Cerpen : Terima kasih Ramadan (01)

Nota: Alhamdulillah setelah sekian lama tak mengarang cerita. Akhirnya siap jugak cerita pendek ni. Jadi, ada yang tunggu cerita ni tak? Rasanya saya akan buat 3 part. Kisah yang biasa-biasa. Maaf diatas kekurangan. Harap ada yang memberi komen ya. Boleh juga saya tahu pendapat yang membaca cerita ini.  Selamat berpuasa




Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Terima kasih di atas nikmat yang engkau berikan kepadaku selama ini
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang untuk mengecapi kemanisan Ramadan pada tahun ini. Oleh itu Ya Allah kau tetapkan aku agar terus berada di jalan-Mu. Kau
ringankanlah anggota badanku agar aku terus beristiqomah melakukan ibadat kepada-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Ya Allah, sesungguhnya diri ini sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Jadi Ya Allah sempena bulan yang mulia ini, maka kau temukanlah aku dengan jodohku. Kau temukanlah aku dengan pendampingku di dunia dan di syurga. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui apa yang aku tidak tahu, Yang selama ini menjadi rahsia-Mu.
*****
Kreeekkk…
Kreeekkk...
Kreeekk..
Ya Allah, kenapa pulak ini. Kenapalah kau buat hal pada masa-masa begini wahai kereta, keluh Hanan.
Allah..
Allah..
Terasa menyesal pulak selama ini ambil mudah tentang kereta. Kalaulah aku tahu ini yang akan jadi, pasti aku dah siap sedia belajar. Kata-kata Ateh serta merta terngiang-ngiang di telinga.
“Kak Hanan patut tahu sikit sebanyak pasal kereta ni. Macam mana hendak pastikan kereta sentiasa berada di dalam keadaan baik. Bukannya reti bawak je,” bebel Ateh.
Dia? Dengar sekali lalu je. Tak ambik port langsung. Sebab baginya sudah memadai dengan rutin services yang dilakukannya.
“Tengok tu, orang cakap buat tak retinya,” rungut Ateh geram. Dihentak kakinya tanda protes.
Hanan sengih. Ateh nampak je tomboy dan keras, tapi bila bersama dengannya perangai manjanya tak pernah hilang.
“Kak Hanan tak pernah culas buat services kereta bila sampai masanya tau. Confirm takkan jadi apa-apalah. Condition kereta kak Hanan memang tip top.”
Ateh mencebik.
“Jangan yakin sangatlah kak, bila-bila masa Allah nak uji akak, tip top macam mana pun, jika dah nak kena uji, rosak jugak.”
“Choii mulut ateh ni. Jangan mitak yang bukan-bukanlah. Macam doa pulak kereta akak ni rosak.”
“Bukan doa tapi peringatan. Beringat-ingat dulu, bersenang-senang kemudian. Tak pun sediakan payung sebelum hujan. Jika enjin tak boleh hidup, at least akak tahu kenapa, apa yang rosak.”
“Susahlah Ateh. Bab enjin ni, akak memang fail. Bawak retilah.”
“Sebab itulah Ateh suruh akak belajar. Orang yang tak pandai kenalah belajar. Jika tidak bila nak pandainya.”
Ateh.. Ateh.. masin mulut kau Teh, menyesal pulak aku tak ikut cakap Ateh. Mana ada orang pandai semulajadi. Semua orang pandai ni sebab mereka belajar. Bukan terus jadi pandai. Jika dulu aku ambil tahu pasal kereta sikitkan bagus. Sekurang-kurangnya tak adalah buntu macam sekarang ni.
Berkali-kali Hanan cuba hidupkan enjin. Tapi tetap sama. Kereta seolah-olah melancarkan mogok dengannya. Padahal baru minggu lepas services. Baru kelmarin cuci bersih-bersih luar dalam.
‘Apa lagi yang kau nak ni wahai Cik Ta oi.’
Suara Iman mengimankan solat terawih masih lagi kedengaran. Tadi dia cuma melakukan 8 rakaat sahaja sebab tak mahu sampai lewat sangat ke rumah. Tambahan pula dengan hujan renyai-renyai macam ni, dia memang tak berapa nak harapkan dirinya sangat. Takut jadi lagi macam awal tahun sudah. Terhentam bumper kereta orang, itu pun nasib baik dia bawa perlahan je, jika tak habis duit buat bayar ganti rugi. Sudahlah dia baru sahaja kerja. Mana ada duit simpanan banyak. Nasib baik juga orang yang dilanggarnya tak berkira sangat. Tapi nampak gayanya lewat jugaklah sampai ke rumah. Entah-entah tersadai kat sini sampai ke pagi.
Hanan cuba sekali lagi, namun enjin kereta tetap juga tidak mahu hidup. Dalam tak sedar, wajahnya bertambah pucat. Akalnya buntu.
‘Dengan siapa nak minta tolong ni?
Ika?
Tikah?
Argh semuanya balik kampung. Semuanya bukan tahu bab kereta pun.
Pak Guard?
Hanan berkira-kira dalam hati. Pak Guardlah orang yang paling ideal sekali minta tolong. Dia menarik nafas. Okey, cari pak guard dulu. Tiba-tiba….
Tok!
Tok!
Wajah yang tersemban di stering kereta diangkat dan di kalih ke sebelah kanan. Tak berkelip matanya memandang ke luar tingkap.
Ya Allah, bidadarakah ini?
Hanan masih lagi statik di tempat memandu. Wajah jernih sambil tersenyum itu membuatkan lidah Hanan kelu. Tapi kenapa wajah itu, bagaikan pernah dilihatnya.
Sekali lagi cermin pintu diketuk. Hanan tersentak, kalut membuka pintu.
“Kenapa  dengan kereta?”
Machonya suara, bergetar nalurinya.
“Tak hidup?”
Hanan angguk. Dia tidak mampu bersuara. Hatinya berperang. Ada rasa asing yang menyapa. Dirinya tiba-tiba merasa seram sejuk.
“Boleh saya tolong tengokkan?”
Hanan merenung wajah itu seketika. Kemudian dia keluar dan memberi ruang untuk lelaki itu membantu.
Entah apa yang diperiksanya, Hanan tak ambil peduli. Dia masih lagi cuba mencari memori tentang lelaki itu.
‘Siapa dia?’
‘Kenapa aku rasa macam ni. Kenapa aku rasa seolah-olah aku telah kenal lama dengan dia ni. Kenapa aku rasa dia macam tahu segalanya tentang diriku. Cara dia lihat aku tadi pun dia macam terkejut. Seolah-olah memang kami pernah jumpa.’
‘Mungkinkah dia?... Tak mungkin. Jauh aku bawak diri. Aku mahu melupakan kisah silam. Sikit pun aku takkan benarkan kehidupan aku hari ini berkait dengan masa silam.’
‘Ya Allah, bantulah aku. Jauhkanlah aku dengan masa silam yang menyakitkan itu. Aku tidak mampu lagi melaluinya sekali lagi. Cukuplah KAU menguji aku dulu.’
“Hurmmm… bateri kereta awak ni dah kong. Patutlah tak boleh hidup,” jelas lelaki itu.
Ooo… Cakap Ateh memang ada betul. Patutnya aku tahu pengetahuan asas pasal kereta ni. Allahu.. macam manalah boleh lupa, dekat dua tahun dah tak tukar bateri. Patutlah pun.
Hanan tersenyum sikit.
“Patutlah. Saya lupa nak tukar bateri masa services minggu lepas. Dah dekat dua tahun bateri tak tukar.”
Aduss.. Mana pulak nak cari bateri malam-malam ni.
Dikerling jam di pergelangan tangan. 10.30 malam, kedai pun dah tutup. Iman pun tengah buat solat witir. Macam mana ni?
Hanan diam berfikir. Macam-macam rasa sedih ada di dalam dadanya sekarang. Menyesal!
“Macam nilah, kalau awak tidak keberatan, saya boleh tolong hantar awak balik ke rumah.  Kejap saya telefon kawan saya tunda kereta awak ni. Selain bateri, rasanya mounting enjin pun kena tukar ni. Masa awak bawak, rasa bergegar tak enjin?”
Hanan angguk.
“Sebab enjin mounting dah pecah.”
Hanan diam. Apa itu enjin mounting pun dia tak tahu. Apatah lagi fungsinya. Agak-agak mamat ni tipu pun dia tak tahu.
“Awak tinggal kat mana?”
“Erk.. Templer Park”
“Laa.. satu taman rupanya,” ujar lelaki itu sambil tersenyum.
  Hanan terpana.. Hatinya tanpa disuruh telah berlari pantas. Hanan tidak mampu bersuara lagi. Masih lagi terpesona, wajahnya tampak bercahaya.
Sempurna!
Sungguh lelaki ini terlalu kacak di matanya. Wajah yang bersih nan jernih. Tubuh kekar disebalik jubah kelabu itu amat menarik.
 Siapakah dia?
Adakah dia memang diutuskan oleh Allah untuk menolongnya?
“Jadi jom…”
Pintu kereta BMW sport di sebelah keretanya dibuka. Hanan bertambah kelu. Bercampur malu. Sampaikan dia tidak mampu bersuara. Lelaki itu pula amat murah dengan senyuman. Dia tidak lagi berkata-kata.

Dan kejadian malam pertama Ramadan itu bagaikan mimpi. Sudah pasti Hanan mahu bermimpi lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan