mini cerita : Kebetulan yang Indah 8


Hari kian cerah.. mentari mula menampakkan auranya. Bas pula sejak setengah yang lalu masih belum menampakkan badannya. Manalah bas yang banyak-banyak setiap pagi yang bagaikan berlumba-lumba mahu mengangkut penumpang. Hasma resah. Jarum jam tidak pernah berhenti berdetik, terus berdetik meninggalkan dia yang masih lagi terkontang kanting di tepi jalan. Lambat lagilah hari ni.. rungutnya.

Hasma mengeluh lagi. Banyak pula dugaan sejak kebelakangan ini. hidupnya terasa sedikit susah dan resah. Hati tidak tenang. Segala apa yang dilakukan semuanya bagaikan tidak menjadi.  

Tiba-tiba sebuah Honda CRV berhenti di hadapannya. Hasma buat tidak tahu sehinggalah namanya di panggil.

“Hasma..” berkerut dahinya. Siapa pulak ni. Dipalingkan wajah dan terus wajah Mak Cik Hasni terpampang di kornea matanya.

Lantas Hasma tersenyum dan mendekati.

“Nak pergi kerja?” Soal Mak Cik Hasni ramah.

“Kakak...kakak..” lagi  ramah suara Suhaila memanggilnya. Manakala pemandunya hanya diam memandang dengan wajah yang beku.

“A’aah.. bas lambat pula hari ni.”

“Kerja kat mana?”

“Kat jalan Ipoh..”

“Oooo..naiklah mari mak cik hantarkan.. dah lambat ni kan?”

“eh.. tak yahlah mak cik.. tu bas dah sampai..” beriya-iya Hasma menolak. Segan pada pemandunya.

“Alaaa mari laa kakak naik.. teman ila..pastu Ila hantar kakak pergi kerja ya” petah Suhaila mengajak. Gayanya macam orang dewasa.

“a’aah.. marilah. Jalan pulak sehala ni”

Dalam keterpaksaan Hasma mengikut juga walaupun hatinya segan dan agak kekok. Sesekali Hasma perasan yang si pemandunya menjeling dan memandangnya melalui cermin pandang belakang. Sengaja dia buat tak kisah dan melayan celoteh Suhaila.

“Hasma kerja apa?” Soal Puan Hasni

“Kerja biasa je mak cik kat syarikat pembinaan.”

“Oooo dah lama ke kerjanya?”

“Adalah dalam tiga tahun selepas habis belajar”

“Dulu belajar kat mana?”

“Kat UKM, mak cik. Nak pergi mana sebenarnya ni? Pagi-pagi keluar. Mak cik kerja jugak ke?” Soal Hasma ingin tahu.

“Eh tak laa.. mak cik nak pergi ke hospital sebenarnya. Ada medical check up”

“Medical check up? Mak cik ke?”

“A’aah.. mak ciklah”

Si pemandu tenang memandu sambil memasang telinga mendengar perbualan mereka. Sesekali mata Hasma memandang belakang pemandu tersebut.

“Mak cik sakit apa?”

“tak ada apa sebenarnya. Tekanan darah rendah je”

“Oooo tapi tekanan darah rendah lebih bahaya dari tekanan darah tinggi sebenarnya mak cik”

“Mak saya pun dia tekanan darah rendah jugak. Dia amalkan makan  sayur bayam batang merah, hati ayam dan kerang...”

“tu laa doktor pun nasihatkan mak cik makan benda tu jugak tapi sayur bayam je yang mak cik boleh makan. Mak cik alegik dengan kerang, organ dalaman pulak mak cik memang tak boleh masuk..”

Hasma mengangguk. Dia teringat satu artikel mengenai tekanan darah rendah  melalui sebuah website. Ketika ini dia baru sahaja mengetahui tentang penyakit maknya. Dengan perasaan ini tahu apakah penyakit ini sebenarnya menyebabkan dia berusaha mencari artikel mengenainya.

Hipotensi merupakan keadaan di mana tekanan darah tidak normal kerana tekanan terlalu rendah. Biasanya orang kurang memberikan perhatian kepada tekanan darah rendah berbanding dengan hipertensi iaitu tekanan darah tinggi. Tekanan darah rendah sebenarnya boleh menyebabkan seseorang pitam secara tiba-tiba atau selalu pengsan. Sebenarnya untuk merawat tekanan darah rendah lebih sukar daripada menurunkan tekanan darah tinggi. Hampir sahaja tiada rawatan kursus untuk merawat tekanan darah rendah ini.

Seseorang boleh dikatakan bertekanan darah rendah apabila tekanan darah kurang dari 90/60 mmHg. Menurut Badan kesihatan Dunia, WHO, yang penting ia tidak boleh lebih rendah dari 50 mmHg. Jika sekiranya terjadi, aliran darah di koroner jantung akan berkurang dan berisiko menyebabkan serangan jantung. Keadaan ini disebabkan oleh arteri koroner yang terletak di celah-celah otot jantung ia akan mengembang dan bekerja semasa fasa diastolei, jika aliran darahnya berkurang boleh menyebabkan serangan jantung.

“Kena jaga pemakanan tu mak cik. Sebab hipotensi ni tak ada ubat. Yang penting kena pastikan tekanan darah tidak kurang dari 50. Jika tidak boleh dapat serangan jantung juga. Tak semestinya  tekanan darah tinggi je yang dapat serangan jantung” jelas Hasma mengenai tekanan darah rendah setakat dia tahu.

“ Banyak Hasma tahu tentang penyakit ini ya?” Kata Puan Hasni sedikit kagum.

“Mak saya ada penyakit ni mak cik, jadi saya kenalah ambil tahu serba sedikit. Jika ada rawatan alternatif, saya akan suruh mak saya cuba.”

“Kalau macam tu.. nanti kalau Hasma tahu rawatan alternatifnya, bagitahu mak cik juga ya”

“Insyaallah...”

Suhaila terus menempel di sepanjang perjalanan itu. Nampak sayang benar dia kepada Hasma.

“Satu lagi mak cik kena elakkan berdiri lama di bawah cahaya matahari atau suhu panas. Kena banyak minum air putih dan bersenam” Sambung Hasma pula.

Puan Hasni tersenyum di hadapan. Ada kalanya dia memandang Shaiful yang sedang memandu.

“terima kasih Hasma. Patutlah mak cik rasa pening-pening kalau berdiri lama”

“Lupa pulak nak kenalkan.. ni anak mak cik Shaiful, papa Suhaila..”

Hasma mengangguk sambil memandang mata Shaiful yang memandang melalui cermin pandang belakang. Sekejap sahaja mereka bertentang mata dan Hasma menghadiahkan sebuah senyuman padanya tanda berkenalan. Hanya mata sahaja yang berbahasa antara mereka.

Tidak lama kemudian mereka sampai di hadapan Wisma Rizki, tempat Hasma bekerja.

“Terima kasih mak cik, encik Shaiful..”

“Bye Ila..” ucap Hasma sambil mencuit pipi Suhaila..

“Babai.. kakak.. nanti kita jumpa lagi ya...promised?” Pinta Suhaila...

“Insyaallah ..kakak promised..” sambil mengaitkan jari kelinkingnya dengan Suhaila.

**********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan