Dia yang kupuja - 8


Bab 8

Malam itu Aina tidak dapat melelapkan matanya. Perbualan dengan mama dan papa sedikit sebanyak telah mengambil nikmat tidurnya. Hatinya gundah gulana. Tak percaya, betapa senangnya mama hendak melepaskan dia ke tangan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Biarpun lelaki itu anak angkat mak tok, tak sepatutnya dia dijadikan jambatan untuk mengeratkan lagi hubungan angkat itu. tak patut betul. Kenapalah mak tok dan tok ayah meninggalkan dilemma ini padanya. Padahal mak tok dan tok ayah sangat sayang pada dia. Tetapi rupanya dia silap. Mak tok dan tok ayah lebih sayangkan anak angkat mereka. Sebab itulah tak pasal-pasal dia menjadi calon menantu anak angkat mereka.

Aina gelisah. Dikalihkan badannya kiri dan kanan. Puas dia berzikir. Puas dia mengulang baca 3 qul, tetapi matanya tetap tidak mahu lena. Macam mana nak lena kalau fikiran berfikir mengalahkan perdana menteri memikirkan masalah Negara je. Bukan masalah berat pun. Tapi apabila berkaitan dengan hati dan perasan ,tentu sahaja menjadi masalah besar kepada Aina. Apatah lagi hatinya sekian lama dihuni oleh seseorang. Namun apa dayakan, andai hatinya sahaja yang merindu, orang yang dirindui entah, ingat entah tidak pada dirinya.

Lagi-lagi dia mengeluh. Untuk sekian kalinya dipandang jam di sisinya, pukul satu pagi. Patutnya masa ni, dia dah di alam mimpi bertemu pujaan hatinya. namun apakah daya, mata tak mahu lena, fikiran asyik berfikir dan terus berfikir tentang perkara yang diberitahu oleh mama dan papa tadi. Sampai hilang rasa letih dan mengantuknya.

Ingin dicurahkan rasa hati. Lalu Aina menghidupkan laptop dan terus meng-update-kan status terkininya di facebook.

Dalam terpaksa kumerelakan segalanya..selamat tinggal sayang..selamat tinggal pujaan. Bukan ku pinta, jadi beginiL

Tak sampai seminit, tiba-tiba sahaja secret admire menegurnya

Secret admire : what happen dear, dalam maksud kat status tu. Sedihnya bunyi

Aina batrisya : memang tengah sedih ni huawaaa..huawaa L

Secret admire : kenapa? Ceritalah mana tahu I boleh tolong u

Aina batrisya : tak ada siapa yang boleh tolong. Sampai hati mak tok buat I begini.

Secret admire : apa sebenarnya ni, apa yang mak tok u buat pada u?

Aina batrisya : mak tok tinggalkan wasiat supaya I kahwin dengan anak angkatnya. Tiba-tiba je timbul anak angkat. Padahal sebelum ini, I tak tahu pulak mama ada adik angkat. Dan mama pun tak tahu dia ada adik angkat selama ini.beberapa bulan sebelum mak tok meninggal baru mama tahu.

Aina batrisya : pulak tu mama dan papa sikit pun tak membantah wasiat tersebut. Memang diorang tak sayangkan i. lagi I geramnya boleh je mama biarkan lelaki tu yang uruskan semuanya. Padahal anak perempuan dia ni yang nak kawin. Tak patut mama dan papa lepas tangan macam tu jer

Secret admire : mungkin mereka pun tak suka u dijodohkan dengan anak angkat mak tok u kot. Sebab itulah mereka tak nak masuk campur.

Aina batrisya : tak suka? Tak macam orang tak suka pun. Macam suka je mereka. Macam tak ada apa yang perlu dirisaukan. Padahal mereka patut cari jalan supaya I tak payah kawin dengan lelaki tu.

Secret admire: lelaki tua? Maksud u anak angkat mak tok u tu dah tua lah. U dah pernah jumpa dia ker?

Aina batrisya: jumpa tu tak pernahlah. I agak je. Yerlaa kalau anak angkat kira macam dah tualaa. Sebab jadi adik angkat mama. Maknanya pak cik I lah. Bukan ke macam tua. Tapi tak sedar diri. Ada hati nak kawin dengan gadis muda macam I nih

Secret admire : tak baik u prejudis macam tuh. U tak jumpa dia lagi, u dah kata dia macam-macam. Patutnya u jumpa dia dulu. Kemudian baru buat penilaian. Manalah tahukan, sekali u jumpa dia terus u jatuh cinta. Mana tau kan?

Aina batrisya : beranganlah nak jumpa. Jangan harap. Dah nak sangat kawin. Nanti masa akad nikah nanti baru jumpa

secret admire : uish dasyat u ni. Sanggup ke u hidup dengan orang yang u tak suka seumur hidup u?

Aina batrisya : nak buat macam mana, dah nasib I macam ni. Terpaksalah terima. L. Mama dan papa pulak buat tak tahu je.

Secret admire : patutnya u kena jumpa dia dulu. Cakap elok-elok dengan dia. Manalah tahu dia boleh consider lagi ker.

Aina batrisya : dia nak consider. Jangan harap ler. Mama cakap dia dah buat semua persediaan untuk kahwin nanti. Lagi 2 bulan I akan kahwin. Semua persiapan hampir selesai. Takkanlah dia nak consider lagi.

Secret admire : tak patut dia buat u macam tu. Patutnya dia jumpa u dulu. Sama-sama bincang. Tak pun Tanya u dari hati ke hati sudi tak u hidup bersama dengannya kan

Aina batrisya : betul apa yang u cakapkan tu. Dah dasar orang tua kemaruk nak kahwin kot. Macam tulah jadinya. Mama dan papa pulak, tak tahu lah dia bagi makan ubat guna-guna ker apa, menurut je.

Secret admire : tak baik u cakap macam tu. Manalah tahu dia betul-betul cintakan u. u je yang tak tahu. Ke u ada sukakan orang lain.

Aina batrisya : hmmmm..ada seseorang di dalam hati i. tapi I tahu I tak mungkin bersama dengannya.

Secret admire : siapa? Cakaplah. I kenal ke?

Aina batrisya : kalau I cakapkan mesti u gelakkan I kan. Yerlaa lelaki itu pujaan satu Malaysia ni. Manalah dia nak pandang I tak berapa lawa nih

Secret admire : u ni kelakarlah. Ada pulak cakap macam tuh. Lawa dan comel pe I tengok pict u kat dalam FB nih.

Aina batrisya : lawa ker? Kembang sat hidung ini, pagi-pagi buta orang puji. Hahahhaa…

Secret admire : cakaplah siapa?

Aina batrisya : janji u jangan gelak tau. Nanti dia cakap I ni perasan terlebih lak.

Secret admire : promise.

Aina Batrisya : Alan Yeoh.

Secret Admire : memang pujaan ramai tuh. Sesiapa pun boleh jatuh cinta dengan dia. Hensem, popular lak tuh. I yang lelaki ni pun boleh suka tengok dia

Aina batrisya : mesti u sekarang tengah ketawakan I kan? Ada hati nak kat orang popular macam tuh. Tak sedar dirikan.

Secret admire : aik.. itu u yang cakap. I tak cakap apa-apa pun. Gelak pun tak. Tapi suka kat u adalah.

Secret admire : suka tengok pict u. comel dan manis. Sejuk mata memandang. Bertuah sesiapa yang jadi suami u nanti.

Aina batrisya : boleh ke nilai seseorang itu melalui gambarnya sahaja. kadangkala indah khabar dari rupa je

Secret admire : tapi u I rasa tak, indah khabar. Lagi indah rupanya. Cantik luar dan dalam.

Aina batrisya : u ni dah melebih-lebih merepek ni. Kita pernah jumpa ker? Siapa u sebenarnya?

Secret admire : one fine day, u akan tahu jugak my dear.

Aina batrisya : u tak patut tau, lagi-lagi one fine day. Kenapa tidak one fine day tu hari ini? L

Secret admire : sebab..hari ini dah pukul 4 pagi. I mengantuk dah sayang. Lambat laun u akan kenal jugak i. Cuma u perlu bersabar.

Aina batrisya : lambat laun tu tak lama lagi, lepas 2 bulan I akan jadi milik orang. Masa tu dah terlambatlah.

Secret admire : nak buat macam aman bukan jodoh kita nak kenallah tu maknanya.

Aina batrisya : amboi..senangnya u cakap. U kenal I boleh. Tapi I nak kena u tak boleh pulak!!

Secret admire. Jangan marah-marah pagi- pagi ni yang. Rezeki tak masuk nanti. Jangan risau..u kahwin @ tidak. U akan kenal jugak i. :D

Secret admire : ok dear..gud nite…


        Tanpa sempat Aina membalas, secret admire telah pun log out. Aina mendengus geram. Geram dengan sikap secret admire itu. geram dengan sikap mama dan papa pun satu hal jugak. Tetapi matanya kian kelat. Mengantuk telah datang. Akhirnya tanpa disedari dia tertidur dihadapan laptopnya yang masih terpasang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan