Mini cerpen : Kerna Kau 5


“Aku harap apa yang aku nak cakap ni, kau jangan salah faham pulak. Kata aku jeles dan dengkikan kau ya. Aku tak boleh dah nak simpan rahsia ni lama-lama. Takut meletup kat dalam hati aku ni.” Dalam senafas Fatma berkata-kata.
Dia sudah tidak boleh mengepung perasaan geram dan sakit hati apabila melihat kecurangan kekasih Aimi. Biar kena maki dengan Aimi pun dia sanggup. Tetapi untuk melihat BFFnya ditipu hidup-hidup, dia tidak sanggup. Biarlah, asalkan tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat yang ingin melihat kebahagiaan sahabatnya tertunai. Bukannya mendiamkan diri dan melihat sahaja kecurangan dan penipuan yang dilakukan di hadapan matanya.
Tidak. Dia bukan seorang yang pentingkan diri ataupun pemusnah kebahagiaan orang lain. Sebaliknya dia bahagia apabila sahabatnya bahagia.
“Apa dia? Berangan pulak minah ni,” Bebel Aimi. Tadi bukan main beriya-iya mahu bercerita, tiba-tiba senyap.
“Janji kau tak marah dan tuduh aku yang bukan-bukan tau,”desak Fatma lagi.
“Iya, takkan aku nak marah sahabat dunia akhirat aku ni. Yang sama-sama nangis bila susah, gembira bila senang. Apa dia cakaplah,” Desak Aimi pula.
Terhegeh-hegeh pulak minah ni, ngomel Aimi di dalam hati. Manakal Fatma gelisah. Nak cakap salah, tak nak cakap pun salah. Tapi sampai bila dia mahu melihat Aimi ditipu hidup-hidup.
“Semalam aku nampak Zaki.” Fatma terhenti seketika mengambil nafas sambil memerhati tingkah laku Aimi yang biasa-biasa. Pelik. Biasanya jika sebut je nama Zaki, wajah Aimi bertukar rona merah berseri-seri, tetapi kenapa hari ini lain macam. Tiada lagi wajah teruja ingin mengetahui kisah pak wenya.
“So?” Soal Aimi perlahan. Ditahan dengup jantungnya sendiri agar jangan keterlaluan. Fatma tidak tahu lagi kisah sebenar. Sebulan dia mengelak dari melepak bersama-sama dengan Fatma agar dia boleh mengubat laranya sendiri. Sedaya upaya dia berusaha mengubat hati yang terluka. Dia malu dengan Fatma kerana terlalu memperhambakan diri sendiri ketika berkasih dengan Zaki. Berkali-kali kawan baiknya itu menasihati agar jangan sesekali menunjukkan sayang dan cinta itu seratus peratus ketika bercinta. Jangan biarkan kekasih hati mengambil kesempatan di atas nama cinta. Tetapi dia buat tuli dan yakin, cinta mereka akan bersatu di dalam ikatan pernikahan. Keyakinan yang sia-sia yang hampir merangut separuh keyakinan dirinya. Dia terlalu malu mengenangkan kebodohan diri. Juga malu pada seorang sahabat yang sentiasa menjadi penasihat dan pendengar kisahnya.
“Aku nampak dia dengan perempuan lain dan aku yakin perempuan itu bukan adik ataupun kakaknya sebab aku kenal adik beradiknya,” Dengan senafas Fatma berterus terang.
“Mungkin itu kekasih barunya,” Perlahan Aimi bersuara.
“Kau tahu?” Fatma terkejut bukan dibuat-buat. Dikerdipkan matanya berkali-kali apabila melihat ketenangan Aimi di hadapannya.
“Jadi kau dengan dia?”
“Dah putus.”
“Bila? Aku tak tahu pun,” Soal Fatma kurang sabar.
“Sebulan lepas. Kami berjumpa di taman tasik. Semudah ABC dia cakap, dah puas dia paksa diri cintakan aku. Tapi tak jugak cinta dan setakat ni je kisah kita,” Makin perlahan suara Aimi.
Dan dia memang tidak mampu lagi mengenangkan kisah itu tanpa air matanya menitik. Sakit di dalam hati terasa berdenyut-denyut. Dia tak kuat. Dia bukan seperti Fatma yang senang bercinta dan senang putus tanpa memberi impak yang besar di dalam hatinya. Aimi menggigit bibir menahan rasa yang mencengkam hatinya.
Fatma terdiam. Hilang kata-kata. Ingat tadi mendapat semburan naga kerana membawa cerita buruk, rupa-rupa sebaliknya. dia terus merapatkan badannya dengan Aimi, dipeluk bahu sahabatnya.
“Sabarlah. Anggap ini sebagai ujian dari Dia. Aku yakin DIA telah tetapkan jodoh dengan lelaki yang lebih baik dari Zaki takkenangbudi tu. Aku yakin akan muncul seorang lelaki yang tahu menghargai kau,” Pujuk Fatma lagi. Sebak terasa di dalam dadanya. Sedih Aimi, sedihlah dirinya, gembira Aimi, gembiralah dirinya.
Tanpa mereka sedari seseorang yang dari tadi lagi leka memasang telinga menghampiri mereka. Lalu tangannya menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna biru.
“Tak guna menangis beriya-iya untuk seseorang yang bukannya menjadi milik kita. Simpanlah air mata itu kerana ada seseorang yang lebih berhak untuk ditangisi” Perlahan dia membisikkan kata-kata.
“Belajarlah mencintai diri sendiri dulu sebelum mencintai orang lain,” Usai berkata-kata, lelaki itu pun berlalu. Aimi langsung tidak mengangkat wajahnya, manakala Fatma terpegun seketika.
Kacaknya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan