mini cerita : Kebetulan yang Indah - 10


Suhaila tersenyum dan terus berlari menerpa Hasma setelah melihat kalibatnya. Akrab sungguh perhubungan mereka berdua di mata Puan Hasni. Ada bunga-bunga bahagia melihat mereka, persis ibu dan anak. Ada juga sendu di hati mengenangkan nasib cucunya yang ternyata amat merindui kehadiran seorang ibu. Mungkin sebab layanan seorang nenek tidak sama dengan layanan seorang ibu. Hasma kelihatan sabar melayan kerenah Suhaila, mendengar celotehnya yang tidak putus-putus.

“banyak mak cik membeli hari ni?” Tegur Hasma setelah merapatinya.

“Macam biasalah Hasma, hujung minggu kena beli lebih sikit sebab semua makan kat rumah. Kalau hari-hari biasa, dua hari sekali baru mak cik datang membeli barang basah kat sini” terang Puan Hasni.

Hasma menganggukkan kepalanya.

“Suka dia sebab ada orang nak layan kerenahnya. Kalau harapkan mak cik memang tak larat nak dengar Ila dok bercerita nih”

Hasma tersenyum. Melihat Suhaila teringat adiknya di kampung. Selalunya tiap kali dia pulang ke kampung, dia dan Halina tidak berenggan langsung. Ada-ada je cerita yang ingin dikisahkan padanya.

“tengok Suhaila ni, teringat kat adik saya mak cik. Suka sangat bercakap. Macam-macam cerita yang kuar.”

Puan Hasni tersenyum mendengarnya.

“Adik umur berapa Hasma?”

“Dah besar dah. Tingkatan tiga sekarang ni. Jarak saya dengan dia jauh sikit. Itulah satu-satunya adik yang saya ada” jelas Hasma.

“oooo... jom ke rumah mak cik. Boleh berbual panjang”

“err.. tak pelah mak cik. Mengganggu pulak nanti”

“Eh taklah. Mak cik dengan Ila je. Yang lain entah ke mana pergi. Bukannya lekat kat rumah tu. Masa makan pandai pulak balik pada masanya. Marilah...” Ajak Puan Hasni bersungguh-sungguh.

“A’aah kakak.. jomlah ke rumah Ila. Nanti Ila nak tunjuk kat kakak ikan yang Ila bela dengan papa.” Suhaila turut sama menyampuk.

Jadi dia tidak sampai hati untuk menolak. Lagipun tak ada barang basah yang perlu dibelinya pada hari ini. Oleh itu, tak apalah kan memenuhi permintaan mereka, lagipun hatinya begitu mendesak untuk meneroka rumah idamannya itu.

Pertama kali menjejakkan kaki di situ, hatinya terpegun melihat keindahan lanskapnya dan juga dekorasi dalaman yang tampak tradisional tetapi mempunyai sentuhan moden.

“Cantiknya rumah mak cik ni” puji Hasma tanpa dapat ditahan. Dia ikhlas dan jelas terpancar kekaguman di wajahnya.

Puan Hasni tersenyum. “Rumah ini Shaiful yang bina dan hiasnya. Semuanya ada sentuhan tangannya dan juga arwah isterinya” jelas Puan Hasni.

Lambat-lambat Hasma memandang wajah Puan Hasni. Dapat dirasakan kasih sayang yang mendalam terhadap arwah menantunya.

“Maaf mak cik, dah berapa lama menantu mak cik meninggal? Sakit apa sebenarnya?” Soal Hasma setelah mengambi tempat di sofa yang berada di ruangan terbuka. Dari situ dapat dilihat keseluruhan taman mininya. Ada sebuah air terjun buatan yang airnya sentiasa mengalir. Di sisinya terdapat pokok-pokok bunga seperti ros, kekwa, seri pagi dan banyak lagi yang tidak diketahui jenisnya oleh Hasma ditaman ditepi pagar. Tanahnya pula ditutupi oleh pokok rumput jenis carpet yang menghijau tanp sedikit pun kelihatan tanah. Pasti seronok kalau berbaring di atasnya sambil merenung langit. Ah Hasma sempat lagi berangan.

“Dua tahun lepas. Sakit barah di dalam perut” jelas Puan Hasni ringkas. Hasma mengangguk perlahan tanda mengerti. Diusap kepala Ila yang setia menempel di sisinya.

‘Kasihan dia.. kecil lagi sudah kehilangan ibu. Nasib baik neneknya ada’ monolog Hasma apabila memandang wajah polos Suhaila.

“Has dah ada teman? Bila nak kawin?” Terlepas juga soalan yang kerap berlegar di dalam kepalanya. Rasa ingin tahu semakin mendesak di hati, apatah lagi melihat cucunya begitu manja di sisi gadis ini.

Hasma tersenyum tawar dan menghela nafas. Ada sedikit rasa pedih pabila mengingatkan pertunangan yang terputus di pertengahan jalan.

Hasma menggeleng kepalanya perlahan. “belum lagi mak cik. Jodoh belum sampai. Saya baru je putus tunang” jelasnya tanpa memandang wajah Puan Hasni.

“Tak apalah.. Has muda lagi. Mungkin lepas ni Has akan berjumpa dengan seorang lelaki yang lebih baik dari bekas tunang Has dulu. Tapi kenapa ya boleh terputus?” Sambil menasihati, Puan Hasni tetap menyoal. Ingin juga dia tahu kenapa perhubungan itu terputus dipertengahan jalan sedangkan pada pandangannya sebagai orang tua, Hasma menepati citarasa seorang lelaki, cantik, lemah lembut, penuh dengan sifat penyayang dan keibuan.

“tak ada jodoh mak cik nak buat macam mana. Saya kenal dan berkawan dengan bekas tunang saya tu sejak sekolah lagi. apabila kami dah kerja dan stabil, orang tua suruh bertunang. Tapi dia letakkan syarat bertunang sempai setahun. Mana tahu dalam tempoh itu dia ada menjalin perhubungan dengan orang lain. Kawan saya juga. Dan hmmm... bila dah jadi macam tu.. buat apa saya teruskan lagi. mungkin dia akan lebih bahagia dengan kawan saya tu berbanding dengan saya.” Terang Hasma.

Puan Hasni terdiam. Mimik muka Hasma ketika bercerita diperhatikan. Tenang dan seolah-olah dia pasrah dengan takdir duka yang menimpanya. Hatinya kian jatuh kasih pada gadis di hadapannya. dia yakin Shaiful akan bahagia kalau memilih Hasma sebagai pengganti arwah Suraya.

“Sabarlah Has. Ini Cuma ujian kecil sebelum Allah hadirkan seorang lelaki yang akan membahagiakan Has. Mak cik yakin selepas ini Has akan menemui kebahagiaan” pujuk Puan Hasni.

“terima kasih mak cik” Hasma memberikan senyumannya.
*********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan