mini cerita : Kebetulan yang Indah 7



“Assamualaikum mak...”salam diberikan setelah menekan butang hijau di telefon bimbitnya. Ada senyuman di bibir buat ibu di hujung talian sana. Walaupun tidak nampak namun Hasma tetap tersenyum.


“Waalaikumussalam... Hasma sihat?”


“Alhamdulillah sihat... mak? Ayah macam mana pula?”


“Kami kat sini semuanya sihat.....hmmmm”


“Petang tadi mak ayah kamil datang rumah...”


Hasma menghela nafas. Ada rasa nyilu di ulu hati, ada air mata yang cuba ditahan. Dia cuba bertenang dan berlagak biasa.


“Mereka datang juga akhirnya untuk putus pertunangan kami.” perlahan saja bunyinya.


“Betul ke kata mereka anak mak ni dah ada lelaki lain. Curang kat Kamil tu” soal mak tenang.


“Mak rasa? Anak mak ni buat perangai macam tu ke? Mak lebih tahu siapa anak mak ni” Jawab Hasma perlahan. Ada sebak di dalam suaranya walaupun dia cuba sedaya upaya untuk menahannya.


“Mak tahu. Sikit pun mak tak percaya apa yang mereka ceritakan. Mereka datang dengan baik untuk putuskan pertunangan ni. Tapi bila mereka membuka cerita tentang perkara yang tidak betul tentang anak mak ni, mak tak boleh nak tahan sabar. Mujurlah ada ayah kamu.”


Hasma terdiam. Dia terharu. Walau apapun mereka kata tentang dirinya, mak tetap mempercayainya.


“terima kasih mak kerana percaya kat Has”


“Mak tahu siapa anak mak. Mak tahu mak sudah bekalkan ilmu agama yang cukup sebagai pendinding kamu apabila jauh dari mata mak. Apa yang mak cakapkan malam pertunangan kamu tu, betulkan? Mak tak pernah salah dalam menilai orang. Alhamdulillah... mak bersyukur kamu tak jadi kahwin dengan Kamil tu”


“Mak ni.. bukannya sedih sebab anak putus tunang. Syukur lagi ada. Orang sedihnya” Hasma pura-pura merajuk. Hatinya kini tenang. Sebab telah seminggu dia berduka. Status perhubungannya pun sudah terjawab. Maka tak perlulah dia menghabiskan masa dengan bersedih lagi.


“Sebab mak dah agak lambat laun, perkara ni akan jadi jugak. Dari dulu lagi mak dah cakapkan, si Kamil tu tak ikhlas kat anak mak ni.”


“tapi tak pelah.. yang lepas-lepaslah. InsyaAllah mak yakin anak mak ni akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia”


Hasma tersendu di situ. Mak memang seorang yang memahami. Walaupun dulu dia tidak suka dengan keputusannya, tapi kerana anak dia ikutkan. Dan kini anaknya telah dikecewakan, mak tetap ada di sisi untuk menenangkan dan tetap mempercayai anaknya.


“terima kasih mak sebab percayakan Has” syahdunya suaranya. Kalaulah mak ada di sisi sekarang pasti kini dia berada di dalam pelukan mak yang mendamaikan.


Seketika kemudian, talian diputuskan. Hidup mesti diteruskan. Kamil.. lelaki pertama berada di dalam hatinya. Persahabatan di alam persekolahan menerbitkan bunga-bunga rindu di hati mereka. Dulu Hasma tidak ingin menggunakan istilah cinta untuk perhubungan itu, cukuplah sekadar menggelarnya sayang lebih dari seorang kawan. Lalu mereka meneruskan perjalanan meniti usia remaja di dalam musim bunga yang indah. Namun begitu, perhubungan mereka tetap ada batasnya. Hasma tetap menjaga adab pergaulan mereka. Selari dengan usia persahabatan itu, sepatutnya hubungan mereka kian kukuh, apatah lagi dengan ikatan pertunangan yang terjalin. Kita hanya merancang, yang menentukan adalah DIA Yang Maha Mengetahui. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Hubungan mereka kian jauh, walaupun sedaya upaya dia cuba melakukan yang terbaik. Dan segalanya bagaikan berakhir apabila dia terserempak dengan pasangan sejoli itu.


‘Biarlah ia berlalu.. Aku pasrah walaupun hatiku sakit sangat. Aku pasrah walaupun momen-momen indah itu menjadi perkara yang ingin aku lenyapkan dari memoriku. Ya Allah.. Kau cepatkanlah masa agar aku dapat melupakan segalanya...’Setitis air mata membasahi pipinya tanpa sedar. Walaupun mulut dan hati rela, namun pilu tetap juga meresap di hati.






p/s :tak pe kan pendek je??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan