mini cerita :Kebetulan yang Indah -13


p/s : jeng-jeng new entri untuk semua.. Insyaallah petang nanti ada satu lagi entri akan masuk ek.. bagaimanalaa keadaan shaiful sekarang ek.. Sekarang ni shima tengok berusaha keras mengedit dan membaiki e-novel BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU.. Ingat lagi tak? Ada dikalangan pembaca yang telah membelinya kan.. ok.. shima tengah membaik pulih agar lebih panjang dan lebih menarik lagi.. bila dah siap shima akan umumkan.. then kepada mereka yang telah membelinya dulu, shima akan resend edisi baru ni.. dan kepada mereka yang berminat boleh beritahu shima dan dapatkannya juga.. Harganya tetap maintain....;)


Sehari selepas kejadian temuduga itu, Hasma membuat keputusan untuk pulang ke kampung seminggu. Permohonan cutinya telah diluluskan. Panggilan telefon yang masuk dari syarikat milik Shaiful dibiarkan sahaja. Andai ditawarkan kerja itu pun dia sudah tidak punya hati menerimanya. Insyaallah adalah rezeki di syarikat mana-mana. Lagipun syarikat yang dia kerja selama tiga tahun ini okey jugak, Cuma dia yang inginkan pengalaman baru, sebab itulah dia mencuba mencari kerja lain.

Namun lain pula yang terjadi. Dia dituduh cuba menggoda pemilik syarikat yang ditemuduganya? Langsung tak masuk akal. Dia langsung tidak tahu menahu syarikat itu adalah kepunyaan papa Suhaila, anak mak cik Hasni, mamat sombong itu. Juga dia tidak tahu apa yang mak cik Hasni cakapkan kepada anaknya itu sehingga dia begitu tega menuduhnya begitu sekali.

Bukan kepalang malunya. Mujurlah sesi temuduga itu dia yang terakhir dan mujurlah juga,di dalam bilik itu cuma mereka bertiga. Kalau tidak, dia tidak tahu dimana mahu disorokkan wajahnya ini.

Dia langsung tak terfikir untuk mengorat apatah lagi menggoda encik Shaiful merangkap papa Suhaila. Pertemuan dia dengan Suhaila dan Mak cik Hasni pun satu kebetulan. Dari senyum-senyum dan menyapa di kedai Pak Mat, mereka menjadi mesra. Itu pun tak banyak yang dia tahu tentang lelaki itu, dia Cuma tahu Suhaila telah kehilangan ibu dalam usia yang masih kecil. Hatinya jatuh kasihan dan juga kasih. Tak terdetik sedikit pun dihatinya untuk menjadi pengganti ibu anak itu.

Kerana itu dia kini cuba mengelak bertemu dengan keduanya. Walaupun hati meronta sedikit kerana merindui keletah manja Suhaila, namun dikuatkan hatinya. Anak itu bukan sesiapa padanya. Kasihnya pada anak itu disalah ertikan. Dia pun ada maruah diri. Apabila dituduh cuba menggoda dan menggantikan tempat Suraya, ibu Suhaila dan juga arwah isteri Shaiful, dia tidak boleh buat tidak tahu sahaja, malunya hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia sedar diri, siapa dirinya ini. Jadi sebab itulah dia perlukan cuti. Kembali ke kampung pastinya akan membuatkan hatinya tenang.

Hari ini, telah tiga hari dia berada di kampung. Berita yang diberitahu oleh mak sedikit sebanyak mengganggu ketenangan yang ingin dicari ketika ini. Bekas tunangnya Kamil bakal berkahwin dua hari lagi. Kebetulan pula semasa dia berada di kampung. Melihat kad jemputan mereka, ada juga cemburu di hati, namun dia cepat-cepat mengusirnya pergi. Bukan jodoh mereka. Sakit hati atau cemburu ini perlu dibuang jauh-jauh. Cantik Kad jemputan yang berdakwat berwarna keemasan dan berbau wangi itu.

Hasma mengeluh di dalam hati. Perit jugak.

“Yang lepas tu biarkanlah Has. Insyaallah tak lama lagi anak mak ni pun akan bertemu jodoh jugak. Bukan tak lawa pun. Lagi lawa dari si Yana tu” ujar mak cuba menggembirakan hatinya.

“Lawa di mata mak. Lawa di mata orang lain, lain mak. Entah-entah anak mak ni buruk di mata orang lain”

Mak Hasma menggelengkan kepalanya.

“Tak ada yang kurangnya. Anak mak ni lawa dan cantik dalam dan luar. Dugaan ini Allah berikan supaya anak mak lebih menghargai apa yang ada pada dirinya. Mungkin juga tidak terjodohnya Has sebab mak rasa Kamil takkan menghargai Has sebagai seorang isteri. Itu kata hati mak. Jadi mak tak ada rasa marah bila pertunangan Has terputus”

Hasma tersengih-sengih. Gelihati pun ada, mak bukan macam mak orang lain yang susah hati apabila anak daranya putus tunang. Dia yang terlebih gembira sebab firasatnya menyatakan tunang anaknya itu bukan seorang lelaki yang baik biarpun dia telah mengenali anak muda itu sejak dia masih remaja lagi.

“Mak pergi ke, ke rumah Yana tu mak?”

“Pergilah. Takkan tak pergi pulak. Nanti apa kata orang kampung. Jangan mereka mengata mak jenis cepat kecil hati pulak” balas Mak. Tangannya dari tadi ligat melipat kain yang baru diangkatnya.

“Besar ke kenduri tu mak?”

“Hmmmm biasalah kalau kenduri kat kampung ni, dalam seribu orang jugak jemputannya, seekor lembu besar harga tiga ribu setengah dan 60 ekor ayam. Itulah yang mak Yana dok cerita. Esok petang orang-orang kampung sudah berkumpul untuk menyediakan bahan untuk kenduri lusa tu” terang Maknya.

“Has kena pergi jugak ke mak?” Soal Hasma perlahan. Sungguh walaupun hatinya redha dengan takdirnya, namun hati tetap juga terselit rasa kecewa. Apatah lagi untuk pergi menolong di rumah bakal isteri, bekas tunangnya.

“tak pergi pun tak apa. Mak faham. Orang kampung pun faham. Tapi lusa tu pergilah sekejap, makan. Lepas tu baliklah.. ya?”

Hasma tersenyum nipis sambil menggangguk. Pastinya dia akan ke sana untuk membuktikan dia tidak kisah mereka berdua berkahwin. Biar mereka tahu, perkahwinan itu direstuinya dengan iringan doa semoga mereka bahagia sehingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan