Tunggu Awak Datang- Bab 9



“Assalamualaikum....” Auni memberikan salam sambil tangannya membuka grill pintu. Di pandang ke dalam rumah, kelihatan tiga orang rakan serumahnya santai mengadap televisyen. ‘Aik tak keluar dating ke diorang ni,’ desis hatinya. Biasanya, ketika ini, jangan harap hendak melihat muka mereka tercongak di depan televisyen ni. Kalau jam tidak berdetik pukul dua belas malam, kirim salamlah mereka sampai di rumah.
“Lewat kau balik? Pergi mana?” Soal Zura. Mulutnya tidak henti-henti mengunyah twisties.
“Biasalah... lepak-lepak di taman KLCC. Korang awal balik hari ni. Kalau tak jangan harap nak nampak batang hidung masa-masa ni,” Soal Auni sambil meletakkan begnya di tepi dinding.
“ Aku rasa boring pulak keluar hari ni sebab itulah balik awal,” jawab Syakila.
“Eleh cakaplah ko tengah bergaduh dengan pak we kau,” ejek Nadira.
Syakila menjeling sambil mendengus geram. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, hatinya sentiasa panas. Ada saja benda yang tak kena pada matanya. Semuanya menyakitkan hati.
“Dah tahu buat apa tanya lagi. Sakit hati aku dengan mamat sekor tu. Lembap,” Bebel Syakila. Sakit hati mula bertapak di dalam hatinya. wajah-wajah kawannya di pandang sinis.
“Apa hal pulak kali ini? Soal Auni prihatin.
Macam-macamlah diorang ni. Makin dekat hari nak langsung makin kerap bergaduh. Bergaduh-gaduh sampai tempiasnya terkena orang lain. Syakila ni, jik bergaduh dengan pak we merangkap tunangnya, tak sah kalau tidak menghempaskan pintu dan menjerit-jerit marah. Macam orang kerasukan hantu pun ada juga. Macam ni punya orang pun ada. Tahan jelah sebab tinggal serumah.
“Sejak dua minggu lepas aku suruh pergi buat kad kahwin, boleh dia jawab... Abang terlupa yang.. esok abang pergi tempah ya.” Syakila membuat mimik muka geram.
“Kalau terlupa sekali tak apa lagi, hari ni masuk tiga kali tau. Bila aku ajak pergi dia cakap tak apa. Pasal kad ni biar dia uruskan,” Cerita Syakila.
“Sebab sikap dia yang asyik bertangguh-tangguh ni membuatkan aku terfikir, dia ni macam nak tak hendak je kawin. Kalau tak hendak cakap awal-awal. Senang cerita,” Cerita Syakila lagi dengan penuh emosi.
Auni, Zura dan Nadira diam mendengarnya. Suara Syakila pun sudah kedengaran serak-serak.
“Kakak aku cakap. Apabila semakin hampir hari kita rancang nak kawin ni macam-macam perasaan datang tau. Ada-ada je yang tak kena. Kadang-kadang tu timbul perasan menyesal dan takut dengan pilihan sendiri. Masa tulah hati bersoal jawab, betul ke lelaki ni nak dijadikan suami aku, boleh ke dia jaga dan sayang aku. Berikan kesenangan pada aku ni. Macam-macam perasaan syaitan dok cucuk dalam hati kita. Yalah apabila seorang anak adam berkahwin, maka kalahlah dia. tak ada lagi orang yang boleh dicucuk supaya sentiasa melakukan maksiat. Jadi kau kena kuatkan semangat. Anggap itu semua dugaan menjelang hari perkahwinan kau,” Nasihat Nadira.
“Bukan kau je yang rasa macam tu. Aku pun sama ni. Dekat je hari nak bertunang ni, makin aku confused, betul ke dengan keputusan aku ni. Sampaikan aku rasa aku boleh dapat lelaki yang lebih baik dari Amir tu,” Sambung Nadira lagi.
“Betul tu.. aku sokong kata-kata Dira tu. Aku pun sama gak. boleh ke aku terima lelaki yang keluarga aku cari tu. Aku takut indah khabar dari rupa je,” Cerita Zura pula.
“Jadi kesimpulannya korang kenalah sentiasa ingat kepada-Nya. Dekat-dekatkanlah diri kepada Allah s.w.t minta petunjuk dan ditenangkan jiwa dan raga tu. Yakin dengan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk korang bertiga,” Auni pula sambung menasihati mereka bertiga.
Serentak Zura, Syakila dan Nadira berpaling memandang Auni.
“Apa dia?” Soal Auni cuak. Salah ke apa yang dikatakannya. Sedangkan dia ikhlas menasihati mereka sebagai sahabat.
“Kau bila pulak?” Serentak mereka menyoal.
Auni mengangkat bahu. Entah dia pun tak tahu bila jodohnya akan sampai. Bila? Siapa? Wallahua’lam... hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Jika Allah s.w.t berfirman kun fayakun. Maka sampailah jodohnya.
“Kau minat tak Auni, Amir ada kawan yang sedang mencari calon.”
Pantas Auni menggelengkan kepala. Sepintas lalu teringat perkenalan siang tadi. serta merta wajah Aazad menerpa di dalam hatinya. Sukakah aku dengan perkenalan ini? Soal hati serta merta.
“Kau tak terasa ke Auni.. kitorang ni dah nak kawin kau pula masih lagi keseorangan.”
“Langsung tak. Malah aku doakan moga kawan-kawan aku ni akan hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Beranak ramai-ramai... hahaha.”
“Kau ni kan belum kenal lagi dah tolak. Cuba kenal-kenal dulu mana tahu mungkin serasi dengan kau” Pujuk Zura pula.
Auni tetap menggelengkan kepalanya.
“Sebenarnya aku baru berkenalan dengan seseorang” Beritahu Auni. Dia berharap dengan kenyataan itu, maka tertutuplah keinginan kawan-kawannya memperkenalkannya dengan seseorang lagi.
“Siapa? Macam mana kau boleh kenal dia? Nama dia apa? Hensem tak?” Bagaikan peluru Nadira menyoal. Dia teruja. Sudah lama Auni tidak bercakap tentang seorang lelaki sejak cinta dalam diamnya tidak kesampaian.
Melihat wajah teruja di hadapannya membuatkan Auni ketawa terkekeh-kekeh. Lawak betul muka diorang ni.
“Woit.. tak yahlah tengok aku macam tu. Aku baru je berkenalan.”Beritahu Auni setelah reda tawanya.
“Kau ni.. mestilah kami nak tahu. Orang mana? Anak siapa? Ada jugak orang yang perasan kecomelan kau ek,” Ucap Syakila pula mengusik.
Hatinya mengakui, Auni comel dan ada gayanya tersendiri. Tetapi mungkin kerana dia seorang yang low profile, maka tak ramai yang menyedari kehadirannya. Mendengar cerita seorang lelaki berkenalan dengan Auni, membuatkan hatinya gembira. Cukup-cukuplah Auni mengingati cinta yang tidak pernah berputik itu.
“Nanti-nantilah aku cerita... rimaslah.. aku nak mandi jap,” Usai berkata Auni bangun dan menuju ke biliknya. Kisah perkenalan petang tadi tidak wajar diheboh-hebohkan memandangkan dia sendiri tidak tahu entah bila akan berjumpa dengan lelaki itu lagi.
“Eh.. eh jap.. Kerja yang kau pergi temuduga hari tu macam mana? Dapat tak?” Soal Zura secara tiba-tiba. Dia baru teringat kisah Auni pergi temuduga isnin minggu lepas.
“Nasib baik kau tanya Zura. Kalau tak aku terlupa dah nak bagitahu korang.”
“Alhamdulillah aku dapat kerja tu. Awal bulan depan aku lapor diri kat sana.”
“Rezeki kau Auni. Aku jugak tak dapat- dapat lagi kerja ni. Padahal dekat setahun dok mencari kerja baru,” Keluh Nadira.
Kerjanya sekarang semakin membosankan dan membuatkan dirinya tertekan. Tak habis-habis dengan politik pejabat. Orang yang mengampu bos senang naik gaji tinggi sedangkan dia kerja dengan penuh keikhlasan di pandang sebelah mata dan tidak dihargainya. Kerja yang dia buat, orang lain mendapat nama. Itulah yang dia tidak puas hati sangat-sangat. Entah sampai bila dia mampu bertahan di situ.
“Sabarlah.. nanti datanglah rezeki kau tu. Mana tau lepas kahwin nanti terus dapat kerja lain.”
“Memanglah akan dapat kerja lain. Kau tak tahu ke?” Sambut Zura selamba.
“Iya?” Sungguh Auni menyoal dari dalam biliknya.
Mereka bertiga tersenyum-senyum. Auni ni lambat pick uplah. Kerja lain tu maksudnya kerja sebagai isteri orang. Isy... budak-budak kan apa yang taunya... bebel mereka di dalam hati masing-masing.
“Kerja layan suamilah.. Itu pun kau tak tahu ke? Kuat suara Zura menuturkannya.
Auni mencebik. Mentang-mentanglah semuanya dah nak kawin, kerja layan suami tulah yang dok ingatnya. Tak sabar nak merasai malam pertamalah tu. Apa lagi. ingat lelaki je ke yang teruja menanti malam pengantin ni. Anak dara sunti ni, walaupun dalam hati takut yang amat sangat, namun tetap juga ada keinginan yang kuat hendak merasai keindahan malam pertama ini. Sakit tu belakang kira. Terutamanya mereka bertiga yang telah melalui proses bercinta ini, pastinya tidak sabar menunggu malam itu. Malam bersejarah mereka.
“Korang ni tak habis-habis dengan gatal miang.”
“Eh..eh kami tak kata apa-apa ek. Normallah apabila dah kawin ada kerja dan tanggungjawab menanti. Bukan boleh duduk lepak-lepak macam sekarang ni.” Nadira pula bersungguh-sungguh menjelaskannya.
“Hurmm.. yelah sangat. Aku nak pergi mandilah”
“Pergilah... Tak siapa nak larang...”
Auni menjelirkan lidahnya sebelum melangkah ke bilik air.

Kegembiraan dan kemesraan ini bakal berakhir tidak lama lagi. Ada kesayuan di dalam hatinya. Sedih tetapi beginilah kehidupan. Terus berjalan dan perubahan akan berlaku bila sampai masanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan