Novelog - Bab Pengenalan

Novelog ini saya terus tulis dalam blog ya. Jadi maaflah jika ada tersilap ejaan dan tatabahasa.
Satu lagi jangan harapkan entri yang panjang-panjang dalam satu masa dan juga kekerapan entri baru. Sebab saya taip thru my mobile phone yang tak berapa nak smart ni. Sekali dia buat perangai.. nak masuk blog pun tak boleh...
Jom kita ikuti kisah kehidupan Hawa. Perjalanannya mengenal diri sendiri. Kisah cinta dan juga persahabatannya.
**********
Okey. Macam mana aku hendak mulakan kisah aku ya. Nampak macam biasa je. Macam lautan yang tenang tanpa gelora ombak. Tetapi sebenarnya bersimpang siur arus di dalamnya. Samalah dengan diri aku saat ini. Nampak je aku sentiasa senyum dan kelihatan tenang tetapi padahal jiwa aku bergelora hebat.
Bermacam rasa sedang bertempur dalam jiwa aku ni.
Semuanya gara-gara keputusan SPM yang aku dapat hari ini. Masih lagi aku ingat rentetan peristiwa pagi tadi. Tika aku mengambil result. Lembik segala sendi badan. Aku yakin sangat result aku tak secemerlang PMR 2 tahun lepas. Aku akui, aku menyesal sebab tak belajar bersungguh-sungguh. Aku hanya belajar di saat-saat akhir. Padahal SPM lah tiket penentuan masa depan aku. Hala tuju aku selepas alam persekolahan. Sama ada terkandas di sini atau pun menuju ke puncak.
"Awak okey, Hawa? Nak saya tolong bacakan result awak ni? Soal Ustazah Basariah. Prihatin sangat bila lihat aku ni macam jelly dah. Terduduk di depannya. Tangan pulak terketar-ketar memegang slip yang terlihat.
"Walaupun result awak tidak mencapai target awak, jangan salahkan diri. Ini adalah hasil dari usaha awak selama ini. Jangan jadikan ia pematah semangat awak untuk berjaya di masa hadapan. Awak masih lagi di kalangan pelajar cemerlang SPM tahun ini. Tahniah," ujar Ustazah Basariah lagi.
Aku hanya mampu angguk.
"Terima kasih ustazah."
Susah payah aku berdiri dan melangkah keluar dari dewan. Kawan-kawan aku panggil pun aku tak hiraukan. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Aku perlukan masa untuk bersendirian buat tika ini. Mahu bertenang dan menerima kenyataan.
Sengaja aku bawa diri ke hujung padang. Lari dari hiruk pikuk kawan-kawan yang meraikan keputusan SPM mereka. Ada yang ketawa, suka dan juga menangis. Pelbagai rasa, macam yang aku rasa disaat ini.
Aku menarik nafas perlahan-lahan. Mata pula terfokus kepada slip di tangan. Masih lagi terlipat. Dengan nafas tertahan, aku membuka lipatan slip. Air mata tanpa sedar mengalir. Jauh sangat lari dari target asal.
Menyesal!
Bodoh!
Sebab tak belajar awal-awal. Peluang hanya datang sekali seumur hidup tetapi aku telah sia-siakannya.
"Awak ok?" Tiba-tiba ada suara menyapa.
Aku senyum tawar. Dia duduk di sebelah aku tapi berjarak. Kawan-kawan dia juga ada bersama tetapi agak jauh sikit.
"Okey kot."
"Tengok result?"
Aku tanpa banyak soal menghulur slip SPM ku. Dia juga sama. Kami saling bertukar slip SPM.
Dia pandang aku sambil senyum lebar.
"Tahniah. Result awak lagi elok dari saya," ujarnya.
Aku mencebik. Tahu dia mahu mengambil hatiku. Sedangkan dia tahu sangat, result aku jauh lari dari targetku.
Aku hulurkan kembali slip SPMnya.
"Awak patut bersyukur dengan keputusan awak tu. Lebih dari layak untuk awak minta mana-mana IPTA nanti. Peluang menuntut ilmu masih lagi terbuka luas."
"Tapi... tentu susah nak dapat kursus yang saya nak," keluhku.
"Allah s.w.t hanya akan berikan apa yang awak perlukan. Bukan apa yang awak nak. Sebab DIA tahu apa yang terbaik untuk awak. Macam saya, alhamdulillah.. saya tetap bersyukur dengan result yang saya dapat ni."
"Memang sebab aw..."
"Walaupun saya juga kecewa dengan result saya," pintasnya.
Aku terdiam.
"Awak.. perjalanan hidup kita baru bermula. Jika awak dah putus asa sebelum langkah bermula, awak takkan dapat capai apa yang awak impikan."
Dia menasihatiku.
"Awak tak faham situasi saya. Awak tak faham penyesalan dalam diri saya sekarang ni. Awak tak duduk di tempat saya."
"Tu laa orang suruh belajar, dia main-main. Result macam tu, naik tingkatan 6 je layak."
Aku tersentak. Hilang kenangan pagi tadi.
"Result aku, suka hati aku lah. Yang kau penyibuk sangat sindir-sindir orang ni kenapa? Macamlah dia tu hebat sangat."
"Tak hebat aku pun, bulan depan dah fly ke UK. Kau ke Ulu kampung je pergi."
Aku ketap bibir. Berlagak. Macamlah dia hebat sangat. Baru nak fly bukannya dah habis belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan