Dia yang kupuja - 4


Bab 4

Dua minggu terasa begitu cepat berlalu. Tak sia-sia percutiannya kali ini. perkenalan dengan tiga beradik itu benar-benar membuatkan percutiannya menarik. Sikap angah dan adik yang nakal. Yang tak habis-habis mengusik along mereka membuatkan Alan jatuh sayang dengan mereka. Sikap along yang pemalu kadangkala agresif itu lebih menarik perhatiannya. Seringkali dia mencuri pandang. Wah dah pandai pulak si abang satu Malaysia nie yer. Dulu bukan main lagi cakap tentang hati ini belum lagi bersedia. Sangat sibuk dengan tawaran kerja yang tak putus-putus. Tetapi setelah berkenalan secara tak langsung dengan si gadis kecil ini, hatinya bagaikan telah dibawa lari olehnya.
Dengan sokongan padu angah dan adik tentu sahaja peluang terbuka luas. Tambah pula dia tahu, si gadis kecil itu amat memuja dirinya. biarpun bila dekat bagaikan tak ada apa. Tak kesah langsung dengan hero pujaan ini. tapi tak apa, si hero ni tak kisah. Sebab entah bila si gadis kecil ini telah mengambil peranan sebagai heroin di dalam taman hatinya.
Dia berharap, larian masa yang bakal memisahkan mereka esok. Setelah tamatnya percutian dua minggunya di sini, takkan memisahkan hati mereka. Alan pasti dia akan merindui si gadis kecil itu. dan walaupun tak pasti, tetapi bagaikan terasa ada orang kini sedang merinduinya. Demi masa. Demi kehidupan kita di masa hadapan, Abang Alan takkan ganggu Aina buat masa sekarang, biarlah abang menjadi memuja Aina dari jauh. Moga-moga hati Aina terus setia memuja Abang Satu Malaysia ini. bisik Alan pada malam terakhir di Laman Desa Resort. Esok pagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur meneruskan kerjayanya sebagai seorang model. Banyak tawaran sedang menantinya dan kehidupannya akan diteruskan seperti biasa.
Teringat janji dengan angah dan adik. Mereka akan selalu keep in touch. Tak susah untuk terus berhubung dengan kemajuan teknologi sekarang ini. walaupun selepas ini mungkin mereka takkan bertemu lagi. Dengan adanya Facebook, Yahoo Mesengger  dan kemudahan lain tentunya mereka akan sentiasa berhubung. Pertemuan terakhir petang tadi, Alan dan angah juga adik saling bertukar-tukar alamat email. Tentunya sahaja mereka akan sentiasa berhubung tak kira di mana sahaja. Bila-bila masa terluang. Dan tentunya tidak ketinggalan Alan meminta alamat facebook si gadis kecilnya itu.
“janji tau bang, sentiasa kontek kitaorang kat dalam Facebook tuh. Lagi satu jangan lupa janji abang nak jadi abang ipar kami. Lapan tahun lagi kami tuntut tau. Jangan mungkir janji”Angah mengingatkannya.
Promise”. Tuturnya sambil menggosok-gosokkan kepala dua beradik itu. tak padan dengan umur 10 tahun, angah nampak lebih matang dari usianya.
“pagi esok kami akan balik. Papa dan mama dah sampai semalam.”beritahu Adik.
“abang balik bila?”
“esok jugak. Cuti abang dah habis. Banyak kerja sedang tunggu ni. Lepas ni tak ada masa lagi nak berehat”
“susah jugak jadi orang femes nie erk, ingatkan senang je” kata angah perlahan. Alan tersenyum mendengarnya.
“tak susah angah kalau kita minat. Macam abang ni, memang dari kecil abang minat dengan modeling ni. Bila ada peluang tentu sekali abang takkan lepaskan. Tetapi bidang ni banyak buruk dari baiknya. Kena pandai jaga diri, sentiasa selalu berpijak di bumi. Sebabnya bukan apa tau, banyak kawan-kawan abang bila dah femes terus lupa diri. Terlibat dalam benda-benda tak elok” beritahu Alan.
“macam mana abang boleh cakap melayu dengan fasih erk. Padahal parents abang bukan orang melalu pun” tembak Adik secara tiba-tiba. Sebenarnya dia kagum dengan abang Alan ni. Muka macam mat saleh tapi cakap melayu. Tak de slang plak tuh.
Alan tersenyum sebelum menjawabnya. “mummy abangkan keturunan babanyonya? Tentunya kat rumah kami cakap melayu. Sejak kecil lagi mummy asuh kami adik beradik supaya cakap melayu kat rumah. Daddy abang pun pandai cakap melayu tau. Lagi satu sebab daddy jatuh hati dengan mummy kerana tertarik dengan bahasa Melayu yang mummy gunakan. Abangkan orang Malaysia. Mesti kena pandai cakap bahasa kebangsaankan?”
“betul-betul. Tetapi ada gak artis Melayu tak sedar diri. Asyik speaking jer. Kononnya bahasa Melayu tak de kelas.”komen angah sambil mencebik. Menyampah gak dengan perangai perasan bagus sesetengah artis nih.
“along mana?”soal Alan tiba-tiba. Hari ini tak nampak langsung kalibat gadis itu. Cuma angah dengan adik saja yang datang ke chaletnya.
“kat rumah. Mana lagi. Kan mama baru sampai, dok meleser dengan mama laa..lepas ni tiga bulan baru dia akan jumpa mama lagi” beritahu adik.
“manja kan along tuh. Tak padan dengan tua. Kalah adik tau” sambungnya lagi.
“kenapa pulak lagi 3 bulan baru along jumpa mama?”soal Alan ingin tahu.
“sebab along akan tinggal kat sini dengan mak tok dan tok ayah. Kami je yang ikut mama dan papa balik ke KL” beritahu angah.
“ooooo….along kena temankan mak tok dengan tok ayah kat sinilah yer?”soal Alan lagi inginkan kepastian.
“yer..dan kena belajar macam mana jadi seorang anak dara yang serba boleh dalam menguruskan rumah tangga nanti”
“maksud angah?”
“maknanya kat sini nanti, mak tok akan ajar along memasak, menjahit, mengemas rumah” jawab Adik.
“kenapa? Selama ini along tak pandai masak ke?” soal Alan senyum-senyum.
“pandai makan je bang. Mana along pernah masuk dapur tolong mama masak? Selama ni bibik yang masak. Kemas katil pun bibik. Along Cuma tahu tidur dan makan jer”
“sebab itulah mama hantar along ke sini. Biar mak tok ajar along semua tuh. Kalau kat rumah sana, tentu along tak de kerja lain selain keluar melepak dengan member-member dia. Mama takut along buang masa tak tentu arah. Cepat-cepat je mama hantar ke sini dengan kami.” Sengih angah.
“ooooo macam tu yer. Along suka melepak kat mana biasanya?”soal Alan lagi. Interesting. Banyak benda yang ingin dia tahu mengenai gadis itu. tapi malangnya masa amat terhad. Esok mereka akan terpisah.
“biasanya kat the curve  tu. Tapi tak adalah selalu. Bila member-member dia ajak je. Itu pun weekend jer”
“I see…habis tu along nak ke duduk kat sini sorang-sorang?”
 “nak tak hendak kenalah jugak. Arahan mandatory dari mak tok. Lagipun along kan cucu perempuan tunggal mak tok. Tentunya banyak ilmu yang mak tok nak curahkan along tuh. Rela dalam terpaksalaa bang. Nak buat macam mana. Tue lah sejak mama datang ni along terlebih manja. Hahahhaaha” gelak angah.
Sejam selepas itu angah dan adik meminta diri untuk pulang. Itulah kali terakhir mereka berjumpa. Alan tersedar dari lamunan setelah deringan lagu menerusi telefon bimbitnya berlagu.
“hello…yes”
“flight at 10.30 am. See u tomorrow.”
“Ok”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan