Dia yang kupuja - 6


Bab 6

Alan menutup suis televisyen. Harap-harap dengan penjelasan yang diberikan di dalam Melodi itu dapat menjelaskan gossip hangat yang melanda dirinya ketika ini. harap-harap gadis kecil itu tidak tersalah anggap dengan gossip tersebut. Sebelum ini, memang dia tidak pernah digossipkan dengan sesiapa. Dirinya sejak mula terlihat di dalam bidang hiburan ini, amat bersih dari gossip merapu seperti itu. tetapi entah mengapa kali ini dia boleh terkena. Memang dia mengakui Emy Nadia itu pernah meluahkan perasaan kepadanya. tetapi dia menolak dengan baik. Mana mungkin dia menerima orang lain di hatinya. Sedangkan gadis kecil itu yang dipuja.
Selama lapan tahun dia memendam rasa dan merindu dari jauh. Selama lapan tahun dia boleh bertahan dari godaan – godaan gadis-gadi cantik di sini. Apalah sangat penantian yang masih lagi tinggal sebulan itu. dia tidak sabar lagi untuk bersama gadis kecil yang dipujanya di dalam diam. Tersenyum Alan sendirian.
Tidak lama kemudian Azan Zohor kedengaran dari masjid berhampiran. Tanpa melengahkan masa dia terus mengambil wuduk dan menunaikan solat zohor. Tidak ada siapa pun yang mengetahuinya, telah lima tahun dia memeluk agama suci ini. betapa tidak, lapan tahun lepas, di Laman Desa Resort dia jatuh cinta dua kali. Pertama dengan agama suci ini. dan kedua dengan gadis kecil itu.
Cintanya itu menemukan dia dengan kebahagiaan yang dia cari-cari selama ini. cintanya melorongkan dia ke arah ketenangan jiwa. Ke arah kedamaian hatinya. Sebab itulah dia tidak pernah menerima tawaran iklan untuk mengiklankan arak. Dan selama dia mengenali cintanya juga, dia tidak pernah lagi mengunjungi kelab-kelab malam dan juga pub di waktu luangnya. Masanya banyak dihabiskan untuk memperbanyakkan ilmu di dada mengenai islam.
Dia mahu menjadi seorang pelindung yang terbaik untuk cinta keduanya. Menjadi iman di dalam rumahtangganya. Menjadi tiang yang kukuh untuk rumah yang bakal dibinanya. Semuanya dilakukan kerana cintanya pada Allah. Meresap jauh di dalam setiap aliran darahnya. Kerana itu juga dia boleh bersabar menahan rindu pada gadis kecil itu. kerana rindu yang membara itu mendekat dirinya padaNya. Dia yang kupuja. Ku bersujud padaMu. Bisik hati Alan Yeoh Abdullah.
Usai menunaikan solat zohor, dendangan lagu Maher Zain meminta dia mengangkatnya. Sepintas nama di skin telefon dilihatnya.
“assamualaikum”
“waalaikumussalam abang alan” jawab suara garau yang  ceria dari sebelah sana.
“hai dik, apa khabar? Lama tak call abang” usik Alan
“tak call apanya, adik call asyik-asyik suara perempuan seksi yang jawab” sindir Adik atau nama penuhnya Aizat Arief.
“hahahhahaha..” Alan ketawa riang.
“sorry..sorry..abang sebenarnya shooting kat Phuket Thailand. Sebab itulah nombor ni abang tutup. Semalam baru sampai. Dah kena terjah oleh krew Melodi.”
“adik tengok tak Melodi tadi?”
“tengok….agak-agak along perasan tak frasa yang abang ungkapkan tuh?” aju Adik.
“rasanya tak kot. Along faham jer laa..jiwa kayu skit. Bukannya alert dengan benda ni semua”sambung Adik lagi. Selamba mengutuk kakaknya sendiri.
“amboi dik..bukan main lagi kutuk mak we abang tuh. Kalau tahu dek dia, siap kena sekeh kepala tu” balas Alan sambil ketawa.
“eleh…abang perasan je lebih. Bila masa along jadi mak we abang ni? Entah-entah along dah tak ingat abang kot. Sejak pertemuan dulu tak pernah pun along sebut nama abang. Poster pun dah dibuang” beritahu Adik.
“alaa dik, poster kat dinding bolehlah buang. Tapi di dalam hati mana leh buang begitu je. Saja dia taknak tunjuk tuh sebab korang selalu dok menyakat dia”bela Alan.
Adik ketawa lepas “ tak habis-habis lagi modal abang erk. Yang tu gak abang cakap. Yerlaa bila hati dah sayang. Dah mabuk kepayang. Semuanya betul. Semuanya manis je kan
“tahu tak pe. Tapi ewah-ewah bukan main lagi sekarang. Jiwang-jiwang. Sejak bila? Mesti ada mak we ni”serkap Alan.
Adik ketawa lepas “mana ada. Tapi kan bang adik ada admire sorang awek ni. Cun tau. Body dia memang hot
“hye ingat skit adik budak sekolah lagi. Kawan tak pe, bercinta jangan. Masih ramai lagi gadis hot, sexy yang bakal adik jumpa. Setakat kat MRSM tuh apalah sangat. Tak berkembang langsung” dalam memberi nasihat, Alan menyindir.
“ceh..tahu lah abang selalu jumpa girl yang hot- hot. Tapi tak per.. nanti abang boleh kenalkan kat adik kan”pinta Adik nakal.
“boleh..boleh blah… mama dengan papa siap bagi warning kat abang, jangan dok layan sangat perangai adik ni. Tak ada faedahnya”
“apa lak tak ada faedah. Experience tu bang” ujar adik lalu ketawa berdekah-dekah.
“minggu depan adik balik. Kita jumpa yer bang”
“ok..see u next week. Abang nak keluar ni, ada shooting untuk majalah maskulin”
“ok..”
“take care, jangan lupa study. Jangan dok mengorat jer” nasihat Alan sebelum memutuskan talian.
Tersenyum dia sendirian. Tanpa pengetahuan dia, Alan sering berjumpa dengan angah dan adik. Banyak sungguh perkembangan terbaru tentang si gadis kecilnya, dia perolehi. Tanpa sangka perhubungan lapan tahun lepas terjalin secara rahsia tanpa diketahui olehnya. Alan juga turut rapat dengan mak tok dan tok ayah sebelum mereka kembali ke rahmatullah tiga tahun yang lepas. tok ayahlah yang mengajar dia membaca al-Quran. Menjadi tok gurunya ketika dia mula-mula memeluk islam dulu. bahkan dia telah dianggap sebagai cucu mereka sendiri.
Setiap tahun pasti Alan mengunjungi mereka. Menghabiskan masanya bersantai di Laman Desa Resort itu. suasana nyaman di situ bagaikan sebati dengan dirinya. di situ juga dia mengutip kenangan manis bersama si gadis kecil dan adik-adiknya. Di situ juga dia meluahkan rasa rindu di angin yang bertiup sepoi-sepoi.
Tanpa ingin melayan rindu di hati, Alan terus keluar menuju ke kereta pengurusnya untuk tempat yang dijanjikan. Senyuman dilemparkan, sebelum dia mengambil tempat disebelahnya.
“hepi nampak”
of courselah..bakal adik ipar I telefon tadi. Rindu nak jumpa diorang”
“rindu nak jumpa diorang ke rindu nak jumpa along diorang” sindir Adli kawan baik merangkap pengurus Alan. Alan ketawa lepas.
“tahu je u nih”
next week I akan jumpa adik, kosongkan jadual hari sabtu erk”
“jumpa adik pun jadilah bro..nak jumpa kakaknya kena tunggu lagi” bisik Alan perlahan.
“be patient. Tak lama lagi” nasihat Adli.
but u memang serius ke nak berundur selepas itu” soal Adli lagi. Inginkan kepastian. Ia jua melibatkan masa depannya juga.
“lambat laun pun I akan berundur. Takkan selamanya I berada di dalam industri ini” jawab Alan.
but don’t worry, I dah arranged kan segalanya. Terpulang pada u nak terima atau tidak tawaran I tu. Kalau u still lagi nak jadi pengurus artis. Go on. I takkan paksa u.
Adli mendiamkan diri sambil memandu kereta dengan kelajuan sederhana. Dia masih lagi mempertimbangkan tawaran Alan itu. sayang juga nak tinggalkan bidang ni. Tapi hanya dengan Alan sahaja di serasi. Untuk menguruskan artis lain. Takut banyak kerenah pun. itu belum lagi terkena gossip-gossip panas. Tapi sampai bila dia akan menjadi pengurus artis ni. Ada peluang lain yang lebih baik. Baik diterima sahajakan?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan