Mini cerpen : Kerna Kau- 8 akhir


Dia telah perasaan kehadiran wanita yang pernah menjadi kekasihnya di dalam Tesco ini. Sengaja dia berpura-pura tidak mengenali dan menyedarinya. Biarkanlah, lagipun antara mereka sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan perasaan. Sudah hampir setengah tahun perpisahan mereka. Lagipun dia telah bahagia bersama Najwa, gadis yang telah berjaya mengalihkan perasaan cintanya daripada Aimi.
“Eh cuba you lihat kat sana tu, bukan ke bekas kekasih you dulu ke?” Najwa menarik tangan Zaki lalu menunjukkan seorang wanita yang berada tidak jauh dari mereka.
Zaki terdiam. Untuk apa lagi mengintai Aimi sedangkan dia kini sudah berpasangan. Bukannya dia tidak tahu perasaan Aimi terhadapnya, pasti dia sedang menderita kerana ditinggalkan. Jadi lebih baik mereka tidak bertegur sapa.
Sebenarnya ada sedikit perasaan kasih terhadap Aimi tertinggal di dalam hatinya. Sebab itu dia tidak tega mahu menyakitinya lagi. Biarlah jarak masa mengubati hati Aimi kerana dilukai olehnya. Jadi dia tidak akan menyakiti hati Aimi lagi.
“Nasib baik you tinggalkan perempuan itu. tengok tu, macam orang kampung dah I tengok. Gemuk dan pakai baju besar pulak tu. Tak tahulah kenapa you boleh buta pilih dia dulu.” Najwa berkata angkuh.
Padan muka kau, cermin diri tu dulu dari berangan berpasangan dengan Zaki. Dia bakal jadi hak aku. Hati Najwa angkuh berkata-kata. Sebenarnya mereka satu kolej ketika belajar dahulu. Nasib Aimi lebih baik darinya apabila dapat mendekati Zaki. Keakraban mereka membuatkan hatinya cemburu dan tidak puas hati. Selalu dia membelek dirinya di cermin, apa kurangnya dia sehingga Zaki langsung tidak menyedari kehadirannya.
Cinta tumbuh subur di dalam hatinya. dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Zaki dalam diam. Peluang itu muncul apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Sengaja dia memohon kerja di tempat kerja Zaki dan nasibnya baik apabila diterima bekerja di situ. Jadi bermula hari pertama bekerja, dia mengambil kesempatan mendekati Zaki. Oleh kerana jarak dan masa memisahkan Zaki dengan Aimi, hati Zaki mula pudar kasihnya. Dan kasihnya mula berputik kepadanya. dialah yang mendesak Zaki agar memutuskan perhubungannya dengan Aimi. Dialah juga yang memaksa Zaki supaya masuk meminangnya dan kini mereka telah empat bulan bertunang. Tidak lama lagi, apa yang dikehendaki akan berada di dalam genggamannya.
Zaki memandang Aimi dari jauh. Lega hatinya apabila melihat Aimi sihat dan wajahnya kelihatan berseri-seri. Cantik dan ayu biarpun kelihatan sikit berisi. Jadi kurang sikit rasa bersalah di dalam hatinya. 
Tetapi mengapa Aimi berada di sini? Bukankah dia bekerja di Bangi? Tinggal bersama keluarganya di Bangi? Spontan hatinya dihujani soalan.
“Tapi kenapa dia ada kat sini, dear?” Soal Najwa apabila terlintas di dalam hatinya, Aimi bukan kerja di Shah Alam ini.
“Entah-entah dia datang cari you tak? Nak pujuk rayu you supaya kembali padanya?” Serkap Najwa lagi dengan suara sinis. Perempuan tak malu, orang tak hingin, masih lagi terhegeh-hegeh.
“You takkan layan diakan? Lagipun takkanlah you hendak perempuan gemuk macam tukan?” Soal Najwa lagi mendesak, sambil memeluk erat lengan Zaki.
"You juga kata dia perempuan gemuk, mestilah I takkan pandang dia lagi. Lagipun you sepuluh kali lebih cantik di mata I" Balas Zaki, memuji. 
Najwa puas hati. Dia yakin, hati Zaki telah seratus peratus ditaklukinya.
Tanpa mereka sedari perbualan mereka didengar oleh sepasang telinga dan dilihat oleh sepasang mata di belakang. Niatnya tadi ingin menegur pegawai bawahannya, terbantut apabila mendengar nama isterinya di sebut-sebut dan dikutuk-kutuk. Jika diikutkan hati panas ini, ingin ditampar mulut cabul itu. Namun benteng sabar masih lagi dapat membendungnya.
Nasrul melihat di hadapan mereka berdua, isterinya sedang tercari-cari dirinya sambil menolak perlahan troli berisi barang-barang dapur. Mereka berdua perlu diajar supaya sedar diri dan mensyukuri di atas apa yang dimiliki.
“Hai.. Zaki dan Najwa. Kebetulan pula kita jumpa di sini. Beli barang ke?” Tegurnya.
Pantas mereka berpaling.
“Ooo.. Hai Encik Nasrul. Adalah sikit barang yang hendak dibeli. Tak sangka pula dapat jumpa encik kat sini?” Ramah Najwa menjawab. Manakala Zaki dan Nasrul berjabat tangan.
“A’aah teman orang rumah beli barang dapur” Jawab Nasrul sambil tersenyum. Dia melambai-lambai kepada isterinya supaya menghampiri mereka bertiga.
Dari jauh Aimi dapat mengenali lelaki yang berada di sebelah suaminya. Serba salah mahu menghampiri tetapi apabila dipanggil oleh suaminya, dalam terpaksa rela dilangkahkan kaki menghampiri mereka. Senyuman nipis dihadiahkannya.
Sampai di situ, Nasrul terus menarik tangan Aimi. Dipeluk bahu isterinya kejap-kejap bagaikan memberi kekuatan. Baru beberapa malam lepas mereka bercerita tentang kisah lalu. Rupa-rupanya Zaki, bekas kekasih isterinya orang bawahannya. Alangkah kecilnya dunia ini. Ingatkan jauh, rupanya orang disekelilingnya juga.
“Sayang, kenalkan ni Zaki dan Najwa staff abang,”
“Kenalkan isteri saya Aimi.” Nasrul memperkenalkan mereka bertiga.
Najwa dan Zaki saling berbalas pandang. Kelu lidah mereka. Dalam keterpaksaan senyuman dihadiahkan.
“Oowh.. lama tak jumpa. Apa khabar?” Sapa Aimi. Dia bersikap biasa. Jika tadi hatinya cuak sedikit, kini tidak lagi. pelukan kemas suaminya memberikan dia kekuatan untuk menghadapi kisah silam.
“Baik. Aimi apa khabar?” Soal Zaki berbahasa.
“Aimi kenal ke Zaki ni?” Soal Nasrul pura-pura terkejut.
“Kenal. Kami satu kolej dulu semasa di Universiti,” Jelas Aimi.
“Oooo patutlah.”
Zaki dan Najwa tidak terkata apa-apa apabila melihat kemesraan bos mereka.
“Bila kahwin? Tak ajak pun?” Najwa meramahkan diri. Walaupun kekok, namun dicuba juga agar tidak nampak ketara kekalutannya.
“Tiga bulan lepas,”
“Eh sebenarnya kami tak boleh lama ni, Aimi tak berapa sihat. Maklumlah alahan,” Jelas Nasrul lagi.
Aimi tersengih. Merona wajahnya, membuatkan dia kian berseri-seri.
“Oooo.. betul ke. Tahniah. Cepatnya! Dah berapa bulan?” Soal Najwa terkejut.
Zaki lagilah tak terkata.
“dua bulan lebih. Tu yang semakin sihat,” Balas Nasrul sambil memaut mesra jemari isterinya.
“Korang bila pula nak kahwin ni?” Soal Nasrul lagi.
“InsyaAllah, tak lama lagi” Balas Najwa ceria, dipaut juga lengan Zaki. Dia ingin menunjukkan bahawa mereka juga tengah bahagia.  
Aimi dan Nasrul berpandangan. Kasih sayang mereka jelas kelihatan. Nasrul menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Zaki.
“Jumpa lagi, terima kasih. Jika tidak kerna kau, aku takkan menemui kebahagiaan ini.” bisik Nasrul perlahan ditelinga Zaki.
Zaki terpegun di situ. Najwa juga. Nasrul dan Aimi melangkah pergi meninggalkan mereka berdua yang terpaku di situ.

habis dah..

nota kaki penulis... 
Putus cinta bukan bererti akhirnya dunia indah.
Sebaliknya permulaan keindahan dunia cinta yang sebenar.
Kecantikan rupa tidak semestinya menjadi faktor utama menjadi pilihan,
Sebaliknya kecantikan dalaman menjadi kayu penyukur kebahagiaan.
Cantik di matanya bukannya selalu dilihat sebagai permata,
Sebaliknya cantik budi bicara seringkali dilihat sebagai mutiara.
Jadi jangan terlalu memilih rupa, 
Sebaliknya kenali hati budinya.
Bahagia itu milik semua, bukan seorang sahaja.
Ada sebab mengapa dan kenapa kelukaan itu terjadi,
Salah satunya kerna DIA ingin menguji 
Dan memberikan kebahagiaan yang hakiki.

Semoga dapat memberi pengajaran positif kenapa mereka yang pernah putus cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan