Dia yang kupuja -2



Bab 2.

Aina terus meluku-luku kepala si angah dan adik. Geram hatinya tak terkata. Memalukan betul.
“apa along ni. Sakitlah ngok”
“oooo tahu sakit. Habis tu korang memalukan along. Along tak sakitlah yer” kata Aina geram. Geram dengan kenakalan adiknya itu. memalukan betul. Turun sahamnya.
“nak malukan apa pulak. Abang 1 Malaysia tu nampak ok je. Suka lagi adalah. Along tuh yang perasan malu.” Bidas Angah atau nama penuhnya Aizat Alfi.
“betul cakap angah tu long, adik tengok, abang 1 Malaysia tuh selamba je. Tak de lak dia marah-marah ke” sokong Adik atau nama Aizat Arief.
“memanglah dia selambanya. Tapi dalam hati mesti dok kutuk-kutuk along. Cakap along ni perasan, tak malu dok cakap dia boyfriend along. Macamlah along ni padan dengan dia” kata Aina lagi.
“ehhh….along dengan dia sepadan apa. Along lawa dan cute. Dia pulak hensem dan macho dengan wajah coolnya. Along yang kalut, dia yang cool. Sepadan pe long” puji Angah lagi.
“along tak de duit nak bagi upah kau puji along ni. Nak duit mitak kat mak tok, tak pun tok ayah” usul Aina sambil mencebik bibirnya. Tersengih-sengih angah mendengarnya.
“orang cakap yang betullah. Along marah, orang cakap tak betul pun along marah. Habis tuh apa yang boleh angah cakap kat along?” tanya angah nakal.
“tak yah cakap apa-apa. Malu along ni masih lagi tebal tau. Muka along masih lagi terasa kebas tau. Ntah kat mana along nak letak muka ni kalau terjumpa dengan abang 1 Malaysia tuh lagi” keluh Aina.
“nak letak mana lagi, letak kat mukalah. Dah elok pun letak kat situ. dan cantik dah Allah ciptakan wajah along tuh” balas Angah nakal.
“eh..angah ni betul-betul nak kena dengan along yer. Siap kau” Aina bercekak pinggang. Tak leh buat baik skit. Ada je nak kenakannya.
Angah menjelirkan lidahnya sambil berlari keluar menuju ke tok ayah yang baru pulang dari pasar. Baik pula dia menolong tok ayah dengan membawa barang-barang yang dibeli ke dapur. Aina mencebik bibirnya. Aduh mak. Malunya dia. Kalau terjumpa lagi macam mana? Mana nak sorokkan muka ni. Balik rumah papa nanti, aku nak tanggalkan semua poster Alan yeoh tu. Huhuhu memalukan betul. Patutlah mama asyik dok membebel je,suruh dia tanggalkan poster-poster tersebut. Macam budak-budak. Padahal dia telah pun berumur 18 tahun. Tapi perangai macam budak-budak umur 10 tahun. Taksub sangat dengan lelaki itu.
Lalu dengan langkah longlai Aina melangkah ke dapur. Mencari mak toknya. Untuk menolong apa yang patut. Itulah padahnya mengelat dari menyediakan sarapan pagi. Nak ikut sangat angah dan adik melihat matahari naik. Padahnya dia memang dikenakan cukup-cukup oleh angah dan adik. Kalau sahamnya turut naik tak apalah jugak. Tapi ni, menurunkan saham dirinya je. Tapi siapa suruh terlalu minat sangat dengan lelaki itu kan?
Tapi dah memang dia hensem. Pertama kali melihat dia di dalam iklan shampoo dulu. Terus dia jatuh cinta. Teruja dia mencari-cari maklumat tentang lelaki tersebut. Setiap majalah hiburan yang terpampang gambarnya, semuanya dia ada. Fanatic betul dengan lelaki itu. sampai mama membebel – bebel. Tak baik terlalu meminati lelaki itu. bukannya ada apa-apa kebaikan pun. bukannya dapat menyumbangkan apa-apa pun. membuang masa adalah. Asyik dok berangan kat lelaki itu je. Kalau minat macam tu pada tok guru Nik Aziz tak apalah jugak. Tentunya dok asyik mendengar tazkirah dan ceramah agamanya. Dapat juga pahala pada diri sendiri. tapi minat pada lelaki itu membuang masa je.
“aisyyyy…..isyyyy..budak ni sempat lagi berangan. Tadi dok bergaduh dengan adik. Masuk dapur berangan pulak” tegur mak tok.
“eh..mana ada along berangan mak tok. Tengok mak tok ralit dok siang ikanlah” cover Aina.
“macam laa mak tok tak nampak kamu tengah berangan” sindir mak tok. Tersengih-sengih Aina. Tertangkap oleh mak tok pulak. Aduh malang dirinya hari ini. semuanya menebalkan kulit mukanya.
“dari kamu tertegak kat situ, amik ikan ni, bubuh garam kunyit. Lepas tu siang sayur kangkung ni. Kemudia kupas bawang merah dan bawang putih. Tumbuk cili kering. Hari ini mak tok nak ajar buat kangkung goreng belacan dan masak lemak cili api.” Suruh mak tok.
“alamak, banyaknya orang kena buat mak tok. Susahlah” adu Aina, meminta simpati.
“banyak apa? Kalau mak tok buat, tak sampai setengah jam semuanya boleh siap.”ujar Mak tok.
“tapi kupas bawang ni nanti mata along menangis lak” adu Aina lagi.
“dah namanya bawangkan. Tu laa..dulu tak mahu masuk dapur. Kalau biasa masuk dapur, kupas bawang dua, tiga biji takkan menangis lah” sindir mak tok lagi.
“tapi mak tok, along tak pandailah” dalih Aina lagi. Cuba meminta simpati. Lecehlah buat kerja memasak ni. Sebab itulah dia tak berapa suka memasak. Makan sukalah.
“sebab itulah kena belajar. Mula-mula susah, lepas tuh senanglah. Mama kamu hantar ke sini sebab nak kamu belajar memasak dengan mak tok. Kalau tak sampai nak kahwin tak pandai memasak. Orang perempuan ni, belajar tinggi mana pun mesti pandai memasak, menjahit dan mengemas rumah. Itu perkara asas yang perlu anak dara macam kamu ni tahu.” Ceramah mak tok.
‘dah mula dah…silap aku gak. Ingatkan boleh tawar menawar dengan mak tok ni. Rupanya mak tok lebih tegas dari mama. Dengan mama bolehlah dia main-main lagi. Tapi dengan mak tok, tengok muka serious tu, kecut perut Aina.
“ok..ok..nanti Along buat”ucapnya perlahan sambil menundukkan kepalanya. Mengalah. Kalah dengan pandangan tajam mak tok.
“haa… lagi satu tukar seluar tu dengan kain batik sarong. Mak tok tak berkenan kamu asyik dok pakai seluar je. Bila masa pakai kain batik sarong. Tak pun pakai baju kurung.” Tegur mak tok lagi.
Aina hanya mampu mengangguk sahaja. Sebenarnya sejak dulu lagi mak tok menegur dia supaya jangan pakai seluar ketika kat kampung. Tapi dia je yang degil. Dulu sesekali balik tak sampai seminggu. Jadi tak kisah sangatlah. Tapi sekarang ni, mama hantar dia ke kampung untuk selama 3 bulan. Sementara menanti keputusan SPM keluar. Angah dan adik minggu depan nak balik dah. sebab sekolah akan dibuka minggu depan. Maka tinggallah dia seorang.
Walau macam mana dia memprotes pun mama dan papa tak peduli. Alasannya kat kampung dia akan didik oleh mak tok supaya menjadi seorang gadis yang serba tahu dalam hal menguruskan rumah tangga. Berbakul-bakul jugaklah dia protes di dalam hati. Yerlaa dari seorang yang senang lenang tinggal di bandar yang segala macam ada. Dihumbankan ke kampung yang tak ada apa-apa. Tak ada yang menarik melainkan suara ombak yang menghempas pantai. Pemandangan laut yang seakan membuatkan dirinya terpaku dengan keindahan alam semula jadinya.
Namun dia tetap akur. Kata-kata mama sedikit sebanyak meresap di dalam hatinya. Dia cucu perempuan tunggal di dalam keluarga sebelah mamanya. Menurut mama, dah lama mak tok ingin dia tinggal bersama dengan mereka. Mak tok ingin mencurahkan ilmu – ilmu rumah tangga untuk satu-satu cucu perempuannya yang ada. Walaupun tak tahu bila Aina akan berumahtangga, sekurang-kurangnya dia tahu berpuas hati dapat mengajar satu-satunya cucu perempuan ilmu yang dia ada.
Oleh itu Aina akur. Memang dia akui, dia langsung tak pandai memasak, tak pandai menjahit dan memang dia tak minat langsung. Mama pula sibuk dengan kerja. Begitu juga papa. Hanya hujung minggu sahaja mama memasak untuk mereka sekeluarga. Apatah lagi nak mengajar dia. Jadi ada baiknya juga dia tinggal dengan mak tok dan tok ayah untuk sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran nati. Tak adalah dia terkial-kial hendak memasak bila nak kahwin nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan