p/s : shima repost semula km setelah diedit.. hope terhibur ya...
Bab
Satu
Tiga tahun sebelumnya…….
Aisyah
memandang kereta yang singgah dan pergi dari stesyen Minyak shell ini. Malam
ini seperti malam minggu yang lain sentiasa sibuk bagaikan di siang hari.
Kereta ataupun motosikal datang dan pergi. Kadang kala lori ataupun trelar juga
turut menyinggah sama mengisi minyak. Malam ini dia bekerja di dalam shift petang yang bermula dari jam empat
petang sehinggalah dua belas tengah malam. Sudah hampir sebulan dia bekerja di
sini setelah berakhirnya peperiksaan SPM. Daripada hanya melepak di rumah tanpa
melakukan apa-apa baiklah dia bekerja, boleh juga dia mengumpulkan duit
tambahan untuk melanjutkan pelajaran nanti. Di samping itu dia juga dapat
memperolehi dia memperolehi pengalaman kerja yang berharga. Biarpun orang cakap,
apalah sangat kerja kat stesyen minyak ni kan, bukannya mencabar pun.
Namun begitu
lain pula pemikirannya. Di sini dia mulai mengenal warna kehidupan yang
sebenar. Di sini dia boleh melihat dan menyaksikan pelbagai gelagat dan karenah
orang-orang yang singgah mengisi minyak di sini. Ada yang tergesa-gesa, ada
yang berlenggang lengguk dan ada juga yang kalut. Malam ini tidaklah sesunyi
dan tidaklah sibuk mana. Sebab itulah dia masih sempat berangan dan menantikan prince charmingnya. Terbayang orang yang
digelar prince charming itu, automatik
bibirnya mengukir senyuman angau. Pastinya sebentar lagi dia akan singgah
mengisi minyak di sini. Setiap malam minggu begitulah rutin pemilik MBW sport
itu. Dan beberapa minit selepas itu dia akan mengaum pergi membelah gelap
malam.
Tepat seperti
apa yang dijangkakannya, sebuah BMW sport warna hitam berhenti tepat pada salah
sebuah pam minyak. Dengan langkah bergaya berseluar jeans hitam dan berbaju
biru berbelang hitam, dia kelihatan amat menarik dan handsome di matanya. Ralit dia memerhati lelaki itu dari kaunter
pembayaran. Persis model, eh macam bidadara pun ada. Hahahhaa..entah wujud ke
tak bidadara ni, aku memang telah melalutlah. Ada pula menyamakan seorang
manusia yang entah islam entah tidak dengan apa-apa yang bernama bidadara ni,
kalau bidadari memanglah pasti kewujudannya untuk menemani para-para ahli
syurga nanti.
Dalam tak
sedar seseorang menghampiri kaunter pembayaran “ miss, RM60”
Aisyah
terkejut “ hah?”
“RM60”
beritahunya lagi. Aisyah mula kalut apabila tidak terjangka, si prince charmingnya berada di depan mata.
Adakah malam ini, malam bertuahnya kerana semenjak dia menjadi pengintai setia,
inilah kali pertama mereka bertentang mata pada jarak yang dekat, apatah lagi
mendengar suaranya. Dalam kekalutan, Aisyah mengawal dirinya agar tidak
ternampak janggal di mata idaman hati.
“dah”
beritahu Aisyah. Sebuah senyuman dilemparkan.
“ lainkali
jangan asyik dreaming je” sindir lelaki
itu berserta dengan senyuman mengejek. Adoi… malunya. Berangan pula tentang
dia. Pastu kena tegur pula olehnya. Apa lagi Aisyah terus menundukkan kepalanya
mengawal pipi yang sedang disapu blusher
semulajadi dari dalam dirinya. Bahkan selepas dia beredar menuju ke keretanya
pun dia tidak lagi mengintainya sipi-sipi,sehinggalah keretanya melalui di
hadapan kaunter. Mungkin sengaja, mungkin tidak mereka berpandangan seketika
dan sempat lagi dia mengenyitkan matanya. Aisyah terkaku. Terkena panahan
asmarakah dirinya?
“oit..kau
tengok apa tu?” cuit Rahimah atau Imah yang baru sahaja keluar dari bilik stor.
“Prince Charming kenyit mata kat aku
tadi” beritahu Aisyah sambil tersengih-sengih.
“pooorah.
Takkanlah dia nak kenyit mata kat kau, sikit pun dia tak ingin pandang pun”
“eh betullah.
Tadi dia bayar kat kaunter tau. Bukannya guna credit card”
“tapi…eeeii
malu laa wei..agaknya dia perasan kot aku dok tengok dia” merah muka Aisyah
apabila mengingat peristiwa tadi.
“kenapa?”
“dia tegur
aku, jangan dok berangan je”
“hahahhahahaa…..
padan muka kau. Ni tak, langsung tak control mata tu bila dia datang isi
minyak. Macam manalah dia tak perasaan, kalau setiap kali mengisi minyak ada
orang dok usha” sindir.
“siotlah kau
ni..syyyy.. jangan cakap kuat sangat. Kau nak mamat-mamat kat sini tau ke?”
marah Aisyah. Imah mencebik. Dah terkena angin angau agaknya membernya ini.
“tapi kan aku
rasa dia bukan orang melayulaa.. cakap dia sedikit pelat. Matanya pun sepet je”
beritahu Aisyah lagi sambil mengetuk mesin pembayaran itu.
“habis
tu..kau berangan dalam mimpi je laa erk”
“kau ni
berangan lagi, mimpi lagi… mana yang oknya?” usik Aisyah.
“dua-dua..kau
memang kaki berangan pun. ore kelate
kato, koya”
“koya? Haahaha..koya tak koya… aku dah
tersyok kat dia ni, balik ni mesti mimpi kat dia. Oooooo Manisnyaaa
senyumanmu…” eh ternyanyi lagu Feminin laa pulak. Tak sudah-sudah dia
tersenyum.
Adrian ketawa
kecil. Memang sejak gadis itu kelihatan bekerja di situ, dia selalu perasan
yang dia telah menjadi perhatian gadis itu. kadang kala tertangkap olehnya dia
yang sedang merenung dirinya. padahal dia memang tahu. Ke mana sahaja dia pergi
pasti akan menjadi perhatian. Apalah sangat kalau gadis-gadis menoleh dua tiga
kali untuk melihatnya. Dan ada yang terlebih berani terus menegurnya untuk
berkenalan. Dilayan je bukan luak pun.
*******
Tapi gadis di
stesyen minyak itu, hanya memandangnya dari jauh. Dah hampir sebulan tak ada
pula tindakan untuk berkenalan dengannya. Dan dia entah dari mana anginnya
untuk membuat pembayaran di kaunter pada mala mini. Sebenarnya hanya ingin
menegur gadis tersebut. Manis. Itulah tanggapannya. Walaupun bertudung dia
tampak manis dan menarik. Mukanya yang bujur sirih dan berkulit sawo matang
kelihatan kena dengan tudung kuning yang dipakainya. Mengingatinya hati Adrian
berdebar, wajah tanpa sebarang solekan itu, yang bersih dari sebarang noda
jerawat, hatinya bagai digaru untuk membelai. Apalaa rasanya kalau dia dapat
mengucup bibir itu. tentu rasanya manis kan. Kah..kah..kah Adrian ketawa
sendirian. Eeeeiii kenapa hatinya boleh terfikir sampai tahap itu. gatal pulak.
Tak cukup-cukup ke dengan ciuman dan kucupan yang diterima saban malam. Ada
hati untuk mengucup gadis Melayu itu. sudah tentu mawar larangan. Dari
pemakaiannya, dia pun tahu.
Sepanjang
perjalanan Adrian tersenyum, entah mengapa wajah gadis itu bagaikan melekat di
kornea matanya. Wajah yang tersipu-sipu malu apabila ditegur dreaming. Isk.. apa hal pulak ni, takkan
aku dah ter fall in love with her? Come on, dia tu jauh sekali dari taste kau. Stok yang tidak boleh dibawa
ke pub. Mesti banyak pantang larang. Tapi gadis yang sebegitu yang disukainya.
Susah nak dapat, tapi kalau dah dapat pastinya asyik melekat je.
Akhirnya dia sampai
ke Kelab Utopia dan kisah gadis pam minyak itu terus hilang dari arus
fikirannya buat seketika. Apatah lagi, dia disambut dengan pelukan dan ciuman dua
gadis sexy. Selamba sahaja dia
membalas. Orang nak bagi free kan,
tentulah takkan ditolak. Dengan dua orang gadis yang menghimpitnya, Adrian
menuju ke tempat member-membernya berada.
“u’re late bro.. wassup. Ingatkan dah tak
nak datang”
“mesti
datangnya. Aku tertidur tadi” jawab Adrian sambil meneguk air kuning yang telah
tersedia di atas meja.
“jom menari”
tarik salah seorang gadis yang menghimpit Adrian. Farra namanya, dia memang
sukakan Adrian, tetapi Adrian hanya melayani sama dengan gadis-gadis lain yang
sibuk mendampinginya sejak dulu. kadang kala hatinya diterpa cemburu tetapi apa
boleh buat, awal-awal lagi Adrian menegaskan mereka Cuma kawan, tak lebih dari
itu. kalau mengharapkan cinta darinya, takkan dapat. Bagi Adrian, hidupnya
ketika ini terfokus kepada kerjayanya, syarikat yang baru ditubuhkan. Hujung
minggu pula adalah waktu untuk dia bersantai dan dia tiada masa untuk
memikirkan soal remeh berkaitan dengan cinta ini. Jadi sesiapa sahaja boleh
menjadi temannya but not special
girlfriend.
Jadi Farra
tidak boleh merungut atau merengek untuk dimanja-manjakan. Dia perlu bersikap
neutral kerana dia tahu Adrian Ho menyampah dengan gadis yang meliuk – lintuk
bagai lalang yang ditiup angin. Adrian menyambut huluran tangan Farra lalu
mereka menuju ke tempat tarian. Dihayunkan badan mengikut rentak lagu ke udara.
Adrian memang suka menari. Dengan tarian dan menghayati lagunya, dapat
menenangkan fikirannya. Itulah caranya dia release
tension. Lain orang lain caranya.
Dulu dia amat meminati muzik dan tarian, tetapi ditentang keras oleh Daddy.
Kalau sudah dibangkang oleh Daddy, jangan harap sedikit pun dia akan dapat
meneruskan minatnya. Jadi terkuburlah minat dan impiannya itu. mujurlah
kerjayanya sekarang mampu mengubati luka dek halangan itu.
Irama bertukar
rentak, dari rancak ke sentimental. Cepat-cepat sahaja Farra melekat ke badan
Adrian Ho. Sengaja digesel-gesel bukit miliknya ke badan jejaka itu. tangannya
pula memaut leher Adrian, dan wajahnya ditarik sehampir mungkin dengan wajah
lelaki itu, mujurla ketinggian hampir sama dengan ketinggian Adrian apabila
memakai sepatu tinggi. Dia mengambil kesempatan itu untuk mencium pipi Adrian.
Adrian cepat-cepat menjarakkan diri. Terasa rimas pula malam ini. Biarpun dia
telah terbiasa sangat dengan situasi seperti itu. Serta merta dia teringatkan
gadis di Pam Minyak.
“jom balik
rumah I” bisik Farra berani. Adrian tersenyum sinis.
“I’m not interested” lalu Adrian
merungkai pelukan itu dan menuju ke arah teman mereka. Farra telah merah
mukanya. Malu kerana ajakannya ditolak begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan