Dia yang kupuja-9


Bab 9.

Alan terus tersenyum-senyum walaupun laptop telah pun ditutup. Betul sangkaannya, gadis kecil itu setia memujanya dari jauh dan dalam diam. Sabarlah sayang, tak lama lagi, kita akan bersama selamanya.
Lalu tanpa ingin membuang masa, Alan berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solata tahajud. Begitulah rutin malamnya jika dia tidak ada apa-apa shooting pada waktu malam. Masanya banyak dihabiskan dengan kekasihNya.
“alamak…dah lambat..dah terlewat dah ni…eeeeiii bibik ni pun satu, tak reti-reti nak kejutkan aku ker bangun” kalut Aina sambil membebel marah-marah entah ditujukan pada siapa. Pagi tu dia betul-betul terlambat bangun. Memang subuh gajah sungguh. Itulah padahnya melayan perasaan sangat semalam. Haaa pagi ni, diri sendiri jugak yang susah.
Cepat-cepat je dia bersiap dan terus keluar untuk pergi kerja. “bibik kenapa tak kejutkan Along?” jerkah Aina pada bibik yang sedang mengemas-ngemas di ruang tamu.
“looorr.. ingatkan along dah bangun tadi, kot-kot saja mahu pergi kerja lambat” balas bibik jujur. Lagi pun selama ini, Aina bangun sendiri tak perlu dikejutkan lagi.
“lainkali kalau pukul 7 along tak turun lagi, bibik kena ketuk pintu bilik along, faham” kasar je Aina memberi arahan. Dah hatinya tak keruan, semua orang menjadi mangsa.
Terangguk-angguk bibik mendengar. Cuaca elok je, tapi kenapa pagi-pagi ni ada ribut pulak. Rungut hati bibik. Sabar je laa…bukan tak biasa dengan perangai kalut Along tuh.
9.30 pagi barulah Aina sampai di pejabat. Merahlah punch card dia hari ini. nasib baik hari ni tak ada meeting, tak ada nak jumpa client. Kalau tak memang cari penyakit sungguh. Ahhhhh kenapalah serabut sangat kepala hotak ni. Geramnya…tapi nak marahkan siapa? Terkumat-kumit Aina membebel pada dirinya sendiri.
“hai..cik adik manis..lambat datang hari ni, buat abang tertunggu –tunggu je” tegur jiran sebelah partitionnya.
“blah kau, tak de keje ker selain kacau aku pagi-pagi ni”kuat suara Aina menegur. Terkejut Azhar, kawan sebelahnya itu.
“oit kau datang bulan ke ni, tiba-tiba mengamuk?”soal azhar tidak puas hati. Dia tegur elok-elok kena tengking plak. Terkejut jugak, padahal selama gadis ini kerja di sini, tak pernah pun bersikap macam ini. lemah lembut je.
“oooopppppss…sori-sori..aku bukan sengaja nak marahkan kau. Tapi kepala aku tengah berserabutlah sekarang ni” pohon Aina. Sedar dengan ketelanjuran sikapnya tadi. Tak pasal-pasal orang lain yang tak bersalah terkena angina putting beliungnya. Tadi bibik dan ni azhar pulak.
wanna to share, aku sedia mendengarnya”lembut saja Azhar menawarkan telinganya untuk mendengar keluh kesah pujaannya didalam diam. Sejak hari pertama gadis ini bekerja di sini, dialah orang pertama yang sentiasa mahu menolong gadis itu.
Senyuman dihulurkan. Orang mengambil berat tentang dirinya. takkan buat tak pedulik plak. Nanti orang kata hati kering pulak kan.
“it ok…tak pelaa..bukan masalah besar pun. aku jer yang fikir lebih-lebih” balas Aina perlahan. Azhar bukan orang yang sesuai untuk dijadikan tempat meluah perasaan. Nanti lain pulak jadinya andai dia tahu perkara sebenar. Bukan Aina tak tahu lelaki ini ada hati dengan dia. Tapi saja dia buat bodoh je. Hatinya pada orang lain. Tapi kena kahwin dengan orang lain plak. Alahai nasib aku laaa..tanpa sedar Aina mengeluh pula.
“aik..tadi kata ok..nie kau mengeluh plak. Kenapa? Cerita skit kat aku. risau lak aku tengok buah hati aku ni susah hati. Tak pernah pun lihat kau kusut macam ni”
“kau nak tolong aku erk?”tanya Aina sambil memandang lelaki di sebelah. Memang mamat yang jenis tak reti bahasa. Sekali aku cakap taka pa, lagi dia mahu tanya.
“tolong senyap, tolong jangan ganggu aku, tolong jangan amik berat tentang aku. tolong berikan aku ruang untuk aku buat kerja aku ni, tengah hari ni Encik Naim nak report. Please” dengan satu nafas Aina meluahkan perasaannya. Terkedu Azhar mendengarnya. Tanpa kata, dia terus memusingkan kerusinya mengadap mejanya kembali dan terus membuat kerjanya.
Mungkin terasa kot, dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Aina yang agak kasar bunyinya. Rakan kerja yang lain berpandangan antara satu sama lain. Mungkin mereka tak sangka, gadis yang comel, yang selalu ceria menjadi seorang yang hangin pagi isnin ini tanpa sebarang sebab. Jadi masing-masing mendiamkan diri dan buat tak tahu je. Biarlah ada benda yang tak kenalah tu. Fikir mereka.
Aina cuba sedaya upaya untuk menumpukan perhatian pada kerjanya. Berkali-kali dia cuba menenangkan diri. Tetapi perbualan semalam masih lagi terngia-ngia. Tetapi hati tetap rusuh. Nak mengadu? Pada siapa? Angah yang jauh tuh? Lagilah tak leh pakai cakap dia. Lagi-lagi dia terkena adalah. Aaahhh…
“Aina…kau dah baca email tak?’” tiba-tiba Zihan bertanya.
“kenapa?”
            “ada info tentang annual dinner company, baik kau baca cepat-cepat. Mesti kau suka” beritahu Zihan lagi.
            “suka, kenapa lak? Apa dia… cakaplah..malaslaa nak bukak” sungut Aina.
 “bukan suh pergi jalan pun nak bukak email tuh. Malas tak yah tahu, tak yah bukan. Nanti kalau menyesal, jangan cakap aku tak bagitahu awal-awal tau”balas Zihan dan berlalu dari situ.
Aina mendengus. Saja nak buat aku curious laa tuh. Geram.. geramm..hari ini semua orang aku rasa geram..rasa nak makan jerr..ehhhh…boleh ke nak makan orang.. best sangat ker. Jadi dengan lagak malas, perlahan jer Aina klik browser untuk membuka akaun email syarikatnya. Kemudian dia terus log in dan terus mencari email yang mengenai annual dinner tersebut.
Subject : Annual Dinner Company 2010

the above referred to, the company's annual dinner will be held as the information below:

date: May 15, 2010
time: 8.30 pm
where: hilton hotel.
theme weddings.
guest artists: Alan Yeoh, Ziana Zain,

all employees are required to attend. tq

bulat dan bersinar mata Aina membacanya. Terutama sekali di bahagian artis jemputan itu, Alan Yeoh. Akhirnya setelah lapan tahun berlalu dia akan berjumpa face to face dengan lelaki itu.
“Zihannnnnn” laung Aina tiba-tiba…
“TQ..ni rasa nak peluk kau nih” spontan Aina mengucapkannya.
“oit slow skit suara kau tuh. Nak bagi semua orang dengar ker? Tak pasal-pasal orang cakap kita ni Lesbian” rungut Zihan. Terover excited lah Aina nih. Tau laa salah seorang artis jemputan tu, artis pujaannya. Tapi janganlah over sangat. Menyesal plak dia memberitahu Aina awal-awal. Dia tahu sendiri pasal email tuh lagi baik.
Senyuman Aina sampai ke telinga sejak dia membaca email itu. tiada lagi muncung yang menghiasi bibirnya sejak pagi tahu. Hatinya telah berbunga setaman. Dah lama dia menantikan saat-saat ini. untuk kali terakhir sebelum dia berkahwin, biarlah dia menatap puas – puas wajah lelaki pujaannya. Selepas ini, takkan ada peluang lagi. Tak tahu apa nasibnya selepas ini. bahagia atau derita.
Maka dengan tidak sabar-sabar lagi dia terus menghantar email kepada angah yang jauh di benua Australia itu. biarlah angah nak kata apa, nak menyindir ker apa. Dia tak kisah. Impiannya yang satu itu bakal tercapai tak lama lagi. Jadi dia tak ralat sangat selepas ini. akan tenang hidupnya nanti.
Froma : Aina_cute18@gmail.com
Subject : Along hepi sgt2 nih
Salam angah..
Mesti kau tengah tido lagi time nih kan. Tapi tak kisahlah bila kau nak baca email along ni, along dah tak sabar-sabar nak cakap kat kau. Lagi 2 minggu along akan jupa abang satu Malaysia kau tuh. Company along buat annual dinner jemput dia sebagai artis jemputan. Hepi giler nih. Lagi 2 minggu tak sabar rasanya along nak tunggu malam tuh. Sebab lepas ni, belum tentu along akan berpeluang puja dia lagi dah.
Kau tahu ngah, mak tok dan tok ayah tinggalkan wasiat suh along kahwin dengan anak angkat diorag mean bapak sedara kite. Ada ke patut. Plak tuh mama dan papa tak kisah je, ikut jer wasiat tuh. Siap cakap lagi wasiat orang meninggal kena wajib dilaksanakan. Lagi hangin along ngah, diorang serah 100% persiapan perkahwinan along kat lelaki tua tuh. Tak patut sungguh kan. Macamlaa along ni bukan anak diorang. Sedih along ngah..kau tak kesiankan along/…
Saje along nak luahkan perasan kat kau, tapi kau jangan risau. Dalam tak relapun along akan terima perkahwinan ini. satu je harapan along, agar pada hari perkahwinan along nanti kau dapat balik. Lagipun dah lama kau tak balik kan ngah. Rindu sangat kat ko. Sunyi along kau tak de. Adik la x reti-reti nak balik rumah. Tahulaa di kat asrama. Tp takkan x leeh balik sesekali kan.
Oklah ngah..dah panjang sangat along tulis ni. Bestnya ngah along dapat jumpa abang 1 malaysia tuh lagi…along tipu ko jerr kononnnya along dah x minat dia lagi…minat…tapi dalam hati je…along rindukan kenangan kita 8 tahun lalu.
p/s: miss u a lot…. Cpt blk….
Chowwwww….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan