mini cerita : Kebetulan yang Indah -12


p/s : lewat skit hari ni, maklumlah kalau hari sabtu, mmg saya sibuk dengan kerja-kerja rumah. huhu pastu boleh tertidur keletihan lak.. baru je bukak laptop ni haaa... rasanya cerita ni.. dah nak hampir-hampir tamat kot. ada laa dalam dua or tiga bab lagi ;) 


Shaiful merebahkan tubuhnya terus di atas sofa panjang. Hari ini terasa berkali ganda lebih penat dari semalam, padahal kerjanya tidak seberapa sibuk. Mungkin kerana hati dan perasaannya yang sedikit kacau menjadikan fizikalnya terasa teramat letih. Dipejamkan mata. Ada rasa marah dan ingin tahu tersimpan di hati. Kemudian dikalihkan badan mengiring memandang umi yang sedang mendandankan rambut anak tunggalnya.

“Umi.. kenapa buat Ful macam ni?” Rintihnya. Berikanlah dia masa untuk melupakan sedikit demi sedikit kenangan manis bersama arwah Suraya. Cinta pertama ini amat sukar dilupakan, apatah lagi dengan kebahagiaan yang dirasainya dulu.

“Buat apa Ful?” berkerut dahi Puan Hasni mendengarnya. Tidak pula dia membebankan anaknya dengan perkara yang bukan-bukan biarpun hatinya teringin bermenantu lagi.

“Kenapa umi suruh siapa tu.. Haa.. Hasma minta kerja di syarikat Ful? Ingat dengan berada dekat dengan Ful, dapat buatkan Ful jatuh hati kat dia ke, umi?” Soal Shaiful dengan wajah yang kecewa dan kesal. Kesal dengan sikap uminya yang cuba campur tangan di dalam urusan hidupnya.

“Astaqfirullahal’azim... Ful cakap apa ni Ful? Bila masa pula umi suruh Hasma minta kerja kat syarikat Ful? Umi tak tahu pun ada jawatan kosong kat situ” Puan Hasni menggelengkan kepalanya. Hatinya terasa dengan tuduhan tanpa asas yang dilemparkan oleh Shaiful.

“Ful tahu umi suka sangat kat dia. berharap dia akan menjadi menantu umi. Tapi umi cara ni tak kena. Soal perasaan ini mana boleh dipaksa-paksa.” Shaiful terus meluahkan perasaannya.

“Ya Allah budak ni. Umi tak pernah bercerita dengan dia pasal umi berkenan untuk bermenantukan dia. umi tak pernah bercerita tentang syarikat Ful atau kerja Ful. Umi tak pernah sedikit pun menyebut apa-apa pasal Ful selain dia ada bertanyakan bila arwah Suraya meninggal”

“Sebelum Ful naik angin. Menuduh umi tak tentu pasal. Selidik dulu. Hasma tu sedikit pun tidak bertanyakan pasal Ful. Umi langsung tak sebut nak jodohkan dia dengan Ful” Ada ketegangan di sebalik kelembutan suara Puan Hasni. Hatinya benar-benar terasa.

Shaiful pula yang tergamam. Maknanya aku yang salah. Silap faham di atas kedatangannya pagi tadi untuk ditemuduga. Pastinya dia tidak mengetahui langsung tentang siapa dirinya.

“Betul ni umi?” Soalnya Shaiful bersungguh. Bingkas dia bangun dan duduk berdepan di hadapan uminya.

“Buat apa umi nak tipu. Umi pun tahu apa yang umi buat. Hasma tu baru je lepas putus tunang. Dia sendiri cakap kat umi nak bina kerjayanya dulu sebelum fikirkan soal jodoh. Walaupun umi berkenan sangat dekat dia, tapi umi tahu.. umi pun pernah muda jugak, pernah rasa kecewa dulu. Mengubati kecewa di hati ni mengambil masa yang panjang, lama. Jadi umi langsung tidak sebut pasal nak jadikan dia menantu umi. Biarlah kamu berkenalan dulu. Kenal-kenal kalau rasi, boleh teruskan. Kalau tak umi takkan paksa.”

“Lagipun anak umi lelaki, patut mulakan langkah dulu. Bukan dia” jelas Puan Hasni panjang lebar.
Shaiful pula terngadah di situ. Dia telah salah faham. Teringat wajah merah padam gadis itu pagi tadi. Teringat kata-kata yang diucapkannya, dia menyesal sungguh. Lancang dia menuduh tanpa usul periksa. Apa salahnya jika temuduga itu dijalankan seperti biasakan. Dia ada hak untuk memilih calon yang sesuai untuk menjadi setiausahanya.

Ataupun mungkin kerana hatinya telah berdetak irama yang lain dari hari- hari biasa? Dia sendiri keliru. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirasainya.

“Habis tu macam mana ni umi. Ful telah menuduh dia tanpa usul” Shaiful meraup wajahnya. Ada benih kesal di situ.

“Macam mana lagi. Jumpa dia dan minta maaf. Lainkali jangan terlalu ikutkan perasaan sangat”

“Umi ni.. Cuma nak kamu bahagia semula. Dengan sesiapa pun umi tak kisah asalkan dia sayangkan Suhaila macam anak kandungnya sendiri. Itu je. Soalnya siapa jadi isteri kamu nanti, kamu sendiri yang akan memilihnya. Bukan umi.”

Usai berkata, Puan Hasni bangun menuju ke dapur. Suhaila pula menempel di sisi papanya.

“Kak baik tau papa. Selalu belanja Ila aiskrim” ujar Suhaila polos

“Papa janganlah marahkan kakak... nanti kakak tak nak jumpa Ila lagi.”Sambungnya lagi...

Shaiful hanya mampu mengeluh. Silap faham ini harus dileraikan. Tapi bagaimana nak berjumpanya?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan