur 18 tahun, dah habis sekolah. Kenalah belajar bagaimana mahu
menguruskan kehidupan tanpa bergantung pada ibu bapa lagi. Punyalah jenuh dia
memujuk.
“mama please, benarkan Syah kerja kat shell tu
mama, lagipun dekat dengan rumah je” pinta Aisyah sambil memegang tangan mama.
“tak payahlah
Syah. Buat apa nak susah-susah kerja. Duit kan mama dah kasi. Duduk je kat
rumah, jaga adik-adik”
“jaga adik
apa mama. Diorang dah besar. Lagi pun mereka tu, petang baru nampak muka. Malam
ke kelas tuisyen pula. Nak jaga apa lagi mama?”
“jaga makan
minum merekalah. Balik sekolah tentu penat dan lapar, syah masaklah untuk
mereka. Lagipun masa nilah Syah nak belajar masak. Buku masakan mama tu haa
banyak, Syah boleh try”
Aisyah
mencebik. “ Syah dah terror masaklah
mama, setakat tomyam, sup, asam pedas semua terangkat. Nak belajar apa lagi?”
“tak pun Syah
ambil kelas masakan, nak sayang? Nanti mama bayarkan fees” offer Puan Saloma.
“tak nak.
Syah nak kerja kat Shell tu juga, bagilah peluang untuk Syah timba pengalaman
mama, lagipun keputusan SPM lambat lagi, nak masuk U atau matriks pun lambat
lagi. Syah nak rasa macam mana perasaannya dapat cari duit sendiri. kan
pengalaman macam tu amat berharga. Jadi nanti setiap sen duit saku yang mama
kasi kat Syah, takkan sewenang-wenangnya dibelanjakan. Tentu sekali Syah akan
hargai nilai setiap titik peluh mama dan abah” peh ayat. Punyalaa ayat mengayat
mama. Kalau mama tak cair lagi, tak tahu laa hati mama diperbuat daripada apa.
“ pandai kamu
ye. Tak boleh juga. Mama risau sebenarnya”
“risau apa
pula? Bukannya jauh pun Shell minyak tu dengan rumah kita. Tiap-tiap hari mama
berhenti mengisi minyak kat situ jugakkan. Mama akan selalu tengok Syah
jugakan. Syah tak ke mana pun, mama”
“bagi jelaa
Sal, dari dia tidur bangun kat rumah ni tak berbuat apa. Dari dia merayau ke
hulu ke hilir dengan member dia tu, ada juga faedah. Biar dia rasa bagaimana
susahnya kita nak mencari duit ni” pujuk Abah pula. Sebenarnya abah tak berapa
kisah sangat. Dia tahu, dia sudah pun memberikan pendidikan yang sebaik-baiknya
untuk anak-anaknya. Ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Lagipun sampai bila nak
mengurung Aisyah di dalam rumah, dah sampai masanya anak itu keluar untuk
belajar hidup berdikari. Ini adalah langkah pertamanya.
“Sal risaulah
bang. Bukan apa kat Shell tu kebanyakan pekerjanya bangla, kalaulah si Syah
terpikat ker, terjatuh cinta dengan mamat – mamat tu macam mana? Dibuat lari
balik ke Negara diorang macam mana?” sampai macam tu sekali pemikiran mama.
Aisyah sudah
tergelak kuat. Terkekek-kekek. Iwan dan Ana pun sama. Cuma Encik Yusuf sahaja
yang tersenyum-senyum. Nak gelak juga pun, kerisauan isterinya berasas. Di
dalam surat khabar ada je cerita pasal anak gadis melarikan diri kerana
mengikut kekasih yang merupakan pendatang, balik ke Negara mereka. Kerana cinta, buang emak, buang saudara.
Kerana cinta juga, lautan api sanggup diredah. Kononnya mahu hidup semati.
“hahahaha..mama..mama.
sampai macam tu sekali mama berfikir? Ingat taste
Syah ni mamat-mamat bangla, indon ke mama?”
“Syah pun tak
inginkan diorang laa mama. Taste Syah ni mama, Hyun bin, Woo bin tu nak lah”
“siapa pulak,
Hyun bin, Woo Bin ni? Tanya mama pelik.
“pelakon
Korea laa mama. Handsome dan cute mama” celah Ana.
“Alaaa
kasilaa kak Syah kerja kat situ mama, adik yakin, mama takkan termenantukan
mamat bangla tu” sokong Ana. Cuba untuk memujuk Puan Saloma memberikan
kebenaran kepada kakaknya. Bukan apa, boleh tumpang sekaki. Boleh bodek-bodek
kak Syah untuk belikan CD Secret Garden
tu. Hehehehe dah lama dia mengidamkannya. Kak Aisyah janji, kalau dia dapat
kerja kat Shell tu, gaji pertama dia akan membelikan dia apa sahaja dia minta
asalkan dia tolong sama memujuk mama. Abah sentiasa bagi green light. Mama tu yang susah sikit.
“takkanlah
awak tak percayakan anak awak ni? Takkanlah dia nak cari mamat bangla sebagai
menantu awak pula. Dah laa jangan dok fikir yang bukan-bukan” Encik Yusuf
bersuara lagi setelah melihat isterinya masih lagi berfikir-fikir. Berat hati
untuk membenarkan anak gadis mereka bekerja.
“beginilah
mama, biar Iwan jadi spy mama, kalau
ada je yang tak kena, macam lain macam je kak Syah ni, Iwan bagitahu mama yer”
saran Iwan pula setelah dari tadi lagi menjadi pemerhati dan pendengar setia.
Jangan tak tahu, dia pun, dah siap-siap diberikan rasuah oleh si Aisyah ni.
Gaji pertama, nak apa sahaja, akan ditunaikannya asalkan sokong dia mendapatkan
kebenaran daripada mama.
Hurmmmm..
mama mengeluh. Empat kepala lawan satu kepala mestilah yang satu tu yang
kalahkan. “ kalau semua dah menyokong kakak, mama nak kata apa lagi. Tapi ada
syaratnya”
Bibirnya baru
nak berbunga senyum, terpaksa kuncup semula. “apa dia mama?” dia maniskan juga
mukanya. Mama ni nak bersyarat-syarat pula. Macamlah dia nak bekerja jauh dari
rumah. Depan tu je.
“jaga
pergaulan. Kalau boleh jangan dok layan sangat mamat bangla kat situ. jangan
dok cuba-cuba berkawan”
“mama ni, dah
namanya rakan sekerja nanti, tentunya kena bercakap juga. Kalau tak mesti orang
kata anak mama ni sombong. Habis tu macam mana nak kerja nanti” bantah Aisyah.
“maksud mama,
bercakap hal-hal yang tak ada kaitan dengan kerja.” Puan Salmah membetulkan
katanya tadi.
“allright mama. Itu je? Ada nak tambah
syarat lagi ker?” tanya Aisyah sambil tersengih-sengih. Iwan dan Ana dalam
diam-diam menaikkan ibu jari. Ah seronoklah mereka tu sebab ada habuan yang
menanti. Jadinya gaji pertama dah tahu dah ke mana perginya.
Mengingatkan
malam itu, bukan main susah lagi mama hendak memberikan kebenaran membuatkan
Aisyah ketawa sendirian. Mama.. mama… nampak je cool dan lemah lembut, tapi ketegasannya memang tak ada siapa boleh
lawan. Even abah pun. kena buat
pakatan dulu baru boleh menang. Nasib baik ada adik-adik yang sporting, abah yang understanding.