Novelog 5 : Aku dan Dia

Nah... entri ke 2 minggu ni.

"Tahniah! Awak dapat masuk Matrikulasi KPM, Gambang," ucapnya.

Aku diam.

Dia pelik tengok aku. Dah aku pun pelik dengan diri aku sendiri. Patutnya aku gembirakan? Sebab apa yang aku nak hampir jadi kenyataan.

"Kenapa?" akhirnya dia menyoal.

"Entahlah."

Dia tarik nafas panjang dan hembus. Dia juga turut memandang jauh ke padang sekolah.

"5 tahun kita menuntut ilmu di sini. 2 tahun lepas kita mula kawan sehingga sekarang. Banyak momen indah yang kita kongsikan sepanjang belajar di sini. Setiap permulaan ada pengakhiran. Setiap pengakhiran bermulalah pula permulaan kembali. Sayangkan nak tinggalkan sekolah ni. Awal remaja kita di sini dan di akhir alam remaja ini kita akan melangkah pergi." Dia mula bermelankolik (tak check kamus dewan lagi ni maksudnya, nanti lainkali saya betulkan jika silap makna dan maksudnya -Nota Puan Penulis).

Ya aku ingat kisah persahabatan kami. Bagaimana bermula. Mulanya aku hanya kenal dia dari jauh. Laa siapa tak kenal bintang bola sepak sekolah. Satu-satunya wakil sekolah peringkat negeri Kelantan. Smart, hensem dan tinggi. Wajah pulak ala-ala tok arab. Ramai yang nak kawan dengan dia.. Tapi aku pandang sipi je. Mana layak aku kawan dengan dia. Berangan pun tak layak. Lagipun hampir semua kawan sekelas aku peminat dia. Ada-ada je cerita pasal dia mereka gossipkan. Dan aku jadi tukang dengarlah. Ada juga terdetik hati aku tika tu, masa tu tingkatan 3, nak berkenalan dengan dia.

Crush orang kata. Entah betul, entah tak aku ada crush dengan dia. Tapi dalam diam aku ada jugaklah perhatikan dia. Dan dia adalah satu subjek yang menarik untuk dipandang. Sebab selain sedap nak pandang, dia juga boleh tahan nakal. Selalu je tengok dia kena denda tepi pagar sekolah sebab datang lewat.

Kisah kami bermula tika trial exam PMR. Dia duduk sebelah aku. Bila dekat nak habis paper exam, dia akan kacau aku. Sama ada nak tiru jawapan aku atau bagitahu jawapan kat aku. Ada tu dia sengaja buat-buat nak pinjam pencil atau pen. Tak pun pemadam. Ada-ada je benda yang dia sengaja buat nak tarik perhatian aku. Mula-mula aku okey je. Lama-lama tu bengang jugak lah sebab mengacau orang. Nak jawab exam pun terganggu.

Hari terakhir, dia main pass-pass nota plak.

+Kita kawan nak?
-Buat apa? Saya ramai kawan dah
+ Tapi kawan lelaki tak de lagi kan?
-Mana awak tahu?
+Secret agent saya bagitahu.
-Macamlah awak James Bond, secret agent konon.
+Hahaha... sudi tak?
-Tunggu ilham dari langit dulu, baru kawan.
+Sayalah ilham tu.
-Perasan.. piiiraah.
+Awak comel, cute, manis. 
-Tak cair pun
+ Eleh, padahal hati dah mula mencair.
-Perasan


Dan sejak itu kami berkawan dalam rahsia. Tapi masuk tingkatan 5, dah tak jadi rahsia dah. Persahabatan kami semua orang tahu. Aku pun tak tahu macam mana. Tapi confirm bukan dari mulut aku.

Dia mula berubah bila naik tingkatan 5. Sudah tak buat nakal lagi. Macam dah insaf. Tetapi persahabatan kami berjalan seperti biasa. Bila tak rahsia tu, ada jugak aku dengar-dengar cakap belakang pasal aku. Ya laa ramai yang tak puashati sebab kenapa aku yang dia pilih jadi awek dia. Padahal kami hanya berkawan sahaja. Tak pernah melebihi had. Tak pernah dating pun. Kawan, mana ada datingkan?

"Awak patut terima tawaran tu. Pergilah kejar cita-cita awak. Saya pun nak kejar cita-cita saya. Jalan kita akan seiring walaupun melalui jalan yang berlainan. Dan saya akan tunggu awak di hujung jalan. Lepas itu kita akan melangkah bersama. In Shaa Allah," ujarnya. Dalam maksudnya.

Antara aku dan dia, tak pernah terlepas kata cinta atau sayang. Tapi macam ada satu ikatan yang tidak terlihat di mata kasar yang mengikat kami. Dia faham aku. Dia sentiasa ada untuk aku. Dia sentiasa tahu bila aku sedih dan bagaimana nak hiburkan aku.

"Nantilah saya fikir."

Dan dia tersenyum sebelum halau aku masuk kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan