Khamis, 24 Disember 2015

Sempena kelahiran Rasulullah s.a.w, (biodata )


Copy dari group keluarga besar saya ( keturunan Pak ngoh hamad)
Assalammualaikum
Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya..
Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.
Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.
Bangsa :
• Arab Quraisy
Agama :
• Islam
Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.
Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.
Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].
Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.
Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.
Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.
Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.
Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.
Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.
Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.
Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.
Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].
Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].
Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.
Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.
Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.
Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.
Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.
Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم
Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.
Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].
Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.
Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.
Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].
Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]
Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.
Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.
Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.  
Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”
Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Khamis, 10 Disember 2015

Kuih kelantan:cek mek molek

Cek mek molek ni pun semalam jugak saya buat. Jadi encik suami ada pilihan, tak nak makan Spaghetti boleh makan cek mek molek.
Bahan-bahan
2 ketul ubi keledek direbus (masukkan sedikit garam ketika merebus) dan dilenyek
1 cawan tepung gandum
Gula
Cara masak
Campurkan ubi yang dilenyek dengan gandum. Uli sehingga sebati. Lembik sedikit adunan tersebut. Terpulanglah nak tambah gandum sikit lagi pun boleh tapi saya suka rasa ubi banyak dari gandum.
Lembik kan nak buat bulat-bulat panjang tu.
Tip dia, celup hujung jari dalam minyak masak, kemudian baru cubit aduan tadi, barulah adunan tersebut tidak melekat kat tangan. Buat bulat-bulat panjang. Kemudian lemperkan dan letak 1 sudu kecil gula ditengah-tengah. Tutup gula tersebut dan uli-uli dengan tapak tangan agar gula tak keluar.
Panaskan minyak dan sedia untuk menghitung.
Sedia untuk dimakan.
Ringkas dan senang.

Masakan simple; spaghetti goreng sardin.

Semalam tak tahu nak masak apa. Saya pulak on diet. Ikram sama sekali tak nak makan nasi, tapi spaghetti dia makan. So dalam malas kena masak jugaklah. Yang paling senang dan cepat serta berkhasiat.
Bahan-bahan
Spaghetti yang telah direbus da n diri akan airnya (saya buat untuk 2 orang makan)
1 biji bawang besar dipotong kecil or dadu
2 sudu besar kicap
2 sudu besar dia cili
Sayur campur (yang ni terpulang nak masuk banyak mana)
2 ekor ikan sardin (saya guna ikan sardin dalam tin ADABI) hancurkan.
Minyak zaiton untuk menumis.
Cara masak,
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga naik bau dan nampak kekuningan.
Kemudian masukkan sayur campur. Kacau dalam beberapa minit.
Masukkan kicap dan sos cili. Kacau rata beberapa minit.
Masukkan sardin yang dihancurkan tadi serta sos ikan sardin tu sikit.
Kacau dalam 5 minit kemudian masukkan Spaghetti. Kacau rata dan sebati.
(Tak perlu bubuh garam atau gula, sebab dah secukup rasanya. Nak pedas, boleh Masukkan cili burung yang dipotong)
Sedia untuk dimakan...
Senang je kan..

Isnin, 30 November 2015

Homemade Pizza yang sangat sedap (yummy)

Entri ini saya tulis semalam, tak sempat nak siapkan maka hari ini baru posting)

Ahad yang sejuk.. hujan baru sahaja berhenti di bumi Nusajaya ini.
Pizza ni saya buat jumaat lepas. Hanya 2 cawan tepung gandum saya dapat 6 biji pizza saiz sederhana. Wah lumayan jimatkan. Kalau buat frozen boleh 6 kali makan. Hehe..
Adik saya datang petang jumaat tu. Rezeki dia sekeluarga.
Simple je resepi pizza ni. Saya dapat resepi dari perkongsian dalam facebook. Cuma kena rajin try buat je. (saya modified ikut selera dan bahan-bahan yang ada dalam dapur saya)

Kulit pizza
2 cawan gandum
2 sk. Yis segera (bancuh dalam air suam, biarkan dalam 5 minit)
1 sk garam
1 sb gula
2 sb susu tepung
3 sb minyak masak
1sk soda bikarbonat
1/2 cawan air suam
Campur semua bahan tadi. Uli2 jadi doh dan tak melekit pada tangan. Tutup dengan kain basah dalam sejam

Topping
3 keping daging burger digoreng dan dipotong2 kecil
5 batang sosej dipotong2 bulat
Cheese
Kiub nanas dalam tin
Mixed Vegatables

Sos pizza
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis.
Daun Oregano kering
-panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato dan cili. Kacau2 sehingga sebati. Kemudian masukkan buah tomato, garam dan gula (secukup rasa) dan oregano.
-Sejukkan.

Bila semua dah siap, bolehlah canai doh dan buat pizza. 



Khamis, 19 November 2015

DIY RECYCLE BOTTLE

Okeh.. ini percubaan pertama saya. Comot dan tak berapa nak kemas lagi... susah tul nak gam tali kat botol tu.. so jadilah comot dengan gam. Saya lupa amik picture botol kosong dulu....
Tang...
Tang...
Practise make perfect kan?.
First time buat... banyak kekurangan lagi ni.
Chaiyok....
Pasu dah ada...
Kena buat bunga pulak...

Isnin, 9 November 2015

Aiskrim batang

Haaa...
Rasanya ada entri sebelum ni sata cerita pasal aiskrim batangkan?
Aiskrim orang kampung
Aiskrim bajet
Dan tentu sekali puas hati makan.
Satu jug air bandung (1 liter) saya dapat 8 batang. Kopi susu pun sama jugak.
Last sekali aiskrim kacang hijau. Ambil masa sikit sebab saya kena masak bubur kacang hijau ( buat manis sikit) kena tunggu sejuk then blender. Barulah sesi buat ais krim. Alaaa.. beli je plastik aiskrim panjang tu.
Aiskrim kopi susu permintaan suami.
Aiskrim bandung, saya nak makan
Tapi gerenti orang lain yang habiskan aiskrim ni.
Aiskrim kacang hijau memang selalu saya buat.
Anak saya suka aiskrim. Selamat tanpa bahan pengawet.

Mamee goreng sedappp

Okeh.. ni cerita 2, 3 hari lepas.
Tak tahu nak masak apa kat Incik Suami. Biasanya Incik Suami tak makan nasi malam. Jadi bukaklah kabinet dapur dan nampk mamee chef.
Jadilah mamee goreng lontong chef.
Alaaa... tak susah pun
1 bijik bawang merah dan putih (diracik halus)
1 sudu besar cili boh
Carrot dipotong memanjang
Sedikit isi ayam (ikut suka nak letak seafood pun boleh)
Sedikit minyak untuk menumis
Perencah mamee
Mamee direndam dalam air panas, bila lembut, toskan. Sekejap je. Lembut sangat tak sedap pulak.
Tumis bawang + cili boh. Kemudian masukkan ayam. Kacau sekejap kemudian masuk carrot.
Lepas tu masuk perencah mamee. (Terpulang ats selera, nak masuk semua boleh, separuh boleh) sebab kalau masuk semua takut termasin plak.
Kacau dan last sekali masukkan mamee. Kacau rata... tadaaaa siap boleh makan.

Cantik itu sihat, lemon detox

Yup....
Saya tahu semalam saya tak update blog..
Nak update tapi perangai suka tangguh jadi lah terlupa. Pluss penat.
Okey.. siapa suka lemon?
Si kuning yang cantik..
Dalam FB saya, ramai teman yang share kebaikan lemon ni. That true. Lemon is awasome, briliant. Banyak kegunaan dan kebaikan.
Buah yang wajib ada kat dalam peti ais.
Apa saya buat..
Air lemon. Detox. Sehiris je. Jadikan air minuman..
Segar dan menyegarkan.
Nah ni dia. Masuk dalam peti ais. Minum suam pun okeh..
Orang kata minum selepas bangun tidur setiap pagi, banyak manfaatnya.

Isnin, 19 Oktober 2015

Homemade jeruk betik

Saya suka makn jeruk.. asam-adam ni.. jadi bila balik penang, saya tak pernah miss pergi shopping kat jeruk madu pak ali...
Sekarang ni dah lama tak balik kampung, jadi lama dah tak de stok jeruk..
Hari sabtu lepas keluar ada beli betik mengkal.. jadi buatlah experiment skit.
Jeruk betik..
Bahan-bahan yang saya gunakan
Cuka epal
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Asam boi..
Nak pedas masukkan cili.
Kupas je betik dan potong. Kemudian rendam dalam air garam kejap..
Toskan dan satukan dengan bahan-bahan di atas..
Masuk dalam balang atau tupperware biarkan semalaman..
Dah boleh makan..
Tiada bahan pengawet..

Ahad, 22 Mac 2015

Spaghetti goreng simple

Sudah lama saya tak up makanan kat sini kan?
Jadi hari ni saya up, masakan yang senang dan simple...
Ni homemade dan resepi pun campak-campak ya
Asalkan sedap rasa lidah saya.. **winks**

Bahan-bahan

Spagetti 
Daging kisar
2 ulas Bawang putih (ditumbuk @ dipotong halus)
2 ulas Bawang merah (ditumbuk (@ dipotong halus)
1 batang carrot saiz sederhana (dipotong memanjang, saya parut macam nak buat kerabu tu) 
1 biji tomato (dipotong dadu)
Minyak Zaitun untuk menumis
Garam dan perisa secukup rasa (lada hitam tumbuk @ sos lada hitam)
Herba itali 
Cara-caranya

1. Spagetti di rebus, masukkan sedikit minyak, toskan dan biarkan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging kisar, agak-agak dah masak masukkan tomato dan carrot. Kacau sehingga sebati  
4. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa (saya guna pati ayam knor) Lada hitam @ sos lada hitam (saya tak masukkan sebab nak bagi si comel saya makan) secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan Spagetti yang telah direbus tadi. 
6. Kacau seketika biar sekata rasanya.
7. Siap untuk di hidang.  


Nota kaki : 

Saya bukan pandai sangat masak. Tak juga rajin sangat masuk dapur pun sebab letih selepas seharian kerja. Lagipun saya PJJ dengan Mr Hubby saya. Jadi bila hujung minggu dan ada orang kat rumah baru saya masak. Tu pun rasa kekok bila pegang senduk.. ahaks.. 

Dan thanks to Mr Google yang banyak bantu saya. Ada yang resepi saya dapat saya ikut bulat-bulat dan ada yang saya modified ikut bahan apa yang ada kat dapur saya (macam resepi ni lah) 
Sebenarnya tak susah pun masak.. asal nak je.. 

Dan saya sebenarnya suka masak.. 

Sebab : 
  • Menyihatkan
  • Mengeratkan hubungan kan kan nak tawan hati suami dan anak-anak kenalah kenyangkan perut mereka dengan makanan kasih sayangkan? (walaupun Mr Hubby saya lebih terror masak dari saya)
  • Baik untuk orang yang nak berdiet. sebab boleh kawal kalori yang diambil.