Tunggu Awak Datang


Kepada mereka yang tak sedar tentang anak ke dua saya ni, meh sini nak info sikit. Tunggu Awak Datang dulunya bersiaran dalam blog ini dengan tajuk Housemates. Saya tulis dah lama, tahun 2008 kalau tak silap saya. Baru terbit bulan April 2014. Jangan ditanya kenapa lewat keluarnya, sebab silapnya si tukang tulis nilah. Maaf, saya bukan penulis sepenuh masa.

Dulu sebelum terbit saya tukar tajuk jadi pelarian kasih.. lepas tu sampai ke penerbit ditukar kepada tajuk sekarang. Bab pilih tajuk ni memang saya fail. Tak tahu tajuk apa yang sesuai untuk novel saya.
Jadi sebagai permulaan tahun 2015 ni, sebagai permulaan kembalinya saya berblog.. Saya upkan 20 bab novel ni. Mungkin ada sedikit beza dari novel sebab bab yang saya akan upkan ni, yang belum diedit. Manuskrip selepas pengeditan saya tak dapat. Tapi memang tak banyak beza pun.

Di sini juga saya nak ucapkan terima kasih pada yang sudi membaca novel tak seberapa saya ni. Pada yang sudi review di goodreads, jutaan terima kasih diucapkan.. Nak tahu apa yang direview, boleh baca kat sini... (goodreads review)

Untuk review novel sendiri, sudah tentu banyak sangat saya nak baiki lepas baca... Jadi fairkan jika orang lain yang review..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan