Dia yang kupuja-10


Bab 10.

Sudah menjadi kebiasaannya untuk membuka facebook apabila ada masa terluang. Ada mesej di dalam personal inboxnya. Terus dibuka. Dari angah rupanya.
Salam…
A.Alan…nak tahu satu cerita hangat tak? Along excited gile nak jupe abang masa dinner nanti. Hahahhahaha..cian along kena dipermainkan kat kitorang kan. Mama dan papa pun dah bagitahu pasal dia kena kahwin mengikut wasiat mak tok. Boloeh dia cakap dia terpaksa kahwin dengan orang tua. Padahal dia tak tahu dengan siapa sebenarnya dia kena kahwin..tak sabar nak nanti malam tuh. Angah dah siap book flight tiket dah. malam tuh angah takkan lepaskan peluang nak tengok apa reaksi along. Cayaa..bang…tak lama lagi akan jadi abang ipar angah.
Oklaa…angah ada exam pas ni..wish me gud luck bro…bubye….
Alan tersenyum sendirian setelah membaca mesej yang di hantar oleh Angah. Pantas sahaja jari jemari menekan kekunci untuk membalas mesej tersebut
Wasalam ngah…
Abang pun tak sabar nak nantikan malam tuh. Tak sabar jugak nak jumpa dgn adik abang ni. Wish me gud luck too. Hope along korang tak terkena sakit jantunglah dengan surprise nnt.
Ok …gud luck….:)
Setelah puas dia menatap wajah yang dirinduinya di facebook, Alan terus menutupnya dan menghubungi bakal mertuanya.
“assamualaikum papa”
“waalaikumussalam..Alan..papa baru je nak call kamu tadi. Kamu dah call papa..haahhaa..”kedengaran papa ketawa suka di sana. Seketika kedengaran suara lain yang bertanya sesuatu. Alan tersenyum bahagia. Alhamdulillah dia diterima dengan baik oleh keluarga ini.
“dengar cerita papa dan mama dah beritahu along pasal perkahwinan kami?” terus Alan menyoal bapa mertuanya itu.
“yupp..siap nangis-nangis lagi along. Tak mahu kahwin dengan orang tua katanya. Entah dari mana dia boleh fikir macam tuh. Takkanlah kami sampai hati nak kahwinkan dia dengan orang tua…haahahhaha” papa terus menyambung gelak. Gelihati apabila teringat dengan gelagat satu-satunya anak gadis mereka.
Alan turut sama tergelak sebelum berkata “dia tak tidur semalam pa, siap luah perasaan kat dalam facebook lagi. Kebetulan masa tu pulak, alan tak tidur lagi. Layan yer laa dia berborak”
“dia tahu tak itu kamu”
“tak tahu..langsung tak tahu. Macam-macam dia luahkan. Kata lelaki yang nak kahwin tu tak sedar dirilah. Mama dan papa tak sayangkan dia laaa… sebab tak amik tahu tentang perkahwinan dia. Macam-macam laaa…pastu boleh pulak dia luahkan perasaan dia memang cintakan Alan Yeoh”
Berdekah-dekah papa ketawa. Terasa lucu dengan apa yang disampaikan oleh bakal menantunya itu.
“padahal dia tak tahu…orang yang bakal kahwin dengan dia tu adalah Alan Yeoh. Yang dia luahkan perasaan pun kat Alan Yeoh” bersambung lagi ketawa papa. Beradu pulak dengan ketawa Alan.
“anak perempuan papa tu Alan, perangai terburu-buru nya tak penah perubahan. Selalu kalut. Selalu menghukum dulu sebelum siasat perkara yang sebenarnya.” Keluh papa.
“harap kamu dapat bersabarlah dengan perangainya nnt”
“sebab sifat dia tuh laa saya jatuh cinta dengan dia papa. Insya Allah saya akan membahagiakan dia selagi hayat saya”
“Alhamdulillah lega hati papa mendengarnya. Bertuah Along dapat suami seperti kamu”
“oooo yerr rancangan kamu macam mana..on ker?”
“on papa… Along pun dah tahu tentang Annual dinner company dia tuh, saya artis jemputan. Itu pun angah yang mesej kepada saya.
“jangan lupa..papa dan mama kena ada sekali tau… semuanya saya telah arrangedkan”
“isyaallah..kami akan hadir nanti”
“kalau macam tu kirim salam kat mama yer”
“Assamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Dalam masa yang sama Along dan mama sedang sibuk berbincang tentang baju yang akan along pakai pada majlis makan malam syarikat dua minggu lagi.
“mama..along nak pakai baju apa ni? Tema dia wedding..takkanlah along kena pakai baju kain songket lak malam tuh” sungut Along. Bersandar malas di sebelah mamanya.
“ahhh..mama baru teringat. Bakal suami kamu ada bagi kain pasang kat mama. Nanti sekejap mama amikkan” terus sahaja mama untuk ke biliknya mengambil kain yang dimaksudkan.
Seketika kemudian dia kembali dengan paper bag EURO Moda di tangannya. Lalu diserahkan kepada Aina. Tanpa kata Aina terus menarik keluar kain tersebut. Cantik.. itulah perkataan pertama yang tercetus di dalam fikirannya. Sutera berwarna peach lembut telah sedia disulam dan dihiasi lubaci dan berlian.
“nak pakai kain ni ker? Macam betul-betul nak kahwin je.. tak nak laa menyerlah sangat. Yang biasa-biasalaa mama. Takkan along nak pakai kain yang mamat tuh bagi pada malam tuh. Langsung tak sesuai laa mama.” Komen Aina
“laaa tadi tanya nak pakai apa, bila mama bagi kain ni taknak plak. Dah temanya wedding kan. Sesuailah along jahit buat baju kurung moden dengan kain ni. Elok sangat dah. pastu pakai dengan selendang. Tak ker nampak ayu anak gadis mama malam tu” cadang mama. Terfikir Aina seketika sambil merenung kain tersebut. Dah orang bagikan. Apa salahnyakan. Cantik tapi lip lap sangat. Tak per ke? Nanti kang aku lak terover. Tahulah terexcited nak jumpa pujaan hati.
“hmmmmmm…”di belek-belek kain tersebut. Papa pula menghampiri mereka setelah menutuskan talian.
“kenapa ni?”
“along ni hah..tadi mengadu tak tahu nak pakai apa masa majlis makan malam syarikat nanti. Bila mama bagi kain, dia plak komplen kain ni lip lap sangat. Glamour sangat.”adu mama
“laaa papa, tengok biasa jer kain ni.
“lagi kena dengan warna kulit along tuh”papa memberi pendapat pula.
“papa rasa baik along buat baju dengan kain ni jer. Tak perlu fikir lagi dah. jimat. Tak payah keluar belanja lagi dah”
“kalau dah beli kain macam ni, tentu mahalkan mama?” soal papa kepada mama pula.
“aaah betul  tuh. Mahal kain ni long. mama rasa baik along buat baju dinner dengan kain nie jer.. dah cukup lawa dan sesuai dengan tema malam tuh” ulas mama pula.
Dalam diam Aina bersetuju dengan pendapat keduanya. Alaaa nak takut apa. Kain ni pun bakal suami bagi jugakkan. Nanti untuk majlis kahwin suh dia beli kain lain lah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan