Tunggu Awak Datang - Bab 25 (Akhir di blog)



Pagi sudah mula beransur pergi, namun dia baru sahaja membuka matanya.Semalam matanya sukar dipejamkan. Terbayang di ruang matanya Auni yang sedang tidur di tingkat atas. Ingin sahaja dia datang kepada gadis itu. Semakin lama bersama, semakin sukar dia memahami dirinya sendiri. Panggilan dari Ronny terbiar sepi. Walaupun sebahagian dari dirinya mahukan hiburan di luar, namun kaki berat mahu melangkah keluar. Perasaannya kini bercampur baur. Adakalanya dianya merindui kehidupan di kota London, dan adakalanya dia menyesali jalan yang dipilih.
Setelah hampir setengah jam bermalas-malasan di atas katil, barulah dia menggerakkan tubuhnya bangkit. Seketika dia memejamkan matanya. Masih terdengar-dengar suara merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dinihari tadi yang mengusir resahnya. Mendamaikan jiwanya sehingga terlena. Dia tahu itu adalah alunan ayat-ayat suci al-Quran biarpun dia tidak pernah khatam Al-Quran. Sebuah Al-Quran pun tiada di dalam rumah ini.
Aazad meraup wajahnya. Ingin sekali dia menyentuh Al-Quran dan memahami kandungan di dalamnya.
Aazad tersentak. Tidak!
Tanpa mahu melayani luahan hatinya sendiri, dia keluar dari biliknya. Sunyi sepi, namun ada damainya. Dibawa kakinya melangkah ke dapur. Dilihat ada nota di pintu peti aisnya.
Assalamualaikum.. Hai ..Morning…
Mesti awak bangun lambat nih. Saya dah siapkan breakfast. Mee goreng jerr
Makanlah. Saya pergi kerja dulu. Enjoy ur day..
Wasalam, -Auni
Aazad tersenyum sendirian. Nota ringkas.
Ayat ringkas pun mampu membuatkan dia tersenyum. Mampu menceriakan harinya. Terasa seperti ada seseorang yang mengambil berat tentang dirinya. Lalu diambil pinggan dan menyenduk mee goreng di dalam kuali. Kopi telah pun siap dibancuh, cuma perlu dituangkan ke dalam cawan sahaja. Segera dia teringatkan wajah comel Auni yang sedang tersenyum. Kadang kala dia akan menundukkan wajah, menyembunyikan wajah merahnya. Senyumannya memikat, mendamaikan hati. Membuatkan dia ingin mengusiknya selalu.
“Belum cuba belum tahu bro. Kau tidak boleh berat sebelah. Kau tak pernah rapat dengan mana-mana gadis sebab itulah kau tak tahu keistimewaan seorang wanita ini. Bukankah di dalam Al-Quran telah disebutkan, Allah s.w.t telah jadikan Hawa dari tulang rusuk Adam untuk disayangi dan saling perlu memerlukan. lelaki perlukan perempuan untuk melampiaskan nafsu yang sesak di dalam dadanya. bukan lelaki untuk lelaki. Aku cabar kau cuba dekati seorang gadis dan merasai perasaan itu. Jika rasa itu bukan apa yang kau inginkan, aku akan mengaku kalah.”
“Betul ni?”
“Ya.. dan aku yakin kau yang kalah nanti,”
“Bro keyakinan itu perlu tapi bukan keangkuhan diri.” tempelak Joe.
Aazad memandang sebelah mata saja.. Tidak mungkin hatinya berubah. Baginya wanita tidak lain tidak bukan menyusahkan hidupnya. Tidak tahu menghargai cinta dan kasih sayangnya.
Contohnya Nadini dan Natasya. Dua beradik anak Pak cik Badrul amat menjengkelkan. Sentiasa memandang sinis dan jelek terhadap dirinya. Selalu mengejeknya bapuk. Sakit hatinya.  Mak cik Murni pula pandai bermuka-muka, di depannya baik tetapi di belakangnya bukan main rancak dia mengutuk dan mencela dirinya.
Kenangan lalu amat menyakitkan, apatah lagi ketika itu hatinya sedang berduka kehilangan mama dan papanya.
“Kenapa papa bawa budak bapuk tu tinggal di sini. Tasya tak suka. Sudahlah lembik, kuat menangis pulak tu,” kutuk Natasya sambil marah-marah. Dia menyilangkan kedua tangannya di dada sambil menghempaskan dirinya di atas sofa.
“Dini pun tak suka. Mama tak malu ke?” Keras suara Nadine sehingga singgah di cuping telinganya. Saat itu dia sedang melangkah menuju ke bilik yang disediakan khas untuknya bersama Nadia. Nadia pula menoleh ke arah ke dua orang kakaknya yang sedang marah-marah. Terkebil-kebil matanya, masih lagi tidak memahami kenapa kak Tasya dan kak Dini marah.
Terlihat di matanya Pak cik Badrul mendiamkan diri sahaja. Tidak menyokong ataupun mempertahankan dirinya. Hatinya bertambah sedih. Semenjak itu, dia selalu berdoa agar masa cepat berjalan, dia ingin keluar dari rumah itu dan hidup berdikari di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Dibawa sepinggan mee goreng dan secawan kopi ke meja makan. Kemudian diambil remote televisyen di atas meja kopi di hadapan televisyen, lalu ditekan untuk membuka siaran.
Sedang dia menikmati mee goreng tersebut, hatinya teringat pula Auni.
Apa yang istimewanya gadis itu?
Apakah yang menyebabkan dia selalu bertindak tanpa berfikir apabila melihatkan gadis itu. Mungkinkah kerana pertaruhan itu atau mungkin seperti yang Joe katakan. Walau apa-apa pun, dia tetap menjunjung egonya. Auni tidak akan mampu menembusi hati lelakinya, tidak sesekali dapat melembutkan hatinya mempercayai bahawa lelaki pasangan perempuan. Hawa dicipta sebagai tempat Adam melimpahkan kasih sayangnya.
I phonenya berbunyi. Aazad menjeling seketika, dia tahu siapa yang mengganggunya pagi ini. Dibiarkan sahaja nyanyian itu sehinggalah terhenti sendiri. Buat kali kedua I phone berbunyi lagi, kali ini dia menyambutnya walaupun hati ingin sekali bermalas-malasan di rumah menunggu Auni pulang.
Hello dear”Aazad menjawab malas.
“Keluar?”
“I tak de mood nak keluarlah. Maybe esok ke, lusa ke, kita jumpa.”
Dia terdiam. Mendengar.
Of courselah I rindu kat u jugak. Tapi I penat, rasa malas nak keluar. Rehat kat rumah je”
“ Tak payah. Tak perlu datang..please.. esok kita jumpa. Promise.
“Ok bye.”
I phonenya direnung. Timbul perasaan bersalah di dalam dirinya. Telah lama sebenarnya mereka tidak berjumpa. Teringat kata-katanya sendiri ketika mereka mengambil keputusan pulang bermastautin di tanahair sendiri. Cepat sungguh kata-kata itu menjadi kenyataan. Kesibukan bekerja dan kehadiran Auni sedikit sebanyak membuatkan masa mereka bersama terhad.
Selain itu, Johan selalu menghubungi dan persahabatan erat mereka kembali terjalin seperti dulu. Sentiasa ada sahaja agenda mereka berempat dan dia tidak merasa ingin berjumpa dengan kekasihnya. Masanya sentiasa penuh. Pak cik Badrul pula tidak pernah berputus asa memujuk menerajui syarikat peninggalkan arwah papanya. Namun sehinga hari ini dia masih belum membuat keputusan.
“You sudah berubah. Mana my dear dulu? I missed him,” sayu suaranya terngiang-ngiang di cuping telinganya.
Argh.. Dia tidak patut melayan Ronny begitu. Ronny yang selalu ada bersamanya. Kerana Ronny jugalah dia bersetuju pulang ke tanah air.
“Apa yang telah aku buat ni!”
Bagaikan tersedar dari mimpi indah, Aazad segera mencari nombor Ronny di dalam I-phone.
Miss you dear, 1 hour lagi I sampai. masak sedap-sedap tau.


P/s : Bab Akhir di blog.. 
Adakah Hati Aazad akan berpaling kepada Auni?
Apa pula nasib Ronny nanti? Tegakah Ronny membiarkan Aazad kepada Auni begitu sahaja?
Segalanya terjawab dalam novel ini..
Dapatkan hari ini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan