Dia yang kupuja -3


Bab 3


Menjadi rutinnya sejak tiba di situ. setiap pagi dan petang dia akan berjalan di persisiran pantai laut china selatan itu. petang ini angin agak kuat bertiup. Namun ia tidak mengganggunya yang berjalan menyusuri pantai itu. di kejauhan kelihatan tiga beradik yang ditemui pagi tadi sedang bermain layanng-layang. Kelihatan gadis kecil itu sedang menghayunkan layang-layang sambil di tarik oleh adiknya yang dipanggil angah itu. si gadis kecil itu menjerit menyuruh si angah lari untuk menaikkan layang-layang tersebut. Kemudian dia bertepuk tangan apabila melihat layang-layang itu mula terbang tinggi.
Dalam tak sedar dia telah menghampiri tempat mereka bermain. dan tanpa disedari oleh gadis kecil itu, dia menghampirinya.
“pandai awak main layang-layang” sapanya.
“mak kau” latah gadis kecil itu. terkejut.
Alan ketawa perlahan. Gelihati dengan latah spontan gadis itu. wajah gadis kecil itu mula memerah. Malu mungkin. Lagi lebar senyumannya.
sorry, tak tahu pula, awak terkejut.”
“mana tak terkejut kalau senyap-senyap datang, pastu tegur orang macam tuh” kata gadis kecil sedikit keras.
“I’m Alan, awak?”ramah dia memperkenalkan diri.
“Aina” jawab Aina ringkas.
“Aina..aina”guman Alan perlahan.
“huruf A jugak pangkal dia yer. More like lovers kan” usik Alan. Merah lagi wajah gadis itu.
“huh..dengarlah sangat cakap budak dua ekor tuh. Bukan boleh pakai pun” beritahu Aina. Cuba menutup malunya.
“laa apa salahnya. I like it. Alan-Aina. Its sound nice kan?” ujar Alan tidak mengendahkan apa yang diucapkan oleh gadis itu.
Aina diam tak terkata apa-apa. Malunya dia. Semuanya gara-gara mulut celapur angah dan adik. Sikit pun tak boleh simpan rahsia. Teruja sangat berjumpa dengan orang popular barangkali.
“abang jom main layang-layang. Tak yah layan along tuh. Tak best main dengan dia” laung Angah. Selamba dia jer.
“siaplah kau nanti ngah. Jaga kau nanti” laung Aina geram.
“boleh gak. Abang pun dah lama tak main layang-layang nie” sambut Alan sambil melangkah menuju kea rah angah yang sedang menarik-narik tali layang-layangnya itu.
Aina memerhati dari tempat dia berdiri. Tak pula dia melangkah untuk menghampiri mereka. Setia dia memerhati dari jauh. Tingkah laku Alan diperhatikan dari jauh. Entah mengapa hatinya berdebar dan darah menyerbu ke wajahnya apabila setiap kali mata mereka beradu dari jauh. Kenapa hatinya terlebih suka apabila dia tidak kekok untuk bermain bersama-sama mereka. Seakan mereka telah lama kenal walhal baru pagi tadi je mereka terserempak dan berkenalan. Itu pun tak rasmi.
Segala-gala tentang lelaki itu Aina tahu. Setiap maklumat yang dibaca di dalalm internet diingatinya. Betapa dia memuja lelaki itu dari jauh. Yerlaa gadis mana yang tak memuja lelaki itukan. Bermula dari seorang model dia mula terkenal sebagai supermodel antarabangsa. Banyak iklan dibintanginya. Dan Aina sangat teruja untuk melihat penampilan pertama Alan di dalam filem. Begitu dia mengagumi lelaki itu.
Tetapi kagum dari jauh jelaa. Bukannya harap sangat bersua muka pun. alaa semua remaja sekarang memang tergila-gilakan lelaki ini. bukan dia je. Jadi tak ketara sangatlah kan. Tapi angah tu je, saja buat gempak. Saja buat dia malu. Tambahan pula si pujaan hati di depan mata sekarang ni.
Penampilan dia di dalam iklan dan sekarang ini memang ketara berbeza. Lagi hensem sekarang ini. pulak tu sempoi je dengan seluar pendek separas lutut dan juga baju T. pulak tu tak kisah melayan kenakalan adik-adiknya. Dalam Aina berangan tanpa disedari mereka bertiga menghampirinya. Dengan lagak selamba Alan mengambil tempat di sisi Aina. Angah dan Adik tersenyum-senyum melihat mereka berdua.
Bagaikan baru tersedar, Aina berpaling ke sisi kirinya. Barulah ida perasan Alan duduk agak rapat dengannya. Segera dia menginjak jauh sedikit. Perasan dengan tingkah laku Aina, Alan tersenyum. Teringat dia dengan apa yang diberitahu oleh angah dan adik tentang kakaknya itu. tak sangka pun, dia salah seorang dari ribuan pengikutnya di dalam Facebook yang aktif. Tak pe..balik nanti dia akan buka fanpage facebooknya.
“long..dahaga airlah” adu adik.
“dah tu pergi lah balik amik” suruh Aina.
“alaaa along laa amik, adik letih. Tak larat nak jalan. Lapar lak nih” pinta Adik dengan muka kasihan sambil memeluk lengan Alongnya.
“jauhlaa busuklah adiknya, dengan berpeluh tu. Ada hati nak meleser ngan along lak” ejek Aina sambil cuba meleraikan pelukan di tangannya.
“eleh long…abang Alan dok dekat-dekat tak delaa busuk plak erk. Lagi wangi lah yer. Tahulaa siapa kami ni” usik Angah sambil buat muka kasihan. Alan telah tersengih-sengih. Aina lagilah merah lagi mukanya.
“haalaaa..dia lagi wangi dari korang yang liat nak mandi nih” bidas Aina. Geram. Terkekeh-kekeh angah dengan adik. Alan tersenyum Cuma. Walaupun dalam hati dia ketawa terguling-guling. Angah ni ada je peluang terus diperli si kakak. Tak bagi peluang langsung. Menyakat orang nombor satu.
“alaa long, along marah lagi lawakan bang” usik adik pula.
“tengok abang alan pun suka tengok along kami yang lawa dan cute ni, lagi cute kalau along boleh ambilkan kami air. Kami dahaga ni, please long. Tak pun, kasihan pada  abang 1 Malaysia terchenta tuh” usik angah lagi. Tak habis-habis.
“sudah lah ngah. Tak habis-habis nak kenakan Along. Along nak baliklah. Malas nak layan korang lagi” terus sahaja Aina berdiri dan melangkah pulang ke rumah mak tok. Walaupun angah dan adik memanggil-manggil namanya, dia buat tak peduli. Terus melangkah.
“along buat gempak je tuh. Cayalah lepas ni mesti dia bawa air ke sini” beritahu Angah.
“yer ke ngah. Nampak macam along marah sangat tuh” balas adik gusar. Manalah tahu along marahkan mereka betul-betul. Susah pulak mereka nanti. Nanti malam ni siapa nak temankan dia tidur. Angah tak leh harap. Pentingkan diri sendiri je. Bukan nak temankan dia tidur. Momokkan dia dengan hantu adalah. Along jugak yang baik.
“angah gerenti along bawakkan kita air. Tunggu kejap lagi. Pasti dia datang” cakap Angah dengan confident.
“abang rasa along kamu marahlah ngah. Kau asyik dok usik dia je” ucap Alan setelah lama mendiamkan diri.
“alaa bang, angah tahulaa sikap along macam mana. Marah-marah dia pun tak sampai hati nak biarkan adik-adik kesayangan dia ni kehausan. Plus pujaan hatinya ada kat sini jugak” jawab angah. Masih lagi confident.
“ye ke?”
“yer betul. Kalau betul apa yang angah cakapkan ni, abang nak kasi apa kat angah” tanya angah sambil menaikkan keningnya sebelah.
“angah nak apa? Kalau boleh abang kasi, abang kasi k”
“hmmm..angah nak jadi adik angkat abang boleh?”
“itu jer? Ingatkan nak apa tadi. Jadi abang ipar pun boleh ngah”
Kedua beradik itu terlompat bangun secara tiba-tiba.
“betul ke ni bang? Along kami yang garang tu, abang alan nak ke?” soal angah untuk kepastian.
“garang? Comel je along kamu tu. Cute. Tak banyak cakap pulak tu” puji Alan.
“tak banyak cakap abang cakap. Sekali dia membebel bang, sehari tak berhenti tau. Dah laa cerewet lebih dari mama. Lebih kurang mak tok je perangai along tu bang. Patutlah mak tok lebih sayangkan dia” beritahu Angah dengan di sokong oleh adik.
“lagipun along muda lagi. Baru je lepas SPM. Lagi satu abang bukan islam. Boleh ke nak kawin dengan along. Mesti maktok, tok ayah, mama dan papa tak kasi” beritahu adik pula.
Tersenyum-senyum Alan dibuata. Sungguh mereka mengambil serius dengan kata-katanya tadi. Bukan sekaranglaa adik-adik oi. Mungkin tujuh tahun lagi ker. Abang ni dah jatuh cinta pandang pertama dengan along kamu tuh” bisik hati kecil alan.
“bukan sekaranglah…suatu hari nanti kot.” Beritahu Alan.
“kalaulah betul bang, kamilah yang paling bertuah dapat abang ipar yang femes macam ni”
“syyyyy..along dah datang, jangan bagitahu dia apa yang abang alan cakapkan tadi erk”
“doakan suatu hari nanti impian korang menjadi kenyataan yer” bisik Alan kepada mereka berdua sambil mengaitkan jari kelinking tanda janji terpatri.
Sedikit tanda tanya menghuni benak Aina. Apatah lagi kelihatan mereka tersengih-sengih melihatnya datang ke situ sambil menatang sejag air kelapa muda dan juga sepinggan French fries.
kan angah dah cakap tadi. Gerenti along tak sampai hati membiarkan adik-adiknya kelaparankan?” diangkat keningnya ke arah Alan. Tersenyum alan melihatnya.
“so giliran abang pula kotakan janji abang. Suatu hari nanti kami akan tuntut tau”
wait and see” ucap Alan sambil mengangkat keningnya juga. Ke dua adik beradik itu tergelak-gelak. Aina melihat mereka. Confused. Conspiracy apa pulak mereka bertiga nih? Macam misi nak kenakan dia je?
“kenapa korang ni?” soal Aina ingin tahu.
“tak ada apa-apa. Tadi kami bet, angah cakap mesti along tak sampai hati melihat kami kelaparan kan. Pasti lepas ni, along akan bawakkan minuman untuk kami. Tapi abang alan dan adik tak percaya. See kan betul cakap angah” ujar angah sambil tersengih-sengih. Alan terangguk-angguk. Begitu juga dengan adik. Rahsia biar pecah diperut di mulut jangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan