Dia yang kupuja - 5


Bab 5


“Rinduku padaNya ;)
Saja buat gempak sikit. Lepas ni mesti banyak komen masuk nih. Bisiknya sendirian. Seronok melayan facebook  ni. Dari dulu lagi inilah sumber perhubungannya dengan semua kawan-kawan. Dari kawan sekolah rendah sampailah kawan sekolah menengah. Semuanya ada di dalam facebook. Tak pernah terputus hubungan. Si dia pun ada. Walaupun Aina tahu, si dia mungkin telah melupakan dirinya. pertemuan singkat itu, bagaikan perakam video yang berulangkali dimainkan. Dalam diam dia merindu.
Namun dia tetap sedar, dia yang dipuja jauh di tinggi di langit sana. Bagaikan bumi dan langit yang takkan bersatu. Begitu juga dia dan dirinya. walaupun begitu perkembangan semasanya tetap diikuti. Malah dialah peminat setia dari dulu. Tak pernah luak sedikitpun. Biarpun tiada lagi poster besar terpampang di dalam bilik tidurnya. Biarpun tiada lagi reaksi teruja melihat setiap lakonannya. Tetapi dalam hati, dia tetap teruja. Bagaikan hatinya telah dibawa lari oleh dia di dalam pertemuan dua minggu lapan tahun dulu.
Secret admire : I miss u and times when we are together.
Aina tersenyum. Hatinya berbunga menbaca komen secret admire itu. walhal dia tak kenal pun siapa dia. Puas diselongkar tetap tak ada maklumat lengkap pasal secret admire ini. picture profile pun gambar tiga orang kanak-kanak yang sedang berkejaran di tepi pantai. Selain pada tu langsung tak ada klu. Tetapi dia tetap rajin mengomen apabila Aina meng-update-kan status terbaru di profilenya. Puas di tanya siapa dia, jawapannya one fine day, u will know who I am. Itu sajalah jawapan yang diberikan. Lalu Aina malas untuk mendesak lagi. Asalkan dia tidak membuat sesuatu yang boleh memalukan dirinya sudah lah. Asalkan secret admire itu ikhlas berkawan dengannya dia ok je.
Aina hanya membaca sahaja komen tersebut. Tanpa ingin membalasnya. Biarlah dulu. Nanti dia pasti ramai member-membernya yang lain akan turut komen di situ. Status gempaknya. Tersengih Aina sendirian. Lalu leka dia melayan email yang telah seminggu terkurung di dalam inbox email peribadinya. Dan bertalu-talu jugalah email yang masuk memberitahu ada orang telah memberi komen di status terbarunya itu.
Sejam kemudian barulah dibukanya.
Zara: wei kau rindu kat sapa?
Liana : wah diam-diam merindu yer? Siapakah gerangannya? Jangan nak main sorok-sorok dengan aku plak tau.
Katty : di dalam hati dah kuch kuch hota hai ker? Ambil dulu bukan main lagi kerasnya hati. Sekarang siapa lelaki bertuah mengetuk pintu hati Aina Batrisya nie? Ceritalah kat akak.
Nak tergelak terguling-guling pun ada gak dengan keterujaan member-membernya di dalam Facebook ni. Mana ada laa cik kak oi. Tak ada orang nakkan diri ini. eh..eh berpuitis lak hatinya.
Aizat Alfi : long..kau jangan risau. Orang tu pun dok rindukan kat kau jugak. The time will come. Tak lama lagi tu
Aizat Arief : betul tu long, adik sokong angah.
Berkerut dahi Aina membaca komen adik-adiknya. Apahal pulak ni. Siapa yang mereka maksudkan? Lantas tanpa berlengah Aina membalas komen – komen di facebooknya itu.
Aina Batrisya : Secret Admire : yerlaa sangat. :*P Zara : rindu kat kau laa siapa lagi yang aku nk rindu.Liana : hahaha..cari laa kalau jumpa liana. Aku sure kau takkan Sesiapapun hehehe..saja nak buat gempak. Jangan mare key;) Katty : apalaa akak ni, percaya sangat apa yang org tulis. Xde sape
lagilah. Kalu ada orang cakap erk. Takkan nak sorok2 pulak.Angah & adik : apa yang korang merepek nih. Tak de keje ke ker? Kacau je.  Syuuuhhh..gi main jauh-jauh..
            tak lama kemudian ada lagi komen masuk di status Aina.
Zara : bertuahnya aku kau rindu kat aku. I miss u too..
Azhar : u miss me?
Aizat Alfi : hahahahhaaha…macam angah tak tahu long. tak pe one fine day, u will know the truth.
Secret admire : one fine day, will come
Aizat Alfi : I agree with u secret admire.
Katty : ingat betul sat nih… suspence betul lak kau nih. Tapi tak pe akak akan tunggu one fine day yang macam angah cakapkan tuh. Hope tak lama lagilaa yer.:D
Ahh.. malaslaa nak layan. Angah ni menjadi-jadi pulak. Padahal dia Cuma main-main jer. Weekend macam ni boring pula kat rumah. Angah sekarang berada di Perth, melanjutkan pelajaran di sana. Adik pula kat MRSM. Tinggallah dia sorang-sorang kat rumah. Rugi pulak tak ikut mama dan papa ke kenduri kawin anak kawan mama. Tak adalah dia kebosanan macam ni. Tapi kalau ikut pun, buat menyakitkan hati sendiri adalah. Kawan-kawan mama mesti takkan terlepas bertanya soalan cepumas padanya. Apabila dijawab dengan jujur pula, mulalah mereka sibuk ingin memasangkan dengan anak teruna mereka. Kalau ada anak terunalah. Tak pun dengan anak saudara merekalah. Huhuhu. Itulah yang paling menjengkelkan hatinya. Padahal dia baru berusia 25 tahun. Masih muda belia lagi. Baru je kerja. Biarla dia enjoy dulu. kemudian baru fikirkan pasal perkahwinan ini.
Laptop kecilnya ditutup. Lalu direbahkan dirinya di atas katil. Matanya memandang syiling berwarna putih di dalam bilik tidur. Kesepian amat terasa. Dalam keadaan ini, rindu pada dia membuak-buak. Melimpah dari cangkir hatinya. Tanpa sedar air mata mengalir di birai matanya. Sungguh dia rindu. Tetapi bagaimana harus diluahkan. Dia yang kupuja amat tinggi di atas sana. Tak tercapai oleh tangkai rindunya.
Dikerling jam di tepi katilnya itu. hah..dah pukul 12.30 tengahari. Melodi dah start dah ni. Lantas di capai remote di atas meja sisinya. Terus sahaja di on kan. Minggu lepas ada gossip hangat tentang si dia. Kononnya sekarang tengah bercinta dengan Emy Nadia, pelakon seksi yang sedang hangat dipasaran sekarang ini. kononnya mereka berdua dilihat keluar bersama baru –baru ini. tentunya gossip hangat ini menjadi tajuk utama Melodi hari ini. sebab itulah Aina teruja hendak mengetahui kebenaran dari mulut si dia sendiri.
Maka terpakulah mata di kaca televisyen itu. mendengar celoteh Wahid dan Fara Fauzana.sesekali kedengaran sinis mereka menyindir dan berceloteh tentang perkembangan semasa hiburan tanahair. Sehinggalah segmen terjah bersama Mitchelle. Terjah memburu jawapan hangat daripada Alan Yeoh. Pelakon dan juga model kegilaan ramai itu.
“hai Alan”
“hai…betul ke u sedang hangat bercinta dengan Emy Nadia sekarang ni” terus sahaja soalan panas ditanya oleh Mitchelle. Kelihatan dia ketawa mendengar soalan tersebut.
“siapa yang beritahu u ni?”
“ada orang melihat u keluar berduaannya dengan dia. Kalau tak masakan orang katakan tentang gossip ini. so apa komen u?” soal Mitchelle lagi.
“semua itu tak betul. Memang ada I keluar dengan dia. Tapi ramai-ramai. Bukan berdua seperti yang semua perkatakan” jawab Alan tegas.
“yer ker? Mula-mula gossip kemudian lama-lama jadi betul. Tak perlu u cuba sorok-sorokkan. Perkara yang baik, patut diwar-warkan” desak Mitchelle lagi.
Alan Cuma tersenyum mendengar. “nak mengaku apa benda kalau perkara itu memang tak betul. Tetapi memang betul di dalam hati I telah lama ada seseorang yang bertakhta” tulus Alan mengaku. Mitchelle kelihatan terkejut dan teruja.
“siapakah gadis bertuah itu? adakah dikalangan artis juga?”
“tidak. Dia seorang gadis biasa sahaja. One fine day, u’ll will know the truth” jawab Alan sambil matanya memandang kamera. Pandangan itu seolah-olah menusuk ke hati Aina. One fine day, u will know the truth. Ayat itu amat familiar kepadanya. hatinya tiba-tiba berdebar. Kenapa seolah-olah kata-kata itu ditujukan kepada dirinya. ahhhh…perasan sungguh kau ni Aina. Entah-entah dia langsung tak ingatkan dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan