Tunggu Awak Datang- Bab 12




“Pelik dengan awak ini. kenapa pula tertarik dengan saya. Sedangkan lelaki-lelaki lain tidak sedikit pun mahu memandang orang yang kolot dan ulat buku seperti saya ini, membosankan. Awak pulak tentunya boleh menarik perhatian wanita-wanita cantik untuk didampingi”. Jelas Auni. Kelakarkan? Orang yang kacak macam Aazad, hendak berkawan dengan orang biasa-biasa sepertinya. Tidak sesuai langsung.

“Cantik di luar tak semestinya cantik di dalam. Mungkin seribu kali lebih buruk. Dan nampak kacak atau tampan pun tak semestinya akan tertarik kepada yang cantik sahaja. Percaya atau tidak andai saya katakan saya tak tertarik pada yang cantik. Tetapi saya tertarik pada yang natural beauty seperti awak”

Wajah Auni mula memerah. Biar betul lelaki ni, hendak mengorat aku ke apa? Ingat senang ke hatinya terjatuh tergolek dengan kali kedua pertemuan ini, sinis hatinya berkata. Dia membuang pandang jauh ke depan. Namun begitu, dia merasa segan juga melihat lelaki di sebelahnya. Pandai bermulut manis. Tentunya biasa memikat gadis-gadis jelita dengan kata-katanya yang manis,komen hati kecilnya lagi.

“Hari ini awak bermulut manis sangat. Terlebih makan makanan manis ke gula tadi”tempelak Auni.

Aazad ketawa besar. Lurus dan berterus terang. Bunga di dalam hatinya kian berbunga. Aazad tidak terasa dengan kata-kata berupa sindiran itu. Dia pun terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya sendiri. Sedangkan selama ini tidak pernah sekali pun dia memuji atau memujuk rayu gadis-gadis cantik seperti yang dikatakan oleh Auni.

‘Apa sudah jadi dengan aku ni! Jaga-jaga.. ini bukan seperti yang kau fikirkan. Bukan kehidupan kau kehendaki.’ Marah hatinya.

“Kita bet, jika kau boleh buatkan minah yang duduk hujung sana tu jatuh cinta dengan kau, aku kasi sepuluh ribu.”

“Aku tambah lagi, jika kau dapat buatkan hilang tudung di atas kepala tu, dua puluh ribu.”

Dia menggeleng kepala. Gilerr... mana aku pernah pikat perempuan. Lagipun, bagilah perempuan yang senonoh sikit. Perempuan kampung tu?

“Perempuan kampung tu?”

“Aku yakin, dia akan jatuh cinta dengan aku!”

Keyakinan itulah membuatkan dia melangkah menghampirinya. Gadis mana akan menolak apabila datang seorang lelaki kacak ingin berkenalankan?

Bibirnya terus tersenyum kacak. Apatah lagi mengingati perbualan dengan kawan baiknya tempoh hari.

“Kalau wanita lain tentu sahaja suka mereka di puji. Tetapi awak tidak.” Aazad tetap bersahaja berkata-kata, seolah-olah dia telah biasa menuturkannya. Sedangkan terdapat peperangan hebat di dalam hatinya. Dengan Auni, telah muncul sisi barunya yang tidak dijangka wujud di dalam dirinya selama ini. Serta merta hatinya akui, bahawa hatinya bukanlah songsang, malah normal seperti lelaki lain. Tapi egonya tidak akan sesekali akui.

“Eh tentulah. Bukan ke pelik. Baru 2 kali kita berjumpa dan berbual. Terus saja saya dipuji-puji sedangkan awak belum lagi mengenali siapa saya ni.”.

“Sebab itulah saya ingin mengenali diri awak dengan lebih dekat. Hati saya menyatakan awak seorang yang ditakdirkan untuk saya,” hebat kata-kata yang melunjur laju keluar dari bibirnya. Tidak tahu dari mana dipelajarinya. Seronok pula karektornya ini, tak sia-sia dia menyahut cabaran itu. Ada rasa ingin mengenali Auni dan menghabiskan masa bersama-samanya. Tapi.... bukan seperti yang kawannya harapkan. Cabaran tetap cabaran.

Berdiri bulu roma Auni setelah mendengar kata-kata Aazad itu. Ishhh giler. Hilang akalkah mamat ni? Ada rasa takut mula menapak di hatinya. Lelaki KL ada pelbagai rupa, jangan disangka yang nampak baik itu, memang baik dan yang nampak jahat itu memang jahat. Oleh sebab itu, dia perlu lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan lelaki kota ini. Mana tahu ini adalah perangkap. Auni mengingatkan dirinya sendiri.

“Kenapa? Tentu awak hairan dan pelik kan?”

Auni mengangguk-angguk dan berlagak tenang padahal di dalam hati, dia gelisah. Takut pun ada.

Lalu Aazad terus bercerita. “Setiap hujung minggu saya selalu melihat awak dari jauh. Mula-mula saya terperasankan awak, saya ingatkan awak tengah menunggu seseorang. Lama saya perhatikan sehingga awak beredar dari sini. Begitulah setiap hujung minggu saya pemerhati setia. Hampir 5 bulan saya perhatikan. Tiada sesiapa yang mendekati awak. Saya jadi pelik lalu saya mengambil keputusan untuk berada dekat dengan awak. Hampir 5 kali saya berjalan dihadapan awak, duduk di sebelah awak, namun awak tak terusik pun dengan kehadiran saya, juga orang- orang disekeliling. Seolah-olah awak berada di dunia awak sendiri. Terasing dan sendirian.”

“Awak ni tak ada kerja lain ke selain mengintip saya. berdiri bulu roma saya nih.” Tegas Auni. Siapa yang tak takutkan? Dalam diam rupanya menjadi perhatian seorang lelaki. Bagaimana jika dia berniat jahat?

Aazad senyum. Sedikit pun tidak mengambil hati. Niatnya berterus terang agar Auni tidak salah faham dengannya nanti. Harapannya agar persahabatan yang dimulakan dengan sikap berterus terang dan ikhlas ini akan mengikatkan hati mereka agar bersahabat dan seterusnya dia dapat memengaruhinya.

“Jika saya berniat jahat, tak adalah saya datang dengan baik mahu berkenalan dengan awak. Tak ada saya berterus terang macam ni. Baik saya terus intip awak dan ngap awak je. Tapi saya tak buat semua itukan? Saya datang hulurkan salam perkenalan kan?” Ujar Aazad. Matanya tepat memandang wajah Auni sehinggakan dia terpaksa melarikan matanya.

Ada getaran asing menerjah. Ada malu menguasai dirinya.

“Saya bukan seorang gadis yang mampu menarik perhatian lelaki seperti awaklah,” Sangkal Auni lagi.

Aazad ketawa kecil.

“Itu kata awak. Tapi hati saya kata lain plak. Macam yang saya cakap tadilah. Jadi jangan terlalu merendah diri sangat. Lelaki macam saya ni sudah muak melihat kecantikan plastik. Sikap tergedik-gedik penuh kepura-puraan itu. Saya lebih suka gadis macam awak. Buatkan saya menjadi diri saya sendiri,” ayat demi ayat yang direka mula mencambahkan kepercayaan di dalam diri Auni.

‘Pandailah dia nak ambil hati aku ni; Omel Auni di dalam hati. Boleh percaya ke tak ni.

Aazad menggelengkan kepalanya, dia dapat menangkap ada maksud tersirat di sebalik pandangan Auni itu.

“Kita kawan dan lama-lama nanti awak akan dapat menilai sendiri.” Putus Aazad

Hmmm Auni tersenyum. Teringat deria rasa ke enamnya yang merasakan sesuatu yang mengekori apabila berada di taman ini. Patutlah dia merasakan ada seseorang yang memerhatikannya, namun perasaan itu diketepikan. Baginya dia tidak mengganggu orang dan orang tentunya tidak akan mengganggu dirinya. Dia tidak menafikan kata-kata Aazad itu. Memang dia begitu. Tidak hiraukan sekeliling. Dia asyik dengan dunianya sendiri. Tapi tak sangka pula ada orang yang terprihatin.

“Jadi tentunya awak pun lepak juga macam saya. Sempat lagi perhatikan saya. 5 bulan itu lama. Dan awak tidak ada kerja lain ke?” Auni mengalih soalan kepada tentang diri Aazad pula. Sejak tadi asyik bercerita pasalnya, dia sudah naik segan.

Aazad menggelengkan kepalanya. Memerhatikan Auni yang semakin selesa berbual-bual dengannya membuatkan hatinya merasa seronok. Dia mengharapkan apa yang dirasakan ini berkekalan dan Auni akan menjadi sahabatnya. Ini merupakan pengalaman baru buat dirinya. dan dia mahukan keadaan ini berterusan selama-lamanya. Diakui di dalam hati, rupanya mencari keseronokan tidak perlu ke kelab malam, tidak perlu melepak di pub sehingga awal pagi. Cukup dengan ditemani dengan seorang sahabat yang ikhlas berkawan tanpa meminta balasan. Aazad memandang lagi wajah Auni. Ingin dirakam di dalam memorinya pertemuan hari ini adalah bersejarah baginya. Kedamaian yang hilang seolah-olah mula kembali di dalam hidupnya.

“Ini tempat saya. Awak dah lupa ke, saya tinggal area sini. Lagipun tempat kerja saya atas sana,” beritahunya sambil dia menunjukkan menara berkembar petronas itu.

“Oooooh..begitu.” Auni tidak terkata apa-apa walaupun dia merasa sedikit cuak. Fikiran Auni tidak lepas-lepas memikirkan fakta yang baru didengari tadi, jadi selama ini dia sering diperhatikan dan patutlah dia bagaikan terasa ada mata memandang. Sangkanya itu hanya perasaannya sahaja rupanya apa yang naluri ke enamnya rasa, betul. Lainkali dia tidak akan mengambil mudah tentang naluri keenam itu lagi. Bukan apa sebagai langkah keselamatan. Mujurlah orang yang memerhati dan mengintipnya mempunyai niat ikhlas. Kalau ada niat sebaliknya, nauzubillah... mintalah dijauhkan.

“Jom kita duduk di sana boleh minum-minum, makan-makan ke” ajak Aazad

“No, thanks. Saya dah bawa air mineral ni. Lagipun sebelum datang saya dah makan. Perut masih lagi kenyang”

“Kalau awak nak pergi minum. Pergilah”

“Nop..jika awak tak ikut. Saya ingin berbual-bual lagi dengan awak. Saya ingin kenal lebih mendalam tentang awak” terang Aazad.

“Hmmmm..awak dah makan?” Soal Auni pula. Aazad mengelengkan kepalanya.

“Kalau macam itu, jom saya temankan awak makan dan berbual. Ok?”Putus Auni. Kasihan pula dengan lelaki ini. Apa salahnya dia temankan. Lagi pun tempat ini semakin dibanjiri oleh orang ramai.



Aazad tersenyum senang mendengarnya. Lalu mereka berjalan beriringan menuju ke Suria KLCC untuk menjamu selera. Sengaja dia memilih tempat yang tersorok sedikit supaya senang mereka berbual-bual tanpa gangguan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan