Cerpen : Terima kasih, Ramadan (Akhir)

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung rumah ini. Maaf dipinta. Semoga semuanya bergembira di hari bahagia ini. Tinggalkan dunia maya sebentar, bergembiralah dengan sanak saudara ya.. (entri ini auto schedule ya... Saya tak online hari raya macam hari ni, nih..)



“Sudi, jika kita terus berkawan Hanan?” Soal Farhan. Itulah lelaki nama lelaki yang menolong tempoh hari.
Kembang semangkuk hatinya. Lebih dari sudi Farhan! Namun suaranya terlalu mahal untuk dikeluarkan. Entah mengapa, dengan lelaki ini, dia menjadi amat-amat pemalu.
Hanan angguk.
“Maksud saya berkawan yang ada matlamatnya. Ada tempoh masanya,” jelas Farhan lagi.
Hanan berkerut dahi. Apakah ia hanya sementara. Mengisi masa lapang yang mungkin lompong ditinggalkan oleh kekasih hati, monolog hatinya.
Serta merta wajahnya berubah. Jika begitu aku tak ingin. Aku sedar, aku memang tak layak untuk lelaki sebaik dan sesempurna dirinya. Teringat status dirinya. Teringat tragedi pahit yang menimpa dirinya 2 tahun lalu.
Hanan tunduk. Insaf dan sedar diri.
Merasakan Hanan tidak bertindak balas, hatinya tidak enak.
“Maksud saya, kita berkawan, kenal mengenali, jika ada keserasian kita teruskan ke fasa seterusnya, tunang atau kahwin barangkali…” sambung Farhan. Tenang walaupun hatinya bukan setenang itu. Insaf, aku juga insan yang serba kekurangan. Jika niat hati ini, ditolak, aku redha. Walaupun kecewa.
Hanan menarik nafas. Rupanya andaian hatinya tersasar. Dia lega. Namun masih lagi terasa dengan kekurangan diri. Aku tidak layak untuknya. Mungkin aku tidak patut mengharap lebih dari itu.
“Kenapa?”
“Lama saya tunggu hendak mendengar suara awak Hanan,” sela Farhan.
Kemudian lama mereka membisu.
“Mungkin awak bidadari yang diutuskan untuk menemani dan melengkapi hidup saya, Hanan.”
Tergamam.Terharu. begitu tinggi pengharapan Farhan. Sedangkan dia, serba kekurangan. Masa silam terasa amat menyakitkan tika ini. Hanan pasti, jika Farhan tahu kisahnya yang sebenar, tentu dia tidak dapat menerimanya. Sebetulnya dia juga jijik dengan diri sendiri.
‘Aku memang tak layak untuk menjadi pendampingnya, walaupun dalam mimpi.
“Tak mungkin saya. Awak belum tahu status saya yang sebenarnya, Farhan. Bila awak dah tahu nanti, saya yakin, awak akan tarik balik hasrat awak tu. Saya ni tak layak untuk sesiapapun.”
“Awak isteri orang?”
Hanan geleng.
“Tunang orang?”
Hanan geleng lagi.
“Saya janda, anak dua.”
Farhan tergamam. Pengakuan Hanan membuatkan hatinya bertambah yakin. Dia mahu melindungi Hanan. Mahu memberikan seberapa banyak kegembiraan dan kebahagiaan untuk dirinya. Melihatkan pada fizikal Hanan, sungguh dia takkan kata Hanan itu janda.
 ‘Ya Allah adakan ini yang dikatakan takdir? Sungguh Engkaulah Yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku.’ Merah matanya.
Bibir Hanan bergetar. Tahulah dia, dia bukan layak untuk sesiapa pun lagi. Mana ada orang yang sudi mendampinginya lagi setelah tahu status dirinya. Tanpa dipinta Hanan menarik tas tangannya dan berlalu.
Farhan pula.. Hanya melihat.
*****
“Kak Hanan, ada orang datang merisik. Mak suruh tanya, jika kak Hanan setuju, raya ni terus nikah.”
“Masih ada orang yang sudi ambil Kak Hanan sebagai isteri ke Ateh? Anak dua pulak tu?. Entah-entah dia datang merisik Ateh. Minta mak tanya dia betul-betul Ateh.”
“Bukanlah, dia siap bagitahu nama penuh Kak Hanan. Tinggal di mana dan kerja di mana. Malah dia ada cakap kat mana dia jumpa kak Hanan,” jelas Ateh.
“Siapa nama dia, Teh?”
“Megat Hariz..”
“Kak Hanan tak pernah kenal orang yang bernama Megat Hariz, mungkin dia tu penipu seperti bekas suami kak Hanan dulu. Minta mak tolak.”
Jeda.
Ateh diam sambil menarik nafas.
“Sebenarnya, ayah dah terima pinangan dia kak.”
Allah..
Allah..
Allah..
Tanpa dipinta, Hanan menangis. Fobia dia dengan alam rumahtangga ini. Pengalaman lalu menjadikan dia takut untuk melangkah lagi.
“InsyaAllah, Ateh yakin dia bukan macam Kazim dulu. Ateh yakin kali ini Kak Hanan akan bahagia!”
“Jangan cakap sesuatu yang belum pasti, Ateh. Kazim dulu pun, Ateh juga cakap Kak Hanan akan bahagia, tapi apa yang Kak Hanan dapat? Sepak terajang, maki hamun, hamba seks!”
Ateh hilang kosa kata.
Hanan.. terus menangis di hujung talian.
*****
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam..”
Rupanya Megat Hariz Farhan yang melamarnya. Bertemu di rumah Allah s.w.t merupakan petanda jodoh mereka.
Hanan menangis. Di pertemuan pertama telah terdetik di hatinya, lelaki ini pernah dilihat. Rupanya betul, inilah lelaki durjana yang meranap maruah dirinya. Bersetongkol dengan Kazim. Masih adakah bahagia untuk diri ini?
“Hanan”
Farhan mendekati isterinya yang baru dinikahi pagi tadi. 1 syawal menjadi detik penyatuan mereka. Dia memilih tarikh tersebut sebagai simbolik penyatuan mereka. Kemenangan mereka kerana berjaya mengharung getir ujian-Nya.
Dia melutut di hadapan Hanan. Dia tahu Hanan telah mengingati siapa dirinya. Ditarik tangan isterinya. Disembamkan wajahnya di situ.
“Saya minta maaf di atas apa yang telah saya lakukan 2 tahun lepas.”
“Maaf tidak cukup untuk mengembalikan maruah diri saya!” Ujar Hanan tanpa perasaan. Rasa sayu menujah di hati. Ngeri memikirkan kehidupannya di kemudian hari. Ayah tidak tahu apa yang berlaku sepanjang perkahwinannya dengan Kazim. Ditutup rapat keaiban Kazim.
“Saya tahu.. sebab itu izinkan saya bahagiakan Hanan. Tidak banyak yang saya pinta, Cuma berikan saya peluang untuk membetulkan kesilapan saya. Berikan saya peluang menyintai dan melindungi Hanan dan anak-anak.”
“Awak tidak tahu, kerana peristiwa malam itu, Rafael wujud…” perlahan suara Hanan memecahkan rahsia yang tiada siapa pun yang tahu. Bibirnya diketap kuat. Sakit. Seperti mana sakitnya hati di saat ini. Pengakuan ini seolah-olah menghancurkan perasaannya lagi membuatkan memorinya tentang peristiwa pahit itu.
Farhan kaku. Matanya tunak memandang wajah basah Hanan. Matanya juga berair.
Ya Allah.. apa yang telah aku lakukan ini…
“Maafkan saya Hanan..”
“Maafkan saya…” ditarik Hanan ke dalam pelukannya. Hanan kaku. Wajahnya terus basah dengan air mata. Tiada kudratnya untuk menolak. Farhan, lelaki durjana dulu, kini telah menjadi suaminya.
“Berikan saya peluang Hanan, peluang menebus dosa saya. Memperbaiki kesilapan saya. Tolong Hanan…”
Hanan yang kaku bersandar di dadanya. Dia tahu Hanan tidak semudah itu menerimanya.
“Selepas peristiwa itu… saya kehilangan keluarga saya dalam kemalangan jalan raya. Syarikat saya menghadapi masalah setelah Kazim meninggal dunia. Rupanya banyak penyelewangan yang Kazim lakukan sehingga memberi kesan kepada syarikat saya. Saya hampir muflis. Sumpahan awak itu benar-benar terjadi.”
“Kata-kata awak menghantui diri saya sehingga saya tidak mampu tidur lena. Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang ustaz. Saya mula belajar agama dari A semula. Saya mula mengikuti ceramah agama dan mula perbaiki diri. Alhamdulillah jiwa saya kembali tenang tetapi masih ada yang kurang. Saya cari awak merata Johor untuk meminta maaf di atas kekhilafan saya.”
Hanan diam. Masih kaku.
Farhan terus bercerita…
“Pertama kali Kazim memperkenalkan awak kepada saya, saya telah jatuh cinta pandang pertama. Tapi sayang, awak isteri Kazim. Kerana cinta pandang pertama itu, saya jadi obsess. Saya menawarkan projek kepada Kazim. Sebagai balasan saya nak bersama awak selama 2 hari.”
“Masa itu, saya dah jadi orang tak betul, sasau teringatkan awak. Saya nak jugak memiliki awak walaupun sementera.”
“Tapi tak sangka, Kazim bersetuju.”
“2 hari bersama, saya nekad nak tebus awak. Nak jadikan awak isteri saya bila mendengar Kazim kata dia sudah tak sukakan awak lagi.”
“Masa tu, hati saya bulat mahukan awak walaupun awak bekas isteri Kazim.”
“Tapi.. takdir Allah s.w.t mengatasi segalanya. Dialah sebaik –baik perancang.”
“Ustaz nasihatkan saya supaya berdoa dan terus berdoa…” Farhan terhenti seketika. Dipandang wajah Hanan di sisi. Sikit pun Hanan tidak bersuara. Matanya memandang ke hadapan. Sukar ditebak apa yang difikirkannya.
“Sehinggalah kita berjumpa di masjid…”
“Subhanallah… Rupanya Allah s.w.t menangguhkan dulu jodoh kita supaya saya cukup bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.”
“Hanan.. saya bukan lelaki yang sempurna. Banyak kekurangan dari kelebihan saya miliki. Tapi izinkan saya bahagiakan awak. Izinkan saya cintakan awak selagi jasad ini bernafas di bumi ini.”
Hanan diam. Sebelum mengecam dia, hati ini telah terusik. Tapi kerana peristiwa silam, dia takut untuk menerima dengan penuh ikhlas.
‘Hanan… Lelaki ini telah menjadi suami kamu. Benar dulu dia jahat, dialah yang menghancurkan maruah kamu. Tetapi lelaki ini telah insaf. Berikanlah dia peluang. Berikanlah juga dirimu peluang. Bahagia itu perlu diusahakan. Bahagia itu ertinya menerima dan memberi dengan penuh keikhlasan. Tinggalkan masa silam. Manusia tidak akan bahagia jika asyik mengenang masa silam. Pandanglah ke hadapan. Dia sayang dan cintakan kamu. Keinsafannya kerana Allah s.w.t. Cinta yang hadir di dalam dirinya untuk kamu pun kerana Allah s.w.t. jadi janganlah menolaknya. Yakinilah takdir ini adalah yang terindah. Ganjaran di atas kesabaran dan ketabahan kamu menghadapi ujian-NYA,’ panjang monolog hati kecil Hanan.
Dipandang wajah suaminya, Farhan.
“Saya takut. Kerana peristiwa itu saya rasa diri ini amat kotor dan jijik. Tidak layak untuk sesiapa pun,” luah Hanan. Sebelum ini dia simpan kemas perasaannya.
“Saya benci awak. Awak memusnahkan segala-galanya. Awak mengaibkan saya. Awak hancurkan maruah saya…” luah Hanan bersungguh-sungguh.
Dipukul dada suaminya sekuat hati, melepaskan semua yang dipendamnya selama 2 tahun ini.
Farhan bertahan. Apalah sangat sakitnya, jika dibandingkan sakitnya Hanan 2 tahun ini.
Hampir 15 minit Hanan memukul suaminya, melepaskan segala perasaan yang terpendam selama ini. Melihat Hanan yang tersedu-sedu, segera Farhan menariknya ke dalam pelukan.
“Berikan peluang kepada diri kita Hanan. Berikan peluang kepada saya untuk bahagiakan awak. Insyallah, saya akan pastikan awak akan bahagia bersama saya. Saya takkan biarkan awak menangis lagi.”
Lama di dalam pelukan Farhan, reda sudah perasaannya. Perlahan-lahan tangannya membalas pelukan suaminya.
Hati Farhan lega. Semoga bahagia kali ini milik mereka berdua.
Allah s.w.t terlalu baik untuk insan yang pernah melupainya. Diberikan seorang wanita yang dia perlukan untuk dia lindungi dan kasihi.
Allah s.w.t yang tidak pernah menghampakannya. Sentiasa memberikan apa yang dia pinta. Ya Allah sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil yang daif. Yang pernah tersungkur di kaki syaitan dan nafsu serakah dahulu. Maka Ya Allah, aku perlukan perlindungan-Mu agar aku tidak lagi tersungkur.
“Abang adalah pemilik tulang rusuk Hanan. Terima kasih kerana mengambil Hanan sebagai isteri abang,” perlahan tapi masih mampu didengarinya.  
Farhan menyapu air mata yang membasahi pipi Hanan.  
Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan dia milikku.

**** TAMAT****

Maaf di atas segala kekurangan ya. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan