Mini Cerita- Kebetulan Yang Indah-3


Sori.. hari ni baru ada update... ceriakan hari anda semua ya.. enjoy reading...

Matanya tajam memerhati pasangan sejoli berpegangan tangan dari jauh. Hatinya berdenyut laju. Lelaki itu seakan dikenalinya. Lantas kakinya melangkah mendekati pasangan itu untuk memastikan bahawa matanya tidak tertipu. Dia tidak mahu terburu-buru menghukum perkara yang belum diyakininya. Hatinya kian berdebar-debar. Ingin dinafikan apa yang dilihat tetapi apa yang terbentang dihadapan matanya tidak menipu. Ada air mata ingin tumpah. Ada pilu mula menggigit hatinya.
Sampai hati dia mengkhianati ikatan pertunangan ini. Apa salahnya. Apa dosanya. Rasanya aku telah melakukan yang terbaik. Aku telah berusaha menjadi tunang yang jujur dan ikhlas. Namun inikah yang aku dapat?” rintih hati Hasma.
Tanpa sedar kakinya melangkah menghampiri pasangan di hadapannya. dikuatkan semangat untuk terus menunjukkan wajah bersahaja. Wajah yang tidak menunjukkan sebarang kelemahan biarpun hatinya meraung-raung menangis. Lelaki itu terkejut melihat kehadirannya. Serta merta pautan tangan mereka terlerai. Pasangannya pula mula pelik lantas turut sama memandang ke arahnya.
“Erh.. Hasma. Buat apa kat sini?” tegur perempuan itu, yakni sahabat Hasma sendiri, Yana.
“terlintas nak jalan-jalan kat sini. Patutlah Allah gerakkan hati aku ke sini. Dah lama korang bersama?”
“Kau jangan salah faham. Kitakan kawan.” Jelas Yana lagi. Lelaki itu pun diam membisu.
“Kawan? Kawan macam mana?” Soal Hasma lagi. Matanya tajam menjeling lelaki itu.
Yana tersenyum-senyum. “Luar biasa sikit dari kawan biasa.”Akuinya.
“Oooo.. aku tak tahu pula. Sejak bila ni?”
“Sejak sebulan yang lepas”
“Oooo i see. Jadi aku nak minta tolong boleh”
“Tolong apa?” Soal Yana lagi.
“Minta tolong kawan luar biasa kau tu putuskan pertunangannya. Kasihan tunangnya. Ditipu hidup-hidup”
Bulat mata Yana mendengarnya. Pantas dia memandang teman lelakinya di sebelah.
“Betul ke you dah bertunang? Kenapa tak cakap? Kenapa you tipu I?” ada marah di dalam nada suara itu. Lelaki itu merenung teman wanitanya. Pelik.
“Sekarang kau dah tahukan? Jadi minta jasa baik teman lelaki kau tu, putuskan pertunangan itu secara beradat ya. Lepas ni bolehlah korang bertunang dan kahwin pula. Senang cerita” Pinta Hasma dengan nada sedikit sinis.
“Tapi.....Saya ...”
“tak guna meneruskan pertunangan itu kalau hati dah beralih arah. Jadi putuskan sebelum terlambat. Sakit sekarang lebih baik dari sakit bercerai nanti” pintas Hasma.
“Oklaaa aku pergi dulu. Satu je aku harap korang akan bahagia di atas kelukaan seseorang. Kalau tak sudi, patutnya awal-awal lagi beritahu. Jadi taklah ada orang kecewa.”Hasma melemparkan senyuman sebelum berlalu dari situ.
Yana mendengus geram. Dijeling lelaki di sebelahnya.
“Bodoh. Takut sangat. Tengok dia bukan sedih pun lihat kita. Boleh senyum lagi. you yang bodoh takut sangat dia kecewa. Lepas ni hantar mak ayah you putuskan pertunangan dengan dia. lepas pinang I, kita terus kawin” putus Yana keras. Dia benci melihat wajah Hasma yang tenang, menambahkan rasa bersalah di hatinya.
**********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan