Tunggu Awak Datang- Bab 2




“Hello...hai ke London ?” Soal seorang pemuda cina yang boleh tahan kacaknya. Sekali tengok seperti Alex Yong, pelumba formula satu negara.

Aazad mengangguk sambil tersenyum. Ketika ini dia tiada hati ingin berbual-bual namun nalurinya pula mendesak supaya melayannya. Sekurang-kurangnya orang tidak cop dia seorang yang sombong. Lagipun untuk memulakan hidup baru dia juga perlukan teman baru.

“Ya.”

“Samalah kita.” Kemudian dia ketawa. Lucu dengan soalan sendiri sedangkan mereka memang berada di dalam kapal terbang menuju ke London.

“Belajar ke bercuti?” Soal pemuda itu lagi setelah reda tawanya. Hatinya telah mula sukakannya. Tak sangka pula pemuda yang ditenung lama di dalam balai berlepas tadi kini berada di sebelahnya. Jadi kesempatan ini tidak patut dilepaskan begitu sahaja.

“Belajar, awak?” Balas Aazad.

“Belajar dan juga kerja. Dua dalam satu,” Jawab pemuda itu penuh makna.

Aazad mengangguk.

“Saya Ronny, awak?”

“Aazad.”

Ronny menatap wajah Aazad penuh minat. Susuk tubuh tinggi dan kurus memang menepati seleranya. Ditambah pula wajah kacak yang sekali imbas seperti peranakan arab melayu itu memang diminatinya. Dalam diam hatinya tersenyum. Ada agenda tersembunyi di dalam hati. Jika dilihat dari raut wajahnya, dia tahu Aazad masih lagi berusia belasan tahun dan tentunya mudah baginya menggoda anak muda ini. Senyumannya kian lebar.

Aazad memandang ke luar jendela kecil kapal terbang yang membawanya jauh dari tanahair. Awan yang terapung-apung di udara kelihatan amat cantik. Adakah hidupnya akan secantik awan-awan tersebut. Terapung-apung di udara, dihanyutkan oleh angin panas yang menghangatkan hari-harinya. Aazad hilang di dalam lamunannya. Dirinya bagaikan awan yang terapung-apung itu. Kadangkala terpisah daripada kumpulan awan yang besar dan meneroka alam yang luas sendirian. Begitulah dirinya, terapung-apung sendirian mencari arah kehidupan.

Tanah air sayup-sayup ditinggalkan di belakang. Dia tidak ingin menoleh lagi walaupun sesekali senyuman dan tawa Nadia menghiasi memorinya.

‘Maafkan abang Nad. Perginya abang bukan bererti abang tak sayangkan Nad. Abang pergi kerana menuntut ilmu bukan sengaja tinggalkan Nad.’

‘Suatu hari nanti abang akan kembali.’ Bisik hati kecilnya.

“Hey.. awak okey” Soal lelaki yang bernama Ronny itu.

“Tak payah nak sedih-sedih. Sampai je di kota London, saya akan buatkan awak melupakan kesedihan tu, saya yakin awak akan gembira nanti.” Pujuk Ronny prihatin.



Aazad memaksa bibirnya menarik senyum. Payah di kala hati rawan. Tanpa Aazad sedari keprihatinan rakan baru itu bakal mengubah kehidupannya seratus peratus. Keseronokan yang dijanjikan membuatkan dia hilang jati diri dan pegangan agamanya. Dia sesat di dalam syurga duniawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan