Dia yang kupuja-12 end


Bab 12

Keesokkan harinya, heboh satu Malaysia dengan kejutan yang diberikan oleh hero pujaan ramai itu. masakan tidak selama ini tak pernah pokok bergoyang di tiup angina. Tiba-tiba sahaja Alan Yeoh mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pujaan hatinya sejak lapan tahun lalu. Apa lagi frustlah para gadis yang memuja hero Malaya itu.
Yang paling mereka tak percaya, Alan Yeoh akan berundur dari industri hiburan tanah air. Maka hilanglah lagi sebutir bintang yang sedang bersinar di angkasa raya. Dan sejak itu juga hidup Aina tidak tenang. Telefon rumahnya 24 jam berbunyi. Sampaikan terpaksa dicabut plugnya. Apatah lagi handsetnya yang langsung tidak di-on-kan. Susah-susah. Inikah harga yang perlu dibayar apabila memilih orang popular sebagai teman hidup?
Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung mak toknya sementara menjelang majlis perkahwinan mereka. Soal persiapan semuanya telah diuruskan oleh Alan dan dibantu oleh ahli keluarga yang lain. Hidupnya tak pernah sunyi lagi. Cuma yang menjadi persoalannya kini tentang secret admire di dalam facebooknya. Kenapa tiba-tiba dia menghilangkan diri. Langsung tak membalas mesejnya. Adakah sebab dia frust setelah mengetahui Aina bakal berkahwin dengan Alan Yeoh. Hari-hari juga dia setia menunggu balasan mesej dari secret admire. Tetapi hampa. Sehingga dia terlupa dek kesibukan persiapan perkahwinannya.
Akhirnya tanggal 12 Mei 2010, mereka selamat disatukan. Dinikahkan sendiri oleh abah di Masjid Al-firdausi di Kampung Pinang sebatang, di daerah Kuala Besut, dengan sekali nafas, mereka secara rasminya menjadi suami isteri. Oleh sebab majlis perkahwinan itu Hero Malaya ini juga, daerah Kuala besut menjadi terkena secara tiba-tiba. Ramai pelancong mengunjungi daerah ini. ooo..barulah mereka tahu bahawa, Kuala Besut juga mempunyai keindahan Alam semulajadinya setara dengan persisiran pantai lain yang terkenal itu.
Laman Desa Resort, menjadi pilihan Alan Yeoh untuk majlis resepsi perkahwinan mereka. Di pantai ini mereka dipertemukan buat pertama kali. Majlis berkonsepkan perkelahan telah dihadiri oleh semua orang. Dan tetamu istimewanya tentu sekali penduduk kampung Pinang Sebatang itu. TVB10 pula diberikan hak penyiaran majlis perkahwinan ini 100%. Jadi hanya krew mereka sahaja yang berhak berada di situ.
Walaupun meriah dan dihadiri oleh ramai orang, Alan dan Aina tetap mahukan majlis mereka diberkati. Jadi tiada artis jemputan di jemput untuk menyanyi di majlis mereka, walaupun ramai yang sibuk meng-offer-kan diri sendiri. yang kedengaran hanyalah zikir, nasyid dan selawat ke atas nabi Junjungan sahaja.
Selesai majlis, mereka berdua merehatkan badan di dalam sebuah chalet khas untuk pasangan yang baru kahwin. Hiasannya amat mewah berkonsepkan ala bali. Alan langsung tak ingin berenggan dengan pujaan hatinya itu. cukuplah lapan tahun memisahkan kita. Kini setiap saat ingin dia selalu di sisinya.
Aina tiba-tiba menepuk paha suaminya itu, “ cakap kat along macam mana abang boleh plan semuanya. Mama, papa, arwah tok ayah, mak tok, angah dan adik semua boleh terlibat?” tanya aina di dalam nada yang amat tak berpuas hati.
Sebelum nie dah diluku-luku kepala angah dan adik, suruh mereka ceritakan perkara yang sebenar. Tetapi mereka kata, Abang Alan yang patut ceritakan.
“mana ada abang berpakat dengan diorang semua tuh. Tak de. Tapi diorang yang rela hati menyokong dan menolong abang. Pasal arwah mak tok dan tok ayah pula, abang tak pernah miss bercuti di sini setiap tahun. Dan setiap kali datang ke sini abang selalu berjumpa dengan tok ayah dan mak tok. Lama-kelamaan kami menjadi rapat dan arwah tok ayah menjadi saksi abang peluk islam” terang Alan sambil merangkul bahu isterinya itu.
“angah dan adik pula? Along tengok bukan main rapat lagi?”Aina kekok untuk membiasakan diri dengan panggilan lain untuk ganti namanya. Tak romantik kan. Bahasakan along je. Hahahahha..whateverlah..asalkan bahagia. Sudah.
“kami tak pernah terputus hubungan. Kami sentiasa berhubung sejak kali pertama jumpa lapan tahun dulu. dengan sayang pun sama. Tapi sayang jer yang tak perasana. Maklumlah siapalaa kita ni erk”
“lagi pun abang dah janji nak jadi abang ipar diorang” perlahan sahaja suara Alan. Mengada-ngadalah tu. Spontan Aina menggigit hidung suaminya itu. geram.
“sakitlah yang..ada plak gigit. Kalau kiss tak pelah jugak” adu Alan sambil menggosok hidungnya.
“sayang perasan tak, nama secret admire? Soal Alan sambil memandang tepat ke dalam mata isterinya itu.
“a’aahhh…secret admire selalu ada..frasa kata dia one fine day, u will know who I’m”
“ooopppppss…jangan cakap itu abang?” bulat mata Aina bagaikan mengingatkan sesuatu. Alan terus ketawa berkekeh-kekeh.
“sebenarnya..abanglah tu”
“apa?”melengking suara Aina terkejut.
“jadi malam itu, yang dia dok kutuk-kutuk anak angkat mak tok, wasiat mak tok tu pada tuannya sendiri” memalukan jer. Memang dia dah syak pun. tetapi selalu dia menafikan sendiri. rahsia dah tak jadi rahsia lagi. Tetapi mereka memang pandai menyimpan rahsiakan.
“tapi kenapa 8 tahun?” soal Aina. Itulah juga yang menjadi tanda soal di dalam fikirannya sejak malam bersejarah itu.
“sebab masa kita jumpa Aina baru je berusia 18 tahun, abang pula baru jer 22 tahun. Masih muda lagi dan abang plak baru nak mula femes. Jadi 8 tahun tu cukup untuk abang settle down hidup abang dan seterusnya bersara dari bidang hiburan. Aina pula dan jadi seorang gadis yang matang dah. dah sesuai sangat untuk berumah tangga.”
“abang tak sayang ketinggalan kerjaya abang ketika tengah kemuncak macam ini”
“nak sayangkan apa pula. Abang dah puas dah meniti populariti ni. Bagi kat orang lain pula. Lagipun abang dah dapat anugerah terhebat di dalam hidup abang .dan abang tak perlukan apa-pun lagi.
“lagipun abang dah janji dengan arwah tok ayah dan mak tok. Apabila kita berkahwin abang akan terus berhenti berlakon, jadi model”
“tumpuan abang kini nak hidup bahagia daaaaaaann….”sengaja ditarik perkataan daaannn itu sambil matanya nakal memandang isterinya itu. Aina segera mengerti. Dalam malu – malu dia melingkarkan tangannya di leher suaminya itu.
“dan berusaha menambahkan bilangan umat Muhamad” kemudian terdengar hilaian tawa daripada mereka berdua. Malam yang indah itu pun berlalu dengan seribu kisah yang tersembunyi……tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan