Novelog: Bab 3, keliru

"Result untuk ke Asasi dah keluar, kau dah check ke belum?" Soal Nozi.
Aku geleng kepala. Tak check pun aku tahu takkan dapat. Ramai lagi result yang cantik dan terbaik.
"Checklah! Mana tahu rezeki kau ada kat situ," gesa Nozi.
"Buang masa. Buang duit aku pergi cyber cafe je," jawabku dalam nak tak nak. Sungguh, aku tak de semangat langsung. Tak excited nak check result.
"Kau ni memang manusia yang tak reti bersyukur. Sia-sia je belajar kat sekolah nih." Tiba-tiba Nozi menengking.
Aku tahu dia bengang dengan aku.
"Patutnya kau kena lagi bersemangat. Kegagalan mencapai apa yang kau nak bukan penamat tetapi pencetus semangat. Banyak peluang lain lagi. Berlambak kolej dan IPTS yang kau boleh sambung study." Nozi terus membebel.
Aku sebal. Nama je kawan aku tapi 1sen pun tak pernah faham keadaan aku.
"Kau cakap memang senanglah sebab kau anak tauke. Aku ni anak tukang rumah. Adik-adik aku berderet lagi masih belajar. Bapak aku bukan kaya macam bapak kau. Boleh bagi apa yang kau nak dengan kau bukak mulut cakap apa yang kau nak. Jadi kau tak layak dan tak de hak nak bebel tak tentu pasal kat aku," lantang aku membalas. Memang confirn satu kelas dengar dan juga kelas sebelah.
Peduli apa aku. Apa yang aku rasa orang tak akan faham. Kononnya kawan aku tapi langsung tak faham keadaan aku. Ingat hidup aku macam hidup diorang ker. Semuanya tersedia. Sedangkan aku semuanya aku yang kena usaha sendiri.
Lepas aku lepaskan perasaan tu, aku terus keluar. Satu kelas terdiam dengar suara aku. Mana aku pernah mengamuk sebelum ni. Orang kenal aku sebagai pelajar yang pendiam. Pemalas tapi pandai. Sentiasa moody dan bersendiri.
Aku melangkah ke tempat yang biasa aku lepak. Selalunya time macam ni, Tieya yang rajin ikut duduk sini. Hujung kelas tepi padang di bawah pokok besar. Orang kata pokok tu dah lebih 100 tahun usia.
Tempat ni strategik sebab boleh nampak hampir keseluruhan kawasan sekolah. Redup pulak tu.
Aku tahu mesti kawan-kawan aku terkejut dengan sikap aku tadi. Siapa suruh cabar aku. Sentuh perkara yang sensitif. Kan dah meletup. Nanti lah 3 hari lagi aku minta maaf dengan Nozi.
Jika difikirkan logik. Nozi tu sebenarnya sayangkan aku. Barangkali dia geram tengok aku makin tak bersemangat sejak result keluar. Study pun tak nak. Datang sekolah asyik termenung je. Malah tiap-tiap hari kena tegur denga Ustazah.
Hmmmm....
"Tak baik selalu mengeluh."
Aku lantas berpaling ke sebelah.
Senyuman itu...
Bagaikan penawar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan