Benci tapi Suka, lafazkan sebelum terlewat

Hai...hai... nie cerpen lama... telah ada posting separuh sebelum ni n ada orang komen tak boleh baca.... Saya terlupa sebenarnya, cerpen ni dalam blog peribadi yang telah di-private-kan.... Jadinya saya post kan semula di sini sepenuhnya...... Jemput baca semua.....:D



Aku menyampah melihatnya. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Lebih-lebih lagi kalau menyendeng dekat perempuan. Tersengih-sengih, kemudian berbisik-bisik dan kedua-duanya ketawa dengan mendayu-dayu. Ketawa gatal. Nampak muka pun memang jantan gatal plus miang plus perasan hensem plus ulat beluncas plus mangkuk ayun. Kenapalah dia selalu menyemak di hadapanku. Kenapa tidak tempat lain. Meja yang berhadapan dengan meja aku juga yang menjadi portnya.

Aku cuba memberi tumpuan pada kerja yang sedang aku lakukan ketika ini. Ini lagi satu cashflow ni dari tadi lagi tak balance - balance. Telah lima kali aku semak tetapi tetap juga baki tunainya pada akhir tahun tak gak sama dengan balance sheet. Bukan banyak mana pun lima puluh ringgit je. Kat manalah yang shock nya. Ni yang leceh ni, kalau buat audit penyata kewangan, cashflowlah yang paling-paling lama mengambil masa. tak pernahnya sekali buat terus balance. Benci plus menyampah. Nombor-nombor pula seakan-akan menari-nari di atas kertas, mengejek sebab telah hampir 2 jam aku cuba menyelesaikan, namun tetap juga tak tally-tally.
Ok..stop...i need the fresh air. Baik aku pergi pantri buat air. pastu pergi ambil angin kat luar jam. Waktu petang-petang macam ni memang otak menjadi tepu. Kerja remeh pun menjadi kerja berat-seberatnya. Rasa macam pikul seguni kertas pula di atas bahu. tanpa mempedulikan sesiapa, aku terus keluar turun ke bawah. Bukannya dapat udara segar tetapi kebisingan, Biasalah apabila pejabat terletak di tingkat atas sebuah kompleks membeli belah yang terkenal di negeri pantai timur ni, Inilah jamuan mataku yang letih dengan angka-angka dan nombor-nombor ni. Sengaja aku memilih kata-kata yang berulang kali untuk menggambarkan sememang-memangnya aku telah letih dengan nombor-nombor ini plus letih melihat gelagat miangnya.
Lama mataku menjamu selera dengan pelbagai gelagat manusia di kompleks membeli belah ini. Hairan juga ya, di sini tidak pernah sunyi. Sentiasa ada pengunjung dan pembelinya. ternyata rakyat Malaysia ini kaya-kaya semuanya. Aku tersenyum sendirian, kalau akulah banyak window shopping dari shoppingnya. Itu pun membeli dalam bajet tertentu. Jika tiada bajet, tak adalah aku buang duit begitu je. Mata terus merayap ke segenap sudut yang boleh dijangkau sehinggalah aku terpandang dia yang sedang bersandar di sisi sambil memerhati tingkahku. Entah bila mamat miang ini berada di sini. Mata tu langsung tak control, aku cungkilkan baru tau...bebelku di dalam hati.
Dia tersenyum sinis. Sengaja mahu menyakiti hatiku. Aku menjeling tanpa ingin menegur seperti selalu, aku seolah-olah di dalam duniaku sendiri tanpa ada sesiapa.
“Dah puas jamu mata? Buat cashflow tak pernah nak tally... Aku mahu review file tu hari ini. Esok aku outstation. Buat cepat” Suaranya tegas dan terus berlalu melintasiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan