mini cerita : Kebtulan yang Indah -9


Shaiful memasuki pejabatnya agak lewat hari ini setelah menemani ibunya berjumpa doktor. Kebetulan yang dirasakan indah hari ini adalah kerana kemunculan dia yang menjadi sebutan anak dan juga ibunya. Sesekali kepalanya digelengkan, apabila teringat pertanyaan ibunya.
“cantikkan Hasma tu. Sekali lihat tingkahnya persis Sue. Ila pun bukan main lagi rapat dan manja dengannya. Jadi umi harap, kamu dapat membuka hati kamu kembali. Kembali ke alam nyata. Kembali mengukir dan mengecapi bahagia”
“Umi.. umi.. tak habis-habis lagi? Ok Ful mengaku dia cantik lawa, tapi dalam hati Ful tidak ada orang lain yang dapat menandingi kecantikan Sue, umi”
“bagi Ful masa ok? Suraya baru dua tahun meninggalkan kita. Hati ini masih padanya”
Dia dapat merasakan saat itu, ibunya memandang tajam ke arahnya. Soal hati, mana boleh dipaksa-paksa, biarlah ia berlaku secara semulajadi, datangnya tanpa dirasa dan disedari. Yang pasti ia pasti akan membuai rasa indah di hati. Jika dia terjatuh cinta sekali lagi pun, dia ingin melalui sebagai mana dilalui ketika bersama Suraya dulu.
“hai.. Encik Shaiful. Ceria hari ini. Ada something special wanna to share with me?”Soal Hani yang muncul secara tiba-tiba dan kini berada di sebelah Shaiful. Shaiful buat-buat tidak peduli. Sudah terbiasa sangat dengan sikap terjah setiausahanya. Dulu ketika Suraya masih ada, sikapnya tidak seperti sekarang. Dulu dia lebih bersopan santun dan berbudi bahasa. Tetapi setelah isterinya pergi, Hani berubah secara drastik, seolah-olah ingin menggodanya. Maaflah, tidak ada sesiapa yang dapat menggodanya seperti mana Suraya menggodanya. Hatinya langsung tidak terjejas.
“Apa agenda hari ini?” Soal Shaiful dengan suara yang tegas dan wajahnya yang kembali diseriuskan.
“hari ni Encik Shaiful free, Cuma petang nanti ada mesyuarat bulanan pengurusan. Itu sahaja”
“Ok terima kasih. Awak boleh keluar sekarang”
Namun Hani tetap tidak berganjak. Sebalik kembali mendekatkan dirinya dengan Shaiful.
“Ada apa-apa lagi yang awak nak informkan kat saya?” Soal Shaiful senada.
“Ada...i miss u. I dah lama jatuh cinta dekat u. Please.. i love you so much” rengek Hani ditelinga Shaiful.
Shaiful mendengus geram. Perempuan ini memang tak reti bahasa. Berapa kali diberikan amaran namun tetap tiada perubahan. Nampaknya tindakan sewajarnya perlu diambil.
“Awak sukakan kerja awak sekarang ni?” Soal Shaiful tanpa mahu membalas kata-kata cinta yang diucapkan oleh Hani.
“Suka.. lebih-lebih lagi sebab you yang jadi bos i”
“Nak kerja lama ke?”
“Mestilah sebab nak dekat dengan you. Macam mana i nak tinggalkan you sayang kalau di dalam hati i penuh dengan wajah, suara dan rasa kat you je”
“Oklah. Since saya yang cakap macam tu. Then dengar saya nak cakap pula. Saya sudah lama bersabar dengan sikap dan perangai awak yang tidak profesional ni. Jadi jika awak nak kekal sebagai setiausaha saya, berubah sikap. Saya takkan sesekali jatuh hati dengan perempuan macam awak ni. Jika tidak, mulai saat ini, saya berhentikan awak dengan 24 jam notis. Sebelum pulang awak pergi dekat HR ambil cek pampasan. Jelas?”
“Pilih sekarang!” lagi kerasa suara Shaiful sambil menolak Hani yang tergamam bergesel di sisinya. Merah padam mukanya. Tidak pernah dimalukan sedemikian rupanya menyebabkan dia tersedar dari angan indah yang panjang. Bodohnya dia selama ini yang beriya-iaya menggoda, namun sikit pun tidak tergoda.
“Maaf Encik Shaiful. I quit!” terus dia meluru keluar tanpa sengaja merempuh bahu seseorang.
“Kenapa tu?” tegur Zahir, rakan kongsi Shaiful yang baru sahaja memasuki biliknya. Dan sekejap tadi dirempuh oleh Hani.
“Aku pecat dia. tahap kesabaran aku sudah sampai limitnya” beritahu Shaiful.
“Good for you. Dari dulu lagi aku sudah cakap. Tapi kau tetap backing dia. sekarang kenapa tiba-tiba. Why not dua tahun lalu?”
“Kan aku dah cakap tadi. kesabaran aku dah sampai hadnya. Lagi lama lagi aku menyampah dengan dia. dari sopan santun dulu, dia berubah secara drastik. Ingat hati aku makan sangat dengan perempuan yang tak cukup kain ni”
Zahir tersengih-sengih. Wow... tak sangka pulak rakannya boleh melenting macam ni. Padahal sejak dulu, Shaiful lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Kemudian berikan surat amaran atau surat tunjuk sebab. Bukannya direct sound dan pecat macam tu je.
“Apahal masuk ke sini?” Soal Shaiful setelah keadaan sepi seketika.
“Jom makan”
“Hmmm.. aku kenyang lagilah. Kau pergi dulu”
“Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Mungkin dia mampu membuka pintu hati kau sekali lagi” terang Zahir maksud ajakannya tadi.
“Nope.. kau pun ikut jejak umi aku jugak ke? Asyik nak kenalkan aku dengan gadis ni, gadis tulaa... sorry ya kawan. Aku tak minat. Tapi aku rasa aku dah terminat nak kenal dengan calon umi aku tu” Ujar Shaiful tersenyum sedikit. Sekilas wajah Hasma bertandang di ruang matanya.
Zahir tersenyum-senyum..
“Alhamdulillah.. sampai cepat jodoh kau nanti”
“Hei kawan.. aku cakap minat je, tak lebih dan tak kurang tau”
“Ah sudah lah kau. Perut aku dah lapar. Baik aku pergi dating since kau tak nak”Ujar Zahir sebelum meninggalkan Shaiful di situ.
Shaiful menggelengkan kepala. Zahir dan ibunya sama sahaja. Terlalu mengambil berat tentang dirinya. tidak lama selepas itu, dia terus tenggelam dengan timbunan kertas di atas mejanya.
Disandarkan kepalanya di kerusi. Matanya terpejam. Ada kenangan mula mengusik hatinya. Dulu, selalu Suraya selalu memicitkan kepalanya apabila melihat dia begitu. Elusan dan urutan tangan lembut itu membuatkan ketegangan dan tekanan dirasainya mulai menghilang.
‘Abang tahu tak, abang seorang yang bertuah kerana disayangi oleh dua orang wanita. Sue dan seseorang yang bakal hadir selepas Sue nanti. Kasih sayangnya sama seperti Sue menyayangi abang dan anak kita”
“Huh.. kenapa merepek tak pasal-pasal ni. Kenapa kata-kata Sue seolah-olah mahu meninggalkan abang. Ada perkara yang abang tak tahu dan abang perlu tahu?” Soalnya. Dia cukup tidak suka apabila Suraya berbicara begitul seolah-olah menggambarkan dia bakal pergi jauh darinya.
“Sue lah satu-satunya wanita di dalam hidup abang. Takkan ada orang lain selain Sue. Faham tak sayang”
Pantas ketika itu Suraya menggelengkan kepalanya. Rupanya dia amat pasti yang kematian kian menghampirinya. Dia pasti tidak boleh menangguhkan walaupun sesaat. Dia pasti pergi meninggalkan semua yang disayangi dan menyayanginya.
“tak bang.. Sue yakin akan ada wanita lain yang menanti abang dan akan menyayangi abang seperti mana Sue menyayangi abang. Jadi Sue harap sangat agar abang juga menyayanginya walau siapapun dia”
Shaiful tidak ingin mengenang lagi. Pantas dia membuka matanya. Lagi dia hanyut, lagi bertambah rindu di jiwanya.
***************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan