Mini Cerpen : Kerna kau 6


“Termenung lagi. Apa pula masalah kali ni nya?” Soal Kak Jah sambil melabuhkan punggung di sofa sebelah.
Nasrul mengerling kakaknya yang tenang di sebelah. Dia kagum dengan ketabahan Kak Jah mengharungi kehidupannya. Tidak pernah kedengaran keluhan di atas ketidakadilan yang ditanggungnya. Airmata kakaknya hanya sekali dilihatnya. Itupun ketika dia diceraikan tanpa alasan kukuh, sehelai sepinggang bersama dua orang anak yang masih kecil. Sekali itu saja dilihat airmata kak Jah mengalir. Selepas itu di bibirnya sentiasa berukir senyuman walaupun dia tahu senyuman itu adalah senyuman luka.
“Kak, kau tak teringin nak kahwin lagi ke?” Soal cepumas tiba-tiba keluar dari bibir Nasrul. Tersedar dia terlajak kata, membuatkan dirinya terasa bersalah.
“Jika ada jodoh yang datang kak Jah takkan menolak,” Selamba jawapannya denga nada suara biasa-biasa. Langsung tidak tergambar keperitan yang pernah diharunginya.
“Kak tak serik ke kak?” Soal Nasrul ingin tahu. Rahsia hati kak Jah tersimpan ketat di dalam hatinya. Kak Jah tidak pernah mengeluh atau mengadu. Dia bangkit bertatih selangkah demi selangkah sehinggalah dia berada dalam kehidupan selesa seperti sekarang.
Kak Jah geleng kepada.
“Tak. Jika kak Jah serik ertinya kak Jah mempertikaikan takdir yang telah tertulis di dalam hidup kak Jah. Itu adalah ujian dari Allah s.w.t. Pernah juga kak Jah rasa perit dan rasanya tidak kuat untuk meneruskan kehidupan ini. tetapi mujurlah kak Jah cepat sedar. Ini adalah dugaan hidup kak Jah. Kak Jah yakin Allah s.w.t telah merancang hidup kak Jah seindah mungkin, seperti sekarang ni. Jika tak ditinggalkan dulu, pasti dunia kak Jah ceruk dapur je,” Jelas kak Jah panjang lebar.
Nasrul terdiam. selama ini dia kagum dengan semangat kak Jah. Ditinggalkan, dia bangkit dan terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi Hasilnya dia kini merupakan seorang pengusaha butik pakaian muslimah yang berjaya. Semuanya bertitik tolak dari peristiwa hitam yang dialaminya.
“Kenapa tanya.”
Nasrul meraup wajahnya. Teringat sikapnya yang sering bertukar pasangan. Bercinta tidak pernah lebih dari enam bulan setiap kalinya. Telah banyak kali gadis-gadis yang pernah menjadi kekasihnya datang merayu agar tidak ditinggalkan. Namun dia berhati kering. Sedikit pun tiada perasaan simpati. Gadis-gadis tersebut hanya layak menjadi kekasih di kala kesepian, bukannya calon sesuai untuk dijadikan suri hidupnya.
Tampak kejamkan? Itulah hakikat hidupnya. Namun apabila melihat dan mendengar keperitan yang dialami oleh Aimi, timbul kesedaran di dalam hatinya. barangkali begitulah kesedihan yang dialami oleh bekas kekasihnya. Pilu hatinya mendengar rintihan hati Aimi. Walaupun dia tahu, Aimi sedaya upaya berlagak tabah, namun apabila orang yang dicintai sepenuh hati berpaling tadah, sakit tidak mampu ditanggung. Mungkin mengambil masa berminggu-minggu ataupun sehingga bertahun-tahun.
“Perit ke kak kena tinggal ni.”
“Kau rasa perit tak bila kau tinggalkan awek-awek kau dulu,” Soal Kak Jah kembali.
Nasrul angkat bahu, sungguh dia tidak punya deria kesedihan. Sebaliknya dia merasa gembira apabila bebas dari kekasih-kekasihnya.
“Kau memang hati kering. Memang layak digelar playboy.”
“Rul… hati perempuan ni rapuh dan mudah tercalar. Sekali tercalar akan mengambil masa bertahun-tahun biarpun dia telah redha dengan takdir itu. Untuk pulih cepat, dia perlukan semangat dan tempat meluahkan perasaan. Orang perempuan ni, hatinya lembut apabila sentiasa disirami kasih sayang.”
“Ye ke kak? Jadi bolehlah hati yang luka itu sembuh jika aku berikan cinta dan sayang aku padanya,”
“Lain macam je kau ni? Kau nak sayang siapa pulak? Sudah-sudahlah Rul. Jangan nak permainkan hati orang lagi nanti terkena batang hidung sendiri baru tahu.” Kak Jah memberi nasihat.
Nasrul tersengih-sengih.
“Insaflah ni, sebab itu aku nak ubati hati orang dengan cinta dan kasih sayang aku yang banyak ni. Aku nak dia lupakan lelaki bodoh yang tinggalkannya. Aku mahu jadikan dia suri hidup aku dan aku akan pastikan dia bahagia apabila hidup bersama aku nanti,” Bersungguh benar Nasrul dengan kata-katanya.
Kak Jah menjungkit kening.
Nasrul tersenyum-senyum. Di dalam matanya terbias bayangan si dia yang terluka.
“Aku nak kau ajak Ayah dan Mak datang hujung minggu ni. pergi meminang dia untuk aku kak. Aku nak kahwin!”
“Hah! Kau jangan memain pasal kahwin-kahwin ni Rul,”
“Bila pulak aku main-main kak. Aku serius ni. Dalam masa tiga bulan aku mahu dia sah jadi isteri aku,”
“Dia? Dia tu siapa? Anak dara mana yang buat kau buang tebiat nih.”
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan