Dia yang kupuja-11


Bab 11

Malam yang ditunggu-tunggu oleh warga Megah Jaya Berhad akhirnya telah tiba. Para pekerja dibenarkan pulang awal pada hari ini untuk menghadiri majlis makan malam pada malamnya. Aina seperti juga rakan-rakannya yang lain tak sabar-sabar untuk menghadir majlis pada malam ini.
Awal-awal lagi Aina bersiap-siap. Dibelek-belek penampilannya di cermin entah beberapa kali. Mana laa tahu kot-kot ada yang tak kena dengan penampilannya pada malam ini. mama dan papa tersenyum saja melihat telatah anak gadis mereka itu. macam nak pergi jumpa kekasih hati pulak.
“cantiknya anak mama ni, kan papa?”
“betul tu..macam nak gi kahwin je”
“memang nak kahwin pun, tak lama lagikan mama, papa?”cebik Aina.
Mama dan papa saling berpandangan dan tersenyum
“ehh…mana dan papa pun lawa jugak ni nak ke mana?”soal Aina hairan.
“ingat kamu je ada dinner, mama dan papa pun ada dinner kat luar jugak, kan papa?”
“ye..ye..”anggguk papa. Aina tersengih-sengih. Still lagi romantik mama dan papa nih. Aku pun nanti akan jadi macam tu gak. Bila dah tua pun tetap lagi romantik, detik hati kecilnya. Kemudian mereka sama-sama menuju ke kereta masing-masing. Menuju ke destinasi yang berlainan.
Sampai sahaja di sana, ramai kawan-kawannya telah sampai. Pakaian mereka pun lebih kurang sama dengan dia, jadi tak adalah rasa cangung sangat. Dah memang tema wedding kan. Desis hatinya dan terus menyertai Zihan dan 3 lagi rakan yang lain ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka.
Tepat jam 8.30 malam, majlis bermula. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis, kemudiannya doa dan seterusnya ucapan daripada CEO syarikat iaitu Encik Naim Shauqi Tan Sri Badrul Syah. Masih muda lagi. Warak pulak tu. Amat sepadan dengan isterinya Puan Khalisa. Lemah lembut sentiasa tersenyum. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan penghargaan kepada pekerja cemerlang yang terpilih.
Selepas itu barulah artis jemputan membuat persembahan untuk menghiburkan mereka. Aina tidak sabar-sabar menantikan kemunculan artis pujaannya itu.
“saat-saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba..tentu anda semua tidak sabar-sabar untuk mendengar suara merdu kak Ziana Zain kita yer..sekarang dipersilakan Ziana Zain dengan lagu-lagu hit beliau untuk menghiburkan anda semua”
Spontan sport light dihalakan ke tengah dewan. Muzik terus dimainkan. Lagu puncak kasih menjadi pilihan Ziana Zain pada malam itu sebagai pembuka tirai. Kemudian diikuti kalau mencari teman…kemudiannya dingin. Ziana Zain pandai berkomunikasi dengan para hadirin yang hadir pada malam ini. sesekali kedengaran gelak tawa satu dewan apabila dia berlucu. Yang pasti mereka semua di dalam dewan ini amat teruja dengan persembahannya. Bagi Aina, dia tak berapa amik kisah dengan persembahan artis pujaan ramai itu. yang pasti dia amat kisah dengan artis pujaannya selepas ini.
“seterusnya dipersilakan Alan Yeoh untuk menghiburkan anda semua”  akhirnnya satu penantian telah pun tamat. Alan Yeoh muncul di hadapan mereka dan seterusnya memulakan bicaranya…
“apa khabar semua?”
Riuh suara orang  di dalam dewan membalas ucapan pujaannya. Aina terpaku. Dia tetap hensem seperti yang pernah ditemui dulu. malah tubuhnya lebih tegap dan mantap. Wajahnya tetap hensem dan bertambah matang dengan kaca mata berbingkai hitam yang terletak elok di atas hidungnya. Terpaku Aina seketika. Seperti ada air mata berlinangan di tubir matanya. Cepat – cepat je dia menyapu sebelum orang lain perasaan.
“pada malam ini saya akan membuat satu persembahan istimewa untuk anda semua. Sebabnya malam ini juga malam yang amat istimewa untuk diri saya juga. Anda semua tentunya amat bertuah kerana di sini saya akan nyanyikan dua buah lagu khas untuk anda dan teristimewa untuk dia”
Seketika mata mereka beradu. Sebuah senyuman dilemparkan oleh pujaan ramai itu. Aina terpaku dan kemudiannya dia tersedar lalu mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Dalam diam Zihan menjadi memerhati setia. Begitu juga dengan mata-mata lain. Tanpa disedari oleh Aina sendiri. muzik mula kedengaran.
“terimalah lagu pertama saya… take me to your heart”

Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is - be my guiding star
It's easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don't really comprehend

Don't need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing

Terpaku mereka yang berada di dalam dewan itu. siapa sangka Alan Yeoh juga mempunyai bakat yang terpendam. Suaranya memang best kalau buat album mesti laku nih. Senyum Aina sendirian memikirkan kata-katanya sendiri. tepukan gemuruh kedengaran selepas habis je lagu dinyanyikan.
“terima kasih..terima kasih semua..huh..gemuruh pulak saya rasa pada kali ini. terima kasih saya ucapkan CEO Megah Jaya berhad kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk saya membuat persembahan pada malam ini dan juga…..” terhenti seketika dia berkata-kata dan memandang tepat ke arah Aina. Darah mula menyerbu wajahnya. Apa hal ni..takkanlah dia masih kenal aku lagi. Lalu Aina terus tertunduk. Takut dan berdebar untuk mengangkat mukanya. Panahan mata dia mampu membunuhnya. Hahahha melampau tuh tang  “membunuh” ada sejarah ke pandangan mata dah boleh bunuh orang. Tak ada lagikan?.
“mengumumkan tiga perkara penting dalam hidup saya. Yang pastinya ketiga-tiga perkara ini bakal mengubah perjalanan seni saya selepas ini” suasana hingar bingar tadi terus menjadi sunyi sepi. Barulah Aina mengangkat muka. Dan barulah juga dia perasan stesyen TVB10 sedang membuat rakaman di dalam dewan ini.
“perkara pertama… perkara ini telah lima tahun terjadi. Tetapi hanya mereka terdekat dengan saya sahaja telah mengetahuinya. Sebab itulah adalah perkara peribadi saya. Dan pada malam ini barulah saya sedia kongsikan dengan anda semua. Oleh itu pada malam bersejarah ini, saya mengumumkan nama sebenar saya sejak lima tahun lepas adalah MUHAMAD ALAN YEOH ABDULLAH.” Semua orang terpaku. Lebih-lebih lagi Aina.
“tentu anda semua tidak mendugakan? Saya pun tak pernah menduga bahawa saya telah terpilih olehNya untuk disuluhkan Nur hidayah ke dalam hati kecil saya. Alhamdulillah..inilah perkara terbaik pernah berlaku di dalam hidup saya. Saya telah menemui cinta saya yang sebenarnya” tepukan gemuruh diberikan oleh para hadirin yang berada di dalam dewan ini.
“Perkara dua pula.. saya bakal menamatkan zaman bujang saya pada 12 June nanti.” Lagilah mereka semua terpaku. Terlalu banyak kejutanya.
“tak percaya? Hahahaha tentu kamu semua terkejut dan tertanya-tanyakan siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup saya?”
“Emy Nadia?” laung satu suara
Alan tersenyum mendengar. Bagai nak gugur hatinya. Betulkan Emy Nadia menjadi pilihan. Senyuman manis yang terukir di bibir Alan bagaikan mengesahkan perkara ini. terdengar pula jeritan lain.
“salah tekaan anda itu. dia yang mencuri hati saya ini bukanlah di kalangan artis. Mungkin anda mengenalinya, mungkin juga tidak. Tetapi dia ada di sini….” Sambil menepuk dadanya.
“sejak lapan tahun yang lepas…..”
“ok semua terima sebuah lagi lagu teristimewa untuk dia yang bertakhta di hati secara rahsia… “
Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu
Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
Oh karena, hati t’lah letih
            Perlahan-lahan Alan mula menghampiri Aina. Sorotan lampu sport light mengiringinya. Perlahan sahaja langkah itu sambil matanya memandang terus ke arah Aina. Krew TVB10 terus merakamkan langkah Alan Yeoh itu. begitu juga sorotan mata para hadirin yang lain. Dalam dia melangkah..dia terus mengalunkan lagu tersebut. Aina seperti terpaku. Tidak percaya apa yang berlaku di saat ini.
Aku ingin menjadi sesuatu, yang s’lalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
Oh bayangmu, seakan-akan
            Lalu sampai sahaja di meja tempat Aina berada, terus dia membuat pusingan dan terhenti di hadapan Aina. Sambil menyanyi Alan Yeoh melutut di situ. tunak matanya memandang wajah yang dirindui sekian lama. Tanpa sedar Aina menangis. Betulkah ini. atau Cuma satu mimpi indah. Mimpi indah yang tak ingin dia lepaskan. Tak ingin dia biarkan ia berlalu begitu saja.
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil, rinduku, padamu oo~…
Seperti udara yang ku hela kau se-lalu, ada
Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang
Tanpa dirimu aku me-rasa, hilang
dan sepi, dan sepi
Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada
            “will u marrying me..Aina batrisya..my gadis kecil ku?” seluruh dewan terpaku. Apatah lagi dengan Aina. Betul ke mimpi ini. dia tak dapat berkata apa-apa. Dia serba salah. Mana mungkin. Bukankah dia bakal berkahwin dengan pilihan mak tok. Mana boleh dia menerima lamaran ini.
“ah pujaan kau telah terlambat. Mengapa tidak dari dulu kau muncul. Kenapa baru kini” dialog hati Aina. Air mata laju membasahi pipinya. Tak mungkin .. ingin saya di sambut cincin itu. tetapi tak mungkin. Tak lama lagi dia bakal berkahwin dengan orang lain.
“tak boleh” tegas Aina menjawab dan ingin terus berlalu di situ. bangun sahaja dari kerusi, dia seolah terpaku, dihadapanya, mama, papa, angah dan adik berada di situ. melihat anggukan papa dan mama, senyuman semangat angah dan adik, dia keliru. Apa semuanya. Dia tak faham.
“Muhamad?” perlahan dia menyebut nama itu.
Melihat anggukan mama dan papa. Tumb up angah dan adik. Dia bagaikan baru mengetahui sesuatu. Dipandang Alan Yeoh yang masih melutut di hadapannya.
“muhamad?” dia menyoal Alan Yeoh perlahan.
Sebuah senyuman terukir di bibirnya beserta dengan anggukan. Jadi selama ini Muhamad yang arwah Mak tok maksudkan adalah Alan Yeoh?
            “Mak tok …….” Alan terus mengangguk sambil menyapu lembut air mata di pipi Aina. Aina kehilangan kata-kata. Sehinggalah dia dikejutkan dengan suara Alan Yeoh.
            “malam ini sebenarnya bukan sahaja menjadi kejutan buat anda semua. Malah untuk bakal isteri saya juga. Lapan tahun masa memisahkan kami. Haaaa..tak sangka ye.. saya boleh bertahan lapan tahun memuja dia dari jauh.”
“dia pula memuja saya dari jauh sejak lapan tahun juga. Kami saling puja memuja tanpa bersua. Setiap hari saya berdoa, agar Allah menjodohkan kami berdua. Alhamdullih, tak sampai sebulan lagi kami akan disatukan.
            Aina, tak terkata apa-apa. Dirinya telah pulih dari kejutan. Tetapi hatinya pula terasa geram dipermainkan. Seronoklah angah dengan adik tu berpakat dengan mama dan papa. Dan juga dia. Spontan dan diam-diam..sebuah cubitan hinggap di pinggang lelaki di sebelahnya kini.
            Spontan dia berpaling. Mereka berbalas isyarat mata. Tetapi dia tak heran pun. bertambah lebar senyumannya.…tebalnya muka terasa berinci-inci. Inilah padahnya jatuh cinta dengan orang femes. Melamar pun depan orang ramai. Memalukan betullah.
            “tinggal lagi satu pengumuman lagi….selepas perkahwinan saya ini, saya akan terus bersara daripada industri hiburan tanah air…..”
“tentunya anda tertanya tanya kenapa kan? Takkanlah selepas kahwin terus berhenti?”
“perkara ini telah saya fikirkan lama dulu…sejak mula saya menceburi bidang ini. tahun ini umur saya terah pun 30 tahun. Jadi sudah sampai masanya saya tinggalkan bidang ini.”
“saya akan umumkan dalam siding media tengah hari esok.” Senyuman terus diberikan kepada mereka semua. Aina pula bagaikan patung yang tegak berdiri di sebelah hero pujaan Malaya ini.
“itulah tadi kejutan untuk anda semua. Andalah yang pertama mengetahui berita ini. Assalamualaikum”
            Lalu Alan memaut tangan Aina supaya mengikutinya. Banyak persoalan berlegar-legar di dalam fikirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan