Mini cerpen : Bibah debab - 1 (edited version)


Cerita ni dah ada kat blog tahun 2012. Mungkin ada yang dah baca dan mungkin jugak dah tenggelam tak jumpa cari, jadi saya up ke atas balik. Ni kisah romantik komedi.. Hihi.. Santai je ceritanya.... 

“Weh korang... Aku ada cerita best nak kongsi."
"Heh! Dengar ni aku nak cerita, cerita hot pagi ni!” Gopoh – gapah Adlina menyerbu pantri yang sempit itu.
“Apa dia? Orang nak makan pun tak senang. Kau tu setiap hari ada cerita hot!” Sindir Mona yang sedang menikmati bihun goreng Kak Pah seberang jalan.
“A’aah.. kau memang kepoh!” Sambung Sherry pula. Mengiyakan kata-kata Mona.
Mulut Adlina memuncung. Putus angin nak bercerita tentang mamat tampan yang dilihat jalan beriringan dengan encik Murad tadi. Dia yakin, lelaki tampan itu adalah akauntan baru syarikat mereka.
“Menung pulak. Ceritalah cepat, apa yang hot sangat! Nanti bertambah hot jika Cik Maz menyerbu kat sini. Ada sepuluh minit lagi ni,” gesa Sherry sambil mengesat bibirnya. Habis gincu tertanggal.
‘Tak pe, sempat lagi sapu balik lepas ni,’ omel hatinya.
“Ingat tak nak tahu, aku nak simpan soranglah. Biar hang semua ternganga lepas ni!”Balas Adlina. Sakit hati dengan kata-kata sahabatnya itu.
Mona dan Sherry saling berpandangan. Saling menjungkit kening.
“Apa dia beb?” Soal mereka serentak.
Adlina memuncungkan mulutnya ke arah Habibah yang sedang makan.
“Apa kena mengena dengan minah debab ni pulak?” Soal Sherry hairan.
“Takut ada kena mengenalah, takut Bibah debab ni perasan pulak nanti. Bukan kau tak tahu, minah debab ni tercepat sangat perasan,” sinis suara Adlina menerobosi telinga Habibah yang enak menikmati nasi lemak.
Dipanggung wajah memandang tiga orang rakan sekerjanya. Apa salahnya yang sebenar sehinggakan mereka bertiga ni anti sangat. Suka mengata dan menyakiti hatinya. Mulut mereka tidak pernah manis. Dia tidak pernah kacau mereka pun. Selalu juga dia menolong mereka menyiapkan kerja. Tetapi buat baiknya tidak pernah dihargai malah mereka terus mengambil kesempatan di atas kebaikannya. Dia sebenarnya tak kisah sebab ada faedahnya juga. Dia dapat belajar tentang perkara baru. Bukan susah pun, sekadar ucapan terima kasih pun cukuplah, tanda pertolongannya dihargai.
Mata mereka bertiga terus tertumpu padanya, nasi lemak yang enak tadi terasa berpasir di dalam mulut. Habibah cepat-cepat menghabiskannya dan ingin berlalu dari situ. Dikontrolkan hati agar sentiasa tenang. Anggap saja kata-kata meraka bagai angin lalu. 
“Hmm sedar diri jugak minah ni. Ingat tak de perasaan, asyik nak menempel dengan kita je,” sinis suara itu, masih dapat didengari oleh Habibah yang melangkah keluar dari pantri. Pedih hatinya.
‘Sabarlah duhai hati, sabar tu kan separuh daripada Iman. Sudahlah Iman tu senipis kulit bawang, jika terkoyak sikit, bukankah rugi tu? Jangan peduli sangat dengan mereka tu. Jangan ambil hati sangat, orang perasan cantik dan angkuh ni bukankah selalu rugi? Bukankah akan mendapat setimpal dengan apa yang mereka kehendaki? Jadi kau jangan hirau sangat, buat-buat macam biasa je. Aku akan sentiasa beristiqfar agar diri kau tenang Bibah,’ bisik hati nuraninya.
Langkah kakinya dilajukan menuju ke meja kerjanya. Menurut Encik Murad hari ini akauntan baru akan masuk, a.k.a bos barunya. Harap-harap dia bukanlah jenis orang yang menilai luaran dari dalaman.
Di dalam pantri pula, Sherry, Adlina dan Mona masih lagi bergossip.
“Betul ke Ad? Hensem sangat ke bos si Bibah nanti?”
“Betul Hensem. Kalah Ashraf Muslim kau tu, Mona.”
Mona mencebik. “ Macamlah Ashraf Muslim tu pakwe aku, laki aku jauh sekali. Yang kau cakap macam dia aku yang punye apasal?” Getus Mona geram.
Hahaha.... Adlina dan Sherry tertawa galak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan