Mini Cerpen : Kerna Kau 7


" awak ni dah giler agaknya, mereng!" jerkah Aimi sebaik sahaja pemanggil memperkenalkan diri. Panas punggung apabila mengetahui tujuan tetamu datang bertandang. Buntang matanya, pekak telinganya apabila tetamu menyatakan tujuan mereka bertandang.
Nasrul terdiam, saat salam diberikan dan memperkenalkan dirinya, sebelum sempat bersuara lagi, dia terus diserang bertubi-tubi oleh Aimi. Nampak je lembut tetapi garangnya macam mak singa kehilangan anak. Terpaksalah dia menadah telinga mendengar cacian dan amukannya. Suara dari sebelah sana telah terhenti namun masih terdengar desahan nafas ditarik kasar.
"Kita tak kenal pun, awak ni dah putus fius ke" soal Aimi dengan nada tertahan. Dia tidak dapat mencari sebab kenapa dia dipinang oleh adik Kak Jah ini. Tak pernah mereka berbual mesra ataupun sebagai kenalan biasa.
Tadi dia telah menelefon kak Jah, mencari sebab kenapa dia disunting oleh keluarganya. Sedangkan wajah Nasrul samar-samar di dalam memorinya. Jika terserempak di tengah jalan, pasti dia takkan kenal.
“Kak Jah kenapa?”
“Kak Jah pun tak tahu Aimi. Tetapi kak Jah boleh jamin Nasrul akan menjadi suami terbaik Aimi. Bukan Kak Jah hendak memuji dia sebab dia adik kak jah, tetapi apabila dia cakap kat Kak Jah minta mak ayah datang dan pergi merisik Aimi, kak Jah tahu dia betul-betul serius.”
“Iya saya tahu. Tetapi kenapa dia pilih saya sedangkan kami tak pernah bercakap ataupun bertegur sapa. Jumpa kat tepi jalan pun confirm saya tak kenal dia, kak”
“Itu Aimi kena tanya dia sendiri. Aimi kena sedar jodoh dan maut rahsia Allah s.w.t. Dia telah atur sebaik-baiknya untuk kita. Cuba Aimi fikir kenapa selepas Aimi berpisah dengan kekasih Aimi dulu, Kak Jah tergerak menegur Aimi dan mengajak Aimi ikut Kak Jah balik. Dan di rumah kak Jah Aimi terjumpa dengan Nasrul yang kebetulannya baru terputus hubungan dengan kekasihnya. Bukankah jika Aimi renungkan kembali, Allah s.w.t telah susun kehidupan Aimi dengan cantiknya. Pertemuan itu telah membuka pintu hati Nasrul. Dulu bukan main liat lagi soal jodoh ni. Tetapi apabila tengok je Aimi, hatinya tergerak ke arah itu.”
“Tapi kak…”
“Tak ada tapi-tapi lagi Aimi. Jika Aimi inginkan kepastian lagi, tanya Nasrul sendiri dan buat solat istikharah.”
Aimi terdiam.
Beberapa minit selepas panggilan itu, Nasrul menelefonnya dan dia terus menyerang.
“Dah habis?” Soal Nasrul setelah beberapa minit Aimi terdiam.
“Untuk soalan awak tu, Hanya DIA yang tahu. Kerna DIA yang gerakkan hati saya dan menyatakan awaklah jodoh saya. Soal jodoh saya serah pada-NYA. Saya sujud di depan-NYA dan memohon agar DIA berikan petunjuk kepada saya. Melihat awak menangis di hadapan kawan awak seminggu lepas, menguatkan lagi hati saya. Saya hendak lindungi awak. Sayangi awak sehingga awak tidak terasa sedih sedikit pun. Saya hendak bersama-sama awak mengejar bahagia dunia dan akhirat. Membesarkan dan mendidik anak bersama-sama.”
Aimi terkedu. Jawapan itu mengharukan hatinya. Jawapan itu bagaikan menangkis perasaan sebal tadi.
“Saya mahu tua bersama-sama awak. Perasaan itu mula terdetik apabila saya jumpa awak di sini. Rumah kak Jah. Sejak itu juga, saya tawar hati untuk keluar dengan kawan-kawan perempuan saya. Hati saya merasakan, sudah sampai masanya saya berubah dan mempunyai komitmen.”
“Cukup tak penjelasan saya tu?” Ada awak nak soal lagi?”
Air mata Aimi tanpa sedar menitis. Terharu. Semalam ditinggalkan hari ini Allah s.w.t telah hadirkan seorang lelaki yang terbaik untuk dirinya. Siapa dia mahu menolak takdir ini?
“Terima kasih.” Aimi menahan sebak. Nafas ditarik panjang sebelum berkata-kata lagi.
“Terima kasih kerana memilih saya.”
Tut....tut..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan