Dia yang kupuja - 7


 Bab 7


“Along…lepas makan nanti ada benda yang mama dan papa nak sampaikan kat Along” Puan Faridah memecah kesunyian di meja makan itu. Aina mengangkat wajahnya dan memandang wajah mama dengan penuh tanda tanya.
“apa dia mama? Kat sini tak boleh cakap ker?”tanya Aina perlahan.
“lepas makan nanti lagi. Baru mama cakap. Tengah makan ni tak elok banyak cakap”dalih Puan Faridah sambil menjeling suaminya yang sedang ralit menyuap makanan.
Terasa di perhatikan, Encik Aizat Zulkarnain berpaling memandang isterinya itu. dan bersuara.
“betul cakap mama tu long. lagipun dah lama kita tak berbual-bualkan. Nama je duduk serumah tetapi jarang sangat berbual. Masing-masing sibuk. Papa rindu dengan kemeriahan rumah kita ni dulu. agaknya bilalah papa dengar suara kanak-kanak kat dalam rumah ini lagi yer” ujar papa.
Lagilah Aina berkerut dahinya. Lain macam je kata-kata papa ni. Ada apa-apa yang tak kenal ker. Dipandang pula wajah mama. Sebuah senyuman terlukis di wajahnya. Tanpa mahu melanjutkan perbualan, mereka makan di dalam keadaan senyap.
Selesai makan, Aina menolong bibik membancuh seteko teh panas untuk diminum ketika menonton televisyen. Di bawa ke ruang menonton dengan sepiring buah epal hijau dan juga tembikai yang siap dipotong. Tingkah lakunya langsung tidak menunjukkan dia kekok berada di dapur. Hasil asuhan dan didikan arwah mak tok lapan tahun dulu, Aina kini bukan lagi gadis yang tak tahu melakukan kerja rumah. Malah kini dia lebih cekap dan lebih pandai memasak berbanding mamanya. Pakaiannya juga banyak yang dijahit sendiri. Cakap sahaja apa jenis fesyen yang dikehendaki, tak kiralah sama ada moden atau tradisional, Aina mampu menjahitnya.
Dalam diam dia amat berterima kasih kepada mama. Jika bukan kerana mama bertegas supaya dia menghabiskan masa selama 3 bulan di kampong, tentu sahaja dia takkan pandai seperti sekarang ni. Tentunya dia seperti gadis Bandar lain tidak berapa pandai dalam soal pengurusan rumah tangga. Dari kerana paksaan juga, akhirnya timbul minat dia untuk terus mempraktikkan setiap resepi yang diturunkan. Dari situ juga, Aina membuat keputusan untuk mengikuti kelas jahitan secara sambilan. Hasilnya, barulah dia tahu dia sebenarnya mempunyai bakat yang terpendam. Dia kreatif dalam merek fesyen pakaian.
Sambil bersantai dan menonton tv, Aina masih lagi tertanya-tanya perkara apa yang ingin diberitahu oleh mama. Namun masa terasa lambat berlalu. Rasanya dah lama sangat dia menunggu mama membuka mulut. Tetapi selamba sahaja mama menonton tv. Aina tak boleh bersabar lagi. lantas cepat jer dia membuka mulut ingin bertanya.
“mama…”
“Along” serentak pula mereka membuka mulut.
“hmmm ada apa? Tanya mama.
“errrr…apa benda yang mama nak beritahu along ni? Dari tadi lagi along tunggu” Tanya along tak sabar-sabar.
“issshhh..anak dara papa ni kena belajar bersabar. Tak boleh nak terburu-buru macam ni. Nanti suami tak suka” tegur papa.
“suami? Pak we pun tak de lagi, apatah lagi suami. Papa ni,…”muncung je mulut Aina mendengar teguran papa. Papa dan mama saling membalas senyuman.
“tak ada pak we pun, kalau ada orang masuk meminang kira jadilah yer” ujar papa.  Berkerut dahi Aina mendengarnya.
“apa ni pa? mama dan papa nak cakap apa nie? Tak faham Along” desak Aina lagi.
Papa memberi isyarat mata kepada mama supaya berterus terang saja. Tak perlu terus menduga hati anak dara mereka itu.
“isyyy..anak mama ni dah besar. Patut dah jadi mama orang dah” mama memulakan bicaranya. Berdebar-debar Aina mendengarnya. Rasanya dia tahu arah tuju perbualan ini. Tentunya ada orang telah datang merisiknya. Bisik hati kecilnya.
“Along…ini sebenarnya wasiat mak tok dan tok ayah…”mama terhenti seketika menarik nafas sebelum menyambung kembali.
“sebelum mereka meninggal, mereka berpesan supaya menjodohkan Along dengan anak angkat mereka.”
“anak angkat? Bila pula mak tok amik anak angkat? Along tak tahu pun” berkerut dahinya.
“lima tahun lepas. Mungkin mak tok lupa nak beritahu kot. Mama dan papa pun masa mak tok tengah dok sakit-sakit. Anak angkat mak tok lah yang banyak membantu menjaga mak tok sebelum mama balik menjaga dia” terang mama. Aina diam saja. Dia tahu mama adalah anak tunggal mak tok dan tok ayah. Jadi selama ini dia memang tahu dia tidak ada bapa atau mak saudara sebelah mamanya. Dan mala mini, kisah mak tok ada anak angkat, benar-benar mengejutkannya.
“habis tu apa kaitannya dengan Along?”
“mak tok wasiatkan selepas Along mencapai umur 25 tahun, mak tok menyuruh mama dan papa mengahwinkan along dengan anak angkatnya yang bernama Muhamad itu” perlahan sahaja suara mama menyampaikannya.
Terkejut sungguh Aina mendengar. Mana mungkin dia berkahwin dengan anak angkat mak tok. Kiranya itu bapa saudara dialah.
“apa mama? Kahwin? Dengan orang tua? Anak angkat mak tok, maknanya adik angkat mama, maknanya lagi bapa saudara along?”
“along tak nak.”tempik Aina. Terus sahaja dia bangun. Tak ingin lagi mendengar apa yang mahu mama cakapkan lagi.
“along duduk dulu, kami tak habis cakap Lagi ni” tegur papa pula.
“tak nak, along tak nak dengar. Dan along tak nak kawin dengan orang tua. Tak kiralah wasiat mak tok ke tok ayah ke. Along tak nak” jerit Aina sambil menangis.
“tak semestinya anak angkat mak tok tu orang tua. Mana along tahu? Jumpa pun tak lagi, terus along buat penilaian anak angkat mak tok tuh orang tua”
“tak pernah berubah-ubah perangai terburu-buru tu. Ingat bila dah kerja dan berumur 25 tahun ni, along dah belajar bersabar. Menimbangkan dulu sesuatu perkara itu sebelum menilainya”terus sahaja papa memberi ceramah yang lebih berupa teguran itu.
  Meleleh air mata Aina di pipi. Dia tidak jadi naik ke biliknya di tingkat atas. Lalu dipeluk mama sambil menangis teresak-esak.
“mama..please..along tak nak kahwin lagi. Along tak suka dijodohkan dengan orang yang Aina tak kenal. Please mama, biarlah along cari jodoh along sendiri.”rayu Aina di dalam pelukan mamanya. Tanpa dia menyedari, mama dan papa bermain mata. Tersenyum-senyum dengan telatah anak sulungnya itu. nama je dah besar panjang. Tapi manjanya lebih daripada adiknya yang bongsu.
“tak boleh long, tentang wasiat ni tak boleh dibuat main-main. Setiap wasiat patut ditunaikan oleh mereka yang masih hidup ni. Nanti kasihan kat mak tok di sana. Tak tercapai hasrat terakhirnya itu.
“mama rasa Along patut cuba terima dia. Rasanya mak tok dah lakukan yang terbaik dengan mewasiatkan Along berkahwin dengan Muhamad. Tentunya mak tok hendak seorang lelaki yang terbaik untuk menjaga cucu perempuan kesayangannya ini”
“lagipun menurut wasiat mak tok lagi, Along perlu berkahwin dengan Muhamad selepas tiga bulan hari jadi along yang ke 25 tahun. Maknanya tinggal lagi 2 bulan.”
“mana boleh. Cepat sangat. Along tak bersedia lagi ma” balas Aina dalam tangisannya.
“tak bersedia apanya, kursus kahwin along dah amik masa study kat UM dulukan? Lagipun Muhamad cakap semuanya dia telah sediakan. Along tak perlu susah payah. Cuma perlu ukuran baju sahaja. Ataupun Along nak buat sendiri baju nikah pun, boleh. Muhamad cakap dia tak kisah”
“apa ni mama, sukati dia je buat keputusan. Mama tak patut biarkan dia buat sesuka hati dia” marah Aina.
“nak buat macam mana. Dah mak tok yang suruh dia uruskan semuanya. Mama dan papa terpaksa akur je laa” ujar papa pula. Sambil berbalas senyuman dengan mama.
Aina tetap tidak berpuas hati dengan papa dan mama. Sesuka hati mereka je menyerahkan semuanya ke tangan Muhamad. Padahal dia satu-satunya anak perempuan yang mereka ada. Takkan mereka tak teruja untuk menguruskan majlis perkahwinan satu-satunya anak gadis mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan